#FRhelpothers - #AyamBersamaMu Food Pantry


Marilah kita menanam semangat #KitaJagaKita pada waktu yang amat tidak dijangka ini, di mana
seluruh warga Malaysia sedang melaluinya.
Anda ingin membantu? Sudah tentu anda boleh!


Jom melawat Pantri Makanan Ayam Brand yang telah ditempatkan di seluruh Malaysia!

Sekiranya anda memerlukan makanan, buka zip pantri makanan dan ambil apa yang anda
perlukan sahaja. Anda juga boleh membantu dengan menyumbang barangan yang anda ada di
pantri makanan dan tutup zip untuk orang seterusnya.


Barangan yang terdapat di pantri makanan, adalah makanan, walaubagaimanapun, anda juga
boleh membantu dengan menyumbangkan minuman, barang-barang runcit dan keperluan asas
yang lain.

Ayam Brand akan membantu mengisi semula pantri makanan dengan makanan dalam tin yang
digemari ramai dan telah berkerjasama dengan organisasi-organisasi amal di setiap negeri untuk
menjalankan pantri komuniti ini.

Berikut adalah senarai lokasi pantri makanan, Jom!:
Terengganu: Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Hijrah
Pahang: Baitul Husna Bukit Sekilau
Kelantan: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan
Kedah: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku
Penang: Persatuan Kebajikan Anak-Anak Islam
Perlis: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis
Johor: Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru
Negeri Sembilan: Persatuan Kebajikan Anak-Anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan
Perak: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh
Sabah: Rumah Anak Kesayangan
Sarawak: Rumah Amal Nur Murni
Selangor: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah
Kuala Lumpur: Anjung Singgah

Marilah bersama-sama kita menolong satu sama lain!

AMBIL APA YANG ANDA PERLUKAN, TINGGALKAN APA YANG ANDA BOLEH

Post a Comment

0 Comments