On June 27, 2025 by ZiafMihar in 4U2C, blog, Bringin’ Back Da 90’s Flava, concert, Datuk AC Mizal, Fiona, Giant Malaysia, Hip Hop, Idea Live Arena, Juss Events, konsert, kuala lumpur, love, Millennium Group, Radio, Rap, Uncle Jack, We 4U2C No comments
4U2C buat Comeback dengan Konsert WE 4U2C,
Bringin’ Back Da 90’s Flava
Heyyy Gaizz!
Korang tahu kumpulan yang terkenal dengan lagu Fiona, 4U2C, Selepas sekian lama menyepi dari
Dunia Hiburan bakal mengegarkan Idea Live Arena, Petaling Jaya, Selangor pada 15 September
dengan Konsert Ekslusif
Hampir tiga dekad tidak membuat persembahan di pentas besar, konsert yang diberi nama
WE 4U2C adalah platform terbaik buat kumpulan ini kembali membuat 'comeback'
bagi mengubati kerinduan peminat.
Kumpulan yang pernah mencipta fenomena dalam dunia hip-hop Malaysia pada tahun 90-an dahulu kini kembali dengan tenaga baharu sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan keunikan persembahan mereka secara langsung.
Mengangkat tema Bringin’ Back Da 90’s Flava, konsert ini bakal menggamit memori indah gaya dekad 90-an sewaktu nama 4U2C sedang meningkat naik.
Menurut anggota kumpulan 4U2C iaitu Datuk AC Mizal, konsert yang dianjurkan kali ini tercetus hasil daripada idea isterinya, Datin Emylia Rosnaida dan menganggap tawaran daripada pihak Juss Event Sdn. Bhd. tiba tepat pada masanya. Malah AC serta ahli kumpulan lain berjanji akan melakukan persembahan yang terbaik demi peminat mereka yang hadir pada malam konsert itu nanti.
“Konsert ini sudah menjadi salah satu impian saya dari dulu lagi, idea tercetus oleh isteri saya sendiri dan kemudian pihak Juss Event menawarkan tawaran untuk kumpulan 4U2C
adakan konsert kami sendiri. Bagi saya itu macam impian jadi kenyataan,
saya bersyukur sangat peluang ini datang pada masa yang tepat."
“Saya dan ahli kumpulan lain janji akan memberikan persembahan yang terbaik buat mereka yang hadir pada malam konsert itu nanti,” katanya.
Bukan mahu mencipta sejarah, sebaliknya objektif kumpulan ini adalah untuk menjadi trendsetter
buat penyanyi mahupun kumpulan muzik lain.
Jelas AC, Malaysia mempunyai ramai penyanyi berbakat dan berkualiti, jadi konsert 4U2C
ini akan menjadi momen untuk membuktikan perkara tersebut.
“Kami bukan nak cipta sejarah baharu, sebaliknya objektif kami adalah untuk jadi trendsetter dengan kembalikan sejarah dahulu.Inilah peluang untuk kami comeback, bukan untuk terus berada dalam pasaran cuma nak tunjuk yang kami boleh jadi trendsetter."
“Kumpulan 4U2C adalah kumpulan pertama yang tampil berbeza dengan menyanyi sambil menari,
jadi untuk konsert kali ini juga kami akan lakukan perkara sama. Kita nak tunjuk dalam Malaysia ini sebenarnya memang ada artis yang berkualiti dan bukan sekadar menyanyi semata-mata namun
boleh menghiburkan,” jelasnya.
Sementara itu, AC memberitahu kumpulan 4U2C juga akan melancarkan tiga buah single baharu untuk tahun ini. Malah, AC berkata, lagu-lagu yang dikeluarkan akan menampilkan sisi baharu kumpulan itu yang seiring dengan peredaran zaman.
“Memang kita akan lancarkan tiga lagu baharu iaitu satu genre balada manakala lagi dua lagu yang rancak mengikut peredaran muzik masa kini. Kami mahu tunjuk sisi baharu kami buat pendengar zaman sekarang. Lagu ini juga saya harapkan boleh dinyanyikan bersama-sama peminat sewaktu
4U2C buat persembahan nanti,” ujarnya.
Bukan sekadar sebuah persembahan muzik, konsert We 4U2C ini juga dilihat sebagai satu penghargaan kepada legasi yang ditinggalkan mereka dalam landskap muzik di Malaysia.
Selain AC, 4U2C mempunyai enam ahli lain iaitu Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam.
Dengan gubahan yang lebih segar, visual moden dan penceritaan perjalanan seni mereka,
konsert ini dijangka menjadi satu lagi fenomena yang bakal tercipta. Sementara itu, komposer terkenal iaitu Aubrey Suwito bakal menggalas tanggungjawab sebagai pengarah muzik bagi konsert WE 4U2C dengan dibantu barisan pemuzik profesional dan berpengalaman dalam industri.
Aubrey memulakan perjalanan muziknya pada usia 6 tahun dan telah banyak bekerjasama dengan ramai artis ternama, hasilnya dia berjaya meraih pelbagai anugerah dan pengiktirafan dalam industri muzik.
Konsert WE 4U2C yang dianjurkan oleh Juss Event Sdn. Bhd. ini mendapat kepercayaan serta tajaan daripada syarikat Millennium Group. Manakala syarikat Giant Malaysia merupakan rakan kongsi bagi pengaktifan runcit serta Uncle Jack sebagai rakan rasmi bagi makanan dan minuman.
Selain itu, konsert ini turut menerima sokongan daripada stesen radio Era, Sinar, Gegar dan Mix sebagai rakan radio rasmi, manakala Astro Gempak sebagai rakan kongsi media digital rasmi bagi membantu mempromosikan acara ini kepada khalayak.
Harga tiket WE 4U2C ini bermula daripada
RM155 (Berpisah Jangan), RM355 (Kembalilah Fiona), RM455 (Video Games),
RM505 (Kami Rappers) dan RM555 (Fiona) bagi tingkat bawah.
Manakala harga tiket bagi tingkat atas pula,
RM255 (Kenangan Cinta & Persahabatan), RM355 (I Miss U), RM405 (Dusta) dan RM505 (Dynamite)
Tiket tersebut akan mula dijual pada 30 Jun ini, melalui platform
Peminat digalakkan untuk mendapatkan tiket awal kerana permintaan konsert ini dijangka mendapat sambutan yang sangat tinggi. Malah selain pembayaran melalui perbankan dalam talian,
peminat juga boleh membeli tiket dengan kaedah ‘beli dahulu bayar kemudian’,
menerusi Atome, Pay Later by Grab dan Shopee Pay Later.
Untuk maklumat lanjut mengenai Konsert, Check out Juss.Events melalui:
Jangan lupa check out kumpulan 4U2C Official media sosial:
On June 25, 2025 by ZiafMihar in blog, Break, indonesia, Kak Mitch, kuala lumpur, lagu baru, lirik lagu, love, Melly Goeslow, Misha Omar, new song, Sony Music, youtube No comments
Lirik Lagu
Break | MISHA OMAR
Lirik Lagu | Break
oleh MISHA OMAR
Komposer / Lirik: Melly Goeslow
Kubuka rahasiaku
Tentang bagaimana rasaku
Selama bersamamu
Bahagiaku hanya terkadang
Terlepas dari semua
Bukan maksud aku menghujat
Hanya saja jiwaku
Meronta meminta kasihmu
Bila waktu bisa aku ulang
Mungkin cinta ku tak untuk kamu
Senja jadi saksi hatiku
Biru membeku
Kemana sekarang cinta kita kan berjalan
Sedangkan rasa mu dan rasaku telah hilang
Tak sebaiknya berhenti dan menjauh saja dulu
Sekarang kamu dan aku
Berhenti dulu
Music Production Credit:
Title: Break
Artist: Misha Omar
Composer: Melly Goeslaw
Lyricist: Melly Goeslaw
Arranger,Producer : Tohpati
Vocal Coach & Vocal Director - Datuk Syafinaz Selamat
Vocal Styling (Recording Indonesia) - Yandi Brownsu
Publisher: Aquarius Pustaka Musik
Mixed: Eko Sulistiyo
Mastered by: Bennytho Siahaan
Strings: Condro,Yohanes,Sherin,Ava,Dessy,Yacobus,Adi, Angga , Putri
On June 22, 2025 by ZiafMihar in blog, Food, halal, JJCM Fast Food, K-Wave, kl foodie, korea, kuala lumpur, love, makan, marrybrown, MB® Gangjeong Chicken No comments
Rasa Korea di Marrybrown dengan MB® Gangjeong Chicken
Heyyy Gaizz!
Restoran Perkhidmatan Pantas Halal Tempatan (QSR) Marrybrown®
yang menjadi pilihan rakyat Malaysia, Kini kembali menghidangkan menu istimewa untuk tempoh terhad yang diinspirasikan oleh gelombang Hallyu - MB® Gangjeong Chicken!
Menampilkan gabungan rasa Korea yang unik dan cita rasa tempatan, hidangan ini pasti memikat selera dengan kombinasi rasa manis, masam dan pedas yang memukau. Menu ini boleh didapati di
semua cawangan Marrybrown® di seluruh negara
Pada asalnya, diperkenalkan sebagai menu bermusim, namun MB® Gangjeong Chicken telah berjaya mencuri perhatian dan menjadi kegemaran pelanggan setia Marrybrown® dalam sekelip mata.
Kombinasi rasa manis, masam dan pedas yang menggoda menjadikannya pilihan utama dalam kalangan rakyat Malaysia yang menggemari sesuatu yang luar biasa. Atas permintaan yang tinggi,
Marrybrown® telah beberapa kali membawa menu ini sebagai memenuhi kehendak para pelanggan
yang menghargai sentuhan unik Marrybrown® dalam menyajikan kelainan.
“Fenomena K-Wave telah mencetuskan minat mendalam terhadap menu berinspirasikan Korea. Setiap kali MB® Gangjeong Chicken diperkenalkan, sambutannya amat memberangsangkan. Walaupun menu ini sering dibawa kembali, kami sentiasa berusaha mempertingkatkan keseimbangan rasa manis dan pedas agar sesuai dengan cita rasa rakyat Malaysia,”kata Encik Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown®
Untuk pelancaran terkini, Marrybrown® turut memperkenalkan pembungkusan bertemakan
trend Korea yang berwarna-warni dan moden, seiring dengan populariti budaya K-Wave yang
semakin berkembang di Malaysia.
1: Kombo Gangjeong Kimchi Rice Bowl (harga dari RM13.90):
Nasi berperisa kimchi dipadankan dengan ayam Gangjeong, dihidangkan bersama
minuman Fanta® Strawberry.
2: Kombo Gangjeong Chicken Burger (harga dari RM17.90):
Peha ayam tanpa tulang yang berjus dan diperap dengan sos pedas Gangjeong, disajikan dalam roti hitam yang lembut bersama 6 ketul wedges dan minuman Fanta® Strawberry.
3: Kombo Gangjeong Spicy Chicken (harga dari RM18.90):
4 ketul ayam Gangjeong yang disaluti sos istimewa, dihidangkan bersama 6 ketul wedges dan
minuman Fanta® Strawberry.
5: Gangjeong Spicy Chicken Box Meal (harga dari RM24.50):
Hidangan lengkap yang menggabungkan 2 ketul Gangjeong Spicy Chicken,
Gangjeong Chicken Burger, 6 ketul wedges, dan minuman Fanta® Strawberry.
6: 3-pc Korean Dumplings (harga dari RM4.50):
Dumpling rangup berinti campuran ayam, kimchi dan cendawan,
pelengkap sempurna kepada hidangan Gangjeong anda.
7: Pai Kastard Strawberi (harga dari RM4.99):
Pastri rangup berinti kastard dan strawberi yang lazat.
“Di Marrybrown®, kami komited untuk memperkenalkan kelainan melalui inovasi rasa sambil mengekalkan elemen yang digemari pelanggan. MB Gangjeong Chicken versi terbaharu ini merupakan bukti pendekatan kami dalam menyajikan pengalaman kulinari yang segar dan menarik,”
tambah Encik Daniel.
“Sebagai jenama yang berkembang bersama rakyat Malaysia, kami memahami bahawa makanan bukan sekadar santapan – ia menyatukan komuniti. Kembalinya MB Gangjeong Chicken adalah simbolik kepada nilai kekeluargaan, persahabatan dan detik istimewa yang dikongsi bersama,” ujar beliau lagi.
Kini beroperasi di lebih 600 lokasi merentasi 16 buah negara, Marrybrown® terus mengekalkan standard tertinggi dalam aspek kualiti, perkhidmatan, kebersihan dan nilai, demi memberikan pengalaman menjamu selera yang luar biasa kepada para pelanggan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown®, aplikasi MB, promosi terkini serta perkhidmatan penghantaran, sila layari laman rasmi Marrybrown® atau muat turun aplikasi MB hari ini.
On June 14, 2025 by ZiafMihar in 100th Anniversary, blog, Fei Fei Crab, japan, Japan Mayonnaise, jepun, KEWPIE, kuala lumpur, love, Mayonis Jepun, University SEGi No comments
Raikan 100 tahun Mayonis Jepun bersama KEWPIE Malaysia
Bekerjasama dengan Universiti SEGi & Restoran Fei Fei Crab
Kewpie Malaysia Sdn. Bhd.(“Kewpie Malaysia”), nama isi rumah yang sinonim dengan mayonis dan dressing premium, sedang meraikan ulang tahun ke-100 Kewpie Mayonnaise, menandakan satu abad inovasi perisa, inspirasi kulinaridan kualiti yang dipercayai. Perayaan ini menandakan satu abad inovasi dan rasa daripada jenama kelahiran Jepun itu, dan menandakan komitmennya untuk memupuk bakat tempatan dan kreativiti masakandi Malaysia. Untuk memperingati peristiwa bersejarah ini,
Kewpie melancarkan sambutan meluas yang menggabungkan perayaan global, perkongsian tempatan dan peluang keemasan untuk rakyat Malaysia memenangi percutian impian ke Jepun.
Kewpie melancarkan sambutan meluas yang menggabungkan perayaan global, perkongsian tempatan dan peluang keemasan untuk rakyat Malaysia memenangi percutian impian ke Jepun.
Pertama kali diperkenalkan di Jepun pada tahun 1925 oleh pengasasToichiro Nakashima,
Kewpie Mayonis dilahirkan dengan misi untukmeningkatkan pemakanan dan menggalakkan pemakanan yang lebih sihat. Teksturnya yang kaya, berkrim dan rasa umami yang berbeza dengan cepat memikat hati keluarga, tukang masak dan penggemar makanan.
Ulang tahun ke-100 Kewpie Mayonis meraikan kualiti yang berkekalan, asal-usul yang mementingkan kesihatan, dan rasa umami yang berbeza yang telah memikat generasi pengguna di seluruh Asia dan seterusnya. Telah berada di Malaysia sejak 2009, Kewpie terusmembina legasinya dengan kehadiran tempatan yang kukuh dan komitmen terhadap pasaran yang diperakui halal.
Pencapaian tahun ke-100 ini adalah penegasan semula janji Kewpie untuk masa depan.
Di seluruh dunia, seratus tahun ditandakan di bawah tema "Ulang Tahun Mayonis Ke-100 Tahun KEWPIE," mencerminkan usaha berterusan jenama itu untuk inovasi, kualiti dan hubungan bermakna. Daripada visi yang sederhana untuk menambahbaik pemakanan di Jepun, hingga menjadi jenama yang diiktiraf di peringkat global yang dipercayai di rumah dan restoran, perjalanan Kewpie adalah
satu perkaitan yang berkekalan dan evolusi yang bertujuan.
Untuk menghormati seratus tahunnya, Kewpie Malaysia telahmelancarkan
"Peraduan Mayonis 100 Tahun Kewpie", mengajak rakyat Malaysia untuk menjadi kreatif di dapur menggunakan Kewpie Mayonis Gaya Jepun. Peserta hanya perlu mencipta hidangan unik menggunakan produk itu, merakam foto dan merakam video pendek (30–45 saat), dan menyiarkannya di Instagram, Facebook atau TikTok dengan hashtag #KewpieIt100 dan tag @KewpieMalaysia.
Penyerahan juga mesti dikongsi melalui MesejLangsung (“DM”) untuk pengesahan.
Peraduan ini berlangsung dari 31 Mei hingga 24 Ogos 2025, dan hadiah utama ialah perjalanan yang tidak dapat dilupakan ke Jepun, tempat kelahiran Kewpie, bersama dengan hadiah eksklusif dan
hak bermegah sebagai salah seorang peminat Kewpie yang paling kreatif. Peraduan pengguna ini sejajar dengan kempen seratus tahun global Kewpie yang merangkumi lawatan trak makanan ke seluruh Jepun, barangan edisi khas dan pengalaman mendalam di muzium "Mayo Terrace" jenama di Tokyo.
Di Malaysia, sambutan diteruskan dengan kerjasama masakan yang unik dengan
Fei Fei Crab Restaurant (“Fei Fei Crab”), sebuah restoran makanan laut yang digemari dalam dunia makanan Malaysia. Para hadirin akan mendapat pengalaman ciptaan eksklusif yang diselitkan mayonis yang menggabungkan akar Jepun Kewpie dengan perisa tempatan Malaysia, menawarkan bukti lazat peranan Kewpie dalam memberi inspirasi kepada masakan fusion dan pengalaman makan kontemporari.
“Kami berbesar hati untuk meraikan 100 tahun Kewpie Mayonisbersama-sama dengan rakan kongsi kami dalam bidang pendidikan dan bidang kulinari tempatan,”
kata Encik Shimpei Okada, Timbalan Pengarah Urusan Kewpie Malaysia.
"Di Kewpie, kami percaya kepada kuasa makanan untuk menghubungkan manusia dan budaya.
Acara ini mencerminkan masa lalu kami dan menandakan satu langkahke hadapan dalam memberi inspirasi kepada cef, inovator dan pencintamakanan generasi akan datang di Malaysia.
Setelah menubuhkanoperasi kami di sini pada tahun 2009, kerjasama kami dengan Universiti SEGi
dan Fei Fei Crab mencerminkan komitmen berterusan kami, komuniti, dan kreativiti Malaysia
yang berkualiti."
Kewpie juga bekerjasama rapat dengan Universiti SEGi untuk memberikan pendedahan langsung kepada pelajar kepada industrimakanan melalui projek dunia sebenar dan aplikasi kreatif produk Kewpie. Kerjasama ini menyerlahkan komitmen Kewpie Malaysia terhadap pendidikan,
pembangunan bakat dan penglibatan masyarakatjangka panjang. Dengan menyokong generasi inovator makanan yang akan datang, Kewpie memastikan bahawa warisan seabadnya terusberkembang
dengan perspektif segar dan kreativiti muda.
Ketika Kewpie Malaysia meraikan kejayaan tahun ke-100 ini, jenama itu mengesahkan janjinya untuk kekal inovatif, inklusif dan berkaitrapat dengan kehidupan penggunanya. Sama ada melalui hidangan baharu yang berani, kempen yang diterajui pelajar, atau peluang untukmeneroka Jepun,
Kewpie terus memberi inspirasi dengan setiap titisanmayonisnya yang jelas.
Ketahui lebih lanjut tentang Kewpie di www.kewpie.com.my dan melalui media sosial mereka di Facebook, Instagram, Tiktok.
On June 13, 2025 by ZiafMihar in Automotif, blog, drift, festival, kereta retro, kuala lumpur, love, malaysia auto & lifestyle festival, MALF 2025, pameran kereta, Sepang No comments
Festival Auto & Gaya Hidup Malaysia 2025 Menuju Ke Sepang
Sambutan Penuh Aksi Yang Menggabungkan Kelajuan, Budaya Dan Komuniti
Salam Korang!
Acara automotif yang paling dinanti-nantikan di Malaysia, menggabungkan kelajuan, gaya dan identiti budaya, kini memecut ke tahap maksimum. Kemuncak Festival Auto & Gaya Hidup Malaysia (MALF) 2025 bakal menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang selama dua hari penuh aksi pada14 & 15 Jun 2025, menghimpunkan sukan permotoran, budaya pop, warisan tradisional dan aktiviti mesra keluarga serta menjadikannya sebuah acara yang pasti terpahat dalam ingatan.
Tidak seperti ekspo automotif biasa, MALF 2025 adalah festival tempatan yang meraikan identiti Malaysia MADANI di pentas serantau dengan pelbagai persembahan budaya tradisional mewakili
semua etnik utama di Malaysia.
Antara tarikannya termasuk demonstrasi drift, pameran kereta retro dan perhimpunan kelab kereta terbesar di Malaysia dengan lebih 800 kereta dipamerkan. Peminat juga boleh menikmati hari litar rasmi, aksi demo oleh pemandu lagenda dan akses eksklusif ke kawasan pit.
Untuk memastikan Festival Automotif & Gaya Hidup Malaysia 2025 lebih seronok dan dapat dinikmati oleh semua, kami ingin mengumumkan bahawa kemasukan adalah percuma!
Namun, kemeriahan tidak terhenti dengan di litar sahaja. Edisi tahun ini menyediakan pelbagai citarasa makanan di bazaar, menampilkan suasana hebat dan gaya hidup yang penuh dengan keceriaan.
Penonton juga akan terpesona dengan barisan persembahan budaya tradisional yang dinamik dan persembahan dram yang memukau, meraikan kepelbagaian warisan dan budaya Malaysia,
termasuk tarian etnik pribumi Borneo dan persembahan etnik dari seluruh negeri.
“Festival MALF 2025 ini mencerminkan siapa kita sebagai sebuah negara hari ini, sebuah masyarakat berbilang kaum, bertenaga dan sentiasa maju ke hadapan. Ia meraikan semua rakyat Malaysia,
dan kami berbesar hati dapat menganjurkannya,”
jelas Malcolm Khoo, Ketua Pegawai Eksekutif KL Works
merangkap Penganjur Utama MALF 2025
Pengaruh Serantau yang Kian Meningkat :
MALF 2025 semakin mendapat perhatian meluas di peringkat serantau, dengan penyertaan yang memberangsangkan dari Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia. Pertambahan penyertaan ini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah satu perhimpunan gaya hidup otomotif paling meriah dan dinamik di Asia Tenggara.
Keluarga Diutamakan, Festival Tanpa Henti :
Bukan hanya untuk peminat permotoran, MALF 2025 juga destinasi terbaik untuk pilihan keluarga. Festival ini dirancang dengan teliti bagi memastikan pengalaman yang menyeronokkan dan
selesa untuk semua pengunjung, terdapat zon kanak-kanak dan ruang eksklusif wanita lengkap
dengan urutan serta penjagaan kuku, serta yang meriah menampilkan produk tempatan, fesyen,
dan pelbagai pilihan vendor makanan dan minuman. Tarikan lain termasuklah Auto Icons Show, Festival Motosikal dan Larian Kopi.
Jadikan hujung minggu Hari Bapa ini luar biasa dengan gabungan kereta,
budaya dan keseronokan keluarga yang sukar dilupakan di MALF 2025!
Ikuti @malfestivalmy di Instagram dan Facebook untuk info terkini,
sorotan jelajah menarik dan maklumat lengkap festival.
Jun ini, bukan enjin sahaja dihidupkan -
malahan menggerakkan semangat baharu!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Search
MR Charming The Face Of Healthy Beauty Guardian 2023
Popular Posts
-
OVERSEA Lancar The Moonlight Collection 2026 3 Perisa Mooncake Baharu Sempena Festival Pertengahan Musim Luruh Salam Korang! Festival Perte...
-
Lirik Lagu rollerblade | no na Lirik Lagu rollerblade | no na Ring a ding ding like a gamelan And it ain’t a big thing I’m the number one ...
Recent Posts
Categories
Sample Text
Blog Archive
Text Widget
Labels
Total Pageviews
True To Skin Ambassador 2024
Search This Blog
Music
2/youtube/grid-big





























