On October 20, 2024 by ZiafMihar in anime, bandai namco, blog, jepun, kuala lumpur, love, mytown kl, tamashii nations, tamashii spot, ultra heroes tour, ultra heroes tour south east asia, ultraman, ultraman arc No comments
Ultraman Arc kini di Malaysia untuk Ultra Heroes 2024 Tour
Salam Korang!
Bamziaf berkesempatan hadir ke event Tamashii Spot Pop Up X Ultra Heroes 2024 yang sedang berlangsung di Central Town, Aras Bawah, Pusat Beli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur bermula dari 18 hingga 27 Oktober yang di buka Setiap Hari!
Kalau korang Peminat mahupun Pengumpul figura dari siri Ikonik Jepun, ULTRAMAN! Pastinya korang wajib datang & rasai sendiri pengalaman melihat figura ini secara LIVE di depan mata!
Ultra Heroes Edisi 2024 ini membawakan Ultra Hero mereka yang terbaru iaitu Ultraman Arc.
Bamziaf excited nak lihat sendiri patungnya yang diukir berdasarkan S.H.Figuarts bersaiz manusia ini iaitu setinggi 2 Meter tau serta ada juga Ultraman Blazar
Bamziaf setiap tahun menantikan persembahan secara LIVE Ultraman beraksi dengan Raksasa tapi tahun ini Bamziaf sangat happy sebab bukan hanya ada satu Ultraman tapi ada 2 Ultraman,
Ultraman Arc & Ultraman Zero dengan ada extra Armor tau berlawan bersama
Ultraman Belial & Bemzeed! Korang boleh saksikan bagaimana Ultraman beraksi
menumpaskan raksasa selama 20 minit tau!
Persembahan Pertama bakal diadakan pada 19 Oktober, 1 petang tapi jika korang terlepas boleh lihat persembahan ulangan pada hujung minggu iaitu, 19,20,26 & 27 Oktober pada jam 1pm, 3.30pm & 6pm
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan figura Ultraman Arc di S.H.Figuarts! Ultraman ARC yang direka di bawah pengawasan rapi LSS(Jabatan Pengarcaan Tshuburaya Productions).
Kalau korang tengok secara dekat figura yang ada ciri ciri seperti dada pejal berotot dan bentuk bahu dibentuk dengan tepat seperti dalam filem plus ada Pedang Khas, "Arc Eye Sword"
Tamashii Spot Pop Up by Tamashii Nations
Bamziaf setiap Tahun excited menanti Ultra Heroes Tour untuk check out koleksi
figura-figura terbaharu dari Tamashii Nations! Kalau korang nak tahu Tamashii Nations pastinya akan keluarkan Ekslusif Collection untuk pengumpul setia Anime.
Untuk Edisi 2024 ini, figura eksklusif , S.H.Figuarts Ultraman Belial - Clear Color ver.! Selain ini terdapat juga S.H.Figuarts Ultraman Zero - Clear Color ver., S.H.Figuarts Ultraseven (THE MYSTERY OF ULTRASEVEN), dan
S.H.Figuarts Ultraman (THE RISE OF ULTRAMAN)
Bamziaf juga sempat check out figura eksklusif sempena Ulang Tahun CHOGOKIN ke 50 iaitu METAL ROBOT SPIRITS WING GUNDAM ZERO &
METAL BUILD EVANGELION TEST TYPE-01
Jadi if korang datang ke Tamashii Spot Pop Up X Ultra Heroes 2024 sangat bertuah sebab boleh dapat figura berkualiti tinggi di sini terus, sebab kalau korang nak tahu figura ini hanya boleh di dapati di Gedung Tamashii Nation & Tamashii Spot.
Selain figura S.H.Figuarts siri Ultraman terdapat juga figura dari siri ‘DRAGONBALL’,
‘ONE PIECE’, ‘NARUTO’, ‘DEMON SLAYER: KIMETSU NO YAIBA’ dan ‘KAIJU NO.8’
Sesi Ramah
Mesra pula akan diadakan sejurus selepas setiap persembahan tamat. Perbelanjaan
sebanyak RM200 di lokasi acara atau membeli figura S.H.Figuarts Ultraman Arc, akan
melayakkan anda mendapat tiket Ramah Mesra untuk bersama Ultraman Arc dan
Ultraman Zero untuk merakam gambar kenangan dengan hero kesayangan anda! Bagaimanapun,
tiket adalah terhad dan diberi berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’.
Jadi korang jangan lepaskan peluang untuk check out Tamashii Spot Pop Up X Ultra Heroes 2024
Lokasi: Central Town, Aras Bawah, MyTOWN, KL
Tarikh: 18 – 27 Oktober 2024 | Buka Setiap Hari
Masa: 10 pagi – 10 malam
(*18 Okt dibuka dari jam 12 tengah hari sahaja. Tertakluk kepada perubahan)
@ziaf.mihar 📌✒Ultraman Arc | Ultra Heroes Tour . Salam korang! Ultra Heroes Tour kini kembali di @Goosey !ada Penampilan pertama kalinya Ultra Hero terbaru Ultraman Arc! . Korang kena check out sebab ada pertarungan secara LIVE antara Ultraman & Raksasa selama 20 minit utk korang saksikan! Pastinya lebih banyak aksi & lakonan yang hebat! . Boleh juga selfie bersama patung Ultraman Arc & Blazar setinggi 2 meter ini. Utk edisi tahun ini Tamashii Spot Pop Up ada pelbagai figura yang eksklusif khas utk Ultra Heroes Tour! . Bukan itu saja korang boleh check out pameran figura terbaru dari Tamashii Nations & figura Eksklusif Tamashii Spot seperti DragonBall, One Piece Naruto & banyak lagi plus boleh Ramah Mesra dengan Ultraman dengan pembelian RM200 ke atas ja! . Jadikan korang jgn lepaskan peluang utk check out TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024 dari 18 hingga 27 Oktober 2024 di Pusat Beli-Belah MyTown, Kuala Lumpur . #Tamashiispotpopup2024 #Ultraheroes2024 #UltramanArc #TamashiiNations #Ultraman #Japan #fyp #lfl ♬ Lagu Untuk Kamu (DJ Egin G Remix) - Alyssa Dezek
On October 13, 2024 by ZiafMihar in blog, jennie, kpop, kuala lumpur, lirik lagu, love, mantra, music, new song, trending, youtube No comments
Lirik Lagu
Mantra | JENNIE
Lirik Lagu | Mantra
by JENNIE
[Intro]
Pretty, pretty, pretty, pretty
[Chorus]
This that pretty-girl mantra, this that flaunt ya, just touched down in L.A.
Pretty girls don't do drama 'less we wanna, it'll be depending on the day
Pretty girls packed in a Defender, know I'ma defend her, never let her catch no stray
This that pretty-girl mantra, she's that stunna, make you wanna swing both ways
[Verse 1]
Mix me with the drama (Drama)
Check you like commas (Ah-ah, ah-ah)
My clothes are pajamas ('Jamas)
Straight from the cold plunge (Ah-ah, ah-ah)
Daytime baddie use her mind
Quick switch of the fit for the night (Night)
Swеrvin' through the lane, we'll bе twenty minute late
'Cause we had to do an In-N-Out drive-by
[Pre-Chorus]
It's not that deep (Deep), I'm not that drunk (Drunk)
Sometimes, girls just gotta have fun
Throw it back, all that ass
Me and my sis, way too attached
It's not that deep (Deep), we're not that dumb (Dumb)
Look at them Bonnies on the run
Inside glowin' like the sun (Sun, s—)
You're gonna feel this every day (Day)
[Chorus]
This that pretty-girl mantra, this that flaunt ya, just touched down in L.A.
Pretty girls don't do drama 'less we wanna, it'll be depending on the day
Pretty girls packed in a Defender, know I'ma defend her, never let her catch no stray
This that pretty-girl mantra, she's that stunna, make you wanna swing both ways
[Verse 2]
Love what it feel like (Feel like)
To be off of the grid like all night
Oh, with my bih, like (Bitch, like)
We ain't even tryna talk no one
Swerve off all the creeps, no weird vibes
We ain't never let it ruin a good time
Ain't nobody gon' dim our good light
This them words we're livin' by
[Chorus]
This that pretty-girl mantra, this that flaunt ya, just touched down in L.A. (Ah)
Pretty girls don't do drama 'less we wanna, it'll be depending on the day (Ah, ah, ah)
Pretty girls packed in a Defender, know I'ma defend her, never let her catch no stray (Ah, ah)
This that pretty-girl mantra, she's that stunna, make you wanna swing both ways (Ah, ah, ah)
This that pretty-girl mantra, this that flaunt ya, just touched down in L.A. (Ah, ah)
Pretty girls don't do trauma, no new drama, we already got a full day (Ah, ah)
Pretty girls that you gon' remember, know that you could never, nothing ever trigger me (Ah, ah)
This that pretty-girl mantra, she's that stunna, everyone knows she is me (Ah)
[Outro]
Hahahahahahaha
Pretty
On October 11, 2024 by ZiafMihar in blog, Eco Shop, Eco-Shop, Kedai RM2, kuala lumpur, love, nu sentral, shopping No comments
Store ke-300 Eco-Shop kini di Nu Sentral
Salam Korang!
Eco-Plus Concept Store terbaru mengukuhkan komitmen Eco-shop untuk menyediakan barangan keperluan mampu milik demi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat
Eco-shop, peruncit barangan rumah mampu milik terkemuka Malaysia, telah mencapai kejayaan dengan pembukaan kedainya yang ke-300 di NU Sentral, Kuala Lumpur, bersempena dengan
ulang tahunnya yang ke-21. Penambahan terbaru ini juga merupakan sebahagian daripada pengembangan konsep Eco-Plus oleh Eco-shop, iaitu format kedai yang direka untuk
memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih baik sambil mengekalkan komitmen
terhadap menyediakan barangan mampu milik.
Outlet NU Sentral ini merupakan Eco-Plus Concept Store ketiga, selepas pembukaan yang mendapat sambutan di lokasi lain. Konsep ini dibangunkan untuk menawarkan pembeli di kawasan bandar pelbagai barangan rumah, peralatan dapur, produk penjagaan diri, dan snek pada harga tetap eksklusif RM 2.40, RM 6.00, dan RM 10.00 yang hanya terdapat di NU Sentral. Dengan penekanan kepada kemudahan dan kemampuan, konsep Eco-Plus mencerminkan komitmen Eco-Shop untuk memenuhi keperluan pengguna yang bergerak pantas pada masa kini.
“Pembukaan outlet ke-300 kami ini membawa maksud yang amat bermakna kepada kami. Ia membuktikan kepercayaan dan sokongan rakyat Malaysia yang telah menerima Eco-shop sebagai sumber keperluan mampu milik mereka dalam ekonomi yang mencabar ini,”
kata Jessica Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Eco-shop Malaysia.
“Dengan peningkatan kos sara hidup yang menjejaskan kuasa pembelian keluarga dan individu, kami kekal komited untuk meringankan beban mereka dengan menawarkan produk penting pada harga mampu milik demi kesenangan semua lapisan masyarakat. Selain itu, melalui aplikasi Eco-shop yang kini mempunyai lebih 1.5 juta ahli, kami memberi ganjaran kepada pelanggan dengan faedah yang dapat meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah mereka.”
Perkembangan pesat Eco-shop di seluruh Malaysia mencerminkan pemahamannya tentang keperluan masyarakat tempatan. Cawangan terbaru mereka di NU Sentral dilengkapi kaunter pembayaran
sendiri yang sesuai untuk penduduk bandar yang mengutamakan proses pembelian yang lebih pantas dan cekap. Dengan lebih 10,000 produk yang tersedia, pembeli boleh mendapatkan segala yang diperlukan dengan mudah, daripada makanan dan kelengkapan cucian, kepada alat tulis dan
penjagaan haiwan peliharaan.
“Eco-Plus Concept Store menyediakan keperluan yang diutamakan oleh rakyat Malaysia - barangan mampu milik dan kemudahan untuk mendapatkan keperluan harian. Sambil kami meneruskan perkembangan jenama dan memudahkan kehidupan orang ramai, kami komited untuk mengembangkan lagi produk kami kepada lebih banyak komuniti di seluruh negara,” kata Jessica.
Untuk maklumat lanjut tentang kemas kini terkini Eco-shop, sila layari
On October 11, 2024 by ZiafMihar in bank negara, blog, Bursa Malaysia, Consolidated Teh Holdings, ConTeh, Ekuiti, kuala lumpur, love, LPI, LPI Capital Berhad, Perjanjian Jual Beli, Public Bank No comments
Penyatuan Strategik:
Public Bank Akan Ambil Alih Kepentingan Mengawal dalam LPI
dan Keluarga Teh Memperhalusi Kedudukan Ekuiti Mereka dalam Public Bank Berhad
Salam Korang!
Bamziaf sempat menghadiri majlis oleh Public Bank Berhad (“Public Bank”) untuk menandatangani perjanjian jual beli bersyarat (“Perjanjian Jual Beli”) dengan Estet Mendiang Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow (“Estet”) dan Consolidated Teh Holdings Sdn Bhd (“ConTeh”) pada
10 Oktober 2024 untuk mengambil alih saham-saham biasa secara agregat sebanyak
175,896,000 dalam LPI Capital Bhd (“LPI”), mewakili kira-kira 44.15% kepentingan ekuiti dalam LPI, untuk jumlah pertimbangan tunai sebanyak RM1.72 bilion (“Cadangan Pengambilalihan”).
LPI, sebuah syarikat yang disenaraikan pada Pasaran Utama Bursa Malaysia, telah beroperasi selama
lebih 60 tahun dan terlibat terutamanya dalam penajajaminan insurans am. LPI kini mempunyai
21 buah cawangan di serata Malaysia, sebuah cawangan di Singapura dan turut beroperasi
di Kemboja melalui sebuah syarikat bersekutu.
Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tay Ah Lek, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank
berkata, “Cadangan Pengambilalihan ini merupakan peluang strategik untuk Public Bank mengembangkan lagi segmen insurans amnya dalam pasaran di Malaysia melalui LPI.Ini membolehkan Public Bank untuk turut segera berada dalam pasaran insurans dan memperkukuhkan segmen insurans am di Malaysia sebagai perkhidmatan sampingan yang komprehensif bagi perkhidmatan kewangan dan Takaful Keluarga.“Cadangan Pengambilalihan ini juga selari dengan rancangan Kumpulan untuk berkembangbukan hanya secara organik tetapi melalui pengambilalihan yang strategik untuk memperluaskan tawaran produk dan perkhidmatan kami seperti yang dibuat melalui pengambilalihanPublic Bank Securities Vietnam Company Limited baru-baru ini, yang membolehkanKumpulan mengembangkan tawaran perkhidmatan kewangannya di Vietnammenerusi perkhidmatan perdagangan sekuriti.”“Pengambilalihan strategik Kumpulan LPI, sebuah syarikat insurans am terkemuka yang telah lama wujud di Malaysia, merupakan peluang jelas dan unik untuk kami memacu wawasan kami ke arah “Model Perbankan Universal” yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan yang komprehensif serta produk dan perkhidmatan berkaitan yang lain di bawah kumpulan yang sama.Dengan rangkaian sedia ada kami iaitu lebih daripada 260 buah cawangan yang ditempatkan di seluruh negara, Kumpulan LPI boleh memanfaat dan memperluaskan saluran pemasaran serta mengembangkan perniagaan insurans amnya di Malaysia. Selain itu, kami juga boleh memanfaatkan rangkaian jualan dan pemasaran LPI, selain memberi perkhidmatan kami kepada klien dan pelanggan LPI.Selain menawarkan produk dan perkhidmatan masing-masing, Public Bank dan LPI juga boleh meneroka peluang untuk membangunkan produk dan perkhidmatan bersepadu baharu, khusus untuk memenuhi keperluan kewangan dan insurans pelanggan kami.”
Memandangkan ini merupakan urus niaga pihak yang berkaitan,
Cadangan Pengambilalihan ini tertakluk pada kelulusan para pemegang saham tidak berkepentingan Public Bank pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (“EGM”) yang akan diadakan kelak.
Sekiranya Cadangan Pengambilalihan ini diluluskan di mesyuarat tersebut, Public Bank diwajibkan untuk memberi tawaran pengambilalihan mandatori (“MGO”) (“Cadangan Tawaran”) bagi
kepentingan ekuiti selebihnya dalam LPI yang belum lagi dimiliki oleh Public Bank.
Public Bank telah menerima kelulusan daripada Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia bagi Cadangan Pengambilalihan ini dan pelaksanaan korporat ini dijangka selesai pada
suku pertama tahun 2025.
Sekiranya tiada halangan, Cadangan Pengambilalihan ini dijangka akan menjadi nilai tambah dan
akan menyumbang secara positif kepada perolehan Kumpulan Public Bank pada masa hadapan.
Diona Teh Li Shian, anak perempuan bongsu mendiang Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow
juga mengumumkan bahawa Estet and ConTeh berhasrat untuk membuat tawaran terhad bagi
penjualan (“ROFS”) satu bahagian daripada Saham Public Bank, secara progresif dalam
tempoh 5 tahun seiring dengan Akta Kewangan dan Perkhidmatan.
Diona Teh berkata,
“Bapa saya sering memberitahu saya bahawa kejayaan Public Bank bukanlah kejayaan beliau secara individu – kejayaan itu dibina atas kepercayaan dan kesetiaan pemegang-pemegang saham serta komitmen berterusan kakitangannya, atau apa yang beliau panggil sebagai “keluarga korporat” beliau.”“Sebagai menghormati legasi beliau dan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami yang tinggi, kami akan melaksanakan eksesais untuk mengagihkan sebahagian daripada saham Public Bank,pada harga diskaun, kepada semua kakitangan, pengarah dan pemegang saham Kumpulan Public Bank yang layak. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan Public Bank kekal dalam genggaman merekayang sentiasa memastikan pertumbuhan dan kejayaannya, sejak dahulu lagi, sehinggamembolehkan kami untuk terus membina legasi kami bersama.”“Walaupun kami akan memperkemaskan kepentingan kami, saya mengambil peluang ini untuk menegaskan sekali lagi komitmen kami yang teguh dan tidak berbelah bahagi untuk kekal sebagai pemegang saham utama Public Bank. Ini bukan hanya peranan atau hak milik kami –ia merupakan penghormatan dan tanggungjawab yang akan kami pupuk dengan penuh kasih sayang. Kami akan terus menumpukan untuk meneruskan legasi bapa saya danakan terus menerajui institusi terhormat ini.”“Kami amat berterima kasih kepada Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan atas kepercayaan mereka terhadap kami melalui kelulusan yang diberi kepada kami untuk terus menerajui Public Bank. Dengan sokongan mereka, kami akan berusaha sedaya upaya untuk menerajuiPublic Bank dengan bersemangat, berintegriti dan berwawasan yang telah meletakkanPublic Bank pada kedudukannya sejauh ini.”
Rumusan:
1) Public Bank Berhad bercadang untuk mengambil alih 44.15% daripada
kepentingan ekuiti dalam LPI Capital Berhad
· 2)Estet Mendiang Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow dan Consolidated Teh Holdings Sdn Bhd
akan memperkemaskan kedudukan ekuiti mereka dan kekal sebagai
pemegang saham utama Public Bank
On October 10, 2024 by ZiafMihar in blog, indonesia, kuala lumpur, lesti, lirik lagu, love, musik, nassar, trending, udang di balik batu, ungu band, youtube No comments
Lirik Lagu
Udang Di Balik Batu | Ungu Band, Lesti, Nassar
Lirik Lagu | Udang Di Balik Batu
oleh Ungu Band, Lesti, Nassar
KAMU PENIPU
DI BELAKANGKU
CINTAMU PALSU
KAU BILANG HUJAN, NAMUN TAK BASAH, TUBUHKU
KU TAK MAU, TAK MAU LAGI KAU TIPU
TAK MAU LAGI KAU SENTUH
NYATANYA CINTAMU PALSU
KU TAK MAU, TAK MAU LAGI KAU TIPU
TAK MAU LAGI KAU SENTUH
KAU UDANG DI BALIK BATU
KATA KATA MANISMU
MANJA MANJA DIRIMU
DI BELAKANGKU KAU PUNYA KEKASIH BARU
KAU YAKINKAN DIRIKU DENGAN JANJI JANJIMU
DI BELAKANGKU KAU PUNYA SAYANG YANG BARU
KU TAK MAU, TAK MAU LAGI KAU TIPU
TAK MAU LAGI KAU SENTUH
NYATANYA CINTAMU PALSU
KU TAK MAU, TAK MAU LAGI KAU TIPU
TAK MAU LAGI KAU SENTUH
KAU UDANG DI BALIK BATU
JANGAN LAGI, KAU BERIKAN MIMPI MIMPI
TAK PUASKAH AKU KAU SAKITI
TAKKAN LAGI, KUMAAFKAN SEMUA INI
CUKUP SUDAH INI YANG TERAKHIR
KU TAK MAU, TAK MAU LAGI KAU TIPU
TAK MAU LAGI KAU SENTUH
NYATANYA CINTAMU PALSU
KU TAK MAU, TAK MAU LAGI KAU TIPU
TAK MAU LAGI KAU SENTUH
KAU UDANG DI BALIK BATU
Executive Producer YONATHAN NUGROHO for TRINITY OPTIMA PRODUCTION
A&R : DWI SANTOSO / SIMHALA AVADANA
Composed by PASHA ‘UNGU’
Produced BY UNGU
On October 04, 2024 by ZiafMihar in aswara, batik, blog, gadget, gopaint app, huawei, huawei innovative product lauch, huawei mobile, kuala lumpur, love, matepad pro 12.2, smartwatch, watch GT 5 No comments
Huawei Innovative Product Launch
Memperkenalkan MATEPAD PRO 12.2 & WATCH GT 5
Memperkenalkan produk yang menginspirasikan Fesyen & Kreativiti
Salam Korang!
Bamziaf berkesempatan hadir ke Huawei Innovative Product Launch yang diadakan
di Kuala Lumpur Convention Centre baru baru ini bagi memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu MATEPAD PRO 12.2 & WATCH GT 5
HUAWEI MATEPAD PRO 12.2
Bamziaf paling suka dengan HUAWEI MatePad Pro 12.2 yang terbaru ini!
Hadir dengan paparan 12.2-inci Tandem OLED PaperMatte , pastinya memudahkan kita buat kerja dengan skrin lebih luas & visual yang lebih jelas. Bamziaf suka bila ia ada HUAWEI Glide Keyboard juga yang ada fungsi 2 dalam 1 utk keyboard storage & charging design ia boleh
charge HUAWEI M-Pencil (3rd Gen) bila tidak digunakan.
Korang tahu sekarang dalam HUAWEI GoPaint App sudah ada Local Batik Drawings tools tau, ini merupakan kerjasama dengan ASWARA
Bamziaf suka how ringan MatePad Pro 12.2 hanya 508 grams sahaja tau plus dia nipis ja hanya 5.5mm! Jadi if nak bawa pergi meeting or lepak cafe buat kerja memang sangat mudah & tak membebankan! plus desing dia sangat lawa terutamanya yang edisi Premium Gold.
Pre-Order Sekarang!
Pre-Order HUAWEI MatePad Pro 12.2 (RM4,599) sehingga 11 Oktober 2024
Pelanggan awal boleh menikmati hadiah percuma, termasuk Papan Kekunci HUAWEI Glide, M-Pencil (Generasi Ketiga) dan Tetikus Bluetooth HUAWEI, bernilai sehingga (RM1,847 )
HUAWEI WATCH GT 5 SERIES
Tersedia dalam kedua-dua edisi WATCH GT 5 & WATCH GT 5 Pro,
versi terbaharu siri HUAWEI WATCH GT ini bagus utk korang yang suka nampak style tapi mahu bersukan juga, sebab ia tampil dengan reka bentuk yang halus dengan gabungan aloi titanium gred aeroangkasa & seramik nanokristal. Jam korang akan tahan lama & lasak
HUAWEI WATCH GT 5 Series ini juga bukan sekadar menguruskan kecergasan malah kesihatan juga. Kini dilengkapi dengan Sistem TruSense HUAWEI baharu utk memantau kesihatan yang komprehensif, termasuk kadar denyutan jantung, SpO2, dan penjejakan tidur, serta pengesanan kitaran haid untuk pengguna wanita. Tambahan pula utk yang suka bermain Golf kini didatangkan dengan Mod Padang Gold untuk korang ketahui data permaian lebih terperinci di semua padang golf seluruh dunia.
Turut juga dilengkapi dengan HUAWEI Sunflower Positioning System yang pastinya berguna untuk korang yang suka Hiking & Running! Sistem ini mampu merekodkan laluan korang dengan lebih tepat. Jadi korang boleh navigasi semula agar tidak sesat dengan peningkatan ketepatan laluan sebanyak 40%, Ketepatan Jarak sebanyak 30% & Ketepatan Pace sebanyak 20%
Jam Tangan Pintar Huawei turut ada Emotional Wellbeing Assistant juga. Ia dapat memantau emosi pengguna secara berterusan dengan menganalisis isyarat fisiologi seperti kadar jantung & suhu kulit! Jadi dari algoritma ini, jam tangan pintar ini akan menyedarkan pengguna perubahan mood & emosi dengan interface Panda yang sangat comel. Jadi kita boleh mengawal utk mengubah mood ke yang lebih seimbang & baik.
Pre-Order Sekarang!
Korang dah boleh Pre-Order sehingga 4 Oktober 2024,
HUAWEI WATCH GT 5 (bermula daripada RM1,099) - 41mm dan 46mm
HUAWEI WATCH GT 5 PRO (bermula daripada RM1,399) - 46mm dan 42mm
Keseluruhan siri WATCH GT 5 tersedia dalam 10 varian berbeza seperti
Black fluoroelastomer, Ceramic Body, Brown Composite dan banyak lagi.
Korang boleh Pre-Order di: HUAWEI Official
HUAWEI WATCH ULTIMATE (Green Edition)
HUAWEI WATCH Ultimate ini Special Edition bagi peminat Golf. Bamziaf suka sebab dia vibe Alam design dia plus Green Edition memang sangat lawa & nampak extra Premium! Jam Tangan Pintar ini ada golf features yang lebih komprehensif, menyokong peta lebih 180 padang Golf utama di Seluruh Malaysia & Global tau! Korang boleh check out ukuran jarak yang tepat, kelajuan angin masa nyata dan data arah, dan Green Slope Compensation. Jadi korang yg main Golf boleh susus strategi
based dengan data yang disediakan baru lebih mantap permain nanti.
Paling Bamziaf suka sebab dia 100 meter Water Resistance tau
Pre-Order Sekarang!
HUAWEI WATCH ULTIMATE (Edisi Hijau) pada harga RM3,799.
Pelanggan awal akan menikmati hadiah eksklusif, termasuk aksesori dan baucar bernilai sehingga RM1,258 di semua Kedai Pengalaman HUAWEI,
Korang boleh Pre-Order di: HUAWEI Official
Untuk info lanjut & promo terkini Huawei, boleh check out
HUAWEI Official
On October 01, 2024 by ZiafMihar in art, awareness, blog, brazil, community, cultural, dasein academy of art, diversity, felipe taborda, graphic art exhibition, graphic designer, kuala lumpur, love, malaysia, pameran, seni No comments
Felipe Taborda, Pereka Grafik Terkenal Brazil
adakan Pameran Pertama di Malaysia
Design Is The Message: The Graphic Art of Felipe Taborda
Salam Korang!
Bamziaf excited bila dapat tahu one of Pereka Grafik terkenal dari Brazil iaitu Felipe Taborda akan mempamerkan pameran solo pertamanya di Malaysia di d’Gallery, Dasein Academy of Art,
dari 23September hingga 5 Oktober 2024.
Pameran yang bertemakan “Design Is The Message: The Graphic Art of Felipe Taborda,” akan menampilkan lebih 100 karya beliau yang dicipta sejak 1983, menonjolkan cara reka bentuk utk menyampaikan mesej dan meneroka kesan reka bentuk terhadap isu sosial dan budaya.
Pada majlis perasmian semalam,
Encik Lew Tau Fei, Timbalan Ketua Program Reka Bentuk Grafik di Akademi Seni Dasein,
menyatakan bahawa pameran ini bukan sekadar mempamerkan karya seni tetapi juga merangkumi 4C: Connection Designers and Community, Cultural Interchange and Dialogue, Creating Awareness of Posters, and Celebrate Our Diversity.
Presiden Akademi Seni Dasein, Encik Gooi,
Melahirkan rasa terima kasihnya kepada Felipe Taborda kerana memilih Akademi Seni Dasein
sebagai rakan kongsi Malaysia untuk pameran sulungnya.
“Ruang ini bukan sekadar tempat pameran; Saya berharap ia menjadi tapak pemupukan untuk inspirasi dan kreativiti masyarakat. Pameran ini juga merupakan peluang yang baik untuk
pertukaran budaya dan kreatif antara Malaysia dan Brazil.”
Pameran itu mendapat sokongan Duta Besar Brazil ke Malaysia, Duta Besar Ary Quintella,
yang turut menghadiri majlis perasmian itu. Dia memuji karya Felipe Taborda kerana
menangkap intipati orang dan landskap Brazil dengan sempurna, menjadikannya medium yang
sangat baik untuk memperkenalkan Brazil kepada dunia. Beliau juga menyatakan harapan
bahawa September boleh menjadi "Brazil Month" pada tahun-tahun akan datang,
menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk belajar tentang Brazil.
Semasa majlis itu, sebelum menerima hadiah peringatan daripada Presiden Encik Gooi, Duta Quintella menyampaikan kepada Dasein Academy of Art dengan buku yang diterbitkan baru-baru ini,
“The Brazilian in Kuala Lumpur. The KLCC Park and Roberto Burle Marx,”
melambangkan pertukaran budaya antara seni Brazil dan Malaysia.
Berikutan itu, Presiden Encik Gooi menjemput Duta Quintella dan Felipe Taborda
untuk merasmikan pameran itu dengan memukul 24 gendang perayaan tradisional,
menandakan pembukaan pameran seni grafik yang penting ini.
Felipe Taborda ialah seorang pereka, pendidik dan pengarang veteran.
Rekaannya bukan sahaja mempamerkan kreativiti peribadi tetapi juga menekankan peranan reka bentuk dalam perubahan sosial. Taborda belajar di Universiti Katolik Kepausan Rio de Janeiro dan
mengikuti perfileman dan fotografi di Sekolah Filem Antarabangsa London sebelum
melanjutkan pelajarannya dalam seni komunikasi di Sekolah Seni Visual di New York.
Sejak menubuhkan studionya sendiri pada tahun 1990, karya beliau telah dipaparkan secara meluas dalam penerbitan budaya dan reka bentuk album dan dimasukkan dalam beberapa buku reka bentuk yang terkenal di peringkat antarabangsa. Taborda bukan sahaja pereka yang berjaya
tetapi juga penggerak dalam pendidikan reka bentuk, membawa pelbagai inovasi dan inspirasi
kepada komuniti reka bentuk grafik global.
Pameran ini terbuka kepada orang ramai, menawarkan bukan sahaja peluang untuk menghargai karya seni tetapi juga platform berharga untuk melibatkan diri dengan artis dan meneroka trend terkini
dalam reka bentuk global.
Exhibition Title: “Design Is The Message: The Graphic Art of Felipe Taborda”
Organizer: Dasein Academy of Art
Exhibition Dates: September 23 - October 5, 2024
Venue: d’Gallery, Dasein Academy of Art
Opening Hours: 8:00 AM - 6:00 PM (Mon-Fri); 8:00 AM - 1:00 PM (Sat); Closed on Sundays
Subscribe to:
Posts (Atom)
Search
MR Charming The Face Of Healthy Beauty Guardian 2023
Popular Posts
-
OVERSEA Lancar The Moonlight Collection 2026 3 Perisa Mooncake Baharu Sempena Festival Pertengahan Musim Luruh Salam Korang! Festival Perte...
-
Lirik Lagu rollerblade | no na Lirik Lagu rollerblade | no na Ring a ding ding like a gamelan And it ain’t a big thing I’m the number one ...
Recent Posts
Categories
Sample Text
Blog Archive
-
▼
2024
(40)
-
▼
October
(7)
- Ultraman Arc kini di Malaysia untuk Ultra Heroes 2...
- Lirik Lagu | Mantra | JENNIE
- Store ke 300 Eco-Shop kini di Buka di Nu Sentral
- Penyatuan Strategik: Public Bank Akan Ambil Alih K...
- Lirik Lagu | Udang Di Balik Batu | Ungu Band, Lest...
- HUAWEI Memperkenalkan MATEPAD PRO 12.2 & WATCH GT ...
- Felipe Taborda, Pereka Grafik Terkenal Brazil adak...
-
▼
October
(7)
Text Widget
Labels
Total Pageviews
True To Skin Ambassador 2024
Search This Blog
Music
2/youtube/grid-big


































.jpg)













