On February 16, 2024 by ZiafMihar in arul rasheed, blog, fadd, galau, jagakan dia, kuala lumpur, lirik lagu, love, nar record, tiktoker, youtube No comments
Lirik Lagu
Jagakan Dia | Arul Rasheed
Lirik Lagu | Jagakan Dia
oleh Arul Rasheed
Apa mahu mu Sayang
Apa mahu dari ku
Telah ku cuba semuanya
Untukmu, Padamu
Telah ku beri semua
Apa yang kau inginkan
Apa lagi kau mahukan
Ku coba... Lakukan
Oh Tuhan Ku cinta dia
Oh Tuhan ku sayang dia
Oh Tuhan jagakan dia
Untukku bila Aku tiada
Apa lagi pintamu
Kan kucuba turuti
Ku serahkan semuaNya
Jiwaku.. Ragaku..
Oh Tuhan Ku cinta dia
Oh Tuhan ku sayang dia
Oh Tuhan jagakan dia
Untukku bila Aku tiada
Oh Tuhan Ku cinta dia
Oh Tuhan ku sayang dia
Oh Tuhan jagakan dia
Untukku bila Aku tiada
Oh Tuhan dia segalaNya
Nadiku juga Nyawaku
Selamanya hanyalah Dia
Tetap ku Cinta
Ke akhir nyawa
JAGAKAN DIA,
Arul Rasheed
Lagu : Aiman Sidek (NAR Publishing Sdn Bhd)
Lirik : Aiman Sidek (NAR Publishing Sdn Bhd)
Mix Master : Wan Salleh
Artwork : Naim Junaidi
Music Video : RIO Production
On February 13, 2024 by ZiafMihar in blog, cafe, foodie, jjcm, kafe manuka, kuala lumpur, love, madu, madu manuka, minuman, sunway pyramid, viral No comments
Kafe Minuman berasaskan Madu Manuka
Salam Korang!
Pastinya korang familiar dengan Madu Manuka? yang sgt terkenal dengan madu yang bersifat
anti-bakteria, anti-radang & Anti-Oksidan uniknya secara semulajadi ..
Kini korang boleh nikmati minuman yang mempunyai madu manuka di Kafe Manuka yang baru saja dibuka di Pusat Membeli-belah Sunway Pyramid oleh Manuka Sdn Bhd.
Pelbagai jenis minuman menggunakan madu Manuka yang berinovatif ini menawarkan gabungan unik rasa dan memberi manfaat kepada kesihatan, menjadikannya pilihan yang tepat untuk pengguna yang mementingkan kesihatan, dan alternatif kepada minuman bergula. Terkenal dengan ciri anti bakteria yang luar biasa dan pelbagai manfaat kesihatan.
Pihak Manuka & rakan kongsi mereka memanfaatkan kuasa bahan semula jadi ini untuk mencipta rangkaian minuman Manuka yang menyegarkan dan lazat serta dapata memenuhi pilihan & gaya hidup yang berbeza. Pembukaan Kafe Manuka yang pertama di Sunway Pyramid merupakan peristiwa penting bagi syarikat mereka kerana ia mengukuhkan lagi kewujudan Manuka serta dapat memperkenalkan lagi produk Manuka kepada rakyat Malaysia.
Kalau korang nak tahu Kafe Manuka ini terletak di lot LG1.112A, menyajikan pelbagai jenis minuman Manuka bagi pelanggan menginginkan sesuatu yang baru.
"Kami teruja dengan melancarkan pelbagai jenis minuman Manuka kami ke pasaran Malaysia, kerana ia boleh menjadi alternatif yang sihat dalam industri minuman. Matlamat saya adalah untuk menjadikan minuman Manuka mampu milik dan boleh diakses oleh semua orang"
kata Kenny Too, Ketua Pegawai Eksekutif Manuka Sdn Bhd.
"Pasukan kami telah bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk membangunkan minuman berkualiti tinggi yang rasanya enak dan menawarkan manfaat kesihatan yang luar biasa menggunakan madu
Manuka. Kami percaya produk kami akan merevolusikan cara orang ramai menikmati minuman mereka dan menyumbang kepada kesejahteraan keseluruhan mereka."
Sempena pelancaran kedai minuman Manuka, pihak Manuka Sdn Bhd menawarkan promosi eksklusif kepada semua pelanggan di Sunway Pyramid -
dengan menikmati tawaran Beli 1, Dapatkan 1 PERCUMA untuk semua minuman
dari 26 Januari hingga 29 Februari 2024!
Antara minuman favorite di Kafe Manuka:
1. Pretty Me - RM18.90 (R)/RM21.90(L)
2. Immune Booster - RM18.9(R)/RM21.90(L)
3. Signature 10 - RM16.90(R)/RM20.90(L)
4. Max Punch - RM17.90 (R)/RM20.90 (L)
5. Breakfast Oats - RM16.90 (R)/RM19.90(L)
Terdapat juga MÄnuka Honey UMFTM (5+, 10+, 15+, 20+ , 25+)
Ini pastinya memberikan peluang terbaik kepada korang merasai sendiri kebaikan minuman Manuka.
Jadi korang jgn lepaskan peluang utk rasai sendiri di Kafe Manuka
Untuk maklumat lanjut tentang produk dan promosi, sila layari & ikuti:
HASHTAG : #withmanuka #manukadrinks #deliciouslyhealthy
On February 08, 2024 by ZiafMihar in alamanda putrajaya, blog, cny, dekorasi, dragon, Festive, kuala lumpur, lion dance, love, mall, mesra mall, ootd, Suria klcc, tahun baru cina No comments
Transformasi Suria KLCC menjadi Old Shanghai
bagi sambutan Tahun Baru Cina
Salam Korang!
Bamziaf pastinya paling teruja untuk menyaksikan dekorasi untuk perayaan oleh
Destinasi Beli-Belah Ikonik di Malaysia, Suria KLCC.
Jadi bagi sambutan sambutan Tahun Baru Cina pada tahun 2024,
Suria KLCC telah mengubah Ruang "Centre Court" kepada dekorasi ala "Old Shanghai" yang membawa reka bentuk budaya pada tahun 1920 hingga 1930 yang turut di kenali
sebagai "Paris of the Orient" mulai 12 Januari hingga 18 Februari 2024.
Bamziaf excited bila Ruang ‘Centre Court’ Suria KLCC dihiasi dengan kedai-kedai dua tingkat tradisional dahulu kala. Pastinya memberi experience menarik untuk pengunjung mengimbau
pelbagai replika binaan termasuk kedai pakaian yang dihiasi indah yang mempamerkan
seni reka cheongsam selain daripada sebuah restoran agam yang menampilkan
hidangan tradisional sempena sambutan makan malam tahunan.
Dekorasi Tahun Baru Cina kali ini juga turut mempamerkan sebuah beca dan juga kereta retro & vintaj sebagai prop untuk ber-OOTD serta projektor filem lama yang memainkan klip-klip filem klasik
yang menggamit jiwa juga turut dipamerkan.
Ruang Esplanade KLCC memainkan peranan utama dalam sambutan kali ini melalui
dekorasi majestik replika naga 3D setinggi 60 kaki. Simbolik dengan kehadiran Tahun Naga,
replika yang dinamakan sebagai ‘Dragon of Prosperity’ ini menjanjikan pemandangan
yang memukau dan mengagumkan.
Bagi menyemarakkan lagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina, pengunjung boleh menikmati persembahan tarian akrobatik singa yang akan berlangsung setiap hari Ahad pada jam 5 petang di Esplanade KLCC, dan tarian naga di ruang ‘Centre Court’ setiap hari Sabtu pada jam 2 petang sepanjang tempoh kempen.
Bagi korang yang suka shopping di Suria KLCC, sempena sambutan perayaan kali ini ada ganjaran menanti Para pengunjung yang berbelanja RM1,500 ke atas dalam dua resit akan menerima
e-Baucar Suria KLCC yang berjumlah RM100 serta satu set sampul merah esklusif Suria KLCC.
Bagi para Pelanggan yang membeli e-Baucar yang berjumlah RM1,000 berpeluang untuk
menerima e-Baucar tambahan yang bernilai RM100.
Tawaran eksklusif ini terhad kepada 50 pelanggan pertama sahaja.
Korang jangan lupa untuk check out ‘Festive Photobooth’ yang boleh capture moment korang di sini bertemakan "Old China", paling best korang boleh memperagakan kostum tradisional Cina dan nikmati cetakan foto tanpa had, bersama dengan salinan elektronik. Turut juga disediakan di ruang masuk ‘Centre Court’, Esplanade KLCC, dan Aras 1 Ampang Mall dan Ramlee Mall yang dihiasi dengan dekorasi ‘Instagram-worthy’ yang membawa kegemilangan sambutan perayaan ini.
Para pelanggan yang membeli ‘Suria Ribbon Pin’ yang berharga RM10 sebagai tanda sokongan kepada inisiatif Kesedaran Kesihatan Mental akan menerima satu set kuplet kaligrafi Cina yang dilengkapi dengan ucapan membawa tuah. Pada hujung minggu, para pelanggan juga akan berpeluang menyaksikan seni kaligrafi Cina yang akan mencipta kuplet secara langsung
semasa pembelian ‘Suria Ribbon Pin’.
“Tahun Baru Cina bukanlah sekadar sebuah perayaan; ia adalah detik bermakna untuk
memperkasa adat dan budaya. Di Suria KLCC, kami amat berbangga untuk membawakan
pengalaman yang imersif dan interaktif yang boleh membawa para pengunjung menikmati detik kegemilangan dan kehebatan era ‘Old Shanghai’. Perayaan ini lebih bermakna apabila ia menghubungkan semangat perpaduan yang kaya dengan warisan,”
ujar Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.
“Disaat kita menginjak ke Tahun Naga, Suria KLCC dengan berbesar hati menjemput para pengunjung dan pelanggan untuk bersama-sama menyambut tahun yang penuh dengan tuah dan kejayaan ini.”
Pusat Beli-Belah Alamanda
Kemegahan dekorasi ‘Old Shanghai’ yang dibawakan khusus untuk sambutan Tahun Baru Cina bakal mewarnai Pusat Beli-Belah Alamanda bermula dari 19 Januari hingga 12 Februari 2024.
Ruang ‘Centre Court’ menampilkan dekorasi yang dilengkapi dengan binaan panggung wayang vintaj, kedai pakaian yang memperlihatkan seni Cheongsam, dan sebuah restoran yang menyajikan replika hidangan makan malam tradisional, dimana ia dilihat sebagai ruangan ‘Instagram-worthy’.
Pada hujung minggu, pengunjung berpeluang menikmati persembahan tarian akrobatik singa, tarian naga, dan persembahan kebudayaan selain menerima edaran buah limau mandarin.
Ganjaran beli-belah di Alamanda Putrajaya akan membawa pengalaman yang lebih menarik buat para pelanggan yang berbelanja RM600 keatas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih.
Para pelanggan yang berbelanja akan menerima baucar beli-belah Alamanda yang bernilai RM30. Sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan yang berbelanja dengan nilai yang tinggi juga, mereka yang berbelanja RM1,500 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima baucar beli-belah Alamanda bernilai lebih besar, iaitu RM80.
Keriangan berterusan buat para pengunjung apabila ahli VIKids berpeluang unutuk menyertai dalam aktiviti kraftangan patung naga yang diperbuat daripada kertas selain daripada aktiviti mewarna bersempena sambutan Tahun Baru Cina. Inisiatif ini dilihat menjadikan Alamanda Putrajaya sebagai sebuah destinasi beli-belah yang memeriahkan sambutan mesra untuk seisi keluarga.
Pusat Beli-Belah Mesra
Pusat Beli-Belah Mesra di Terengganu menjemput komuniti setempat untuk turut menyambut sambutan Tahun Baru Cina mulai 12 Januari sehingga 15 Februari 2024. Pusat Beli-Belah Mesra akan menampilkan dekorasi gah dan mempesonakan yang bertemakan ‘Old Shanghai’.
Antara tarikan utama kempen ini termasuklah persembahan tarian tradisional singa pada 3 Februari, dimana para penari akan mengedarkan limau mandarin kepada para pengunjung simbolik dengan kepercayaan membawa tuah. Ahli keluarga yang berkunjung ke Mesra Mall juga boleh menyertai bengkel membuat replika naga pada 9 dan 10 Februari.
‘The Shoppers Rewards Programme’ menawarkan sebuah ‘teapot’ yang direka khas dengan lakaran bunga yang menawan kepada 500 pembeli yang berbelanja RM350 ke atas dalam dua resit
di mana-mana kedai terpilih.
Untuk info lanjut, sila layari:
Mengenai Suria KLCC Sdn Bhd
Suria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC Property Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Investors (40%). Ia merupakan kumpulan pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan kepada pembangunan dan operasi pusat membeli belah di Malaysia.
Portfolio terkininya merangkumi tiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur),
Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai dan lebih 2 juta kaki
persegi ruang runcit keseluruhannya, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit tempatan dan
antarabangsa untuk mendekati golongan pembeli berkemampuan tinggi di Malaysia
On February 06, 2024 by ZiafMihar in blog, bufet makan malam, foodie, hotel royal signature, iftar, jjcm, kelly azman, kuala lumpur, love, puasa, ramadhan, sajian titian desa, staycation No comments
Bufet Pertama di Hotel Royal Signature bertemakan
Sajian Titian Desa
Nikmati Selera Hidangan Sepanjang Zaman
Salam Korang!
Hotel Royal Signature merupakan nama terbaharu dalam industri hospitaliti di Kuala Lumpur
dengan julung kalinya menjemput anda untuk memeriahkan lagi suasana bufet makan malam eksklusif kami dan menikmati hidangan lazat yang bertemakan "Sajian Titian Desa".
Abadikan kenangan terindah ketika berbuka puasa bersama orang yang tersayang sambil
menghayati keasyikan rasa santapan tradisional Malaysia.
Para tetamu yang hadir ke bufet makan malam ini akan dihidangkan dengan lebih 200 jenis juadah yang terdiri daripada masakan tradisional Melayu dan Antarabangsa. Suasana dimeriahkan lagi dengan aksi memasak secara langsung dengan yang dikendalikan oleh eksekutif chef,
Chef Tony Tang bersama-sama pasukan kulinari beliau yang intipati hidangannya berinspirasikan
desa daripada zaman kanak-kanak mereka.
Hidangan utama yang menjadi tarikan ramai adalah Kambing Golek yang mendapat sentuhan
gaya masakan barat oleh Chef Tang yang berinovatif dalam mencetuskan resepi baharu daripada
menu tradisional hidangan tersebut. Kari Kepala Ikan “Istimewa” Kedah juga merupakan
antara hidangan yang mendapat sambutan ramai sebagai hidangan yang memberikan sentuhan klasik dalam bufet makan malam ini. Terdapat juga pelbagai tawaran menu lain yang menarik termasuk
Gulai Kawah Tulang Rawan, Asam Pedas Ekor Melaka, dan Sate.
Para penggemar makanan laut juga tidak ketinggalan untuk turut menikmati pelbagai pilihan menu kegemaran mereka. Makanan laut segar “Seafood on Ice”, Ikan Siakap Bakar dan Sambal Petai Udang Karang merupakan antara hidangan yang disediakan khas. Bufet makan malam Sajian Titian Desa dilengkapi dengan pelbagai pilihan pencuci mulut tradisi Malaysia, seperti Ais Kacang,
aneka kuih-muih Melayu, chocolate fountain yang mengiurkan, dan juga beberapa pilihan lagi
untuk menjamu para penggemar manisan.
“Walaupun kita seperti sudah terbiasa dengan hidangan tradisi Melayu yang dipermodenkan, rakyat Malaysia tetap sentiasa merindukan rasa asli masakan turun temurun. Maka, hidangan yang kami tampilkan dalam bufet makan malam Sajian Titian Desa ini adalah bercirikan resepi yang telah diturunkan dari generasi ke generasi sejak zaman tok nenek kita yang dahulunya mereka memasak secara tradisi sebelum terciptanya perkakas dapur yang canggih seperti sekarang”,
kata Pengurus Besar Hotel Royal Signature, May Cheong @ Nurul.
Sambil menjamu selera dan berbuka puasa dengan bufet makan malam Sajian Titian Desa,
tetamu juga dapat menikmati hiburan secara langsung pada setiap hari. Suasana majlis berbuka puasa dimeriahkan dengan penampilan istimewa oleh penyanyi Reyhana Yunus dan Fareez Fauzi. Kemudahan surau juga ada disediakan oleh pihak hotel untuk tetamu yang beragama Islam
bagi menunaikan solat fardhu Maghrib dan Isyak dengan selesa.
Bersempena dengan keberkatan bulan Ramadan, Hotel Royal Signature mengumumkan bahawa
setiap satu penjualan bufet makan malam Sajian Titian Desa, sejumlah RM1.00 akan disumbangkan kepada Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah sebagai
inisiatif mereka dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat.
Bufet makan malam Sajian Titian Desa ini bertempat di restoran Asian Pot dan mula beroperasi
pada 12 Mac 2024 hingga 6 April 2024, dari jam 7.00 malam hingga 9.30 malam.
Butiran harga adalah seperti berikut:
Dewasa: RM 178.00 bersih
Warga Emas (60 tahun ke atas): RM 128.00 bersih
Kanak-kanak (7 hingga 12 tahun): RM98.00 bersih
Diskaun 20% untuk pemegang kad RHB
Belian berkumpulan: Beli 10, Percuma 1
Bagi mereka yang merancang untuk menempah lebih awal, tawaran “Early Bird” tersedia bermula
1 Februari 2024 hingga 1 Mac 2024,
pada harga RM 128.00 bersih untuk setiap dewasa (harga asal RM178.00 bersih).
Jika anda ingin membuat tempahan atau memerlukan maklumat dengan lebih lanjut,
sila hubungi kami melalui e-mel di fb.secretary@hotelroyalsignature.com.
Anda juga boleh menghubungi kami melalui panggilan telefon atau
WhatsApp menerusi talian +60 16-808 3188.
PAKEJ BILIK PENGINAPAN TITIAN DESA RAMADAN
Hayati semangat Ramadan dengan Pakej Penginapan Titian Desa Ramadan eksklusif kami,
khas untuk mereka yang ingin meraikan bulan yang mulia ini dengan berkumpul bersama keluarga. Harga pakej bilik kami bermula dari RM 488.00 bersih untuk setiap bilik pada kadar satu malam,
pakej termasuk:
Bufet sarapan sahur
Bufet makan malam Sajian Titian Desa
Parkir percuma
Snek Ramadan dalam bilik
Nikmati diskaun 20% pembelian tambahan untuk buffet makan malam Sajian Titian Desa
Tempoh tempahan & penginapan: Sekarang – 5 April 2024
Tempahan pakej boleh dibuat melalui laman sesawang https://hotelroyalsignature.com dan
gunakan kod akses FESTIVE. Jika anda memerlukan maklumat dengan lebih lanjut,
sila hubungi kami melalui e-mel di reservation@hotelroyalsignature.com.
Anda juga boleh menghubungi kami melalui panggilan telefon atau
WhatsApp menerusi talian +60 16 809 5188.
Mengenai Hotel Royal Signature
Bertempat di pusat bandar Bukit Bintang, Kuala Lumpur, layanan mewah oleh Hotel Royal Signature bertumpuan kepada servis hospitaliti yang mesra keluarga. Dengan 428 bilik tamu yang direka dengan teliti, hotel ini menggabungkan konsep kontemporari dan warisan tempatan. Hidangan kulinari di restoran Asian Pot, kafe Brew & Bond dan Cabana Pool Bar menawarkan pelbagai jenis hidangan untuk menjamu selera. Kemudahan di aras 4 termasuk kolam renang yang luas, pusat latihan kecergasan yang dibuka 24 jam dan juga pusat permainan kanak-kanak, Bintang Playhouse yang dilengkapi dengan bilik rangsangan pelbagai deria (multi-sensory room) pertama di Malaysia untuk perkembangan deria kanak-kanak. Sesuai untuk pelbagai jenis majlis, Hotel Royal Signature menawarkan ruangan majlis tanpa tiang yang mampu menampung bilangan tetamu sehingga 500 orang dan sesuai untuk pelbagai acara. Hotel Royal Signature berinisiatif dalam memperkasa aktiviti kelestarian alam dan amalan mesra alam dalam operasinya menerusi langkah-langkah seperti menggunakan penapis air minuman di dalam bilik, kemudahan bilik mandi terbiodegradasi, dan mempunyai kebun kecil bagi mendapatkan hasil masakan yang segar dari ladang ke meja (farm-to-table). Untuk maklumat lanjut, sila layari https://hotelroyalsignature.com/
On February 01, 2024 by ZiafMihar in berharap kau kembali, blog, fabio asher, galau, healing, indonesia, kuala lumpur, lirik lagu, love, youtube No comments
Lirik Lagu
Berharap Kau Kembali | Fabio Asher
Lirik Lagu | Berharap Kau Kembali
oleh Fabio Asher
Entah apa yang sebenarnya kau rasakan
Belum lama kita berpisah
Dan kau telah temukan pengganti diriku
Padahal kita begitu lama menjalin kisah
Bahkan sampai kini ku tak bisa melupakanmu
Di hatiku kau masih terindah
Bagaimana dengan diriku
Bila nanti kau bersama dia
Kau buat hatiku semakin hancur
Tuk hati ku yang sulit melupakanmu
Bagimana dengan diriku
Jika benar kau lebih bahagia
Sedangkan aku di sini selalu
Berharap kau tuk kembali
Menunggu tapi sungguh aku tak bisa
Menahan rasa sakit yang ku rasa
Bagaimana dengan diriku
Bila nanti kau bersama dia
Kau buat hatiku semakin hancur
Tuk hati ku yang sulit melupakanmu
Bagimana dengan diriku
Jika benar kau lebih bahagia
Sedangkan aku di sini selalu
Berharap kau tuk kembali
Sedangkan aku di sini selalu
MJ ENTERTAINMENT
SONG CREDIT:
Author: Fabio Asher, Trakast
Composer: Fabio Asher, Trakast, Yafi Aria
Music Arranger: Yafi Aria
Mixing & Mastering: Eko Sulistiyo
Backing Vocal : Dwi Labasir
Executive Producer : Fabio Asher, Master Lukas
Subscribe to:
Posts (Atom)
Search
MR Charming The Face Of Healthy Beauty Guardian 2023
Popular Posts
-
OVERSEA Lancar The Moonlight Collection 2026 3 Perisa Mooncake Baharu Sempena Festival Pertengahan Musim Luruh Salam Korang! Festival Perte...
-
Lirik Lagu rollerblade | no na Lirik Lagu rollerblade | no na Ring a ding ding like a gamelan And it ain’t a big thing I’m the number one ...
Recent Posts
Categories
Sample Text
Blog Archive
Text Widget
Labels
Total Pageviews
True To Skin Ambassador 2024
Search This Blog
Music
2/youtube/grid-big

























.png)








