Ordered List

3/random/post-list
The Asia Records Lancar di Kuala Lumpur
The Asia Records Book of Achievements 2025/26

the asia records eq hotel kuala lumpur business award



Salam Korang!
Bamziaf berkesempatan hadir ke Majlis pengiktirafan berprestij oleh The Asia Records telah berlangsung dengan penuh gemilang di EQ Kuala Lumpur, menghimpunkan pemimpin industri, usahawan serta organisasi berpengaruh dari seluruh Asia. Acara yang diadakan di Kuala Lumpur ini turut menyaksikan pelancaran rasmi The Asia Records Book of Achievements 2025/26, sebuah rekod pencapaian yang meraikan kecemerlangan dan inovasi merentasi pelbagai sektor.

Malam Pengiktirafan Pertama The Asia Records

Ini merupakan malam pengiktirafan sulung yang dianjurkan oleh The Asia Records, 
bertujuan menghargai individu, organisasi dan pemimpin industri yang berani mencabar kebiasaan 
serta mencipta impak luar biasa dalam bidang masing-masing.


Menurut pengasas dan pengerusi penganjur, KK Chua, 
sambutan yang diterima amat memberangsangkan dan menunjukkan bahawa rantau Asia 
memerlukan sebuah platform pengiktirafan yang benar-benar bermakna.

“Kami berhasrat membina sebuah komuniti yang mencipta impak, 
mencabar kebiasaan dan meninggalkan legasi yang berkekalan,” katanya.


Nama Besar Industri Tersenarai

Antara penerima pengiktirafan tahun ini termasuk organisasi global dan 
serantau yang terkenal dalam pelbagai industri seperti:

Amazon, Starbucks, iQIYI, Batik Air, Kitsui

Pengiktirafan ini meliputi pelbagai bidang termasuk kepimpinan keusahawanan, inovasi digital, kandungan media, industri penerbangan serta logistik yang membentuk pasaran di seluruh Asia.


Pelancaran Rasmi 
The Asia Records Book of Achievements 2025/26

Kemuncak acara adalah pelancaran The Asia Records Book of Achievements 2025/26, yang bakal menjadi arkib rasmi pertama organisasi tersebut.

Buku ini berfungsi sebagai:
  • Rekod formal pencapaian luar biasa di Asia
  • Penanda aras bagi pemimpin dan perusahaan masa depan
  • Platform yang meningkatkan kredibiliti penerima di peringkat antarabangsa

Selain itu, ia juga bertujuan memberi inspirasi kepada generasi baharu pencetus perubahan 
untuk terus mencipta inovasi dan impak kepada masyarakat


Proses Pemilihan Yang Telus

Pemilihan penerima anugerah dilakukan melalui proses yang ketat dan telus. 

Antara kriteria yang dinilai termasuk:
  • Impak terhadap industri atau komuniti
  • Tahap inovasi
  • Kebolehskalaan perniagaan
  • Kelestarian
  • Integriti organisasi
Setiap pencalonan melalui proses pengesahan oleh panel bebas dan jawatankuasa pemantau 
bagi memastikan kredibiliti dan ketelusan pengiktirafan ini.


Platform Mengangkat Pencapaian Asia

Sebagai sebuah platform yang mengiktiraf pencapaian luar biasa di rantau ini, 
The Asia Records berhasrat untuk terus mempromosikan kecemerlangan, keusahawanan
 serta impak positif kepada masyarakat.

Inisiatif ini juga diharapkan dapat mengangkat pemimpin dan 
organisasi yang menetapkan standard lebih tinggi dalam industri masing-masing,
sekaligus memperkukuhkan reputasi Asia sebagai pusat inovasi dan kepimpinan global

Bufet Ramadan Putrajaya 2026
Iftar Rumah Lauk Oleh Marvelous Mama
Tampil Dengan Rusa Golek Setiap Hari


Salam Korang!

Ramadan 2026 hadir dengan satu pengalaman berbuka puasa yang cukup berbeza di Putrajaya. 

Iftar Rumah Lauk anjuran Marvelous Mama Sdn Bhd membawakan konsep masakan kampung dan warisan menerusi bufet Ramadan istimewa yang berlangsung di Nafoura Hall.

Bertemakan “Dari Dapur Kami ke Meja Anda”, bufet ini mensasarkan keluarga serta organisasi korporat sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Serdang yang mencari lokasi iftar yang selesa dengan pilihan makanan yang pelbagai.


Lebih 150 Hidangan Kampung Setiap Hari



Dengan harga di bawah RM100, Iftar Rumah Lauk menawarkan:

  • Lebih 150 variasi hidangan tradisi dan warisan Malaysia

  • Persembahan buskers secara langsung setiap hari

  • Kehadiran selebriti jemputan setiap hujung minggu

  • Kemudahan surau untuk solat Maghrib, Isyak dan Terawih

  • Promosi pembukaan: 200 pelanggan terawal percuma

Bagi yang sedang mencari bufet Ramadan murah di Putrajaya 2026, tawaran ini antara yang paling berbaloi dengan variasi menu yang luas serta suasana yang mesra keluarga.


Keunikan Rusa Golek Setiap Hari 
Jarang Ada Di Bufet Ramadan



Apa yang membezakan Iftar Rumah Lauk dengan bufet Ramadan lain
adalah hidangan Rusa Golek setiap hari.

Berbeza daripada kebanyakan lokasi yang menawarkan kambing golek, pihak penganjur tampil berani memperkenalkan rusa golek sebagai tarikan utama. Diperap dengan rempah ratus tradisional dan dipanggang sempurna, hidangan ini menjadi simbol kelainan serta pengalaman premium untuk pengunjung.

Jika anda mencari iftar unik di Putrajaya, inilah antara pilihan yang wajib cuba.


Cabutan Bertuah Bernilai Tinggi – 17 Mac 2026

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan, cabutan bertuah akan diadakan pada 17 Mac 2026 dengan hadiah seperti:
Wang tunai , Emas & Pelbagai hadiah menarik lain

Inisiatif ini dijangka menarik lebih ramai pengunjung sepanjang bulan Ramadan, terutamanya bagi yang ingin menikmati bufet sambil berpeluang memenangi hadiah lumayan.

Dari Kilang Ke Pasaran Antarabangsa

Marvelous Mama Sdn Bhd bukan sekadar penganjur bufet Ramadan, malah merupakan pengeluar makanan sejuk beku sedia dimakan yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa 
seperti Dubai dan London.

Antara produk eksport utama termasuk:
Rendang, Lemang Durian, Ketupat Palas, Daging Dendeng,Acar Ikan Talang, Sata Ikan & Ayam

Sata ikan dan ayam keluaran mereka mendapat pujian ramai kerana keseimbangan rempah serta keaslian resipi tradisi. Lemang durian dan serawa pula menjadi hidangan istimewa menjelang Aidilfitri.

Syarikat ini juga merancang pembukaan restoran tetap Rumah Lauk di Kuala Lumpur pada penghujung April, diikuti pengembangan jenama ke London dan Jakarta.

Lokasi & Tempahan Bufet Ramadan Putrajaya 2026

📍 Nafoura Hall, LC-01, Shaftsbury Putrajaya
📞 Tempahan Korporat: 013-277 7922
📞 Tempahan Biasa: 013-277 7244

Bagi yang sedang mencari tempat berbuka puasa best di Putrajaya, Iftar Rumah Lauk oleh Marvelous Mama adalah antara pilihan menarik tahun ini — lebih 150 menu kampung, harga bawah RM100 dan keunikan Rusa Golek setiap hari.