Wednesday, 20 April 2022

FRforSharing - eMedAsia Travel & Health Awareness

 FRforSharing - eMedAsia Travel & Health Awareness 

Hai Hampa! Pastinya sekarang kita sudah menganjak ke fasa Endemik, di mana semua akan perlahan lahan kembali normal seperti biasa walaupun kita masih belum sepenuhnya dapat melumpuhkan Covid-19 ini.. Ramai pastinya dah tak sabar untuk travel ke luar negara mahupun di dalam negara sendiri namun bila fikirkan prosedur yang perlu di lalui ramai yang tidak bersedia lagi untuk travel terutamanya yang ada anak anak kecil 

Bamziaf sudah cuba solusi untuk semua kekusutan ini, setelah kawan bamziaf kenalkan eMedAsia.com yang merupakan one-stop center untuk mudahkan urusan kita bila nak travel khususnya sebab di sini ada provide Professional RTK tests atay PCR test yang pastinya di perlukan bila kita nak travel ke luar negara… 

eMedAsia ini owned by HS BIO dgn kerjasama Koperasi Persatuan Perubatan Malaysia (KOOP MMA) yang merupakan salahsatu pelabur untuk Malaysian Medical Associations (MMA). Platform ini ada hampir 2500 MOH recognised general practitioners (GPs) 

Kalau hampa nak tahu melalui eMedAsia.com hampa tak perlu dah ke klinik atau hospital untuk buat RTK or PCR boleh buat secara alam maya tau.. eMedAsia ada buat Virtual Covid Screening Test dgn kerjasama dari CLEADOC hanya dengan harga RM25/ujian RTK.. Jangan risau hampa punya results akan update secara terus di aplikasi MySejahtera tau… Keputusan ujian hampa verified by medical doctors 

Selain itu untuk Inbound Travelers hampa boleh jimat masa dng Online Pre-Booking tau untuk On-Arrival RTK test melalui MySafeTravel.gov.my , jadi boleh skip Airport Test Queue! Hmpa pun boleh elak dari exposure terjangkit Covid-19 bila tengah beratur ramai ramai tu….. Jadi hampa boleh arrange nak buat RTK or PCR swab dekat Hotel hampa akan stay atau klinik terdekat.. Jangan risau servis ini sangat affordables… Results akan direct updates dlm MySejahtera nanti 

Harga yang di tawarkan: 

Professional RTK-Ag dekat klinik: 

RM70 untuk Malaysian 

RM90 untuk foreigners 

Jadi jangan kusutkan diri, gunalah perkhidmatan dari eMedAsia.com ini… Untuk info lanjut hampa boleh check out di laman web: 

Emedasia.com - 

Untuk tempahan RTK test dekat klinik serta laman web utama untuk semua servis & perkhidmatan yang di sediakan 

Travellers.emedasia.com - Untuk tempahan RTK test dekat klinik 

MySafeTravel.gov.my - Untuk checklist bagi travelers dari luar untuk masuk ke Malaysia

Tuesday, 19 April 2022

#FRforSharing - Hanis Zalikha Duta Rasmi Innersejuk 2022

#FRforSharing - Hanis Zalikha Duta Rasmi Innersejuk 2022
Kontrak Bernilai USD1Juta sebagai Duta



Hai hampa! Bamziaf baru ini hadir untuk event Innersejuk yang secara rasminya mengumumkan 
Hanis Zalikha sebagai Duta Rasmi Innersejuk 2022 
dengan pontensi kontrak bernilai USD1Juta (RM4.2Juta)


Innersejuk menghasilkan pakaian berkualiti tinggi serta menarik untuk dipakai merangkumi 
modest sports, lifestyle ready-to-wear, pakaian untuk beribadah dan juga aksesori fesyen yang sesuai untuk gaya hidup wanita muslimah pada hari ini. 
Innersejuk telah berjaya mencipta DriChill Technology®- fabrikyang sejuk dan anti-mikrob, 
yang dapat menyerap peluh, selesa, serta sesuai dipakai
bukan sahaja untuk bersukan malah boleh digayakan sebagai lifestyle wear.

 
Menurut Azrul Izzam, Pengarah Urusan Innersejuk, Pemilihan Hanis Zalikha sebagai Duta Rasmi 
adalah kerana personaliti beliau yang sangat berani, mempunyai ciri-ciri istimewa yang tersendiri, serta dikenali sebagai Ikon Modest Fashion sangat sesuai untuk membawa 
jenama Innersejuk ke peringkat Antarabangsa.. 


Selaras dengan itu Hanis Zalikha turut serta dalam kempen Innersejuk yang menonjolkan koleksi Telekung Suqainah yang terbaru.. Terdapat 2 koleksi iaitu Telekung Suqainah Signature & Telekung Suqainah Luxe. Fabrik yang digunakan iaitu DriChill® Tuff, fabrik yang lebih lasak & lebih tebal daripada telekung biasa merupakan rekaan inovatif dari Innersejuk

Telekung Suqainah juga di reka khas untuk kekal sejuk, anti-mikrob & juga mempunyai kemasan yang mewah. Telekung ini tidak jarang & di bahagian muka nampak sangat kemas dan terletak dengan sempurna. Telekung Suqainah Signature merupakan potongan klasik 
Manakala Telekung Sugainah Luxe pula mempunyai ciri yang lebih mewah dengan fishtail
yang lebih panjang di bahagian belakang.

Jadi hampa jangan lupa dapatkan Telekung @suqainah.my & produk lain di platform @innersejuk sekarang! Support produk tempatan yang sgt hebat ini!
Tahniah kepada @haniszalikha di atas pelantikan sebagai Duta Rasmi Innersejuk

Sunday, 10 April 2022

#FRforReview - Iftar @ De'Kenduri - Lutfi Yussof


#FRforReview - Iftar @ De'Kenduri - Lutfi Yussof


Hai hampa! untuk #IftarManaBamziaf kali ni bamziaf nak sharing tempat best utk bufet di tgh kesibukan kota siap ada Vibe kenduri kahwin lagi tau, pastinya dekat @dekendurikualalumpur yang terletak di Jalan Yap Kwan Seng



De'Kenduri Bufet Ramadan menyediakan menu yang yang sangat best pastinya berkonsepkan kenduri kenduri yang ada di Malaysia! Memang bagi bamziaf memenuhi citarasa tekak orang Malaysia & menu dia bkn saja menarik tapi soooooo sedappp tau


 

Menu yang bamziaf suka dari "Kenduri Kawin" dia punya Ayam Masak Merah. Untuk "Kenduri Tahlil" Sambal udang Petai dia so win! Untuk "Kenduri Kesyukuran" suka sgt Masak Lemak Telur Itik ! Untuk dessert ada banyak kuih & kek tersedia tau...



*Kenduri Kawin*
▪️Nasi Briyani/Nasi Minyak/Nasi Tomato/ Nasi Hjn Panas
▪️Ayam Msk Merah/Madu/Kurma/Kicap Mamak
▪️Daging Kari/Kurma/Rendang Hitam/Rendang Minang
▪️Acar Jelatah/Acar Buah/Pajeri Nenas

 


*Kenduri Tahlil*
▪️Nasi Putih
▪️Keli Berlada/Keli Sambal Hijau/Keli Msk Lemak + Pucuk Maman/Keli Lmk Belimbing Buluh
▪️Sambal Udang Petai/Masak Lemak Udang Galah/Masak Lemak Perut+Udang
▪️Ikan Masak Cuka/Asam Pedas Ikan/Ikan Kari
▪️Masak Lemak Pucuk Manis/Masak Lmk Pucuk Paku/Mask Tempoyak Pucuk Ubi
▪️Ikan Kering/Ikan Pekasam
▪️Aneka Ulaman
▪️Aneka Sambal

*Kenduri Kesyukuran*
▪️Ayam Cashew Nut/Ayam Paprik/Chicken Salted egg/ Ayam Kam Heong/Masak lemak Ayam + Pegaga
▪️Daging Black Pepper/Fish Fillet Sweet Sour/Butter Milk Prawn/Masak Lemak Telur Itik
▪️Mix Vege/Tauhu Jepun Sos Telur
▪️Kerabu Pucuk Paku + Kerang/ Kerabu Taugeh + Perut/ Kerabu Kacang Botol
*Kenduri Buat Rumah Baru (Style Kpg2)*
▪️Bubur Kacang/Pengat Pisang/Bubur Chacha/Bubur Keledek/Bubur Pulut Hitam
▪️Pulut Kuning + Rendang Ayam 

 

Hampa jgn risau harga bufet dia sangat berpatutan tau hanya RM60(Dewasa) & RM40(Kanak2) .. Tutup setiap hari Isnin (Boleh buat tempahan untuk Group) .. If hampa nak booking or info lanjut boleh check out IG @dekendurikualalumpur atau  boleh whatsapp

Friday, 8 April 2022

#FRforSharing - Duta ESH RAYA 2022 - Datin Rita Sosilawati

#FRforSharing - Duta ESH RAYA 2022 - Datin Rita Sosilawati
Bersama Menyemarakkan Keikhlasan di Hari Raya
E.S.H. x Datin Rita Sosilawati



Hi Hampa, tahu tak Pembekal utama produk Elektrik, rumah & peralatan dapur, E.S.H. Electrical Sdn Bhd baru saja mengumumkan perlantikan Duta ESH Raya 2022 mereka iaitu Datin Rita Sosilawati.

 Ini sempena kempen mereka di bulan Ramadan & Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma nanti..


Program CSR "Bersama Menyemarakkan Keikhlasan di Hari Raya" turut di lancarkan oleh E.S.H. Electrical selaras dengan bulan mulia ini untuk menyebarkan kebaikan serta dapat membantu mereka yang memerlukan ini... Pihak E.S.H. Electrical Sdn Bhd bersetuju untuk menderma barangan Elektrik kepada kira kira 200 keluarga Mangsa banjir yang melanda baru baru ini... 

Datin Rita Sosilawati tidak melepaskan peluang untuk bekerjasama dalam program yang mulia ini, Beliau juga turut menyumbang barangan keperluan seperti beras, gula, tepung & bekalan makanan yang lain untuk membantu meringankan beban keluarga-keluarga yang terbabit supaya mereka dapat bersahur & berbuka puasa juga..
Menerusi program CSR ini Datin Rita tidak melepaskan peluang untuk menjadi wakil E.S.H. Electrical untuk turut melawat dua tempat iaitu di Kampung Kemat & Kuala Menjing.. 
Datin Rita sendiri bertemu keluarga yang terlibat & menyampaikan sumbangan dengan bantuan dari PANDAN (Persatuan Anak Niaga & Aktiviti Nirmala)


Jadi jika anda mengetahui maklumat lanjut mengenai program CSR ini boleh datang ke kedai E.S.H. Electrical atau menghubungi kaunter khidmat pelanggan E.S.H. sendiri


ESH Electrical Bangsar Shopping Centre
T116 & T119, 3rd Floor, 285, Jalan Maarof, 
Bangsar Shopping Centre, Bukit Bandaraya, 
Wilayah Persekutuan, 59200 Kuala Lumpur
Hours: 10am–9pm