On January 20, 2024 by ZiafMihar in #IYKYK, beauty, blog, cocoon, cosmetic, dododots, guardian malaysia, hanasui, kecantikan, kuala lumpur, love, midvalley, round lab, skincare, skintific, the raw, trending, true to skin, viral No comments
#IYKYK Beauty di Guardian memperkenalkan
Produk kecantikan yang Trending
Tekad untuk menjadi peneraju jenama kecantikan yang baru muncul dalam pasaran
Salam korang!
Bamziaf berkesempatan hadir di event Pelancaran kategori #IYKYK Beauty oleh Guardian di
store MidVaelley, Kuala Lumpur yang menandakan satu langkah penting ke arah menjadi
peneraju dalam jenama kecantikan terhangat yang baru muncul dalam pasaran.
Kategori baharu yang dinamik ini bersedia untuk mencetuskan gelombang keseronokan yang
baharu dalam pasaran dan di kalangan pelanggannya
Memperkenalkan #IYKYK Beauty –
tanda pagar yang Guardian takrifkan semula dan menukarnya menjadi suatu yang luar biasa.
#IYKYK Beauty ialah kategori terbaharu Guardian, mempamerkan jenama Kecantikan yang
telah menguasai dunia dalam talian dalam sekelip mata, meraih jualan yang tinggi sekaligus
menjadi bualan ramai.
Ia adalah jenama yang hangat diperbualkan di IG dan TikTok, dan Guardian telah membawanya
secara fizikal ke semua stor mereka di seluruh negara.
Anna Ng, Pengarah Pemasaran, Guardian Malaysia,
menekankan komitmen syarikat itu untuk sentiasa mengikuti perkembangan trend kecantikan terkini global dan membawanya kepada pelanggan pada nilai terbaik.
“Kategori #IYKYK Beauty direka untuk menampilkan jenama-jenama yang telah memberi impak besar dalam talian, ‘menggegarkan’ media sosial dan kami percaya produk sensasi ini layak mendapat tempat yang lebih besar, menjadikannya lebih mudah untuk ANDAmendapatkannya di dalam talian dan di stor,” kata beliau.
Istilah #IYKYK bermaksud 'If You Know You Know’, yang biasa digunakan oleh pencipta kandungan media sosial untuk menandakan bahawa siaran mereka mungkin difahami oleh
golongan tertentu atau mereka yang sedia tahu.
Acara pelancaran itu, yang diadakan di stor utama Guardian di Pusat Membeli-Belah Mid Valley Mega Mall, memperkenalkan sudut jualan khas #IYKYK Beauty yang menampilkan lebih daripada
20 jenama kecantikan dalam talian yang sedang tular secara beransur-ansur.
Jenama yang ditampilkan dalam kategori #IYKYK Beauty termasuk jenama-jenama dari Korea, Indonesia, China, Japan, Perancis, Vietnam, Amerika Syarikat, Kanada dan Taiwan. Antaranya;
Skintific, Hanasui, True to Skin, Cocoon, The Raw, Nacific, Dododots ,
BnB Cosmetics and Skin, Perfect Diary, Round Lab
dan Jenama lain seperti 3W Clinic, Garnier, Aiken, Makeover, CeraVe, Glad to Glow,
Skinmade & Be Minimalist
Pelanggan Guardian berpeluang meneroka bahagian #IYKYK Beauty dengan berkunjung ke stor fizikal dan secara dalam talian menerusi laman web atau aplikasi Guardian.
Bahagian tersebut turut menawarkan pautan video Tip-Tip dan Trend Kecantikan,
ciri-ciri jenama, butiran produk, tawaran istimewa, dan banyak lagi yang berkaitan dengan
jenama #IYKYK Beauty yang dipamerkan.
Anna Ng menjelaskan bahawa,
kategori #IYKYK Beauty itu akan sentiasa dikemas kini dengan jenama-jenama baharu diperkenalkan apabila tiba masanya, memastikan pelanggan sentiasa mendapat maklumat tentang trend kecantikan dalam talian terkini. Untuk semua peminat trend kecantikan, Guardian kini merupakan destinasi pilihan anda untuk segalanya yang terhangat dalam ruangan penjagaan kecantikan.
Bagi tujuan ini, Guardian telah memulakan Projek House of Creator yang bertujuan untuk
melibatkan serta mendidik pencipta kandungan terkemuka di Malaysia tentang apa yang trending dan terbaharu disamping meningkatkan kemahiran mereka dalam mencipta kandungan yang lebih baik
dan lebih berkesan.
“Menerusi usaha ini, kami juga akan mewujudkan ekosistem kandungan media sosial yang dinamik dan membina generasi pencipta kandungan Kesihatan dan Kecantikan yang akan datang,” jelas Anna.
Komitmen Guardian untuk meyampaikan produk kesihatan dan kecantikan terbaik pada nilai terbaik kepada pelanggan kekal menjadi keutamaan.
Follow Social Media Guardian Malaysia
Tentang Guardian Malaysia
Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 56 tahun lalu.
Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih 600 buah stor di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. Setiap tahun, stor-stor kami menyediakan perkhidmatan kepada lebih 30 juta pelanggan di seluruh negara.
On January 16, 2024 by ZiafMihar in atria shopping gallery, blog, chinese new year, contest, dragon, instagram, kuala lumpur, lion dance, love, mall decoration No comments
Sambutan Tahun Baru Cina di Atria Shopping Gallery bertemakan The Grandeur of Shanghai
Salam Korang!
Korang tahu yang Atria Shopping Gallery kini mempersembahkan "The Grandeur of Shanghai",
sebagai tema untuk sambutan Tahun Baru Cina edisi 2024
Atria Shopping Gallery mengalu-alukan pembeli untuk menikmati hiasan perayaan yang menawan berinspirasikan Shanghai, pilihan membeli-belah dan tempat makan yang banyak, ganjaran yang hebat.
Kalau korang datang ke Atria Shopping Gallery di Centre Court kini sudah berubah wajah menjadi
Bandar Shanghai tahun 1960-an yang menawan, instagrammable pop-ups & dihiasi ala kelab malam Shanghai lama yang mengagumkan, Shanghai Tea House, rumah tukang jahit, teksi Shanghai 1960-an, bunga sakura yang mewah dan langit yang dipenuhi dengan tanglung merah bertuah.
Pembeli boleh melihat gerai runcit yang menjual barangan tradisional, hamper, daun teh, makanan ringan, aksesori, pakaian di Concourse Level. Korang boleh berjalan-jalan melalui taman
'Dream Garden of Prosperity' di North Entrance.
Korang akan disambut dengan bunga bunga yang mekar & penuh kecintaan
Samantha Lew, General Manager of Group Leasing, OSK Property Investment melancarkan
'The Grandeur of Shanghai Celebration'. Para tetamu yang terdiri daripada rakan kongsi industri, media dan rakan-rakan Atria Shopping Gallery telah dihiburkan dengan persembahan tarian singa yang mengagumkan dan banyak keseronokan kepada para tetamu & menandakan permulaan perayaan yang baik. Pelancaran kemudiannya diakhiri denganTraditional Lou Sang Tossing di atas pentas
oleh tetamu dan media untuk mengambarkan erti & rasa Perpaduan.
Prosperity Rewards
6 January – 18 February 2024
Korang boleh dapatkan Prosperity Ang Pow RM20 shopping voucher dari Soon Thye Hang,
Bila korang berbelanja RM188 (for Atria Friends) & RM288 (non-Atria Friends)
dalam 2 resit pada hari yang sama sehingga 18 February 2024
Seasonal Offerings
Korang jgn lupa check out Concourse Level, Chinese New Year Festive Market yang ada mempamerkan pilihan eksklusif hiasan dan aksesori perayaan untuk hadiah kepada orang tersayang mulai 18 Januari – 8 Februari 2024. Jgn lupa utk singgah ke Village Grocer untuk menemui pelbagai hidangan CNY yang menarik dan barangan perayaan yang menjadikan hadiah ideal musim ini.
Untuk kulit yang berseri di perayaan nanti, Jumpa Skincare Experts di Medi Beaute, Centre Court. Sebagai sebahagian daripada inisiatif kami untuk menyokong Sustainable Fashion, Pre Loved Market menampilkan pelbagai fesyen, mainan, aksesori yang dijadualkan pada 6 & 7 Januari dan 3&4 Februari di South Entrance, Aras Concourse.
Engaging Activities
Check out renowned award-winning lion troupe Kwong Ngai untuk mengalukan Sambutan Tahun Baru bersama pada 6,27 Jan, 10, 15,18 February 2024. Terdapat persembahan & aktiviti lain
setiap weekend dari 6 January – 18 February 2024.
Eat & Win Contest
15 January – 31 May 2024
Shoppers berpeluang utk memenangi hadiah bernilai hampir RM30, 000 dengan menyertai pertandingan Eat & Win hanya dengan berbelanja min RM100 dalam 3 resit pada hari yang sama
Share Your Love #atriadj Instagram Contest
@ Dream of Garden Prosperity (Near Watsons, Ground Level)
20 January – 25 February 2024
Korang hanya perlu ambil gambar kreatif korang di Dream Garden of Prosperity & upload di Instagram berserta Caption kenapa korang suka Atria Shopping Gallery & hashtag #AtriaCNY2024 untuk berpeluang memenangi Verrines Dessert dari Texture by C3 Lab
Jadi korang jangan lupa untuk ber-ootd & nikmati sambutan Tahun Baru Cina di
Atria Shopping Gallery
On January 10, 2024 by ZiafMihar in Ara Johari, Artis Tanah Air, blog, Den Manjo, Eda Ezrin, khai bahar, konsert, Konsert UNGU, love, nabila razali, naim daniel, Pahang, Pantai Timur, Pesta, Pesta Muzik Kuantan, Ungu No comments
Konsert UNGU & Artis Tanah Air di Pesta Muzik Kuantan
Tawaran Harga Tiket Serendah RM58 untuk Hiburan Warga Pahang & Pantai Timur
Salam korang!
Bamziaf ada berita baik untuk warga Pahang dan Pantai Timur terutamanya,
sebuah hiburan konsert yang bakal diadakan di sana.
Pesta Muzik Kuantan ini direncanakan sempena menyambut kepulangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah bersama KDYMM Seri Paduka BagindaRaja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang bakal menamatkantugas sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI di Istana Negara
dan berangkat pulang ke negeri Pahang.
Pesta yang bakal diadakan ini bakal mengabungkan pemuzik & budaya tempatan agar ia dapat terus terpelihara & lebih komersial serta mampu menjadi daya tarikan pelancong untuk
melancong ke Kuantan & negeri lain di sekitar Pantai Timur
Selaku penganjur, Showpro Entertainment Sdn Bhd dengan berbesar hati mempersembahkan
Pesta Muzik Kuantan yang akan dibarisi oleh kumpulan terkenal dari Indonesia iaitu Ungu
bersama barisan artis-artis tempatan seperti Naim Daniel, Khai Bahar, Ara Johari, Nabila Razali,
Eda Ezrin dan Den Manjo.
Bamziaf paling excited bila tahu ada penampilan Ungu yang terkenal dengan hits seperti
Kekasih Gelapku dan Cinta Dalam Hati akan mencatat sejarah tersendiri sebagai
kumpulan Indonesia pertama yang tampil dalam Pesta Muzik Kuantan kali ini.
Pesta Muzik Kuantan Bersama Dengan Ungu & Artis Tanah Air dijadualkan pada 24 Februari 2024 akan berlangsung di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang dari pukul 5 Petang.
Menurut pengarah-pengarah Showpro Entertainment, penganjuran Pesta Muzik Kuantan adalah
satu penghormatan buat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan mahu rakyat jelata menikmati sebuah keraian yang menggabungkan antara muzik dan kebudayaan setempat. Selain daripada itu, beliau juga telah menyediakan system bunyi dan cahaya yang terhangat untuk
menarik perhatian pengunjung-pengunjung Pesta Muzikal Kuantan.
“Showpro Entertainment sangat berbesar hati menganjurkan Pesta Muzik Kuantan sempena menyambut kepulangan KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku ke negeri Pahang.”
“Dan keraian ini tidak akan lengkap tanpa bintang jemputan terutama kumpulan Ungu
yang memang sangat popular di Malaysia.”
“Ungu juga tidak pernah mengadakan persembahan di Stadium Darul Makmur secara khusus,
maka ia adalah peluang terbaik untuk rakyat jelata negeri Pahang dan dari Pantai Timur
datang ke sini menyaksikan persembahan kumpulan ini.”
“Bukan sahaja Ungu, kami juga turut menampilkan artis-artis tanah air yang berbakat besar bagi memeriahkan lagi Pesta Muzik Kuantan seperti Naim Daniel, Nabila Razali, Khai Bahar, Ara Johari, Den Manjo, Eda Ezrin dan ramai lagi.”
“Selain hiburan, Pesta Muzik Kuantan juga mempunyai objektif untuk terus melestarikan budaya termasuklah makanan dan produk tempatan kepada pengunjung dari pukul 11pagi
di kawasan luar stadium,” ujar Puan Haniah Hassan.
Bagi Ungu, lamaran Showpro Entertainment ibarat sebuah kesempatan yang tidak selalu ada dan mereka mengaku tiada sebab untuk menolak selepas melihat objektif yang mahu dicapai menerusi Pesta Muzik Kuantan.
“Terlebih dahulu kami ingin berterimakasih kepada penganjur kerana memilih Ungu untuk turut serta di Pesta Muzik Kuantan. Ini mungkin akan menjadi pengalaman pertama kali kami bermain di hadapan penduduk Pahang dan rakyat Pantai Timur.”
“Tapi yang lebih istimewa lagi adalah penganjuran Pesta Muzik Kuantan ini bersempena dengan sambutan kepulangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke Pahang. Ia menjadi satu penghormatan buat Ungu apa lagi berkongsi pentas bersama barisan artis tanah air dan
bertemu peminat di kawasan Pantai Timur,” ujar Pasha.
Lebih mengujakan Pesta Muzik Kuantan menawarkan ‘harga rahmah’ serendah RM58.00
untuk menikmati segala persembahan dan hiburan yang telah diatur sepanjang hari.
Harga tiket adalah seperti
(SEJAUH MUNGKIN) RM58.00, (DEMI WAKTU) RM88.00,
(CINTA DALAM HATI) RM98.00, (KEKASIH GELAPKU & SEPERTI YANG DULU) RM118.00, (GEGAR) RM128.00, (VIP B, FREE SEATING) RM388.00, (VIP A, FREE SEATING), RM448.00, (MIP, NUMBERED SEATING), RM628.00
boleh dibeli mulai 29 Disember 2023 melalui Ticket 2U dari jam 2.45 petang.
(harga tiket tidak termasuk caj perkhidmatan tiket)
Jangan ketinggalan untuk berpesta dan meraikan Pesta Muzik Kuantan di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang pada 24 Februari 2024 bermula dari jam 11.00 pagi dengan karnival jualan makanan tempatan negeri Pahang, cenderahati serta aktiviti-aktiviti menarik di perkarangan stadium dan persembahan konsert akan bermula dari jam 5.00 petang.
Radio Gegar FM merupakan radio rasmi Pesta Muzikal Kuantan. Segala maklumat terkini
boleh didapati dengan mendengar radio Gegar FM atau laman sosial radio tersebut.
Untuk segala pertanyaan dan urusan MIP, VIP, boleh menghubungi juru cakap
+60 12-268 2700 (Puan Haniah Hassan) dan hotline bernombor +6012-488 6225.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Search
MR Charming The Face Of Healthy Beauty Guardian 2023
Popular Posts
-
OVERSEA Lancar The Moonlight Collection 2026 3 Perisa Mooncake Baharu Sempena Festival Pertengahan Musim Luruh Salam Korang! Festival Perte...
-
Lirik Lagu rollerblade | no na Lirik Lagu rollerblade | no na Ring a ding ding like a gamelan And it ain’t a big thing I’m the number one ...
Recent Posts
Categories
Sample Text
Text Widget
Labels
Total Pageviews
True To Skin Ambassador 2024
Search This Blog
Music
2/youtube/grid-big



























