Ordered List

3/random/post-list
BAD LAB & BOON SIEW HONDA RACING TEAM 
Bakal beraksi di Petronas Malaysian Cub Prix (2023)


bad lab boon siew honda racing team

Hi Guys!
BAD LAB telah mengumumkan kerjasama dengan BOON SIEW HONDA RACING TEAM,
melibatkan sukan permotoran melalui kempen yang dinamakan ‘MAN-GINEERED FOR POWER’, ianya merupakan sebahagian dari misi BAD LAB untuk menyokong bakat-bakat baru terutamanya pelumba motosikal tempatan yang berkaliber agar satu hari nanti dapat beraksi di arena antarabangsa.

BAD LAB (Brave and Daring Laboratory), ialah sebuah jenama barangan penjagaan diri dari Malaysia yang juga terkenal di pasaran dunia. Ia direka khususnya 
untuk lelaki bukan konvensional yang berani dan tidak mudah menyerah kalah. 


BOON SIEW HONDA RACING TEAM, sebuah entiti di bawah BOON SIEW HONDA yang bertanggungjawab menguruskan divisyen sukan permotoran bagi syarikat gergasi yang mula ditubuhkan di Jepun. Pengumuman ini dibuat setelah perbincangan yang mengambil masa selama beberapa bulan di antara pihak-pihak 
untuk menentukan objektif kempen dan penajaan, serta mendalami peluang-peluang yang ada, 
samada dalam bentuk kreatif mahupun komersil.

Lum Chong Heng, Pengarah Komersil BAD LAB, menjelaskan, 
“Keputusan untuk menjalin kerjasama dengan BOON SIEW HONDA RACING TEAM bukan sahaja satu keputusan strategik, namun ia begitu sejajar dengan misi BAD LAB memperkasa generasi muda Malaysia agar berani dan tidak mudah menyerah kalah di dalam usaha merealisasikan impian. Ini adalah di antara peristiwa paling penting di dalam sejarah jenama BAD LAB sejak ia mula diperkenalkan kepada pasaran tempatan dan dunia pada tahun 2014. Sebagai sebuah kempen, MAN-GINEERED FOR POWER merupakan satu daripada strategi kami untuk menyokong serta membangunkan generasi baru pelumba Malaysia. Selari dengan itu, BAD LAB akan menyediakan satu platform khusus agar mereka bukan sahaja dapat menampilkan bakat yang ada, malah dapat juga menimba pengalaman dan belajar dari pelumba-pelumba lain yang hebat dan lebih senior”.
BAD LAB juga telah memperkenalkan para pelumba yang bakal mewakili 
BAD LAB KC HONDA RACING TEAM, 
iaitu pasukan pelumba motorsikal BAD LAB. Pemilihan pelumba-pelumba ini benar-benar menunjukkan betapa BAD LAB begitu komited dengan objektif mereka untuk memupuk pelumba muda Malaysia dari generasi baru yang pada satu hari nanti dapat beraksi di pentas dunia.

boon siew honda racing team

Pelumba-pelumba tersebut adalah:
(i) Muhammad Irfan Haykhal Bin Amidi, 16, Negeri Sembilan Darul Khusus
(ii) Muhamad Shahzul Naim Bin Razali, 25, Selangor Darul Ehsan
(iii) Adib Hareez Bin Hazwat, 17, Johor Darul Takzim; and
(iv) Muhammad Farish Iqmal Bin Khayrul Elyas, 17, Johor Darul Takzim

Menurut Zulhelmi Ahmad, Pengurus BOON SIEW HONDA RACING TEAM, 
“Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan BAD LAB untuk membentuk BAD LAB KC HONDA RACING TEAM. BAD LAB amat dikenali dengan inisiatif yang amat berkait rapat dengan trend serta genre budaya alternatif golongan muda, dan dalam proses ini, ia telah berjaya merealisasikan impian audiens jenama hebat ini. Secara tidak langsung, ianya bertepatan sekali dengan slogan kami iaitu SEMANGAT IMPIAN”
“Keempat-empat pelumba yang dipilih untuk mewakili BAD LAB KC HONDA RACING TEAM adalah dari generasi muda Malaysia di bawah umur 25 tahun, berbakat besar di dalam sukan permotoran dan begitu bersemangat. Pemilihan ini benar-benar menunjukkan kredibiliti serta potensi tinggi yang ada dalam diri setiap dari mereka kerana ianya merupakan pemilihan khas oleh pihak BOON SIEW HONDA RACING TEAM sendiri. Jika mereka berusaha bersungguh-sungguh, tidak mustahil satu hari nanti mereka dapat muncul sebagai juara di dalam kategori mereka masing-masing,”
 

Buat Pertama kali Sut Lumba Rasmi serta Motorsikal yang bakal digunakan para pelumba diperkenalkan, kesemuanya direka khas dengan warna-warna rasmi iaitu hitam dan keemasan.

petronas malaysia cub prix 2023

Para pelumba bagi BAD LAB KC HONDA RACING TEAM bakal beraksi buat kali pertama bermula pada 25 Februari 2023 di pusingan pertama edisi ke-30 Petronas Malaysian Cub Prix (2023), 
yang bakal berlangsung di Sepang International Circuit. 

“Kami punyai harapan yang tinggi buat pasukan ini serta keempat-empat pelumba yang diperkenalkan kepada semua pada hari ini. Namun begitu, apa yang lebih penting adalah mesej yang cuba kami sampaikan bahawa dengan kerja keras, kesabaran serta semangat yang tidak luntur, tiada apa yang mustahil. Dan dengan BAD LAB, sesiapa sahaja dapat tampil hebat dalam usaha mencapai impian mereka,” 
kata Lum Chong Heng

Jangan lupa untuk check out Media Sosial
BAD LAB

BOON SIEW HONDA RACING TEAM
Kombinasi Menu Masakan Cina & Melayu 
di Samtai Yamch'a Dimsum


samtai yamcha 1 utama dim sum jjcm foodie


Hi guys!
Bamziaf antara wakil dari Netizen yang pastinya mengemari masakan tempatan dari pelbagai jenis budaya & masyarakat majmuk di Malaysia ini! Lebih lebih lagi bila berada dalam shopping mall mesti nak cari "Comfort Food" kan... Bamziaf nak share yang baru baru ini bamziaf makan 
di Samtai YAMCH'A Dim Sum yang terletak di LG, FoodStreet, 1 Utama Shopping Centre!


Kalau korang nak tahu Samtai YAMCH'A Dim Sum ini mula beroperasi sejak September 2021 lagi.. 
Menu utama yang disajikan adalah menu asli masyarakat Tiounghua serta 
menu masakan dari tempatan juga! Pastinya menu ini dihasilkan dari produk yang Halal & 
Restoran juga sudah mendapat kelulusan Sijil Halal JAKIM juga


Jadi antara Menu yang bamziaf sempat cuba ialah:

Mee Tarik dia mmg sangat sedap, tidak berasa tepung or berminyak...
216. Mala Mee Tarik with Beef Slices | RM25.80
untuk kuah Mala bamziaf suka tahap kepedasannya

201. Dry Mee Tarik With Chicken Teriyaki | RM20.80
Ayam Teriyaki dia lembut & sos dia sedap


802. Signature Fried Chicken Wings (4pcs) + Korean Ramyeon | RM26.80
Untuk Ayam goreng dia bamziaf suka sgt crunchy & sos yg dengan ayam sgt nice
Untuk Korean Ramyeon dia bamziaf love sbb dia tidak pedas sgt, just nice


Prawn Cheong fun | RM16.80
Bamziaf suka sbb lembut & kuah dia pun sgt sedap

101. Nasi Lemak Bunga Telang Fried Chicken Whole Leg | RM25.80
Bamziaf suka nasi dia so lemak & wangi plus ayam goreng dia yg lembut juga
tapi bamziaf bagi kredit dekat Sambal dia mmg sgt sgt sedap tau!
Antara menu wajib korang cuba tau


106. Fried Rice With Salted Chicken Chop | RM17.80
Bagi yang suka makan Chicken chop korang kena cuba plus Nasi Goreng dia very homemade
punya rasa mmg sgt best kombinasi menu nih

Dim Sum:
Bagi bamziaf pilihan Dim Sum dia dah memadai, korang yg suka makan Dim Sum mmg boleh cuba sebab semua sedap terutama dia punya Shanghai Red Oil Dumpling dia


DS02. Nerdy Red Bean Bao (2pcs) | RM10.80
DS01. Custard Lava Bao (2pcs) | RM12.80
DS11. Prawn Beancurd Roll (2pcs) | RM9.80
DS13. Prawn Salad (3pcs) | RM13.80
DS06. Har Gao (Prawn Dumpling) (3pcs) | RM12.80
DS07. Prawn Siew Mai (3pcs) | RM12.80
DS10. Shanghai Red Oil Dumpling (3pcs) | RM12.80
DS09. Loh Mai Kai | RM10.80

Minuman:
Ada few keunikan minuman dia, bamziaf suka bila Kopi Ais dia asingkan Ais dulu dari Kopi so kita boleh rasa keaslian Kopi tanpa ada kecairan Ais bila dihidangkan
Tapi if korang nak something refreshing kena cuba 4 Sekawan tau!


502. Kopi | RM7.80
520. Sirap Bandung Cincau | RM8.80
511. Lychee Soda | RM8.80
406. Lemongrass Ginger Pandan | RM5.50
507. 4 Sekawan | RM8.80

Jadi korang make sure utk check out masakan di Restoran Samtai Yamch'a Dimsum tau..
Pastinya semua hidangan yang ada sangat sedap & memenuhi citarasa bamziaf

Korang boleh visit outlet mereka yang lain juga di:
📍1 Utama Shopping Centre
📍Genting Premium Outlets
📍Sky Avenue, Genting Highlands
📍Seremban 2
📍Putra walk, Seri Kembangan



Alamat:
LG, Foodstreet, 1 Utama Shopping Centre, 
122, Central Park Avenue, Bandar Utama, 
47800 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi:
Isnin - Ahad | 10am - 10pm

Contact:
03-74959093

#SamtaiYAMCHA #DapurSamtaiYamcha #JJCM #KLFood
Pewangi Kereta bau Oud pertama di Malaysia 
oleh Dato Fathiri Fadzlah




Hi Guys!
Bamziaf baru baru ini sempat menghadiri sesi beramah mesra bersama 
Usahawan Hebat Dato Fathiri Fadzlah yang sudah lama berada dalam Dunia Korporat ini! 
Bamziaf haruslah nak amik aura kejayaan beliau !
Dato’ Fathiri Fadzlah dalam sesi ini ada sharing Jatuh Bangun Beliau dalam dunia berniaga ini! 
Ada masanya sehingga tiada duit utk makan pun Dato pernah hadapi tau


Latarbelakang Dato’ Fathiri Fadzlah

Dato’ Fathiri Fadzlah adalah seorang individu yang bermotivasi tinggi dan berdedikasi untuk berjaya dalam dunia korporat. Beliau memiliki gabungan unik kemahiran kepimpinan, pemikiran strategik, 
dan etika kerja yang kuat yang membolehkan beliau cemerlang dalam kerjayanya. 
Sama ada memulakan usaha baharu, mengetuai pasukan atau menyelia syarikat, 
Beliau komited untuk mencapai matlamat mereka dan mencipta nilai untuk organisasinya. 
Dengan gabungan kepintaran, pengalaman dan keazaman, Dato’ Fathiri Fadzlah merupakan 
seorang ahli perniagaan serba lengkap untuk mengharungi cabaran dan peluang dunia perniagaan, 
dan memberi impak yang berkekalan kepada industri yang diceburi.

Latarbelakang Produk

KAYANGAN direka khas untuk individu yang ingin menambahkan sentuhan sofisikated kepada pengalaman pemanduan mereka. Wangian ini dirumus menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi, termasuk minyak gaharu yang jarang ditemui, untuk menghasilkan aroma yang kaya dan mewah yang memenuhi kereta dengan suasana keanggunan. Minyak gaharu, yang terkenal dengan baunya yang kuat, hangat dan berkayu, sangat dicari dalam dunia minyak wangi dan sering dikaitkan dengan kemewahan dan eksklusif. Wangian KAYANGAN yang mewah bukan sahaja meningkatkan suasana kereta, tetapi juga memberikan aroma tahan lama yang akan memastikan kereta berbau segar dan mengundang.

Manfaat Produk

Wangian kereta KAYANGAN penuh dengan pelbagai manfaat, antaranya termasuklah:

1. Meningkatkan suasana
Wangian KAYANGAN yang kaya dan mewah mewujudkan suasana hangat dan menarik 
di dalam kereta, menjadikan pemanduan suatu pengalaman yang lebih menyeronokkan.

2.Tahan Lama
KAYANGAN terkenal dengan aromanya yang tahan lama, yang boleh memastikan 
kereta berbau segar dan menarik untuk beberapa hari atau minggu.

3. Peningkatan Aura Kecanggihan
Penggunaan bahan-bahan berkualiti tinggi dan minyak gabaru yang jarang ditemui 
memberi kereta anda sentuhan kecanggihan, meningkatkan daya tarikan keseluruhan dan nilai.

4. Melegakan Tekanan
Aroma wangian KAYANGAN yang menyenangkan boleh membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood semasa memandu, menjadikan pengalaman lebih santai dan menyeronokkan.

5. Serbaguna
KAYANGAN boleh digunakan dalam pelbagai kenderaan, termasuk kereta, trak dan SUV, menjadikannya tambahan serba boleh kepada mana-mana kenderaan.

6. Mudah Digunakan
Reka bentuk padat wangian KAYANGAN menjadikannya mudah untuk digunakan dan disimpan, manakala keperluan penyelenggaraan yang rendah memastikan ia adalah 
penyelesaian yang mudah untuk memastikan kereta berbau segar.


Latarbelakang Sistem

Treasure Tree merupakan usaha niaga terkini Fathiri Fadzlah Holdings Sdn Bhd 
berteraskan pemasaran affiliate. Pemasaran affiliate ialah strategi pemasaran berasaskan prestasi 
di mana ganjaran diberi kepada ahli untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka. 
Sebagai ahli, anda memperoleh komisen secara unilevel untuk setiap pemasaran yang dijana melalui pautan rujukan unik anda. Selain itu, Bonus Kereta serta Kondominium Mewah bakal menjadi motivasi bagi mencapai kebebasan kewangan kendiri. Rancangan perniagaan yang komprehensif distruktur 
bagi melancarkan strategi pemasaran yang memanfaatkan potensi besar industri yang menguntungkan ini. Dengan memanfaatkan teknologi terkini, strategi pemasaran yang terbukti, dan 
rangkaian ahli gabungan berbakat untuk memacu hasil dan mencapai kejayaan jangka panjang, 
kami percaya bahawa dengan kerja keras dan dedikasi, perniagaan pemasaran affiliate ini mampu mencapai kejayaan besar dan menjadi peneraju dalam industri.

Pewangi Kereta Bau Out pertama di Malaysia bakal dilancarkan

Treasure Tree akan menganjurkan Majlis Pelancaran Produk - 
KAYANGAN CAR FRAGRANCE 
eksklusif bagi ahli-ahli kami yang berstatus THE FIRST 100 CLUB.

Majlis yang bakal berlangsung ini bertujuan untuk memperkenalan secara rasmi 
produk keluaran Treasure Tree serta meraikan ahli-ahli THE FIRST 100 CLUB kami. 
Kami yakin produk ini akan merevolusikan industri dan menyediakan ahli kami 
penyelesaian inovatif yang mereka perlukan untuk berjaya.


Jadi if korang nak sertai Treasure Tree untuk menjadi ahli THE FIRST 100 CLUB 
Korang boleh memperolehi pendapatan, komisyen serta bonus yang lumayan SEKARANG!



#DatoFathiriFadzlah #TreasureTree #Kayangan #JomBuatDuitKawKaw







Nikmati 80 Jenis Hidangan Sempena Buffet Ramadhan 2023 
di Lugar De La Boda, Puchong




Semoga tahun ini kita berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding tahun tahun sebelumnya. Tinggalkan segala memori yang berbekas di hati kita, keep on & moving forward dan teruslah mencipta kenangan kenangan yang indah untuk kita nikmati di hari yang mendatang. Dua tahun ini kita seolah olah sedang berlari dan tiba tiba dunia berhenti seketika ketika COVID-19 datang melanda ke seluruh dunia. Ramai diantara kita yang kehilangan insan insan tersayang,ikatan yang erat terlerai terputus saat jasad di letakan di liang lahad untuk bertemu dengan sang pencipta.


Buffet Ramadhan 2023 di Lugar De La Boda, Puchong


di lugar de la boda buffet ramdhan puchong jjcm foodie


Untuk Ramadhan kali ini, HANANA GROUP SDN BHD akan mengadakan buffet ramadhan kali ke-6 di Lugar De La Boda, Puchong. Pengalaman mereka hampir 20 tahun di dalam bidang ini tak perlu di ragui lagi. Buffet Ramadhan ini bermula dari 26 Mac 2023 sehingga 19 April 2023 
dari 6:30 petang hingga 9:30 malam. Antara kemudahan yang disediakan Lugar De La Boda Puchong 
ialah ruang solat lelaki dan wanita, tandas serta parkir di sekitar Lugar De La Boda Puchong.

Antara menu yang bakal dihidangkan diatas meja buffet ialah Ayam Masak Merah, Ayam Masak Lemak, Daging Paprik, Ikan Goreng Cili Padi, Kupang Goreng Pedas, Lala Masak Halia, Sambal Sotong, Sayur Goreng Campur, Dalca Sayur dan macam-macam lagi. Semua menu ini akan berubah setiap hari. Tidak lupa, menu istimewa dari Hanana Station, Nasi Lemak Ayam Berempah.


Seterusnya, terdapat 12 stall makanan dan 'Live Cooking' yang anda WAJIB cuba 
iaitu menu istimewa Hanana Station seperti :


- LAMB GRILL LIVE - 
Menghidangkan Kambing Grill Hanana bersama Coleslow dan Sos Black Pepper

- SPECIAL MENU - 
Kari Kambing/Sup Kambing + Roti Benggali Bakar

Mee Kari Chinese Style atau Mee Bandung

Anda juga bakal merasai pelbagai hidangan di stall lain seperti Teppanyaki Counter, Char Kuew Toew, Roti John, Dim Sum, Air Balang 'Night Market Style', ABC Counter dan beberapa menu lain. Selain itu, meja buffet, anda bakal menikmati pencuci mulut seperti Bubur Of The Day, Buah-Buahan Tempatan, Kuih-Muih Melayu, Pelbagai jenis Kek dan beberapa hidangan lain.


Anda boleh dapatkan semua ini dan banyak lagi menu apabila berbuka puasa di buffet ramadan Puchong - Lugar De La Boda pada harga seperti berikut :



Dewasa (Seorang) - RM79 (Seorang)
Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) - RM49 (Seorang)
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM49 (Seorang)

1 Meja (10 Pax) - RM690




Dengan pembelian minimum 4 pax dalam satu (1) resit, 
anda berpeluang untuk sertai cabutan bertuah. 
Hadiah Utama - Motosikal Modenas Kriss dan 
10x Barangan Elektrik/Peralatan Dapur untuk dimenangi. 
Pemenang akan diumumkan pada malam 19 April 2023 
di Live TikTok Hanana Station Buffet Ramadhan


Untuk tempahan Buffet Ramadhan Puchong 2023 Di Lugar De La Boda, 

Korang juga boleh hubungi:
Zuraini - 0163111074
Liana - 016-4318434
Shaidatul - 0166700473
Kak Lin - 0166700752


Alamat:
Lugar De La Boda, Puchong
Persiaran Prima Utama, Taman Puchong,
Lot 65083, Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong, Selangor.



On February 13, 2023 by ZiafMihar in , , , , , , , ,    No comments
Tidak Perlu Tampal Roadtax lagi
Kini semua melalui aplikasi MyJPJ

myjpj aplikasi jpj roadtax lesen memandu

Hi Guys!
Korang mesti selalu stress bila mana nak pasang sticker Roadtax dekat cermin kereta kan? 
Bamziaf ingat dulu sebelum ada method yang skrg ini banyak cermin yang kotor bila mana sticker di cabut untuk tampal sticker baru kan? terpaksalah guna pelbagai kaedah utk cuci!

Kini dah okay sebab ada banyak cara antaranya tampal atas sticker khas yang tidak mudah kotor cermin ataupun mcm bamziaf ada beli dekat Shopee khas utk letak sticker lebih kemas & nampak Premium!

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Menteri Pengangkutan kita mendengar keluh kesah rakyat Malaysia mengenai isu yang berbangkit mengenai sticker Roadtax kereta ini!
Jadi Pihak JPJ telah pun melancarkan aplikasi MyJPJ yang terbaru

Aplikasi MyJPJ ini untuk memudahkan semakan urusniaga yang berkaitan dengan JPJ
Antaranya: 

1. Membuat Semakan Lesen Memandu pengguna

2. Membuat Semakan Nombor Terkini yang ditawarkan oleh JPJ 

3. Membuat Semakan Lesen Kenderaan Motor pengguna


4. Membuat Semakan Keputusan Ujian pengguna

5. Membuat Semakan Saman yang dikenakan keatas pengguna
6. Membuat Semakan Mata Demerit
7. Membuat Semakan Senarai Hitam Kenderaan

8. Membuat aduan kesalahan jalanraya yang dilakukan oleh pengguna lain
 



Untuk mendaftar, ikuti Langkah-langkah berikut: 

Langkah 1: 
Tekan butang “Daftar Akaun Baharu” untuk mendaftar pengguna baharu. 
Langkah 2:
Masukkan No. MyKad/MyPR/MyKAS di ruangan yang disediakan 
untuk menyemak jika ID yang ingin didaftarkan telah wujud atau belum. 
Langkah 3:
Jika ID yang dimasukkan masih belum didaftarkan, pengguna akan terus kepaparan 
“Daftar Akaun Baharu”. 
Langkah 4:
Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan yang dipaparkan di skrin 
dan tandakan di ruangan “Perakuan”. 
Langkah 5:
Tekan butang “Hantar” untuk mendaftar. 
Langkah 6:
Setelah pendaftaran berjaya, skrin “Log Masuk Kali Pertama” akan dipaparkan. 
Masukkan butiran seperti arahan yang dipaparkan dan tekan butang “Seterusnya”. 
Langkah 7: 
Anda akan mendapat mesej popup “Rekod Berjaya Disimpan. Sila tetapkan kata laluan anda 
di halaman seterusnya”. Klik “OK” untuk kelaman Penetapan Kata Laluan. 
Langkah 8:
Masukkan kata laluan anda mengikut tetapan yang diperlukan.
 Dan tekan butang “Hantar”. 
Langkah 9: 
Anda akan menerima mesej “Rekod Berjaya Disimpan. Sila Log Masuk”. 
Klik pada “OK” di bahagian bawah mesej untuk Kembali kelaman Log Masuk


Aplikasi MyJPJ ini boleh dimuat turun dari 
Apple App Store, Google Play Store & Huawei AppGallery.