OVERSEA Lancar The Moonlight Collection 2026
3 Perisa Mooncake Baharu Sempena Festival Pertengahan Musim Luruh
Salam Korang!
Festival Pertengahan Musim Luruh sememangnya cukup sinonim dengan tradisi berkumpul bersama keluarga sambil menikmati mooncake. Tahun ini, OVERSEA (海外天) tampil dengan The Moonlight Collection 2026, sebuah koleksi mooncake premium yang menggabungkan resipi tradisional bersama sentuhan moden menerusi pilihan perisa baharu yang lebih segar dan menarik.
Koleksi edisi terhad ini diinspirasikan daripada keindahan menikmati bulan purnama bersama insan tersayang. Selain mengekalkan teknik pembuatan mooncake tradisional,
OVERSEA turut memperkenalkan pastri gaya Momoyama dan snow skin yang memberikan pengalaman rasa berbeza tanpa menghilangkan identiti klasiknya.
3 Perisa Baharu Yang Jadi Tumpuan
Tarikan utama The Moonlight Collection 2026 sudah tentu terletak pada tiga perisa baharu yang diinspirasikan daripada pencuci mulut moden.
Momoyama Peach Tea Cream Cheese menggabungkan aroma teh pic yang menyegarkan bersama inti cream cheese yang lembut, menghasilkan rasa ringan dengan haruman yang elegan.
Bagi peminat rasa yang lebih kaya, Momoyama Toffee Caramel menawarkan gabungan toffee dan karamel yang seimbang tanpa rasa terlalu manis.
Sementara itu, Snowy Mango Boba hadir dengan kulit snow skin yang lembut, inti mangga beraroma tropika serta boba kenyal yang memberikan tekstur lebih menyeronokkan dalam setiap gigitan.
Pilihan Klasik Masih Kekal Menjadi Kegemaran
Selain memperkenalkan inovasi baharu, OVERSEA turut mengekalkan beberapa mooncake ikonik yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan.
Antara pilihan yang masih ditawarkan termasuk:
Shanghai with Single Yolk
Golden Starlight with Single Yolk
Noble Delight with Single Yolk
Chocolate Lava
Matcha Red Bean Mochi
Snowy Hazelnut Chocolate Ganache
Snowy Noble Delight with Mango
Gabungan pilihan klasik dan moden ini memberikan lebih banyak variasi
untuk memenuhi cita rasa setiap generasi.
Lunar Rise Gift Set
Bagi mereka yang mencari hadiah eksklusif sempena Festival Pertengahan Musim Luruh,
OVERSEA turut memperkenalkan Lunar Rise Gift Set yang dijual pada harga RM168 sekotak.
Set premium ini mengandungi empat pilihan mooncake iaitu:
Momoyama Peach Tea Cream Cheese
Momoyama Toffee Caramel
Golden Starlight with Single Yolk
White Lotus with Single Yolk (Less Sweet)
Rekaan kotaknya yang elegan menjadikan set ini sesuai dijadikan hadiah
kepada keluarga, rakan mahupun pelanggan korporat.
Lokasi Pembelian
OVERSEA Moonlight Collection 2026 boleh didapati untuk tempoh terhad sepanjang
musim Festival Pertengahan Musim Luruh di cawangan OVERSEA terpilih serta
lokasi jualan pop-up berikut:
Sunshine Centre Farlim, Pulau Pinang
AEON 1 Utama, Petaling Jaya
Lotus's Kepong, Kuala Lumpur
Selain itu, koleksi ini juga boleh didapati di restoran OVERSEA
sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Genting Highlands dan Ipoh.
Dengan gabungan perisa baharu yang kreatif, mooncake signature yang masih menjadi kegemaran ramai serta pembungkusan premium yang elegan, The Moonlight Collection 2026 menawarkan pengalaman menikmati mooncake yang lebih istimewa untuk dikongsi bersama keluarga dan orang tersayang sepanjang musim perayaan ini.




0 Comments