#FRforSharing - Duta ESH RAYA 2022 - Datin Rita Sosilawati

#FRforSharing - Duta ESH RAYA 2022 - Datin Rita Sosilawati
Bersama Menyemarakkan Keikhlasan di Hari Raya
E.S.H. x Datin Rita Sosilawati



Hi Hampa, tahu tak Pembekal utama produk Elektrik, rumah & peralatan dapur, E.S.H. Electrical Sdn Bhd baru saja mengumumkan perlantikan Duta ESH Raya 2022 mereka iaitu Datin Rita Sosilawati.

 Ini sempena kempen mereka di bulan Ramadan & Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma nanti..


Program CSR "Bersama Menyemarakkan Keikhlasan di Hari Raya" turut di lancarkan oleh E.S.H. Electrical selaras dengan bulan mulia ini untuk menyebarkan kebaikan serta dapat membantu mereka yang memerlukan ini... Pihak E.S.H. Electrical Sdn Bhd bersetuju untuk menderma barangan Elektrik kepada kira kira 200 keluarga Mangsa banjir yang melanda baru baru ini... 

Datin Rita Sosilawati tidak melepaskan peluang untuk bekerjasama dalam program yang mulia ini, Beliau juga turut menyumbang barangan keperluan seperti beras, gula, tepung & bekalan makanan yang lain untuk membantu meringankan beban keluarga-keluarga yang terbabit supaya mereka dapat bersahur & berbuka puasa juga..
Menerusi program CSR ini Datin Rita tidak melepaskan peluang untuk menjadi wakil E.S.H. Electrical untuk turut melawat dua tempat iaitu di Kampung Kemat & Kuala Menjing.. 
Datin Rita sendiri bertemu keluarga yang terlibat & menyampaikan sumbangan dengan bantuan dari PANDAN (Persatuan Anak Niaga & Aktiviti Nirmala)


Jadi jika anda mengetahui maklumat lanjut mengenai program CSR ini boleh datang ke kedai E.S.H. Electrical atau menghubungi kaunter khidmat pelanggan E.S.H. sendiri


ESH Electrical Bangsar Shopping Centre
T116 & T119, 3rd Floor, 285, Jalan Maarof, 
Bangsar Shopping Centre, Bukit Bandaraya, 
Wilayah Persekutuan, 59200 Kuala Lumpur
Hours: 10am–9pm

Post a Comment

0 Comments