#FRforSharing - Siti Khadijah Jalin Kolaborasi Hebat bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

#FRforSharing - Kolaborasi Hebat
Siti Khadijah bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Koleksi Corak Tradisional Melayu


Hi Hampa! Pastinya hampa sudah biasa dengar nama jenama hebat ini, Siti Khadijah ..
"Nak.. Mak teringin nak pakai telekung Siti Khadijah" ini merupakan antara tagline yang sgt viral!

siti khadijah ukm

Jenama Siti Khadijah ini di asaskan pada tahun 2009, ketika itu merupakan pengeluar busana Muslimah & telekung inovasi pertama tau... Pengasas, Puan Padzilah Enda Sulaiman yang menyedari keperluan untuk golongan wanita mendapatkan persalinan solat atau telekung yang selesa...maka kini, dengan lebih 40 butik di seluruh Negara serta di Indonesia..


Kehebatan jenama Siti Khadijah ini menganjak ke tahap yang lebih tinggi dengan tercetusnya kolaborasi julung kalinya bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Institut Alam dan Tamadun Melayu atau lebih dikenali sebagai ATMA untuk koleksi rekaan mereka yang terbaharu... 
Melalui kerjasama ini, koleksi corak tradisional Melayu bakal di ketengah secara tidak langsung 
dapat meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman masyarakat 
untuk memelihara khazanah negara yang kian dilupakan. 


Kolaborasi ini adalah langkah tepat dalam memastikan kelestarian corak tradisional Melayu di kenali generasi baharu pada hari ini yang merupakan tinggalan nenek moyang terdahulu yang bersejarah. 
Ini dapat menjadi penanda aras baharu dalam rekaan busana telekung yang berinspirasikan corak dan motif tradisional yang terdapat di ATMA & dapat meraikan kepelbagaian budaya khususnya budaya tamadun melayu yang dulunya gemilang di mata dunia
Majlis penyerahan perjanjian berlangsung di Anjung Digital Smart Selangor, Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 
bersama Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Wahab Mohammad ( pengerusi UKM Technology Sdn Bhd ) 
& En Mohammad Munzir (Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah Sdn Bhd) . 

 

Koleksi telekung yang diinspirasikan oleh corak tradisional Melayu ini akan mula memasuki pasaran Siti Khadijah bermula bulan Januari 2023 dengan lebih kurang 8 corak yang bakal di keluarkan


Untuk maklumat lanjut atau ingin melihat koleksi terkini, 
boleh follow social media Siti Khadijah :

Post a Comment

0 Comments