On August 27, 2023 by ZiafMihar in blog, chicken wrap, fast food, fiesta mexicana, Food, foodie, jjcm, kuala lumpur, love, marrybrown, mexicana feast, mexico, sajian, viral No comments
Fiesta Mexicana! Hidangan Citarasa Mexico di Marrybrown
“HOLA!” MARRYBROWN MEMPERKENALKAN HIDANGAN MEMUKAU: FIESTA MEXICANA!
Marrybrown kembali dengan ‘sesuatu yang berbeza’ dengan citarasa istimewa Mexico.
Salam Guys!
Anda sudah bersedia untuk mencuba hidangan terbaru? Mengangkat konsep hidangan khas Mexico, Marrybrown, restoran perkhidmatan pantas tempatan terbesar memperkenalkan menu terbaharunya: Fiesta Mexicana! Menu terbaharu ini disempurnakan dengan gabungan rasa manis, masam, dan segar yang pastinya akan memikat citarasa rakyat tempatan! Para pelanggan berpeluang menikmati hidangan istimewa ini bermula pada hari ini sehingga hujung bulan September!
Marrybrown sentiasa menyediakan ‘sesuatu yang berbeza’ untuk peminat Memang Best mereka. Keterujuaan kali ini, menawarkan pelbagai menu khas Mexico seperti Mexicana Chicken & Chips, Mexicana Chicken Wrap, Mexicana Feast, Nacho Cheesy Crunch dan banyak lagi.
“Untuk melengkapi pengalaman yang berbeza, Marrybrown sememangnya mengutamakan sajian
yang unik dalam usahasama oleh Penyelidikan dan Pembangunan kami, yang menitikberatkan kepuasan pelanggan dalam menyajikan hidangan yang istimewa. Kami sedar bahawa anak-anak muda tempatan kini lebih berani mencuba citarasa yang berbeza. Oleh itu, kami yakin bahawa
Fiesta Mexicana ini akan mendapat sambutan yang positif oleh masyarakat!”
kata Dato’ Joshua, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.
Menu baharu ini menampilkan Mexicana Chicken & Chips,
yang disajikan bersama dengan ayam rangup yang disalut bersama sos istimewa Mexicana yang manis dan pedas, berserta dengan kentang goreng. Harga hidangan ini bermula dari RM17.90.
Untuk mereka yang mahukan hidangan ringkas,
Kombo Mexicana Chicken Wrap boleh dijadikan pilihan. Kombo ni bermula pada harga dari RM18.90, disajikan bersama dengan kepingan ayam yang dihidangkan dengan Salsa Fresca dan
sos istimewa Mexicana yang pasti menggiurkan!
Untuk penggemar ayam rangup, Marrybrown menawarkan Kombo 2-ketul Mexicana Chicken,
harga bermula dari RM20.80. Setiap hidangan kombo didatangkan dengan
segelas Fresca Fizz yang segar bersama hidangan sampingan Corn Chips dan Salsa Fresca.
Mexicana Feast akan menjadi pilihan yang sempurna untuk dinikmati. Dilengkapi dengan 1-ketul Mexicana Chicken, Mexicana Chicken Wrap, Corn Chips, dan segelas Fresca Fizz.
Harga tawaran hanya bermula dari RM25.80.
Sempurnakan Mexicana Feast anda dengan Nacho Cheesy Crunch, harga bermula dari RM6.20,
bersama hidangan tambahan Apple Pie, harga bermula dari RM3.50.
“Pelancaran menu Fiesta Mexicana oleh Marrybrown ini akan disusuli dengan pelbagai menu baharu yang akan diperkenalkan tidak lama lagi. Kami tidak sabar untuk menerima keterujaan para penggemar kami dalam menikmati keenakan hidangan terbaharu ini, sekaligus menjadikan hidangan khas Mexico ni akan menjadi menu keunggulan bagi mereka,” kata Dato’ Joshua.
Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran
di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi
untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.
Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown, Aplikasi MB, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:
On August 22, 2023 by ZiafMihar in Aziz M Osman, blog, Datuk Hajjah Fauziah Nawi, David Teo, degree, diploma, filem, intership, kuala lumpur, Latihan industri, love, MEATECH Creative Academy, Metrowealth, MIG, MOA No comments
Majlis Menandatangani MOA antara
MEATECH CREATIVE ACADEMY dan METROWEALTH INTERNATIONAL GROUP (MIG)
Salam guys!
Bamziaf berkesempatan untuk menghadiri Majlis Menandatangani MOA antara
MEATECH CREATIVE ACADEMY dan METROWEALTH INTERNATIONAL GROUP (MIG)
yang telah diadakan di Wisma Metrowealth.. MOA ini terjadi kerana menyahut seruan
pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (PK) untuk melaksanakan Latihan Industri (LI)
kepada para pelajar yang dapat memberi pengalaman, peluang serta pembelajaran lebih luas.
Umum mengetahui, MIG merupakan antara syarikat produksi yang sentiasa mencipta serta
melahirkan bintang terkenal selama 23 tahun MIG ditubuhkan.
Ini selaras dengan visi MIG iaitu Bintang Dicipta Bukan Dilahir. Bagi Mr. David Teo,
selaku CEO MIG, bukan hanya bintang malah Karyawan Serta Anak Seni juga boleh dicipta
menjadi pakar yang hebat. Misi Pembangunan Modal Insan sentiasa diterapkan dalam MIG
demi menggalas tanggungjawab dalam mencipta pelapis baharu dan konsistensi
MIG membuka peluang di antara MIG dan Meatech untuk menjalinkan kerjasama.
Memorandum Perjanjian in telah ditandatangani oleh CEO Meatech Creative Academy, Puan Shahralin Bt Abdul Hamid dan CEO Metrowealth International Group (MIG) Mr. David Teo,
diringi oleh COO Meatech Creative Academy, Mohd Zaharizan Bin Abdul Mubin dan turut disaksikan oleh Pengarah Bahagian Persijilan Kompetensi PK, Encik Mohd Sukri Bin Ismail.
Pelaksanaan LATIHAN INDUSTRI (LI) DAN INTERNSHIP DALAM SISTEM LATIHAN PROGRAM BERTAULIAH (SLaPB) ini dilihat dapat membolehkan para pelajar merasai sendiri bagaimana penggiat seni menghasilkan sebuah karya yang berkualiti bermula dari
proses awal hingga ke proses yang terakhir.
Memorandum Perjanjian (MOA) ini tertakluk pada perisian perjanjian persetujuan perkongsian kemahiran dan peluang dari pihak MIG kepada pelaiar Meatech Creative Academy untuk diserap masuk ke bidang pekerjaan industri seni kreatif yang sebenar.
Kerjasama strategik bakal dilaksanakan bag mempromosikan memorandum perjanjian ini demi mencapai Matlamat Bersama untuk melahirkan lebih ramai Baka Muda dalam industri seni.
Majlis ini turut dihadiri oleh Seniwati Datuk Hajjah Fauziah Nawi dan Aziz M Osman yang menyaksikan Seniwati dan Sutradara hebat in menerima Diploma Kemahiran Malaysia Koordinasi Pengarahan Filem dari Meatech Creative Academy setelah berjava menamatkan pengajian serta menyumbang perkongsian pengalaman besar kepada para pelajar.
Bamziaf ingin mengucapkan sekalung Tahniah & Syabas kepada MEATECH CREATIVE ACADEMY dan METROWEALTH INTERNATIONAL GROUP (MIG) di atas usahasama ini dalam mengangkat industri Perfileman Negara ke peringkat lebih tinggi!
On August 17, 2023 by ZiafMihar in blog, duta kopi super, foodie, FRforSharing, jde, jjcm, kopi hitam segara, kuala lumpur, love, peraduan, shuib, super kopi klasik, suria fm, viral No comments
Shuib di lantik sebagai Duta Kopi SUPER™
SUPER™ Klasik Baharu: Kopi Hitam Segera Khas untuk Cita Rasa Rakyat Malaysia diperkenalkan
Jenama kopi dan teh yang ikonik memperluaskan rangkaiannya dengan kopi hitam baharu yang padu, SUPER™ Klasik
Salam guys!
Bamziaf berkesempatan menghadiri Maljis Pelancaran Media SUPER™ Klasik yang berlangsung di Kota Damansara! Kalau korang nak tahu jenama SUPER™, yang berdedikasi untuk menyediakan kopi, teh, dan minuman bijirin berkualiti yang sepadan dengan cita rasa rakyat Malaysia, kini memperluaskan penawarannya dengan SUPER™ Klasik, kopi hitam segera yang diperbuat daripada 100% biji kopi Robusta untuk menghasilkan kelazatan kopi yang padu namun halus dan beraroma.
SUPER™ Klasik merupakan tambahan terkini kepada rangkaian SUPER™
di mana ia bertujuan untuk memenuhi permintaan dinamik yang sentiasa berubah daripada
peminat tegar kopi serta peminum teh dan bijirin berkualiti.
Fiona Tan, Pengurus Besar Jacobs Douwe Egberts Malaysia, pemilik jenama Kopi SUPER™ berkata, “Di Malaysia, biasanya peminum kopi akan menambah krimer ke kopi,
sama ada dalam bentuk susu pekat atau susu sejat. Oleh itu, rakyat Malaysia sentiasa mencari
kopi segera yang pekat mengancam dan beraroma supaya kepaduan kopi
masih dapat terasa walaupun dengan penambahan krimmer.”
Pelancaran SUPER™ Klasik menggambarkan komitmen SUPER™ untuk menaikkan
semangat rakyat Malaysia dengan menyediakan minuman yang mudah dan menyegarkan.
“Kopi segera di Malaysia bukan sahaja digemari sebab fungsi kemudahannya. Dengan jadual harian yang sibuk, kita perlukan kopi yang pekat mengancam dan berperisa untuk membangkitkan semangat untuk mengharungi cabaran harian. Secawan kopi yang sempurna adalah apa yang diperlukan untuk menyemarakkan perbualan sambil mengekalkan kesegaran sepanjang hari.”
SUPER™ telah melantik Shuib sebagai duta rasmi jenama - beliau merupakan seorang individu
yang bekerja keras dan berkongsi cabaran yang sama seperti setiap rakyat Malaysia.
Shuib menguruskan tanggungjawab sebagai bapa kepada empat anak kecil sambil
bekerja sebagai pengacara radio dan usahawan.
“Sejak hari pertama, kami tahu Shuib adalah duta yang sempurna untuk kami kerana
beliau mencerminkan pengalaman seorang rakyat Malaysia biasa. Dalam masa baik dan mencabar,
kita rakyat Malaysia sentiasa gigih, bekerja dengan sangat tekun, memberikan yang terbaik
untuk memperbaiki kehidupan orang di sekeliling kita. Kami sangat bersemangat untuk berkolaborasi dengan Shuib kerana kami berkongsi nilai-nilai ini dan memiliki semangat bersama untuk secawan 'kopi padu' yang hebat untuk membantu kita melepasi aktiviti harian,” tambah Fiona.
Sempena Hari Malaysia, SUPER™ sangat teruja untuk mengumumkan peraduan
‘Semarakkan Hari Malaysia’ yang akan bermula pada 16 Ogos - 30 September 2023.
Peraduan ini menawarkan peluang kepada peserta untuk memenangi hadiah menarik seperti
Modenas Dominar D250, sesi makan-makan eksklusif bersama Shuib, dan
baucar beli-belah bernilai RM21,000. Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu membeli
mana-mana satu produk SUPER™ (tertakluk pada terma dan syarat).
SUPER™ Klasik yang terbaharu ini kini boleh didapati di peruncit utama di seluruh Malaysia.
Untuk maklumat lanjut tentang Kopi SUPER™ dan barisan produk, kemas kini dan promosi terkini, sila layari : FACEBOOK
Tentang SUPER™
Ditubuhkan pada tahun 1987, SUPER™ merupakan perintis industri yang telah memperkenalkan konsep produk minuman 3-dalam-1 di seluruh Asia Tenggara. Mereka berpegang pada prinsip di mana cita rasa minuman yang enak sepatutnya mudah untuk didapatkan, pada harga yang berpatutan. SUPER™ telah diiktiraf dengan 'Status Perintis' oleh Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura untuk pembuatan bijirin segera pada tahun 1994, diikuti kopi segera boleh larut yang dikeringkan dengan pengering sembur pada tahun 1998, dan krimer bukan tenusu pada tahun 2003. Pada tahun 2017, SUPER™ Group Ltd telah diperoleh oleh pengeluar kopi dan teh dari Belanda, Jacobs Douwe Egberts (JDE) dan mereka telah memulakan kerjasama yang baharu untuk menyediakan produk berkualiti kepada pelanggan dan pengguna di seluruh Asia.
Tentang Jacobs Douwe Egberts (JDE)
JDE ialah anak syarikat JDE Peet's, syarikat kopi dan teh pure-play terbesar di dunia, yang beribu pejabat di Belanda. Selama lebih daripada 265 tahun, JDE telah meraih inspirasi daripada kepercayaan bahawa perkara yang menakjubkan boleh berlaku apabila kita meluangkan masa untuk menikmati secawan kopi atau teh. Hari ini, JDE menawarkan pelbagai pilihan kopi dan teh secara global di lebih 100 pasaran melalui portfolio lebih 50 jenama, yang secara kolektifnya merangkumi keseluruhan landskap kategori, termasuk di Malaysia dengan OLDTOWN White Coffee, SUPER™, MOCCONA dan L’OR ESSENSO. Ketahui lebih lanjut tentang perjalanan JDE di http://www.jacobsdouweegberts.com
On August 12, 2023 by ZiafMihar in blog, chocolate, coklat, Dessert, edisi terhad, Food, foodie, jjcm, kitkat, kuala lumpur, love, makan, nestle, salted caramel cookies, snack No comments
Edisi Terhad terbaru dari KitKat® , Salted Caramel Cookies
Salam guys!
Korang tahu antara favorite coklat bamziaf adalah KitKat® tau! Kali ini bamziaf lagi excited bila
Nestlé’ KitKat® telah melancarkan KitKat® Salted Caramel Cookies edisi terhad yang serba baharu. Dengan adunan cita rasa dan tekstur berkelainan, Korang boleh menikmati pengalaman coklat baharu yang merangsang deria. Pelancaran produk terbaharu KitKat® di Malaysia tahun ini amat dinanti-nantikan, menawarkan kombinasi lazat wafer rangup tersendiri yang disaluti dengan coklat susu dan cebisan biskut karamel masin yang rangup untuk menambat selera.
Trend makanan di seluruh dunia semakin berubah seiring perubahan cita rasa pengguna
untuk terus mencari cara baharu dalam menikmati keseronokan hidup dengan sepenuhnya.
Pengguna telah menunjukkan minat yang khusus terhadap penggunaan biskut dan
juga perisa karamel di dalam pelbagai produk konfeksi –
dengan kedua-duanya disenaraikan antara 10 perisa paling digemari di Asia Pasifik.
Di samping itu, menurut kajian yang dijalankan di Asia Pasifik,
70% daripada pengguna ingin menikmati coklat serba baharu dan menarik manakala
lebih daripada 60% mengimpikan coklat dengan aneka tekstur dan perisa.
Selain rasa dan kenikmatan, tekstur yang rangup merupakan pengalaman yang paling diidamkan pengguna ketika menikmati coklat kegemaran mereka.
Menurut Carlota Casellas, Pegawai Eksekutif Perniagaan Konfeksi Nestlé,
“Inspirasi daripada cerapan pasaran dan trend terkini, terutamanya di kalangan Generasi Z
menjadi asas dalam rekaan produk KitKat® yang terbaharu kami. Pastinya Generasi Z adalah golongan yang senantiasa menyatakan aspirasi mereka untuk menikmati pengalaman makanan yang unik. Dengan itu, KitKat® telah mencipta semula jejari coklat kami dengan wafer rangup yang disaluti kombinasi biskut dengan karamel masin yang tersendiri.
Edisi terhad KitKat® Salted Caramel Cookies baharu ini pastinya serba sensasi!”
Dua pakar pastri dan manisan daripada JUNANDUS telah memperlihatkan kelebihan dan keserbagunaan KitKat® Salted Caramel Cookies menerusi bengkel meghias manisan
di majlis pelancaran yang diadakan di IOI City Mall di Putrajaya.
Jun Chong daripada JUNANDUS berkata,
“Sememangnya semua orang boleh menikmati KitKat® begitu sahaja atau
mencipta resipi kreatif daripadanya; dan inilah cara terbaik untuk berehat sebentar sambil
bersantai menikmati sajian coklat yang sungguh lazat!”
“Selari dengan aspirasi KitKat® iaitu “Have a Break, Have a KitKat®
(Berehat sebentar, Bersama KitKat®),
kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk berehat sebentar daripada kesibukan masing-masing.
Cara terbaik adalah dengan menikmati KitKat® Salted Caramel Cookies serba baharu –
teman paling sesuai untuk memanjakan diri anda. Keranggupan daripada cebisan biskut yang
disaluti coklat susu lazat pasti menambat selera semua penggemar coklat,” kata Carlota.
Sempena pelancaran KitKat® Salted Caramel Cookies, pameran pengguna selama 5 hari diadakan
di IOI City Mall di Putrajaya dari 9 hingga 13 Ogos 2023. KitKat® Salted Caramel Cookies
boleh didapati dalam dua jenis pek iaitu pek tunggal 4 Jejari dan 2 Jejari 5 Multipack.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Mengenai KITKAT Nestlé
Dicipta pada tahun 1935, KITKAT menjadi sebahagian daripada rangkaian produk konfeksi Nestlé pada tahun 1988, dan telah berkembang menjadi satu daripada jenama terbesar Nestlé. Snek ringan ini merupakan salah satu jenama coklat kegemaran Malaysia dan dieksport ke 14 negara di seluruh dunia. KITKAT Nestlé merupakan jenama konfeksi global pertama menggunakan 100% koko yang diperolehi secara lestari menerusi Pelan Koko Nestlé.
Ungkapan “Have a break, have a KITKAT” (Berehat sebentar, Bersama KITKAT) menggambarkan dengan tepat misi KITKAT – untuk membantu anda berehat sebentar apabila anda paling memerlukannya. Raikan saat-saat keseronokan, kespontanan, kelazatan, nikmat, dan ganjaran bersama KITKAT. Sama ada anda terbenam dalam timbunan kertas dan fail kerja atau anda bekerja seperti jentera, anda boleh menikmati kudapan manis ini, yang diperbuat daripada 100% koko lestari, pada bila-bla masa, di mana-mana sahaja dan dengan apa jua cara. KITKAT ialah produk buatan tempatan 100% Halal yang dikeluarkan di kilang Nestlé yang disahkan Halal di Chembong, Negeri Sembilan.
Mengenai Nestlé Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia.
Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di lebih 180 negara di seluruh dunia,
dan seramai lebih 270,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé,
yang berusaha memanfaatkan kelebihan makanan untuk meningkatkan kualiti kehidupan untuk semua insan, masa kini dan untuk generasi masa depan. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912,
Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan
produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi,
sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami.
Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua.
Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad,
sila layari
On August 04, 2023 by ZiafMihar in artis, blog, damelo, dolla, hard lights, kuala lumpur, lagu baru, lirik lagu, love, lyric, music, new song, trending, viral, youtube No comments
Lirik Lagu
DAMELO | Dolla Ft Hard Lights
Lirik Lagu | DAMELO
by Dolla Ft Hard Lights
Lo que dice mi voz
Woo
Dime cosa’ al oido
Kau lah petanda ku percaya
Kata manis, menarik jiwa
Mungkin kali ini beza
Cintaku bukan biasa
Suara melodik, kau hilang kuasa
Rahsia hati, mudah ku baca
Mungkin kali ini beza
Cintaku berbisa
Ya voy a enloquecer porque
Tu no me das
Lo que pido
Da da da da da da damelo
Da da da da da da damelo
Te tengo que tener y que ya
Nadie más
Se interponga
Da da da da da da damelo
Da da da da da da damelo
Damelo
Damelo
Aku tak kisah, buat cara ku
tak buang masa curi perhatian mu
Tell me, you love me baby
Cause I got you crazy
Bisikan ku manis,
Kau datang bila ku panggil
Mungkin kali ni beza
Cintaku berkuasa
Ya voy a enloquecer porque
Tu no me das
Lo que pido
Da da da da da da damelo
Da da da da da da damelo
Te tengo que tener y que ya
Nadie más
Se interponga
Da da da da da da damelo
Da da da da da da damelo
Damelo
Damelo
Ven pa cá
Que la noche no se va a acabar
Si conmigo estás
Ven pa cá
Me hace falta alguien pa bailar
Que la noche no se va a acabar
Si conmigo estás
Da da da da da da damelo
Damelo
Damelo
Se interponga
Da da da da da da damelo
Da da da da da da damelo
ohh
Da da da da da da damelo
Music video by DOLLA performing DAMELO. © 2023 Universal Music Sdn Bhd
Video Production
Producer: Baling @ Shafiq Shuib
Director: BukanPyqul
AD: Alief Mat Zoher
Production Assistant: Rais Ismail
Runner: Wawa
Set Assistant: Nasz
Set Assistant: Hafzan
DOP: Raufvisuals
Camera Operator: Lukman Jalaluddin
1st AC: Akid Zahrol
2st AC: Muaaz Taufik
Focus Puller: Anjang
FPV Drone : Meor Syahmi, Danial
Gaffer: Gaffer: Ng Yap Zhong
Best Boy: Ng Jia Wei, Wei Bing, Ken, Shah, Hafeez, Jaden, Victric
LCP: Ray 蔡永辉
Art Director: Hazirah Rahman & Danial Yap
Prop Master: Zaid Zahar
Set Designer: Adzmi Zawawi
On Set Art Assistants: Danial Reduan, Yenyot
Pyrotechnics: Ruben, Kamar
Editor: Arifvc
VFX: Mirrdusa
Colorist: Ghazi Maslan
Talent: Amar Izzu, Hans Jewa, Ell Zulkarnain, Aabid Aafiat ,Syaza, Danial, Jackie
Choreographer: Ezra Tham
Dancers: Nigel Ng Kai Shuen, Snow AL-Qadi, Niven Ng Kai Jing, Nsty.Aus, Shaydon Yeong, Khai Zun, Brandon Goh, Naufalpip
Stylist for Set 1 and Set 3: Show Your Pink
Makeup Artist: Ati Harun, Sabronzo, Susam Chan, May Woo
Hair Stylist: Cody Chua, Juno Ko
Hair Salon: Zig Zach KL
Nails: kkristall.nails
BTS Photo : Hazick
BTS Video : Takeem
Special Thanks: CF Moto ATV Sports & Style. Hafizan Razali, Hills Angels, Adib Mdnor
On August 04, 2023 by ZiafMihar in animangaki, blog, festival, harajuku kawaii, jepun, knite, kuala lumpur, love, pavilion kl, pavilion kuala lumpur, tokyo street, ulangtahun No comments
Sambutan Ulangtahun ke 12 Tokyo Street
Pavilion Kuala Lumpur
Salam guys!
Award-winning cultural precinct Tokyo Street, Tokyo Street bersedia dengan warna dan kemeriahan
untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-12 dengan kempen bertemakan 'Harajuku Kawaii' yang menarik.Pastinyalebih istimewa apabila Pavilion Kuala Lumpur turut menyambut ulang tahun ke-15 mereka, menjadikannya sambutan berganda untuk dinikmati semua!
Perayaan ini akan mempamerkan budaya kawaii yang terbaik, menampilkan prop untuk ber-ootd bagi Instagram, hiasan yang mempesonakan, Pop-ups yang menawan dan pelbagai aktiviti menarik.
Pembeli dijemput untuk menikmati gabungan budaya Jepun, makan, membeli-belah, anime, cosplay dan festival yang luar biasa – semuanya di Pavilion Kuala Lumpur.
Untuk tahun kedua berturut-turut, Pavilion KL sangat teruja untuk bekerjasama dengan AniManGaki, salah satu konvensyen animasi, komik dan permainan terbesar di Malaysia, yang membawakan pelbagai acara menarik, termasuk pertandingan yang dinanti-nantikan, pertunjukan landasan dan paparan yang menawan hati. Menambahkan keterujaan, sensasi cosplay antarabangsa KNITE,
yang berasal dari Sydney, akan menyerikan acara itu dan menganjurkan sesi bertemu
dengan peminat pada 29 Julai dari jam 5 petang hingga 7 malam.
Pelancaran besar sambutan ulang tahun ke-12 Jalan Tokyo berlangsung semalam (27 Julai)
di Pavilion Kuala Lumpur. Majlis tersebut dihadiri tetamu kehormat yang dihormati termasuk
His Excellency Mr. Katsuhiko Takahashi, the Japanese Ambassador to Malaysia;
Madam Mami Takahashi, wife of the Japanese Ambassador; and
Puan Sri Cindy Lim, Executive Chairman of Pavilion Kuala Lumpur.
Other guests include Ms Mai Onozawa, Managing Director of Japan External Trade Organisation (JETRO); Mr. Daisuke Tanaka, Secretary-General of Japanese Chamber of Trade & Industry, Malaysia; Mr Masashi Shiraishi, President of the Japan Club of Kuala Lumpur; Ms Fumi Matsumoto, Executive Director of the Japan National Tourism Organisation, Kuala Lumpur Office; Mr B Ravintharan, Heads of Cards, Group CFS, Maybank; and International cosplay sensation KNITE.
Sebagai sebahagian daripada sambutan itu, para tetamu telah dihiburkan dengan
Perarakan Yukata yang mengagumkan dimana menampilkan lebih daripada 60 pelajar dari
Universiti SEGi yang menyambut tetamu kehormat dari Pintu Masuk Utama ke Jalan Tokyo.
Acara itu mempamerkan persembahan gendang Wadaiko tradisional Jepun yang bertenaga.
Bagi memperkasakan lagi tradisi Jepun, a Kagami Biraki sake breaking ceremony dijalankan oleh tetamu kehormat yang dihormati, melambangkan nasib baik dan kegembiraan.
Keterujaan berterusan apabila bintang cosplay antarabangsa KNITE yang bakal mengadakan Meet & Greet juga mengambil bahagian dalam upacara pemotongan kek ulang tahun ke-12
untuk menandakan peristiwa penting ulang tahun ke-12 ini
Selami Budaya Jepun
Di Tokyo Street, pembeli akan terasa seperti di Harajuku di mana mereka boleh
menikmati makanan jalanan Jepun, dengan pop ups dari Frost n Bites, Tokyo Teppan, Kakiyuki, Okonomi, Matcha Hero dan Gindaco & Croissant Taiyaki.
Pembeli juga boleh meneroka Festival Pop-Up Kawaii Harajuku, yang menawarkan pelbagai
bengkel, termasuk bengkel DIY sarung telefon, express bling nail art manicures, kiosk fesyen yang mempamerkan gaya ikonik Harajuku, dan pelbagai kiosk dan pameran yang menampilkan
patung, mainan, dan anak patung untuk mengembalikan jiwa kanak kanak bagi collector ini
Pavilion Kuala Lumpur dengan bangganya menjadi tuan rumah pameran
‘Seasons of Japan’ Kedutaan Jepun di Tokyo Street dari 5 hingga 28 Ogos.
Pameran itu akan mempamerkan pelbagai anak patung dan hiasan Jepun, termasuk
pahlawan May Dolls (Kabuto); Patung Hina hiasan yang mewakili maharaja, permaisuri, dan istana mereka; Pokok Tanabata untuk pembeli menggantungkan keinginan mereka; dan set teh yang rumit.
RAKAM KENANGAN & GANJARAN MENARIK
Untuk memperingati ulang tahun Tokyo Street, Pembeli boleh merakam momen paling indah mereka menggunakan filter Instagram 'Harajuku Kawaii' Pavilion KL.
Dengan berkongsi gambar mereka dengan hashtag #HarajukuKawaii dan Tag Pavilion KL,
peserta berpeluang memenangi hadiah istimewa.
Ganjaran eksklusif menanti ahli Pavilion Privileges, yang boleh menikmati pengalaman kawaii
seperti Bengkel Kecantikan Kawaii shu uemura di mana mereka boleh
mempelajari petua dan teknik untuk mencipta rupa solek yang unik.
Bengkel akan diadakan dari 1 hingga 3 Ogos dari 2-3 petang dan 5-6 petang.
Alami in-mall redemptions untuk memenangi kawaii surprise gifts dengan menebus token di
kaunter concierge Pavilion KL dengan setiap RM200 yang dibelanjakan di Tokyo Street atau
RM300 yang dibelanjakan di kedai-kedai khusus di seluruh pusat membeli-belah dalam satu resit. Selain itu, pemegang kad Maybank boleh menebus hadiah Japanese Rice Bowl eksklusif
dengan setiap RM300 yang dibelanjakan di Tokyo Street (maksimum dua resit) atau
RM500 yang dibelanjakan dalam satu resit di kedai khusus.
EMBRACE JAPANESE POP CULTURE
Pada 29 Julai, pembeli boleh melibatkan diri dalam dunia budaya popular Jepun yang memukau dengan AniManGaki, yang diadakan di Tokyo Street. Acara itu akan menampilkan pelbagai aktiviti, termasuk pertandingan cosplay, pertandingan awal AniManGaki Idol, berjalan kaki dan pameran fesyen Lolita.
Pembeli juga boleh menikmati persembahan yang menyegarkan di Jalan Tokyo, seperti,
persembahan dram Jepun pada 30 Julai pada jam 5 petang; Persembahan tarian 3-Pop oleh SN19
pada 6 Ogos jam 3 petang dan 5 petang; serta persembahan tarian penutup J-pop oleh
Kingsman Dance Crew pada 12 Ogos jam 7.30 malam.
Abadikan semangat Tokyo Street dengan menyewa kimono atau yukata anda sendiri di Kuma Yukata dan mengambil gambar yang menakjubkan di kawasan Nakamise yang terkenal—deretan kedai menarik yang dihiasi dengan kemasan kayu, diinspirasikan daripada Jalan Nakamise-dori yang terkenal di Jepun. Sebagai alternatif, rakam gambar di sebelah tanglung asakusa yang ikonik, yang diilhamkan oleh Tanglung Kaminarimon (pintu petir) Kuil Senso-ji di Jepun.
Selepas menerokai aktiviti menarik dan pop timbul di Jalan Tokyo, pembeli boleh menjamu diri mereka dengan hidangan Jepun yang lazat di salah satu daripada banyak restoran terkenal di kawasan itu.
Sejak dibuka pada tahun 2011,Tokyo Street Pavilion KL terkenal kerana menggabungkan unsur tradisional dan aspek moden budaya dan suasana dinamik Jepun, dan telah dianugerahkan
'Anugerah Emas — Pembukaan Besar, Pengembangan & Pengubahsuaian Jalan Tokyo'
di Pusat Beli-belah ICSC Asia Pasifik Anugerah 2012. Presint juga telah menjadi tuan rumah
kepada beberapa ikon budaya pop, termasuk PIKOTARO, AKB48 dan Doreamon!
Untuk info lanjut, korang boleh visit
atau hubungi Pavilion Kuala Lumpur’s Concierge at 03 2118 8833
Subscribe to:
Posts (Atom)
Search
MR Charming The Face Of Healthy Beauty Guardian 2023
Popular Posts
-
OVERSEA Lancar The Moonlight Collection 2026 3 Perisa Mooncake Baharu Sempena Festival Pertengahan Musim Luruh Salam Korang! Festival Perte...
-
Lirik Lagu rollerblade | no na Lirik Lagu rollerblade | no na Ring a ding ding like a gamelan And it ain’t a big thing I’m the number one ...
Recent Posts
Categories
Sample Text
Blog Archive
-
▼
2023
(84)
-
▼
August
(6)
- FRforReview | Fiesta Mexicana! Hidangan Citarasa M...
- FRforsharing | Majlis Menandatangani MOA antara ME...
- FRforSharing | Shuib di lantik sebagai Duta Kopi S...
- FRforSharing | Edisi Terhad terbaru dari KitKat® ,...
- FRforSong | Lirik Lagu - DAMELO | Dolla Ft Hard Li...
- FRforSharing | Sambutan Ulangtahun ke 12 Tokyo Str...
-
▼
August
(6)
Text Widget
Labels
Total Pageviews
True To Skin Ambassador 2024
Search This Blog
Music
2/youtube/grid-big






























