#FRforReview - Staycation at Grand Barakah Hotel
Muslim Friendly Hotel in Ampang
Hi hampa! Siapa sini budak Ampang atau budak KL?
Pastinya hampa pernah dengar one of hotel yg dekat dgn Ampang Point? ha De Palma Hotel!
Kini sudah berwajah baru tau, di kenali sebagai Grand Barakah Hotel Ampang! Hotel yang terletak di betul betul di hadapan Ampang Point ini, mempraktikan konsep "Muslim Friendly" yang baru saja beroperasi dengan wajah baru penghujung tahun lepas!
View dari bilik hotel |
Lokasi Hotel ini sangat strategik di mana hampa boleh pergi KLCC hanya lebih kurang 15 minit tau malah antara tarikan pelancongan yang menarik juga sangat dekat & mudah untuk pergi. Hotel ini menyediakan 180 parking lot jadi mudah untuk pengunjung yang datang. Hotel ini menyediakan 204 bilik dan 32 suites untuk 11 tingkat yang terbahagi kepada Deluxe & Premier.
Bilik Penginapan yang menarik
Grand Barakah Hotel menawarkan Deluxe Floor dari Level 4-7 yang menawarkan 28 bilik Deluxe Queen , 72 bilik Deluxe Twin, 8 bilik Deluxe Junior Suite & 8 bilik Deluxe Executive Suites
manakala untuk Premier Floor dari level 8-11 menawarkan 34 bilik Queen, 39 bilik Twin,
8 bilik Junior Suites & 8 bilik Executive Suites..
Bilik akan tersedia dengan kemudahan AirCond, WiFi, Sejadah, Minibar Fridge, TV & banyak lagi kemudahan tersedia untuk anda
Sejadah & Iron juga di sediakan untuk anda |
Bamziaf berpeluang untuk stay di Bilik Premier Deluxe, sangat luas tau bilik dia (26sqft) yang boleh stay max 3 Pax plus bamziaf dapat view Pencakar Langit dari bilik ja tau, memang awesome tau!
Jika hampa stay di Premier Floor skrg, hampa akan dapat Tuala Hotel secara percuma
Nikmati Juadah Hari Raya & Hi-Tea Grand Barakah Hotel
Kalau nak nikmati juadah Hari Raya pastinyaaa lama kan sebab nak tunggu Hari Raya tapi jangan risau sebab hampa boleh menikmati di Restoran Warisan Bonda, mengangkat tema " Hari Hari, Hari Raya".
Hampa dapat menikmati Lemang, Ketupat Palas, Burasak, Lepat Lui, Rendang Ayam, Asam Pedas Ikan Parang & lain lain lagi yang sedap... Harga Buffet hanya RM30 tau.. Hidangan Buffet bermula dari jam 10pagi-6ptg manakala utk Buffet Nasi Lemak dari jam 6ptg hingga 11 mlm..
Ruang Makan Luar The Rumbia |
Grand Barakah Hotel juga ada lagi satu coffee house tau yang menawarkan Weekend Hi-Tea iaitu di The Rumbia Coffee House yang available setiap Sabtu, Ahad & Public Holiday dari pukul 12Pm-4pm!
Kebanyakkan hidangan yang di sediakan adalah masakan tempatan yang sangat memenuhi citarasa kita antaranya Ketam masak cili, Kepak Goreng, Mee Kari, Pastry, Kuih Muih & Banyak lagi... Harga untuk buffet ini RM58 (Dewasa), RM38 ( Senior Citizin) & RM28 (Child 6-12 tahun)
Restoran Al Azzraf di Tingkat 3 hotel yang menawarkan Masakan Turkish & Arabic memberi peluang kepada orang yang menginap di Hotel ini mencuba menu lain dari kebiasaan kita..
Antara menu yang di tawarkan Mandi Lamb Shank Rice, Kabsa, Biryani, Maqluba & banyak lagi.. Waktu operasi untuk restoran ini dari pukul 11pagi-12am & hampa boleh hubungi 0342667755 untuk info lanjut..
Faksiliti lain yang tersedia
Surau Nurul Hikmah |
Grand Hotel Barakah juga turut menyediakan Surau Nurul Hikmah yg berada di Tingkat 3 .. Surau ini juga turut di gunakan untuk Solat Jumaat yang di ketuai oleh Iman yang di lantik ..
Surau ini mampu menampung lebih kurang 1800 jemaah asalnya namun jika mengikut SOP kini hanya 50% sahaja... Selain itu Surau juga ada di aktiviti keagamaan yang lain dari masa ke semasa
Raikan majlis bahagia hampa di sini sebab Grand Hotel Barakah juga turut menyediakan Ballroom yang luas untuk majlis pertunangan, pernikahan, perkahwinan & lain lain lagi... Ballroom ini mampu menanggung kapasiti sehingga 600 pax mengikut SOP...
Ballroom yang disediakan |
Ballroom ini sangat selesa & cantik tau.. Pihak hotel akan menyediakan mini pentas untuk pelamin, meja hidangan, meja buffet & banyak lagi. Harga pakej yang di tawarkan bermula dari RM38 hingga RM88 untuk hidangan Buffet atau Dome Set
Kolam renang juga tersedia di sini |
Program sempena Ramadan
Sempena bulan Ramadan, Grand Barakah Hotel ada mengadakan Buffet Ramadan di mana ada lebih 100 menu pilihan menanti ada tau
Terdapat juga pakej Ramadhan untuk anda dimana termasuk Sahur & Iftar. Selain itu hampa boleh melakukan Solat sunat Tarawih, Qiamullail, takzirah subuh sepanjang bulan Ramadan jika menginap di sini
Jadi bagi bamziaf satu pengalaman yang menarik dapat menginap di Grand Barakah Hotel & semua servis dia mmg terbaik tau. Jangan lupa hampa pun boleh experience juga utk stay di sini
0 Comments