Ordered List

3/random/post-list
FRforSharing | Sidang Media Skin Dessert
Perjelasan Isu Viral yang tular di Sosial Media

skin dessert isu viral sirim

Hi guys! Bamziaf berkesempatan utk hadir ke Sidang Media Skin Dessert yang berlangsung
di Ginger KL, Bamboo Hills! Pastinya ini untuk memperjelaskan mengenai isu viral yang telah berlaku baru baru ini mengenai produk & berkaitan dgn SIRIM

skin dessert isu viral sirim

Sidang media ini di hadiri oleh Nur Nazuha binti Zohor Ali dari Tetuan Raidah Nazuha Law Chambers, adalah peguam yang dilantik oleh Ailezee Rich Sdn Bhd, En Mohd Aliff Abd Kadir (Pengasas dan Pengarah Urusan Skin Dessert ) & Pn Zirra Abdullah (Pengasas Skin Dessert) ....

skin dessert isu viral sirim

Kronologi Mengenai Isu Viral

Ailezee Rich Sdn Bhd selaku pengeluar produk kosmetik Skin Dessert,
telah memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar Surat Tuntutan pada 7 Disember 2022 terhadap Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM)
berikutan isu yang tular menerusi platform media sosial baru-baru ini

Isu ini bermula pada 4 Oktober 2022 apabila Pengasas Skin Dessert Puan Zirra Abdullah dan
Pengarah Urusan Skin Dessert En Mohd Aliff Abd Kadir memuat naik gambar mereka
di hadapan bangunan SIRIM di media sosial dengan tujuan untuk memaklumkan bahawa
Skin Dessert sedang dalam proses menjalankan ujian produk bersama SIRIM.

Skin Dessert menerusi agen yang dilantik iaitu Abam Peah Holdings Sdn Bhd telah membuat
dua (2) kali bayaraan kepada SIRIM untuk menjalankan dua jenis ujian iaitu
Ujian Kerengsaan Kulit (Skin Irritation Test) dan Ujian Keberkesanan Produk
terhadap produk keluaran iaitu ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer’

skin dessert isu viral sirim
Sumber dari Google

Berikutan muat naik gambar di depan SIRIM itu, SIRIM menerusi akaun rasmi media sosialnya meninggalkan komen di gambar yang dimuat naik Puan Zirra seperti berikut:
“SIRIM Berhad ingin menegaskan bahawa SIRIM Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk Skin Dessert. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengujian produk kosmetik, sila hubungi kosmetik@sirim.my. "
Sumber dari mStar online



Komen yang dibuat SIRIM menyebabkan isu produk Skin Dessert semakin tular mengakibatkan
Puan Zirra dan En Aliff menerima pelbagai kecaman daripada netizen selama dua bulan
sehingga merosakkan reputasi perniagaan dan mereka mengalami tekanan emosi memandangkan
Puan Zirra dan En Aliff tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan.

Malah komen SIRIM itu jelas bertentangan memandangkan Skin Dessert sudah membuat permohonan pengujian produk dan menghantar sampel produk kepada SIRIM pada 8 September 2022.

skin dessert isu viral sirim

Pengujian Produk Oleh SIRIM

SIRIM kemudian menerusi surat bertarikh 26 Oktober 2022 memaklumkan terpaksa membatalkan permohonan pengujian ke atas produk sampel produk yang telah dihantar oleh Skin Dessert.
Bayaran yang telah dibuat untuk kedua-dua ujian tersebut akan dipulangkan kepada
syarikat Abam Peah Holdings Sdn Bhd selaku pengantara Skin Dessert dan SIRIM.

Susulan komen dan surat pembatalan yang dibuat SIRIM, syarikat Abam Peah Holdings Sdn Bhd memohon untuk mengadakan satu perjumpaan dengan SIRIM bagi membincangkan isu yang timbul.

Pertemuan telah berlangsung pada 2 November 2022 dan antara perkara yang dibincangkan
adalah permintaan Skin Dessert supaya SIRIM memohon maaf dan menjelaskan keadaan sebenar
yang terjadi di mana Skin Dessert telah mengemukakan permohonan serta membayar kepada SIRIM bagi menjalankan dua (2) ujian iaitu ujian kerengsaan kulit dan
ujian keberkesanan produk ‘Skin Dessert Repair Moisturizer’.

SIRIM bersetuju untuk meneruskan ujian untuk ‘Skin Dessert Repair Moisturizer’ seperti yang dirancang. Pada 16 November 2022 laporan ujian untuk produk tersebut telah dikeluarkan SIRIM.
Hasil laporan ujian daripada SIRIM menyatakan bahawa ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer sebagai: “Under the condition of this test, Skin Dessert Repairing Moisturizer is consider as
NONIRRITANT (NI) to in vitro skin LabCyte EPI-Model 24.

skin dessert isu viral sirim
Skin Dessert ketika ini masih memberi peluang kepada SIRIM untuk menjelaskan semua tuntutan yang dikemukakan memandangkan pihak peguam yang mewakili SIRIM masih dalam proses menunggu arahan lanjut dan jawapan SIRIM berhubung tuntutan Skin Dessert 
seperti dimaklumkan menerusi surat bertarikh 14 Disember 2022

Penjelasan semula SIRIM adalah penting memandangkan komen yang dibuat SIRIM di media sosial Puan Zirra adalah kenyataan berniat yang tidak menggambarkan situasi sebenar kepada umum.

Kenyataan dibuat SIRIM telah menimbulkan keraguan yang tidak menggambarkan
keadaan sebenar yang terjadi kepada umum. Tindakan itu berpotensi menimbulkan fitnah yang merosakkan reputasi, integriti dan kebolehpercayaan awam secara umum
oleh stokis, agen serta pengguna terhadap Skin Dessert.

Kenyataan agensi itu menyebabkan masyarakat mempunyai persepsi Skin Dessert ada agenda tersembunyi dan jenama Skin Dessert tidak boleh dipercayai.

Produk Telah Lama Dihentikan Pengeluaran

Untuk makluman juga, produk ‘Skin Dessert Moisturizer Treatment’ yang dibatalkan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Oktober 2022, sudah dihentikan pengeluaran
dan produksi akhir produk itu adalah pada Disember 2021.

Skin Dessert sudah menarik balik produk ‘Skin Dessert Moisturizer Treatment’ daripada pasaran
dan dihentikan pengeluaran pada Disember 2021 melalui satu MEMO yang
disiarkan menerusi platform sosial media rasmi Skin Dessert.

Produk ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer’ adalah produk baharu yang
menggantikan ‘Skin Dessert Moisturizer Treatment’ iaitu
produk yang dihantar kepada SIRIM untuk membuat ujian keselamatan.

skin dessert isu viral sirim
Korang boleh menyemak hasil ujian ini dengan menghubungi
Makmal Toksikologi PRN dengan menggunakan
nombor rujukan PRN2022/581-587 untuk pengesahan ujian.

skin dessert isu viral sirim

Jadi bamziaf berharap Skin Dessert dapat menyelesaikan permasalahan ini dengan baik 

On December 21, 2022 by ZiafMihar in , , , , , , , ,    No comments
FRforSONG | Lirik Lagu
Jauh Hati | Shila Amzah


shila amzah jauh hati lirik lagu


Lirik Lagu | Jauh Hati
oleh Shila Amzah

Kita Tak Sama
Sehaluan Lagi
Kau Bukan Takut Ku Pergi
Kau Cuma Tak Mahu Sepi

Hari Hari Ku Cuba
Yakinkan Lagi Diri
Biarlah Ku Hadap Rasa
Perih Ini

Pernahkah Engkau Tanya
Kenapa Aku Begini
Rajuk Hatiku
Ku Pujuk Sendiri

Pernahkah Kau Peduli
Aku Sendiri Sepi
Hampir Hilang Akal Diri

Cobalah Untuk Mengerti
Ku Tak Mahu Begini
Andai Kau Lebih Hargai
Ku Takkan Pergi

Ketika Saat Ini
Kau Biar Ku Sendiri
Sehingga Ku Tekad
Aku Nekad
Jauh Hati

Siapapun Di Dunia
Ingin Dicintai
Bukan Dihindari
Bukan Apa Alasan Kau Beri

Pernahkah Kau Peduli
Aku Sendiri Sepi
Hampir Hilang Akal Diri

Cobalah Untuk Mengerti
Ku Tak Mahu Begini
Andai Kau Lebih Hargai
Ku Takkan Pergi

Ketika Saat Ini
Kau Biar Ku Sendiri
Sehingga Ku Tekad
Aku Nekad
Huu Ohh

Sekian Lama Ku Pendam Semua
Bukan Ku Tak Luah
Engkau Tak Mendengar
Semua Isi Hatiku
Kau Pandang Pun Tak Mahu
Andai Kau Lebih
Ambil Tahu

Cobalah Untuk Mengerti
Ku Tak Mahu Begini
Andai Kau Lebih Hargai
Ku Takkan Pergi
Huu Ohh

Ketika Saat Ini
Kau Biar Ku Sendiri
Sehingga Ku Tekad
Aku Nekad
Kini Aku Tekad
Aku Nekad
Jauh Hati

Hingga Aku Tekat
Jauh Hati



Artis : Shila Amzah Lagu : Jauh Hati Penulis lirik: Shila Amzah Komposer: Shila Amzah
On December 13, 2022 by ZiafMihar in , , , , , , , , , ,    No comments
#FRforSharing | Resipi U.S. Potato Wedges masak Kari Masala


Hi Guys! Hari ini bamziaf nk share resipi one of my fav dish utk masak , 
iaitu U.S. Potato Wedges Masala Curry (Link on my bio) ! Sangat mudah tapi so seddapppp!
.
Bahan bahan yang diperlukan:
U.S. frozen potato wedges
1 sudu Minyak Sayuran
1⁄2 Biji Sawi
1 sudu Jintan Putih
2 Cili Hijau (Belah dua)
15 Daun Kari
2 Medium Bawang (Kupas & Cincang)
2 Medium Tomato (Potong Dadu)
1 Halia(Size Ibu Jari) (Cincang)
2 Bawang Putih (Cincang)
1⁄2 sudu Serbuk Kunyit
1⁄2 sudu Serbuk Ketumbar
1 sudu Serbuk Cili Merah
100ml Air
1⁄2 sudu Garam
1 sudu Garam Masala
1 Daun Ketumbar (Cincang)


Jadi if korang nk tahu cara memasak lengkap boleh check out di link >> 
Resipi Penuh Klik Sini!

Selamat Mencuba korang!!

FRforReview | Terbang ke Paris bersama Starbucks Malaysia
Peluang memenangi Percutian ke Paris & Hadiah bernilai hampir RM50,000


Bonjour à tous! 
Siapa yang ada impian nak ke Paris? dengan pembelian serendah RM125 korang dah berpeluang
 untuk pergi ke Paris selama 7 hari 4 malam tau!
Ini adalah sempena pelancaran koleksi terbaru Starbucks yang berkolabrasi bersama 
MTV Entertainment Studios-produced iaitu " EMILY IN PARIS"


EMILY IN PARIS + STARBUCKS® MERCHANDISE COLLECTION


Emily in Paris + Starbucks® 16oz Ceramic Mug - RM155

Emily in Paris + Starbucks®Pouch - RM145


Emily in Paris + Starbucks®12oz Ceramic Mug - RM145

Emily in Paris + Starbucks®Notebook with Pen - RM125

Emily in Paris + Starbucks® 16oz Stainless Steel Tumbler - RM145



Emily in Paris + Starbucks®Pencil Case - RM135


Emily in Paris + Starbucks®16oz Stainless Steel Tumbler - RM225

Emily in Paris + Starbucks®12oz Stainless Steel Tumbler - RM145


Emily in Paris + Starbucks®12oz Stainless Steel Tumbler - RM195

Emily in Paris + Starbucks®Tote Bag - RM155


FLY ME TO PARIS Contest


Cara penyertaan Starbucks "Fly Me To Paris" :
1) Buat pembelian Emily in Paris + Starbucks® collectible line 
dari 6 December 2022 hingga 2 Januari 2023
2)Scan QR code in-store or visit www.sbux.me/FlyMeToParis untuk download contest form
3) Isikan maklumat peribadi serta upload resit sebagai bukti pembelian

if Korang Starbucks Rewards Members, if korang buat pembelian menggunakan Starbucks Rewards Card korang akan dapat "Double Entries" utk setiap pembelian tau!

Hadiah untuk Starbucks "Fly Me To Paris"  contest:

Grand Prize :
7 days 4 nights of Paris Trip for 2 people + RM500 preloaded Starbucks Card
Second Prize:
3 Days 2 Nights Fly Me Away Package by The Taaras Beach & Spa Resort for 2 people + RM400 preloaded Starbucks Card
Third Prize:
3 Days 2 Nights stay at Berjaya Langkawi Resort for 2 people + 
RM300 preloaded Starbucks Card
Runner Ups:
RM200 preloaded Starbucks Card + Starbucks merchandise worth RM500
Consolotion Prize:
Starbucks merchandise worth RM100




Jadi korang jangan lepaskan peluang untuk join contest ini tau! 


Sempena dengan sambutan Hari Krismas korang juga boleh dapatkan koleksi beverage & food terbaru di Starbucks Malaysia! Bamziaf paling excited bila tengok ada Fruit Cake siap ada kotak cantik lagi!
Korang kena cuba semua tau, Sangat Sedap!!


On December 10, 2022 by ZiafMihar in , , , , , , , , , , , ,    No comments
FRforReview | LED Christmas Parade terbesar di MyTOWNKL
Dives into a Divine Christmas Celebration


Hi guys! MyTOWN Shopping Centre (MyTOWNKL) sudah bertukar dekorasi mall bagi meraikan sambutan Hari Krismas yang bakal tiba untuk pengunjung turu merasakan happy & 
bersama keluarga tersayang sambil melihat deko Krismas, 
shopping dengan tawaran yang menarik serta banyak 
reward yang telah disediakan untuk korang


MyTOWNKL juga turut berkolabrasi dengan talented local singer-songwriter, Nick Yungkit or famously know as NYK untuk mencipta lagi yg sgt cathcy bertemakan lagu Krismas..

 
Pastinya penciptaan ini bertujuan utk membawa vibe yang lebih gembira & togetherness utk semuanya
Korang boleh layan lagu MyTOWNKL Christmas ini 
bersama kawan kawan mahupun keluarga tersayang!

MyTOWNKL | When Christmas Comes Around featuring NYK


 

Korang pernah tengok tak LED Christmas Parade? ha ini merupakan one of the largest & gempak tau ! Persembah ini salah satu dari persembahan yang di sediakan untuk korang...
Korang jgn lepaskan peluang untuk menari bersama sambil experience snowfall sekali

  


Jangan lepaskan peluang untuk ber-ootd di bawah Pokok Krismas setinggi 30 kaki !
Sangat cantik dengan deco yang tergantung di pokok...
Kemudian boleh terus cuci mata & shopping di Festive Market yang terletak di Central Town.
Banyak produk produk gempak di sana antaranya Christy Ng, 7 Eleven, Lush & banyak lagi

  
Korang yang mana dah shopping jgn lepaskan peluang untuk redeem exclusive Christmas merchandises seperti Christy Ng Canvas Tote Bag, MyTOWNKL Holiday Tumblr, Christmas Pin Badge..
Bagi MyTOWNKL App users hanya perlukan Min 750 Point &
Non-Users hanya perlu min spend RM1500 ( Max kombinasi 3 Resit )

MyTOWNKL turut menyampaikan Anugerah Istimewa bagi menghargai Tenants mereka.
Senarai Pemenang Anugerah:


Top Sustainable Tenants
1. Uniqlo
2. Spotlight
3. Decathlon
4. Kaison
5. Mr. DIY


Top Supportive in Marketing Initiatives
1. Mighty Monster
Top Participation in Reward Programme
1. Urban Juicer


Top Sales (Fashion Category)
1. Uniqlo
2. Decathlon
3. Padini

Top Sales (F&B Category)
1. Kyochon
2. Suki-Ya

Top Sales (Specialty Category) 
1. Switch 
2. Watson’s

MyTOWNKL turut tak lepaskan peluang untuk berkongsi kegembiraan musim perayaan ini bersama dengan 44 orang kanak kanak dari Budimas Charitable Foundation..
Mereka di bawa bermain Outdoor Fun Fair dari Sonic Park, experiencing 4D VR di VAR Live & aktiviti bersama di The Parenthood! Lastly mereka di bawa pergi shopping di Max Fashion & Good2U

  

Jadi korang jgn lepaskan peluang untuk experience sambutan Hari Krismas di MyTownKL !
Banyak tempat untuk korang ber-OOTD tau mmg best gila!
Check out social media MyTOWNKL untuk info lanjut!



On December 05, 2022 by ZiafMihar   No comments
FRforSharing | Keajaiban Bengkel Santa di Suria KLCC
Ganjaran bernilai hampir RM 1 Juta menanti Pengunjung

santa klaus christmas krismas suria klcc

Hi Guys! Sempena dengan musim Krismas yang bakal tiba, Suria KLCC pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk memeriahkan suasana dengan kehadiran Santa Klaus & buniannya.



Kempen Hari Krismas Suria KLCC yang mewujudkan "Bengkel Santa" di Centre Court 
sudah boleh dikunjungi para pengunjung sehingga 25 Disember 2022! 



Apa ertinya Hari Krismas tanpa hadiah kan, jadi Santa Klaus bersama buniannya 
akan mengedarkan hadiah di Karusel Alat Permainan untuk para pengunjung yang hadir... 

 
Setiap jam sebuah Menara Jam akan berbunyi bersama dengan melodi perayaan 
& akan ditemani bunian bergerak secara beriringan


Korang "Naughty or Nice" ? Jawapan boleh korang dapat apabila bermain di skrin interaktif yang tersedia, ada hadiah kejutan untuk para pembeli yang bertuah tau. Terhad untuk 100 pembeli setiap hari


Korang ada yang tersayang ? jangan lupa untuk check out sudut paparan kad ucapan yang tersedia, korang boleh menghantar ucapan perayaan kepada mereka melalui kad ucapan Krismas Suria KLCC


 

Bengkel "Santa Workshop Alive!" juga tersedia untuk kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka mewarna pelbagai watak Krismas, & hasil mereka akan tersiar di skrin layar. Kanak-kanak juga boleh dapat lolipop secara percuma & para pembeli boleh berjumpa dengan Santa Klaus

Korang juga berpeluang untuk ber-ootd dengan dekorasi Hari Krismas antaranya:
Karusel Bengkel Santa (Saiz Kecil) di Aras 1, Ramlee Mall
Kaunter Simpanan Hadiah & Alat Permainan di Pintu Masuk Ampang Mall & Ramlee Mall
Kereta Berkuda Santa & Ruangan Pemberian Hadiah di Pintu Masuk "Park Mall"


Kiosk Foto Perayaan di mana korang boleh cetak foto & e-foto percuma juga disediakan

Pokok Krismas ikonik setinggi 100 kaki tersergam indah di "The Esplanade" ! Ini merupakan hiasan pokok Krismas mewah yang tertinggi di Malaysia tau! Antara tempat paling wajib korang untuk 
ber-ootd tau sgt "insta-worthy" tau! Pelbagai aksesori unik & bergemerlapan yang tergantung di pokok..



Program Ganjaran Pembeli
dari 25 November sehingga 18 Disember 2022

If korang berbelanja RM1500 ke atas melalui dua resit pembelian
daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima e-baucar Suria KLCC (SKLCC)
If korang berbelanja RM3000 dan ke atas melalui dua resit
daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima rantai tangan Pandora yang bernilai RM600


“Dengan kepelbagaian ganjaran kami berharap untuk membantu jualan para peruncit 
dengan sambutan perayaan yang meriah sebagai tirai penutup untuk tahun ini,” 
ucap Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif, Suria KLCC
Suria KLCC akan memberi sokongan kepada Kumpulan Green Ribbon 
melalui hasil jualan Pin Reben Suria Selaras dengan inisiatif Program Kesederan Kesihatan Mental, 
Pin reben tersebut boleh didapati di kaunter pertanyaan Suria KLCC dengan harga RM10 setiap pin.


ALAMANDA PUTRAJAYA
Pelbagai hadiah & permainan menanti anda



Alamanda Putrajaya turut tidak ketinggalan untuk meraikan Hari Krismas ini dengan tersedianya Bengkel Santa di Anjung "Centre Court" yang sudah bermula sehingga 25 Disember 2022

  

Pelbagai permainan kanak-kanak akan dihiasi di atas mesin penghantar Automatik. Persembahan & Aktiviti Krismas juga diadakan antaranya pertunjukan silap mata, tarian & akrobatik Krismas
VIKids akan menganjurkan bengkel yang bertemakan Krismas untuk ahli VIKids namun penyertaan adalah terhad berdasarkan konsep "first-come-first-serve"
Antara bengkel menarik yang disediakan, "Gingerbread Man Decoration", "Waterless Snow Globes" & banyak lagi bengkel lain... Jadi korang jgn lupa untuk daftar sebagai ahli VIKids

If korang berbelanja RM500 dan ke atas melalui dua resit 
daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima satu baucar beli-belah Alamanda bernilai RM30 melalui Program “High Spender Rewards”
If korang berbelanja RM1,500 ke atas melalui dua resit 
daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima satu baucar beli-belah Alamanda bernilai RM80 
*Selagi Stok Masih Ada*

Santa Klaus akan membuat penampilan istimewa pada Ambang Krismas & Hari Krismas untuk menyambut ketibaan korang! Pastinya korang berpeluang untuk bergambar dengan Santa Klaus!
Kanak-kanak juga akan diberi gula-gula secara Percuma

MESRA MALL
White Christmas


Mesra Mall Terengganu juga turut bersama mengadakan Kempen Krismas yang 
bertemakan "White Christmas" pastinya sinonim dengan kehadiran Salji tatkala waktu Hari Krismas
Kempen ini berlangsung dari 1 Disember sehingga 25 Disember 2022

Tebusan Ganjaran Program Krismas
If korang berbelanja RM350 ke atas melalui dua resit 
daripada mana-mana kedai terpilih layak menebus sebuah balang simpanan kaca. 
If korang berbelanja RM500 ke atas melalui dua resit 
daripada manamana kedai terpilih akan menerima satu set kombo balang simpanan kaca yang mengandungi dua balang simpanan bersaiz 800ml & baucar beli-belah bernilai RM50.

Korang jgn lepaskan peluang untuk beramah mesra bersama Santa Klaus 
Tarikh: 25 Disember 2022
Masa: 3 Petang & 5 Petang
Kanak-kanak berpeluang dapat gula-gula secara Percuma


Jadi pastinya sambutan Krismas ini mampu memberi aura yang lebih baik untuk kita & yang tersayang!
Jangan lepaskan peluang untuk check out Sambutan Hari Krismas ini tau
Untuk info lanjut jgn lupa untuk follow social media Kumpulan Syarikat Suria KLCC

Suria KLCC : Website | Facebook
Alamanda Shopping Centre : Website | Facebook
Mesra Mall : Website | Facebook