Ordered List

3/random/post-list
Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts
Rasa Korea di Marrybrown dengan MB® Gangjeong Chicken
Nikmati rasa pedas yang menggoda




Heyyy Gaizz!
Restoran Perkhidmatan Pantas Halal Tempatan (QSR) Marrybrown® 
yang menjadi pilihan rakyat Malaysia, Kini kembali menghidangkan menu istimewa untuk tempoh terhad yang diinspirasikan oleh gelombang Hallyu - MB® Gangjeong Chicken! 

Menampilkan gabungan rasa Korea yang unik dan cita rasa tempatan, hidangan ini pasti memikat selera dengan kombinasi rasa manis, masam dan pedas yang memukau. Menu ini boleh didapati di 
semua cawangan Marrybrown® di seluruh negara


Pada asalnya, diperkenalkan sebagai menu bermusim, namun MB® Gangjeong Chicken telah berjaya mencuri perhatian dan menjadi kegemaran pelanggan setia Marrybrown® dalam sekelip mata. 
 Kombinasi rasa manis, masam dan pedas yang menggoda menjadikannya pilihan utama dalam kalangan rakyat Malaysia yang menggemari sesuatu yang luar biasa. Atas permintaan yang tinggi, 
Marrybrown® telah beberapa kali membawa menu ini sebagai memenuhi kehendak para pelanggan 
yang menghargai sentuhan unik Marrybrown® dalam menyajikan kelainan.
“Fenomena K-Wave telah mencetuskan minat mendalam terhadap menu berinspirasikan Korea. Setiap kali MB® Gangjeong Chicken diperkenalkan, sambutannya amat memberangsangkan. Walaupun menu ini sering dibawa kembali, kami sentiasa berusaha mempertingkatkan keseimbangan rasa manis dan pedas agar sesuai dengan cita rasa rakyat Malaysia,” 
kata Encik Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown®


Untuk pelancaran terkini, Marrybrown® turut memperkenalkan pembungkusan bertemakan 
trend Korea yang berwarna-warni dan moden, seiring dengan populariti budaya K-Wave yang 
semakin berkembang di Malaysia.

1: Kombo Gangjeong Kimchi Rice Bowl (harga dari RM13.90): 
Nasi berperisa kimchi dipadankan dengan ayam Gangjeong, dihidangkan bersama 
minuman Fanta® Strawberry.

2: Kombo Gangjeong Chicken Burger (harga dari RM17.90): 
Peha ayam tanpa tulang yang berjus dan diperap dengan sos pedas Gangjeong, disajikan dalam roti hitam yang lembut bersama 6 ketul wedges dan minuman Fanta® Strawberry.

3: Kombo Gangjeong Spicy Chicken (harga dari RM18.90): 
4 ketul ayam Gangjeong yang disaluti sos istimewa, dihidangkan bersama 6 ketul wedges dan 
minuman Fanta® Strawberry.

5: Gangjeong Spicy Chicken Box Meal (harga dari RM24.50): 
Hidangan lengkap yang menggabungkan 2 ketul Gangjeong Spicy Chicken, 
Gangjeong Chicken Burger, 6 ketul wedges, dan minuman Fanta® Strawberry.

6: 3-pc Korean Dumplings (harga dari RM4.50): 
Dumpling rangup berinti campuran ayam, kimchi dan cendawan, 
pelengkap sempurna kepada hidangan Gangjeong anda.

7: Pai Kastard Strawberi (harga dari RM4.99): 
Pastri rangup berinti kastard dan strawberi yang lazat.

“Di Marrybrown®, kami komited untuk memperkenalkan kelainan melalui inovasi rasa sambil mengekalkan elemen yang digemari pelanggan. MB Gangjeong Chicken versi terbaharu ini merupakan bukti pendekatan kami dalam menyajikan pengalaman kulinari yang segar dan menarik,” 
tambah Encik Daniel.

“Sebagai jenama yang berkembang bersama rakyat Malaysia, kami memahami bahawa makanan bukan sekadar santapan – ia menyatukan komuniti. Kembalinya MB Gangjeong Chicken adalah simbolik kepada nilai kekeluargaan, persahabatan dan detik istimewa yang dikongsi bersama,” ujar beliau lagi.

Kini beroperasi di lebih 600 lokasi merentasi 16 buah negara, Marrybrown® terus mengekalkan standard tertinggi dalam aspek kualiti, perkhidmatan, kebersihan dan nilai, demi memberikan pengalaman menjamu selera yang luar biasa kepada para pelanggan.


Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown®, aplikasi MB, promosi terkini serta perkhidmatan penghantaran, sila layari laman rasmi Marrybrown® atau muat turun aplikasi MB hari ini.








Hikayat Ayam Zamrud menu terbaru
di The Chicken Rice Shop untuk Ramadan & Syawal
Hidangan baharu yang meraikan tradisi, cita rasa, dan semangat kebersamaan


Salam Korang!
The Chicken Rice Shop (TCRS) ada hidangan istimewa sempena menjelang Ramadan dan Syawal iaitu, Hikayat Ayam Zamrud, yang diinspirasikan oleh semangat kebersamaan dan tradisi. Tersedia untuk masa terhad, hidangan istimewa ini bakal menambahkan lagi keceriaan berbuka puasa dan musim perayaan dengan cita rasa yang menggamit selera dan gaya hidangan yang menarik.


Sambutan Hari Raya telah melalui banyak perubahan dari masa ke masa. Hikayat lama menceritakan bahawa suatu ketika dahulu, semangat perayaan terasa suram, dengan tradisi yang sederhana dan 
warna-warna kelam menyelubungi suasana. Walaupun dinantikan dengan penuh keterujaan, kemeriahannya masih kurang dirasai. Namun, pada suatu hari, tersebutlah sebuah penemuan istimewa — sebuah beg cili hijau yang berkilauan bak zamrud telah ditemui. Kilauan warnanya mengilhamkan 
menu sambal hijau pedas yang luar biasa.

Tahun ini, TCRS menjemput anda untuk merasakan sesuatu yang luar biasa dengan Hikayat Ayam Zamrud — hidangan yang mencerminkan semangat, kebahagiaan, dan cita rasa Hari Raya. 
Diilhamkan dari tradisi, hidangan ini menggabungkan ayam yang empuk dengan sambal hijau yang memukau — gabungan sempurna cili hijau pedas, herba beraroma, dan rasa masam limau yang menyegarkan. Setiap suapan menceritakan kisah transformasi, hidangan yang penuh dengan rasa dan warna ini dicipta khas untuk menyampaikan rasa sebenar kulinari Malaysia.


Berkongsi makna di sebalik hidangan eksklusif ini, 
Cik Jane Wong dari TCRS Restaurants Sdn Bhd berkata, 
“Hikayat Ayam Zamrud melambangkan komitmen kami dalam mencipta pengalaman kulinari 
yang bermakna yang menyatukan keluarga.

“Hidangan ini bukan sekadar menggamit selera, tetapi juga meraikan warisan budaya kita yang kaya dan hubungan yang terjalin apabila kita makan bersama. Sempena bulan Ramadan dan Syawal yang penuh keberkatan ini, kami ingin menawarkan sesuatu yang benar-benar istimewa untuk menghormati tradisi sambil mencipta kenangan baharu di meja makan.”


Dalam menyemai semangat Ramadan, TCRS turut meraikan semangat perayaan ini melangkaui 
pintu restorannya dengan menganjurkan program sumbangan makanan khas. Dengan misi untuk menyebarkan kegembiraan, TCRS telah menyumbangkan hidangan Hikayat Ayam Zamrud kepada 
tiga rumah anak yatim di Lembah Klang: Rumah Anak-Anak Yatim Shifa, 
Rumah Penyayang Nur Iman, dan Rumah Titian Kaseh.

Melalui inisiatif ini, TCRS berhasrat untuk memastikan bahawa anak-anak dan penjaga di 
rumah-rumah kebajikan ini dapat menikmati hidangan yang enak dan menyelerakan, sekali gus merasakan kemeriahan Ramadan. TCRS berharap untuk menginspirasikan orang lain untuk menghayati nilai belas kasihan dan perpaduan, terutamanya pada musim yang menekankan kebersamaan.


Hidangan istimewa Ramadan dan Syawal ini amat sesuai untuk keluarga yang mencari juadah lazat 
dan mengenyangkan selepas seharian berpuasa, serta buat sesiapa sahaja yang ingin menikmati 
sajian bermusim yang istimewa. Sama ada dinikmati untuk berbuka puasa, pertemuan jamuan perayaan, atau sebagai hidangan santai, Hikayat Ayam Zamrud menjanjikan pengalaman kulinari yang 
tidak dapat dilupakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai menu terkini, sila layari


Menu terbaru, EGG-STRA-ONG di Marrybrown® 
sempena Tahun Baru Lunar
Hidangan yang lazat dengan limpahan sos telur masin dan rempah ratus yang pasti menggamit selera


marrybrown Egg-stra Ong tahun baru cina sos telur masin salted egg


Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal terkemuka kegemaran Malaysia, Marrybrown®, menyambut Tahun Baru Lunar dengan membawa kembali menu bermusimnya, Egg-stra Ong! 
Mulai hari ini, pelanggan di seluruh negara dapat menikmati hidangan yang lazat dengan limpahan 
sos telur masin dan rempah ratus yang pasti menggamit selera.


“Tahun Baru Lunar mengumpul generasi keluarga bagi meraikan permulaan baharu yang penuh dengan harapan. Tahun ini, kami berbesar hati untuk membawa kembali hidangan istimewa kami 
iaitu Egg-stra Ong, yang bukan hanya sekadar hidangan tetapi ia merupakan sebahagian 
daripada tradisi perayaan yang menyatukan kekeluargaan” 
kata Encik Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown®.


Dilimpahi dengan sos telur masin yang enak dengan gabungan rempah ratus, Egg-stra Ong direka untuk menambat selera dan mencipta pengalaman pemakanan yang sempurna. Gabungan dengan pelbagai pilihan yang menarik, pelanggan boleh menikmati.

● Egg-stra Ong Mashed Bowl (harga bermula dari RM6.88): 
Kentang lenyek berkrim yang dilimpahi sos telur masin dan ketulan ayam

● Egg-stra Ong Spicy Burger Combo (harga bermula dari RM18.38): 
Dihidangkan dengan kentang goreng dan jus oren Minute Maid®

● Egg-stra Ong Chicken Combo (harga bermula dari RM20.38): 
Pilihan 2 atau 3 ketul ayam, dihidangkan dengan kentang lenyek dan salad sayur

● Egg-stra Ong Box Meal (harga bermula dari RM24.88): 
1 ketul Ayam Egg-stra Ong, Egg-stra Ong Spicy Burger, kentang goreng bersaiz regular, 
dan jus oren Minute Maid®

● 5-pc Ong Bucket (harga bermula dari RM55.88): 
Sesuai untuk majlis keluarga, menampilkan 5 ketul Ayam Goreng MB® dengan 
sos telur masin, 4 keping Chicken Fillet, 6 ketul Nuggets, dan tiga cawan jus oren Minute Maid®


“Dalam budaya Malaysia, makanan adalah simbol kegembiraan di setiap perayaan. Menu dengan kelazatan telur masin yang dapat mengeratkan kemesraan dan mencipta kemeriahan tahun baru lunar dengan setiap hidangan di musim perayaan ini,” kata Encik Daniel.


Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran 
di 16 buah negara dengan objektif untuk menyediakan standard kualiti, servis, kebersihan dan 
nilai tertinggi bagi menikmati pengalaman dan pemakanan yang sempurna.


Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown, sila layari:
Richiamo Coffee
Hidangan Kualiti Premium pada Harga Marhaen


Salam guys!
Bamziaf sejak isu peperangan yang melanda negara Palestin, & bersama kempen untuk boikot barangan yang menyumbang kepada keganasan, Bamziaf perlu mencari solusi untuk mengantikan jenama kopi yang bamziaf kadang kadang pergi, Jadi alhamdulilah bamziaf diperkenalkan dengan cafe 
RICHIAMO COFFEE


Kalau korang nak tahu RICHIAMO COFFEE ini dimiliki oleh RICHIAMO COFFEE Sdn Bhd yang merupakan Kedai Kopi Premium yang mempunyai hampir 100 cawangan seluruh Malaysia tau
Bamziaf suka konsep cafe dia sebab bukan hanya ada Minuman tapi juga ada dessert & pastry tau

 

Bamziaf berkesempatan visit salah satu outlet mereka yang terletak di Gurney Mall, UTMKL,
Bamziaf love sgt konsep cafe dia yg sgt cozy & premium! Memang best lepak dgn kawan kawan & keluarga sambil menikmati hidangan di sini


Antara menu yang Bamziaf cuba hari itu,
Set Nasi Daging Masak Hitam
Bamziaf suka rasa nasi putih dia, plus daging masak hitam dia mcm kita makan dekat kenduri tau


Nasi Lemak Ayam Rendang
Ayam dia portion agak besar & lembut, Bamziaf suka rasa rendang dia walaupun sedikit pedas utk bamziaf tapi mmg best makan dgn nasi lemak


Untuk minuma bamziaf cuba,
Salted Caramello Cappuccino (ICed)  
Caramello Cappucino (Hot)

Untuk minuman bamziaf suka sebab rasa lemak & creamy dia mmg cukup sgt, aroma dari kopi dia saja dah best! Memang boleh setaraf kopi kat luar sana! Bamziaf approved


Untuk dessert Bamziaf cuba,
Kek Red Velvet
Bamziaf suka sbb dia tak terlalu manis & rasa dia mmg cukup

Croissant Salted Egg Yolk
Pastinya paling org tak suka if bau hanyir telur jgn risau dekat sini tak ada langsung bau! 
Bila makan sekali dgn Croissant dia yg sgt fluffy tu mmg good combination!



Jadi untuk keseluruhan Bamziaf sgt kagum dgn kualiti makanan & minuman yang ada dekat RICHIAMO COFFEE ini! Memang banyak pilihan menu yang korang boleh cuba pastinya Bamziaf pun akan repeat untuk mencuba menu menu lain pulak

Kalau korang nak buka satu cawangan RICHIAMO COFFEE, boleh tau korang just fill up this Form


Jadi if korang nak check out info ataupun promo terkini mengenai RICHIAMO COFFEE, layari:

Fiesta Mexicana! Hidangan Citarasa Mexico di Marrybrown

“HOLA!” MARRYBROWN MEMPERKENALKAN HIDANGAN MEMUKAU: FIESTA MEXICANA!
Marrybrown kembali dengan ‘sesuatu yang berbeza’ dengan citarasa istimewa Mexico.




Salam Guys!
 Anda sudah bersedia untuk mencuba hidangan terbaru? Mengangkat konsep hidangan khas Mexico, Marrybrown, restoran perkhidmatan pantas tempatan terbesar memperkenalkan menu terbaharunya: Fiesta Mexicana! Menu terbaharu ini disempurnakan dengan gabungan rasa manis, masam, dan segar yang pastinya akan memikat citarasa rakyat tempatan! Para pelanggan berpeluang menikmati hidangan istimewa ini bermula pada hari ini sehingga hujung bulan September!


Marrybrown sentiasa menyediakan ‘sesuatu yang berbeza’ untuk peminat Memang Best mereka. Keterujuaan kali ini, menawarkan pelbagai menu khas Mexico seperti Mexicana Chicken & Chips, Mexicana Chicken Wrap, Mexicana Feast, Nacho Cheesy Crunch dan banyak lagi.


“Untuk melengkapi pengalaman yang berbeza, Marrybrown sememangnya mengutamakan sajian 
yang unik dalam usahasama oleh Penyelidikan dan Pembangunan kami, yang menitikberatkan kepuasan pelanggan dalam menyajikan hidangan yang istimewa. Kami sedar bahawa anak-anak muda tempatan kini lebih berani mencuba citarasa yang berbeza. Oleh itu, kami yakin bahawa 
Fiesta Mexicana ini akan mendapat sambutan yang positif oleh masyarakat!” 
kata Dato’ Joshua, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.


Menu baharu ini menampilkan Mexicana Chicken & Chips, 
yang disajikan bersama dengan ayam rangup yang disalut bersama sos istimewa Mexicana yang manis dan pedas, berserta dengan kentang goreng. Harga hidangan ini bermula dari RM17.90. 

Untuk mereka yang mahukan hidangan ringkas, 
Kombo Mexicana Chicken Wrap boleh dijadikan pilihan. Kombo ni bermula pada harga dari RM18.90, disajikan bersama dengan kepingan ayam yang dihidangkan dengan Salsa Fresca dan 
sos istimewa Mexicana yang pasti menggiurkan!

Untuk penggemar ayam rangup, Marrybrown menawarkan Kombo 2-ketul Mexicana Chicken, 
harga bermula dari RM20.80. Setiap hidangan kombo didatangkan dengan 
segelas Fresca Fizz yang segar bersama hidangan sampingan Corn Chips dan Salsa Fresca. 

Mexicana Feast akan menjadi pilihan yang sempurna untuk dinikmati. Dilengkapi dengan 1-ketul Mexicana Chicken, Mexicana Chicken Wrap, Corn Chips, dan segelas Fresca Fizz. 
Harga tawaran hanya bermula dari RM25.80. 

Sempurnakan Mexicana Feast anda dengan Nacho Cheesy Crunch, harga bermula dari RM6.20, 
bersama hidangan tambahan Apple Pie, harga bermula dari RM3.50.

“Pelancaran menu Fiesta Mexicana oleh Marrybrown ini akan disusuli dengan pelbagai menu baharu yang akan diperkenalkan tidak lama lagi. Kami tidak sabar untuk menerima keterujaan para penggemar kami dalam menikmati keenakan hidangan terbaharu ini, sekaligus menjadikan hidangan khas Mexico ni akan menjadi menu keunggulan bagi mereka,” kata Dato’ Joshua.

Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran 
di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi 
untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.


Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown, Aplikasi MB, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:


Edisi Terhad terbaru dari KitKat® , Salted Caramel Cookies
Dengan adunan cita rasa dan tekstur berkelainan



Salam guys!
Korang tahu antara favorite coklat bamziaf adalah KitKat® tau! Kali ini bamziaf lagi excited bila
Nestlé’ KitKat® telah melancarkan KitKat® Salted Caramel Cookies edisi terhad yang serba baharu. Dengan adunan cita rasa dan tekstur berkelainan, Korang boleh menikmati pengalaman coklat baharu yang merangsang deria. Pelancaran produk terbaharu KitKat® di Malaysia tahun ini amat dinanti-nantikan, menawarkan kombinasi lazat wafer rangup tersendiri yang disaluti dengan coklat susu dan cebisan biskut karamel masin yang rangup untuk menambat selera.


Trend makanan di seluruh dunia semakin berubah seiring perubahan cita rasa pengguna 
untuk terus mencari cara baharu dalam menikmati keseronokan hidup dengan sepenuhnya. 
Pengguna telah menunjukkan minat yang khusus terhadap penggunaan biskut dan 
juga perisa karamel di dalam pelbagai produk konfeksi – 
dengan kedua-duanya disenaraikan antara 10 perisa paling digemari di Asia Pasifik.


Di samping itu, menurut kajian yang dijalankan di Asia Pasifik, 
70% daripada pengguna ingin menikmati coklat serba baharu dan menarik manakala 
lebih daripada 60% mengimpikan coklat dengan aneka tekstur dan perisa. 
Selain rasa dan kenikmatan, tekstur yang rangup merupakan pengalaman yang paling diidamkan pengguna ketika menikmati coklat kegemaran mereka.


Menurut Carlota Casellas, Pegawai Eksekutif Perniagaan Konfeksi Nestlé, 
“Inspirasi daripada cerapan pasaran dan trend terkini, terutamanya di kalangan Generasi Z 
menjadi asas dalam rekaan produk KitKat® yang terbaharu kami. Pastinya Generasi Z adalah golongan yang senantiasa menyatakan aspirasi mereka untuk menikmati pengalaman makanan yang unik. Dengan itu, KitKat® telah mencipta semula jejari coklat kami dengan wafer rangup yang disaluti kombinasi biskut dengan karamel masin yang tersendiri. 
Edisi terhad KitKat® Salted Caramel Cookies baharu ini pastinya serba sensasi!”


Dua pakar pastri dan manisan daripada JUNANDUS telah memperlihatkan kelebihan dan keserbagunaan KitKat® Salted Caramel Cookies menerusi bengkel meghias manisan 
di majlis pelancaran yang diadakan di IOI City Mall di Putrajaya. 
Jun Chong daripada JUNANDUS berkata, 
“Sememangnya semua orang boleh menikmati KitKat® begitu sahaja atau 
mencipta resipi kreatif daripadanya; dan inilah cara terbaik untuk berehat sebentar sambil 
bersantai menikmati sajian coklat yang sungguh lazat!”


“Selari dengan aspirasi KitKat® iaitu “Have a Break, Have a KitKat® 
(Berehat sebentar, Bersama KitKat®), 
kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk berehat sebentar daripada kesibukan masing-masing. 
Cara terbaik adalah dengan menikmati KitKat® Salted Caramel Cookies serba baharu – 
teman paling sesuai untuk memanjakan diri anda. Keranggupan daripada cebisan biskut yang 
disaluti coklat susu lazat pasti menambat selera semua penggemar coklat,” kata Carlota.


Sempena pelancaran KitKat® Salted Caramel Cookies, pameran pengguna selama 5 hari diadakan 
di IOI City Mall di Putrajaya dari 9 hingga 13 Ogos 2023. KitKat® Salted Caramel Cookies 
boleh didapati dalam dua jenis pek iaitu pek tunggal 4 Jejari dan 2 Jejari 5 Multipack.


Untuk maklumat lanjut, sila layari:



Mengenai KITKAT Nestlé

Dicipta pada tahun 1935, KITKAT menjadi sebahagian daripada rangkaian produk konfeksi Nestlé pada tahun 1988, dan telah berkembang menjadi satu daripada jenama terbesar Nestlé. Snek ringan ini merupakan salah satu jenama coklat kegemaran Malaysia dan dieksport ke 14 negara di seluruh dunia. KITKAT Nestlé merupakan jenama konfeksi global pertama menggunakan 100% koko yang diperolehi secara lestari menerusi Pelan Koko Nestlé.


Ungkapan “Have a break, have a KITKAT” (Berehat sebentar, Bersama KITKAT) menggambarkan dengan tepat misi KITKAT – untuk membantu anda berehat sebentar apabila anda paling memerlukannya. Raikan saat-saat keseronokan, kespontanan, kelazatan, nikmat, dan ganjaran bersama KITKAT. Sama ada anda terbenam dalam timbunan kertas dan fail kerja atau anda bekerja seperti jentera, anda boleh menikmati kudapan manis ini, yang diperbuat daripada 100% koko lestari, pada bila-bla masa, di mana-mana sahaja dan dengan apa jua cara. KITKAT ialah produk buatan tempatan 100% Halal yang dikeluarkan di kilang Nestlé yang disahkan Halal di Chembong, Negeri Sembilan.


Mengenai Nestlé Malaysia

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. 
Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di lebih 180 negara di seluruh dunia, 
dan seramai lebih 270,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, 
yang berusaha memanfaatkan kelebihan makanan untuk meningkatkan kualiti kehidupan untuk semua insan, masa kini dan untuk generasi masa depan. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, 
Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan 
produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, 
sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami.


Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. 
Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, 
sila layari

On June 23, 2023 by ZiafMihar in , , , , , , , , , , ,    No comments


PELANCARAN SEDUNIA COKLAT RUBY RB2 CALLEBAUT DI MALAYSIA DAN COKLAT 100% TANPA TENUSU NXT OLEH



Callebaut, pembuat coklat yang menjadi pilihan chef dan artisan coklat (pakar coklat buatan tangan) di seluruh dunia dengan sukacitanya melancarkan coklat gourmet yang inovatif dan serba baharu, iaitu – ruby RB2, NXT Dark dan NXT M_lk – di Malaysia.


Callebaut telah mencipta kepingan coklat pertamanya pada 1911 dan mula mengeksport coklat Belgium terbaiknya pada 1950. Terkenal kerana komitmennya kepada kualiti, kelestarian dan inovasi, Callebaut telah menjadi pilihan utama ramai chef, pakar pembuat konfeksi coklat dan artisan coklat di seluruh dunia. Rangkaian menyeluruh produk coklat Callebaut telah menetapkan piawaian industri dalam aspek cita rasa, seni pembuatan dan potensi kreatifnya. Malah pada hari ini, Callebaut diperbuat daripada biji koko yang boleh dijejak asal-usulnya dan 100% lestari.


Ruby RB2


Ruby ialah coklat ke-4 selepas coklat gelap, susu dan putih. Coklat ini mempunyai rasa buah yang tersendiri lagi ketara dan rasa masam yang menyegarkan, serta warna batu delima (ruby) yang luar biasa. Disediakan khas untuk gubahan artisan, ruby merupakan pemberian daripada alam. Callebaut ruby RB2 menghasilkan ledakan rasa yang nyata dan membawa nikmat coklat ke kemuncak baharu. Warna dan rasa unik ruby RB2 berasal daripada buah koko ruby, tanpa pewarna tiruan atau perisa seperti beri. Ruby RB2 ibarat khazanah alam dalam bentuk yang pasti menambat selera.


Pelancaran sedunia Callebaut ruby RB2 di Malaysia sesungguhnya memperlihatkan keyakinan Callebaut bahawa pasaran coklat di negara ini juga berlandaskan trend terkini. Dalam usaha berterusan pengguna mencari sentuhan rasa yang lebih menyerlah, ruby RB2 memuaskan keinginan mereka untuk menikmati sensasi coklat baharu. Kajian mendapati bahawa ruby memang diminati oleh generasi baharu pengguna – terutamanya golongan milenial (18–35 tahun) yang mengimbangi gaya hidup aktif dengan keseronokan hidup yang ketara. RB2 juga pasti menarik perhatian hotel, restoran dan kafe terkemuka dan juga kedai bakeri dan pastri di Malaysia.



NXT


Dalam pada itu, Callebaut NXT pula direka cipta untuk penggemar coklat generasi akan datang yang mahu berbuat baik, hidup sihat dan memuaskan selera dengan cara yang lestari. Dirumuskan 100% daripada tumbuh-tumbuhan, tanpa sumber tenusu dan berbentuk vegan, NXT mengekalkan cita rasa asli dan kualiti yang setanding coklat tradisional.


Pada hari ini, kami melancarkan coklat gelap NXT dark chocolate dan coklat susu NXT M_lk chocolate di Malaysia. Dengan proses pembuatan yang rapi, NXT diilhamkan oleh dan dicipta untuk semua chef, penggemar coklat dan komuniti pengamal vegan dan peminat makanan berasaskan tumbuhan untuk merangsang deria rasa mereka dengan ramuan yang lebih mesra bumi dan kesejahteraan kita.


NXT diperbuat 100% daripada ramuan berasaskan tumbuhan, tanpa sebarang kesan susu atau produk tenusu – tetapi tetap menawarkan segala kelazatan coklat tradisional. Bagi NXT M_lk, khususnya, cita rasa lazat berkrimnya dihasilkan daripada chufa, atau badam tanah, yang sering dirujuk sebagai ‘susu’ berasaskan tumbuhan yang mempunyai rasa manis semula jadi; ia juga merupakan ramuan lestari dengan emisi karbon yang jauh lebih rendah berbanding susu lembu.


Dengan mematuhi piawaian makanan paling ketat dalam industri, NXT dihasilkan di dalam kemudahan khusus di mana tiada ramuan tenusu diproses, dan diperbuat daripada lesitin bunga matahari dan bebas daripada bahan tambah, perisa atau pewarna tiruan.

Menurut Robert Kotuszewski, Pengarah Urusan Barry Callebaut di Malaysia, langkah memperkenalkan Callebaut ruby RB2 dan NXT mencerminkan kebangkitan semula para pakar pembuat konfeksi coklat, chef pastri, artisan, hotel, restoran dan pengusaha katering di Malaysia.

“Rakyat Malaysia semakin menitikberatkan pengalaman menjamu selera yang unik dan juga kepentingan menjaga kesihatan dan kesejahteraan mereka. Tambahan lagi, lebih separuh daripada penduduk yang bekerja di Malaysia terdiri daripada Gen Z dan golongan milenial. Para pengguna muda ini mempunyai kuasa beli, tabiat menikmati snek dan cita rasa yang berbeza. Justeru, saya teruja untuk melancarkan coklat RB2 dan NXT Dark dan M_lk hari ini. Kami membawakan generasi baharu coklat yang penuh inspirasi dan inovasi kepada pelanggan kami, yang memenuhi keperluan generasi pengguna lebih muda: lazat untuk dimakan, sihat untuk badan dan baik untuk alam!” kata Robert.



Pakar coklat kelahiran Malaysia dan Ketua Chef di Chocolate Academy™ Singapura, Chef Amanda Lim, berkata, “Dalam dunia bakeri dan pastri, coklat ruby RB2 dan NXT Dark dan M_lk membawakan perubahan ketara yang menetapkan piawaian yang lebih tinggi dari segi inovasi dan pembuatan coklat bebas tenusu yang menambat hati dan juga selera. Saya teruja untuk melihat hasil ciptaan inovatif daripada produk-produk Callebaut baharu ini dan tidak sabar-sabar melihat segala peluang dan kemungkinan yang ditawarkannya kepada chef dan artisan di Malaysia.”


Chef pemenang anugerah, Lawrence Cheong menerangkan, “Ruby dan NXT telah membuka dunia baharu bagi menyerlahkan kreativiti dalam dunia coklat. Chef-chef boleh menyajikan gubahan yang lebih segar dan serba baharu untuk nikmat rasa yang mewah dan nyata berbeza yang diidamkan oleh pengguna hari ini. Saya sudah pun melihat potensi bagi gandingan yang manis dan menyelerakan bagi Callebaut Ruby RB2 manakala coklat Callebaut NXT Dark dan M_lk menjadi ramuan serba guna untuk mencipta resipi lazat bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi diet vegan dan sajian berasaskan tumbuhan.”


Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.callebaut.com
MAGGI® kembali dengan Mi Goreng Laksa Warisan
Menawan Cita Rasa Rakyat Malaysia



Salam Guys!
Korang pastinya mengenali MAGGI® , kini meraikan cinta rakyat Malaysia terhadap Laksa, 
MAGGI® memberi penghormatan kepada kepelbagaian warisan dan budaya yang dimiliki oleh hidangan klasik Malaysia ini dengan memperkenalkan MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan baharu 
dengan rasa autentik dan aroma yang memikat selera di acara pelancaran yang diadakan di rumah agam bertema vintaj, The Agam yang terletak di Kuala Lumpur.



Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad berkata 

“Sebagai sebuah jenama dengan sejarah lebih 50 tahun serta memiliki tempat di hati rakyat Malaysia, MAGGI® dengan bangga meraikan warisan kami dalam semua produk kami. Hari ini, kami amat gembira menjadi sebahagian daripada sambutan hidangan Laksa Malaysia yang lazat di samping memperkenalkan inovasi produk terbaharu kami, MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan, yang mencerminkan warisan kulinari negara yang pelbagai dan tersendiri.”

Dua personaliti makanan Malaysia yang terkenal juga hadir dalam acara pelancaran tersebut. 
Mereka terdiri daripada Chef Selebriti, Anis Nabilah dan Profesor Dr. Shahrim Karim, 
Profesor Warisan Makanan dan Budaya Malaysia di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan 
di Universiti Putra Malaysia (UPM) – 
yang mempamerkan seni kulinari dan kepakaran masing-masing dalam menyediakan hidangan Laksa yang lazat sambil berkongsi tentang sejarah hidangan yang kaya serta evolusinya.


Menelusuri asal usulnya, Laksa ialah hidangan popular berasal dari komuniti Peranakan yang diilhamkan oleh warisan budaya Cina, Malaysia dan Indonesia di Asia Tenggara. 
Profesor Dr. Shahrim Karim berkongsi bahawa;
Laksa merupakan hidangan ikonik Malaysia yang benar-benar melangkaui budaya dan wilayah 
– berkembang menjadi pelbagai variasi yang kita ketahui dan nikmati hari ini 
– daripada Laksa Kari yang paling lazim kepada versi yang lebih inovatif 
seperti Asam Laksa, Laksa Sarawak, Laksa Nyonya dan Laksa Johor. 

“Keistimewaan Laksa terletak pada rasanya yang kompleks dan aromatik. 
Laksa yang enak memerlukan keseimbangan antara pelbagai ramuan dimasak perlahan 
sehingga ‘pecah minyak’. Langkah ini penting untuk rasa Laksa yang sempurna seterusnya mencapai keenakan masakan yang sebenar,” .

Rakyat Malaysia tercari-cari resipi baharu untuk menikmati hidangan popular ini 
 bersama keluarga dan rakan-rakan yang mempengaruhi peningkatan trend 
penyediaan Laksa dengan cara “Goreng”. Mengambil inspirasi daripada trend ini, 
MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan baharu adalah sentuhan kreatif kepada tradisi Laksa Malaysia. 

Puan Ivy Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad menjelaskan,
 "Sebagai jenama isi rumah yang dipercayai di Malaysia, MAGGI® berhasrat untuk 
menyampaikan produk yang merangkumi cita rasa Malaysia sebenar. 
Terima kasih kepada usaha berterusan dan kepakaran kulinari Chef-chef MAGGI®, 
kami telah memberikan sentuhan moden kepada Laksa yang 
 mendorong kepada pengenalan inovasi terbaru kami, MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan."

 

Sesungguhnya, rahsia membuat Laksa yang baik terletak pada bahan-bahannya. 
Oleh itu, ciptaan baharu kami direka secara teliti dengan adunan bahan-bahan aromatik utama, 
bunga kantan, daun kesum, lengkuas, dan juga bahan-bahan segar: 
bawang besar, daun limau purut, serai, bawang putih dan halia. 
Ia dimasak perlahan-lahan hingga 'pecah minyak' untuk rasa dan aroma Laksa autentik
sambil mengekalkan resipi aslinya. Ciptaan kami membolehkan para pengguna menikmati 
Laksa Goreng yang lazat – pada bila-bila masa, di mana sahaja!

 

Selaras dengan janji jenama MAGGI® untuk membantu rakyat Malaysia ‘Menyajikan Kelainan’, 
kami terus memberikan pilihan makanan berkualiti tinggi untuk pengguna yang mencari hidangan 
yang mudah disediakan dan sedap. MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan 
diperbuat dengan 100% gandum Australia, yang merupakan sumber protein dan karbohidrat yang baik. Daripada bahan-bahan berkualiti tinggi kepada kawalan kualiti yang ketat, 
MAGGI® komited untuk memberikan yang terbaik daripada dapurnya kepada pengguna.



Untuk maklumat lanjut tentang MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan sila layari