Konsert UNGU & Artis Tanah Air di Pesta Muzik Kuantan

Konsert UNGU & Artis Tanah Air di Pesta Muzik Kuantan
Tawaran Harga Tiket Serendah RM58 untuk Hiburan Warga Pahang & Pantai Timur 



Salam korang!
Bamziaf ada berita baik untuk warga Pahang dan Pantai Timur terutamanya, 
sebuah hiburan konsert yang bakal diadakan di sana.

Pesta Muzik Kuantan ini direncanakan sempena menyambut kepulangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah bersama KDYMM Seri Paduka BagindaRaja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang bakal menamatkantugas sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI di Istana Negara 
dan berangkat pulang ke negeri Pahang.

Pesta yang bakal diadakan ini bakal mengabungkan pemuzik & budaya tempatan agar ia dapat terus terpelihara & lebih komersial serta mampu menjadi daya tarikan pelancong untuk 
melancong ke Kuantan & negeri lain di sekitar Pantai Timur 

Selaku penganjur, Showpro Entertainment Sdn Bhd dengan berbesar hati mempersembahkan 
Pesta Muzik Kuantan yang akan dibarisi oleh kumpulan terkenal dari Indonesia iaitu Ungu 
bersama barisan artis-artis tempatan seperti Naim Daniel, Khai Bahar, Ara Johari, Nabila Razali, 
Eda Ezrin dan Den Manjo.

Bamziaf paling excited bila tahu ada penampilan Ungu yang terkenal dengan hits seperti 
Kekasih Gelapku dan Cinta Dalam Hati akan mencatat sejarah tersendiri sebagai 
kumpulan Indonesia pertama yang tampil dalam Pesta Muzik Kuantan kali ini.


Pesta Muzik Kuantan Bersama Dengan Ungu & Artis Tanah Air dijadualkan pada 24 Februari 2024 akan berlangsung di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang dari pukul 5 Petang.

Menurut pengarah-pengarah Showpro Entertainment, penganjuran Pesta Muzik Kuantan adalah 
satu penghormatan buat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan mahu rakyat jelata menikmati sebuah keraian yang menggabungkan antara muzik dan kebudayaan setempat. Selain daripada itu, beliau juga telah menyediakan system bunyi dan cahaya yang terhangat untuk 
menarik perhatian pengunjung-pengunjung Pesta Muzikal Kuantan.


“Showpro Entertainment sangat berbesar hati menganjurkan Pesta Muzik Kuantan sempena menyambut kepulangan KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku ke negeri Pahang.”

“Dan keraian ini tidak akan lengkap tanpa bintang jemputan terutama kumpulan Ungu 
yang memang sangat popular di Malaysia.”

“Ungu juga tidak pernah mengadakan persembahan di Stadium Darul Makmur secara khusus,
maka ia adalah peluang terbaik untuk rakyat jelata negeri Pahang dan dari Pantai Timur 
datang ke sini menyaksikan persembahan kumpulan ini.”


“Bukan sahaja Ungu, kami juga turut menampilkan artis-artis tanah air yang berbakat besar bagi memeriahkan lagi Pesta Muzik Kuantan seperti Naim Daniel, Nabila Razali, Khai Bahar, Ara Johari, Den Manjo, Eda Ezrin dan ramai lagi.”

“Selain hiburan, Pesta Muzik Kuantan juga mempunyai objektif untuk terus melestarikan budaya termasuklah makanan dan produk tempatan kepada pengunjung dari pukul 11pagi 
di kawasan luar stadium,” ujar Puan Haniah Hassan.

Bagi Ungu, lamaran Showpro Entertainment ibarat sebuah kesempatan yang tidak selalu ada dan mereka mengaku tiada sebab untuk menolak selepas melihat objektif yang mahu dicapai menerusi Pesta Muzik Kuantan.

“Terlebih dahulu kami ingin berterimakasih kepada penganjur kerana memilih Ungu untuk turut serta di Pesta Muzik Kuantan. Ini mungkin akan menjadi pengalaman pertama kali kami bermain di hadapan penduduk Pahang dan rakyat Pantai Timur.”

“Tapi yang lebih istimewa lagi adalah penganjuran Pesta Muzik Kuantan ini bersempena dengan sambutan kepulangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke Pahang. Ia menjadi satu penghormatan buat Ungu apa lagi berkongsi pentas bersama barisan artis tanah air dan 
bertemu peminat di kawasan Pantai Timur,” ujar Pasha.


Lebih mengujakan Pesta Muzik Kuantan menawarkan ‘harga rahmah’ serendah RM58.00 
untuk menikmati segala persembahan dan hiburan yang telah diatur sepanjang hari.


Harga tiket adalah seperti 
(SEJAUH MUNGKIN) RM58.00, (DEMI WAKTU) RM88.00, 
(CINTA DALAM HATI) RM98.00, (KEKASIH GELAPKU & SEPERTI YANG DULU) RM118.00, (GEGAR) RM128.00, (VIP B, FREE SEATING) RM388.00, (VIP A, FREE SEATING), RM448.00, (MIP, NUMBERED SEATING), RM628.00 
boleh dibeli mulai 29 Disember 2023 melalui Ticket 2U dari jam 2.45 petang. 
(harga tiket tidak termasuk caj perkhidmatan tiket)


Jangan ketinggalan untuk berpesta dan meraikan Pesta Muzik Kuantan di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang pada 24 Februari 2024 bermula dari jam 11.00 pagi dengan karnival jualan makanan tempatan negeri Pahang, cenderahati serta aktiviti-aktiviti menarik di perkarangan stadium dan persembahan konsert akan bermula dari jam 5.00 petang.


Radio Gegar FM merupakan radio rasmi Pesta Muzikal Kuantan. Segala maklumat terkini 
boleh didapati dengan mendengar radio Gegar FM atau laman sosial radio tersebut.

Untuk segala pertanyaan dan urusan MIP, VIP, boleh menghubungi juru cakap 
+60 12-268 2700 (Puan Haniah Hassan) dan hotline bernombor +6012-488 6225.

Post a Comment

0 Comments