Ordered List

3/random/post-list
Showing posts with label 2023. Show all posts
Showing posts with label 2023. Show all posts
Guardian Fun Run kini kembali untuk Edisi Kedua 2023
Lebih besar, lebih meriah daripada sebelumnya.
Pendaftaran untuk Fun Run September 2023 kini dibuka


Salam guys!
Korang pastinya excited macam bamziaf bila dapat tahu yang Guardian Fun Run Edisi Kedua kini kembali untuk Tahun 2023 yang pastinya akan lebih meriah & besar!

Acara menarik kegemaran ramai Guardian Malaysia yang berorientasikan keluarga, 
Guardian Fun Run kini kembali untuk edisi keduanya dan 
dijangka bakal menerima sambutan yang menggalakkan.


Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata:

"Fun Run tahun ini menjanjikan kemeriahan yang lebih besar dan 
lebih hebat berbanding Larian tahun lalu. Larian tahun lalu merupakan pembuka mata kepada kami apabila MAEPS bertukar menjadi LAUTAN JINGGA baju-T GUARDIAN 
dengan peserta dari pelbagai lapisan masyarakat.

Kami belajar bagaimana bersenam, dan berlari terutamanya sangat popular, 
bukan hanya di kalangan pelari tegar tetapi juga di kalangan golongan berkeluarga 
yang ingin kekal sihat dan populariti aktiviti ini merentasi semua generasi.

Guardian Fun Run tahun lalu istimewa kerana ia memberi semangat kepada keluarga 
untuk turut serta dan berlari, termasuk ramai kanak-kanak, ibu, bapa malah datuk dan nenek. Menyaksikan mereka berlari bersama-sama untuk kekal sihat, menjadikan kami lebih berbangga dan teruja untuk menganjurkan acara ini dan inilah sebabnya kami mengadakannya lagi tahun ini.

Pastinya, kempen Live Smart & Healthy kami pada bulan Mei dan Guardian Fun Run menunjukkan komitmen kami dalam membantu pelanggan untuk hidup bijak dan sihat.

Untuk kempen Live Smart & Healthy, kami telah memperkenalkan pelbagai produk kesihatan baharu di stor kami berdasarkan keperluan pelanggan kami, trend terkini disamping produk kesihatan terbaik dari seluruh dunia yang ada di pasaran,” tambah Teo. 

Guardian Fun Run terbuka kepada pelari dari segenap peringkat kecergasan, 
jadi sama ada anda seorang pelari tegar, atau baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini, 
ini adalah peluang yang baik untuk bersenam dalam persekitaran yang 
menyeronokkan dan bersemangat

Seperti namanya, Guardian Fun Run akan dimeriahkan dengan 
acara menyeronokkan untuk seisi keluarga, termasuk kanak-kanak kerana 
ia menjanjikan laluan yang indah, suasana seperti karnival, permainan, persembahan hiburan, pensampelan produk kesihatan dan kecantikan disamping pelbagai trak makanan.

“Selain itu, terdapat Hadiah Cabutan Bertuah bernilai RM10,000 untuk dimenangi oleh para peserta, berupa baucar membeli-belah bernilai RM2,500 untuk setahun sebagai Hadiah Utama dan 
hadiah untuk Peraduan Kostum Terbaik. Hadiri acara ini dengan pakaian paling kreatif anda 
berserta baju-T Fun Run bagi merebut peluang untuk memenangi baucar Guardian dan hamper.

“Untuk membantu pelari membuat persediaan untuk Fun Run kali ini, 
kami juga akan mengadakan bengkel Masterclass Fitness yang 
dikendalikan oleh Jurulatih Antarabangsa, Gillian Benjamin pada bulan August, 
yang mana butirannya akan diumumkan kemudian.


“Dan untuk menghangatkan lagi acara, para peserta akan dijemput untuk 
menyertai Rutin Senaman DanceON istimewa kami, 
sebagai acara memanaskan badan sebelum memulakan larian pada hari itu nanti. 
Senam tari ini merupakan sejenis senaman menggunakan teknik tarian untuk meningkatkan kecergasan, menjadikan senaman lebih menyeronokkan untuk semua,” jelas Teo.

Guardian Fun Run akan diadakan pada 23 September 2023 di MAEPS Serdang. 
Terdapat empat kategori Larian tahun ini:

Kategori 1 3KM Family Run - Kanak-Kanak (5 - 12 Tahun sahaja)
Kategori 2 3KM Family Run - Terbuka (13 Tahun & ke atas)
Kategori 3 5KM Fun Run - Terbuka (13 Tahun & ke atas)
Kategori 4 5KM Larian Maya

Larian Maya 5km akan membolehkan peserta yang berada di luar Lembah Klang untuk turut serta.
Pendaftaran kini dibuka dan diskaun awal diberikan kepada 
mereka yang mendaftar awal sebelum 11 Jun 2023.


Sebagai alternatif, anda juga boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR Guardian Fun Run 
di semua platform media sosial Guardian, lama web, dan stor dalam talian, atau 
muat turun aplikasi digital ‘HEYJOM’ pada Apple App atau Google Play untuk mendaftar.
Untuk butiran lanjut tentang Fun Run boleh didapati di sini


“Sebagai menepati misi Guardian untuk membantu pelanggan untuk hidup sihat dan indah, setiap hari, kami telah menetapkan yuran pendaftaran yang sangat berpatutan untuk para peserta, 
pada harga maksimum RM60 untuk pelari dewasa, 
yang akan turut menerima beg hadiah berisi produk bernilai RM150 pada hari Larian. 
Kami berharap ramai rakyat Malaysia dan keluarga mereka yang prihatin dengan kesihatan akan mengambil bahagian dalam Guardian Fun Run kami. Bawa seisi keluarga anda dan ciptalah pengalaman menggembirakan dan penuh bermakna di acara ini. Pendaftaran ditutup pada 31 Julai 2023 jadi jangan buang masa, daftar sekarang. Jumpa anda di sana September ini,” kata Teo mengakhiri.


Untuk maklumat lanjut korang boleh check out platform Social Media
Guardian Malaysia

Tentang Guardian Malaysia
Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 55 tahun lalu. 
Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih 600 buah stor di seluruh negara, 
menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. 
Setiap tahun, stor-stor kami menyediakan perkhidmatan 
untuk lebih 30 juta pelanggan di seluruh negara.
Program Terbaru di Suke TV 
pastinya buat Rakyat Malaysia gembira


Hi Guys!

Suke TV, rangkaian penyiaran hiburan dan pembelian dari rumah yang terbaru di Malaysia, 
telah mengumumkan senarai program baru untuk tahun 2023. 
Berteraskan moto "Bringing Happy Back", Suke TV bertujuan untuk menghibur dan memberi maklumat kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai pilihan genre program yang berbeza.


Antara program-program terbaru adalah Suke Tune, VC (Video Clip), I PC U (I Penasihat Cinta U), 
Pin Pin Siapa Tu, Odah Billionaire, Suke Tanya Ustaz, Suke Celeb Raya, 
dan musim baru program popular seperti Berita Latah Musim ke-4, 
Tanya Jer Musim ke-2 dan Sejarah Dari Sejadah Musim ke-2. 
Bermatlamatkan untuk menghiburkan rakyat dan memperkasakan industri, 
Suke TV juga telah bekerjasama dengan juruanimasi tempatan, Wan Animation Studios, 
untuk memperkenalkan kandungan animasi kreatif mereka dan juga Suke U Movies, 
program yang akan diterajui oleh tenaga pelatih industri dengan sokongan dan 
bimbingan daripada kakitangan Suke TV.

suke tv dac dato ac

Suke U Movie 
Ini merupakan program platform untuk pelajar institusi pengajian tinggi berkonsepkan
pertandingan dimana pelajar dan alumni institusi boleh menayangkan hasil terbitan mereka 
dalam program tersebut secara siaran langsung.


Suke Tune 
Ini merupakan program muzikal mingguan siaran langsung yang dihoskan 
oleh Chacha Maembong dan Syrul Ezwan, di mana program ini menampilkan artis-artis Tempatan dan Antarabangsa yang bersaing untuk memenangi diprogram kemuncak Anugerah Suke Tune. 
Suke Tune ditayangkan setiap Isnin jam 9 malam hingga 10 malam dan 
menampilkan persembahan secara langsung.


VC (Video Clip) 
Ini merupakan program muzikal siaran langsung yang menampilkan muzik video daripada artis-artis tempatan dan antarabangsa, di mana peminat boleh mengundi untuk lagu dan artis kegemaran mereka. Kedua-dua platform ini mempromosikan artis-artis yang baru serta yang sudah lama berkecimpung dalam industri dari pelbagai genre dan kategori.

Program Keagamaan untuk bulan Ramadhan
Suke TV juga telah menyediakan program-program keagamaan seperti 
Sejarah Dari Sejadah Musim ke-2, yang mengisahkan sirah Nabi Muhammad SAW sepanjang hidupnya pada bulan ramadan ini dan juga program baru, 
Suke Tanya Ustaz yang mana program ini mengupas soal jawab agama yang ditanya oleh penonton-penonton di studio dan di rumah mengikut topik-topik yang bersesuaian sepanjang episod.


Suke Celeb Raya 
Ini merupakan program pembelian dari rumah secara langsung yang menampilkan 
barisan selebriti tempatan seperti Adam Corrie, Dato' Aliff Syukri, Dynas Mokhtar, 
Siti Shahreza (EJA), Ezlynn, Sasha Abdul Aziz, dan lain-lain dengan produk bertemakan 
Hari Raya di Sukeshop.com
Produk yang ditawarkan merangkumi fesyen, kosmetik, produk sedia dimakan dan lain-lain lagi. 

emylia rosnaida suke tv dac dato ac
"Kami sangat gembira dapat menampilkan selebriti dan pempengaruh serta berkongsi produk hebat mereka untuk melengkapkan sambutan Ramadan dan Hari Raya", 
kata Datin Emylia Rosnaida, selaku Pengarah dan Ketua Pegawai Pengurusan Bakat.


Tanya Jer Musim ke-2,  rancangan bual bicara komedi yang menampilkan pasangan selebriti, 
manakala program Berita Latah Musim ke-4 merupakan program parodi berita yang menampilkan pembaca berita yang mencuit hati. Odah Billionaire ialah rancangan bual bicara secara siaran langsung yang akan menampilkan Emelda Rosmila sebagai Odah, 
seorang jutawan dari sebuah kampung terpencil di Perak.


I PC U (I Penasihat Cinta U)
Ini merupakan rancangan bual-bicara yang dihoskan oleh dua pengacara wanita, 
menemuramah selebriti/artis lelaki dan membincangkan mengenai ciri ciri wanita pilihan hati mereka.

tecno malaysia phone dato ac dac
Pin Pin Siapa Tu?
Hos program yang membawa karakter penghantar makanan yang membawa anda ke 
rumah selebriti kegemaran anda sambil melakukan aktiviti menarik dan 
berkongsi pencapaian serta kejayaan terbaru dalam kerjaya selebriti tersebut. 
Program ini akan mengupas dunia selebriti kegemaran anda yang tidak pernah diselongkar sebelum ini. Program ini akan disokong oleh rakan mudah alih dan penaja kami, TECNO Mobile Malaysia.

"Kami bersemangat untuk memperkenalkan rangkaian program baru kami, dan kami berharap untuk terus membawa kegembiraan dan hiburan kepada rakyat Malaysia. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan penaja kami atas kepercayaan dan sokongan berterusan mereka terhadap Suke TV. Jadi, jangan lupa untuk tonton Suke TV!"
kata Dato' AC Mizal, Pengasas & Pengerusi, serta Ketua Pegawai Kandungan di Suke TV.

Reeve Damien dato ac anak

Selain itu, Suke TV juga ingin memperkenalkan Muhammad Reeve Damien (Reeve Damien) yang berbakat sebagai Pengarah Muzik Suke TV. Beliau telah mencipta dan menghasilkan muzik latar, lagu tema, dan jingle untuk program-program Suke TV sejak awal penubuhan stesen televisyen ini.

Untuk menonton saluran 116 Suke TV menerusi MYTV, 
Korang juga boleh memuat turun aplikasi MYTV Mana Mana 
di Apple Store dan juga Google Playstore.


Untuk maklumat lanjut, sila layari WEBSITE Suke TV

Alhamdulillah rezeki bamziaf menang smartphone dari Tecno Malaysia


Mengenai SUKE TV

SUKE TV, rangkaian penyiaran tempatan baharu yang diasaskan oleh Dato' AC Mizal dengan membawa harapan, kasih sayang, dan nilai kepada masyarakat, dan perusahaan melalui hiburan bertaraf dunia. Bersama infrastruktur, kepakaran, dan rakan kongsi industri inovatif, SUKE TV bertujuan untuk mengembangkan dan menyiarkankan kandungan asli dari pelbagai genre untuk televisyen dan juga medium digital Malaysia. SUKE TV bertujuan untuk menghubungkan lebih daripada 30 juta rakyat Malaysia melalui perspektif hiburan yang unik. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.suketv.com/.


Mengenai SUKE SHOP

SUKE SHOP adalah rangkaian membeli-belah e-dagang terbaru di Malaysia yang dimiliki oleh Dato AC Mizal di bawah rangkaian penyiaran, SUKE TV. Rangkaian SUKE SHOP membolehkan usahawan tempatan mempromosikan dan memasarkan produk mereka menggunakan siaran membeli-belah secara langsung dan platform e-dagang Suke Shop. Sejak kemunculannya, platform ini telah mengumpulkan ratusan selebriti, personaliti awam, pempengaruh, usahawan, serta penjual mikro untuk memperkenalkan perniagaan mereka dan memperluas jangkauan penonton. Untuk membuat pembelian, layari www.sukeshop.com.




Tidur Regeneratif - Rahsia Awet Muda saranan dari AmLife
sempena Hari Tidur Sedunia 2023





Hi Guys!
Korang tahu tak 17 Mac merupakan Hari Tidur Sedunia, bamziaf sempat menghadiri majlis yang di anjurkan oleh AmLife International Sdn. Bhd. sempena dengan Hari Tidur Sedunia (WSD) 
bagi menangani isu-isu tidur yang semakin berleluasa menerusi acara kesihatan tidur serantau


Zaman pasca Covid membuka lembaran dan cabaran baharu kepada kehidupan manusia, 
terutamanya kualiti tidur. Perpustakaan Maklumat Ubat & Bioteknologi Kebangsaan mendapati bahawa COVID-19 telah menimbulkan kesan sampingan jangka pendek dan juga panjang 
dengan 40% daripada individu melaporkan kesukaran tidur semasa pandemik dan 
31% menderita akibat gangguan tidur selepas COVID.


Menurut laporan dalam Jurnal Perubatan dan Sains Kesihatan Asia, perangkaan menunjukkan bahawa 
9 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami satu bentuk insomnia (kesukaran tidur) dan menghadapi 
satu atau lebih masalah tidur. Seramai 35% rakyat Malaysia dibelenggu gangguan tidur, dengan 
lebih daripada 53% tenaga kerja Malaysia mendapat kurang daripada jumlah tidur minimum 7 jam sehari manakala sekurang-kurangnya 51% mengalami tekanan berkaitan kerja.


Sementara itu, satu tinjau selidik keratan rentas dalam talian mengenai kesihatan kerja 
yang dijalankan oleh Pusat Perkhidmatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Sains Kesihatan dan 
beberapa universiti tempatan utama seperti UKM & UM melaporkan bahawa pada 2021, 54% 
daripada 11,356 dewasa yang bekerja tidak mendapat tidur yang secukupnya. 
Faktor yang menyebabkan waktu tidur kurang daripada 7 jam sehari 
termasuk menjaga anak, gaya hidup, keadaan tidur kurang baik dan isu kesihatan mental.


Berpegang kepada cogan kata, “Life, Redefined,” atau Mentakrifkan Semula Kehidupan, 
AmLife menerajui gerakan WSD untuk membantu rakyat Malaysia mendapat tidur yang lebih lena, lantas menambah baik kesihatan dan membolehkan mereka menikmati sepenuhnya kehidupan. 
Tahun ini merupakan tahun ke-8 AmLife menganjurkan acara pameran kesihatan bersempena 
Hari Tidur Sedunia bersama Persatuan Tidur Sedunia, dan juga rakan kerjasamanya selama tiga tahun, Persatuan Penjagaan Tidur Taiwan (TSCA) di bawah tema “Tidur Amat Penting Demi Kesihatan”. Usaha ini merupakan sebuah inisiatif pendidikan serantau meliputi Malaysia, Hong Kong dan Taiwan.



Selebriti & hos TV Hui Mei ialah Duta Hari Tidur Sedunia untuk AmLife tahun ini.


Menurut En. Lew Mun Yee, Pengasas & Presiden AmLife, 
Pendidikan tidur kini semakin penting memandangkan gangguan tidur boleh mencetus 
pelbagai masalah kronik termasuk diabetes jenis 2, sakit jantung, kegemukan, kemurungan dan penyakit berkaitan keimunan.
“Dalam jangka panjang, kekurangan tidur boleh menyebabkan penyakit degeneratif. Kajian saintifik mendapati bahawa tidur ialah cara terbaik untuk menguatkan sistem imun dan mengurangkan risiko jangkitan virus! Tidur dan penuaan berhubung kait rapat kerana gangguan tidur menjejaskan kesihatan, keimunan dan fungsi keseluruhan badan dan mempercepatkan penuaan,” kata Lew.

AmLife juga membincangkan “Rahsia Awet Muda” menerusi tidur regeneratif hari ini. 
Menurut laporan akhbar, Malaysia akan menjadi sebuah negara warga emas menjelang 2030. 
Ini bermakna dalam masa hanya lapan tahun, jumlah penduduk 60 tahun dan lebih 
akan mencecah 15.3%, iaitu seorang daripada setiap enam orang akan berusia lebih 60 tahun.

Penuaan populasi Malaysia menimbulkan risiko besar kepada industri penjagaan kesihatan negara dan merupakan cabaran utama masyarakat kita. Penyakit Alzheimer ialah masalah kesihatan serius dalam sesebuah negara yang mempunyai ramai warga emas. Kira-kira 50 juta orang di seluruh dunia disahkan menghidap penyakit Alzheimer. Malah di Jepun sahaja terdapat kira-kira 7 juta pesakit Alzheimer.


Beberapa orang pakar tidur telah berkongsi hasil penemuan mereka di acara media tersebut. 
Dr. Ariel B. Neikrug, PhD, 
Pakar Psikologi Kesihatan Klinikal dan Pakar Perubatan Tidur dan 
juga Penolong Profesor Klinikal Berdaftar, Psikiatri & Tingkah Laku Manusia, 
Fakulti Perubatan, University of California, Irvine 

Berkongsi fakta tentang pemulihan berkaitan usia & antipenuaan. Di samping itu, 
beliau berucap membincangkan isu kesihatan mental yang dialami oleh orang ramai selepas Covid. 
“Tidur memainkan peranan sangat penting dalam proses penuaan, kesihatan mental dan kesejahteraan umum kita. Tidur memainkan peranan terutamanya dalam proses baik pulih badan dan otak kita,” 
kata Dr. Ariel.


Dr. Lim Geng Yan, 
Usahawan Bidang Penjagaan Warga Emas, Pelopor Inovasi dan Doktor Perubatan, 

Berkongsi tentang degenerasi atau kemerosotan sel dan bagaimana tahap keimunan dipertingkatkan menerusi tidur berkualiti dan terapi sel stem. “Walaupun strategi rawatan Covid semasa tidak boleh membantu sel-sel organ yang rosak untuk dihasilkan semula, banyak kajian perubatan mendapati bahawa sel stem mesenkima (MSC) mempunyai keupayaan untuk memulihkan organ yang rosak akibat Covid, dan MSC berpotensi membalikkan kesan sampingan Covid jangka panjang,” 
ujar Dr. Lim.


Makanan dan senaman sesungguhnya penting untuk memastikan tidur lebih lena. 
En. KS Chan, Pakar Pemakanan Bertauliah dan Dr. Choo Hao Jian, seorang doktor yang mengkhusus dalam bidang geriatrik dan perubatan regeneratif telah berkongsi hasil penemuan mereka tentang cara mendapatkan tidur yang berkualiti menerusi pemakanan yang sewajarnya dan aktiviti penjagaan di rumah untuk membantu menenangkan badan dan minda bagi mendapatkan tidur yang nyenyak.

"Tidur yang berkualiti boleh dicapai dengan mengamalkan kitaran sirkadian, di mana kita melatih badan kita untuk membiasakan diri dengan rutin yang mengawal kitaran tidur-bangun," kata Dr. Choo.

"Satu cara untuk mengamalkan ini adalah dengan menutup lampu apabila kita pulang ke rumah selepas bekerja, dan meletakkan semua peranti elektronik supaya badan kita secara automatik akan tahu bahawa sudah tiba masanya untuk berehat," tambah Dr. Choo.

"Salah satu cara untuk memperbaiki diet anda adalah dengan meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, sambil makan lebih banyak daging tanpa lemak. Orang ramai juga harus mengelakkan makanan yang diproses," kata KS Chan.


Di acara tersebut, AmLife melancarkan kempen tanggungjawab sosial korporat 
“Tidur Lebih Lena Dengan AmLife” 
yang bertujuan untuk meninjau masalah tidur paling umum yang dialami oleh rakyat Malaysia. Beberapa pempengaruh gaya hidup akan mengajak pembaca menceritakan “kisah tidur” 
mereka dan penyertaan yang paling menarik layak 
untuk menjalani ujian epigenetik dan mendapatkan rundingan perubatan profesional.


AmLife turut melancarkan AmLife DeepZleep – AmSonic serba baharu dan maju, 
hasil teknologi tidur regeneratif unik dari Jepun. 
Peranti ini menyediakan tiga jenis konsep terapi revolusioner termasuk 
Terapi Potensi Elektrik, Terapi Frekuensi AmSonic dan Terapi Haba. 
Kombinasi terapi ini menghasilkan kesan yang menggalakkan tidur regeneratif pertama dunia 
demi kesejahteraan rohani dan jasmani keseluruhan, 
membolehkan anda memulihkan semula kesihatan sambil anda tidur.


AmLife telah mendidik dan membantu orang ramai mendapatkan tidur dan kesihatan lebih baik menerusi terapi potensi elektrik dari Jepun untuk tempoh 20 tahun lepas. Selepas bertapak kukuh dalam industri tidur, AmLife kini mempelopori perubatan regeneratif menerusi terapi sel stem.

“Rawatan serba maju ini membantu lebih ramai orang melengahkan penuaan dan mengurangkan penyakit untuk membolehkan semua orang menikmati hidup berkualiti. Dengan terapi sel stem, seseorang mungkin meningkat usia tetapi masih kuat kerana badan manusia sebahagian besarnya terdiri daripada sel; maka penghasilan semula sel-sel baharu secara konsisten membantu dalam proses antipenuaan,” kata En. Lew.

Menyedari hakikat ini, AmLife telah mempelopori usaha terbaharunya –AlphaCelle – 
yang merupakan klinik pertama untuk menyepadukan sel stem, potensi elektrik tinggi dan 
eksosom untuk rawatan regeneratif menyeluruh yang membantu lebih ramai orang melengahkan penuaan, mengurangkan penyakit dan menikmati kehidupan berkualiti pada usia emas.



“Misi kami ialah untuk mempopularkan terapi sel stem untuk semua dan membolehkan lebih ramai orang menjalani terapi sel stem dan membuka lembaran baharu dalam hidup yang lebih bahagia buat mereka,“ ujar En. Lew.


Mengenai AmLife

Sejak memulakan perniagaan penjagaan kesihatan tidur pada 2014. 
Syarikat telah mempelopori kombinasi peralatan katil dengan teknologi terkini Jepun dan 
meluaskan potensi tidak terhad pasaran penjagaan kesihatan tidur dengan menyediakan penyelesaian kesihatan serba maju untuk kegunaan harian masyarakat moden.

AmLife komited untuk menggalakkan aktiviti kesihatan tidur sejak beberapa tahun yang lepas, 
dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai bahawa tidur memainkan peranan penting dalam kesihatan. Hari Tidur Sedunia ialah acara penting yang dianjurkan oleh AmLife setiap tahun.

Tahniah kepada AmLife kerana memenangi Anugerah Aktiviti Unggul – Hari Tidur Sedunia 2022 
di Kongres Tidur Sedunia yang diadakan di Rio de Janeiro, Brazil pada 20-25 Oktober 2023!

Acara bertaraf dunia ini menghimpunkan 352 wakil rasmi dari 53 negara, 
yang menjayakan lebih 200 acara Hari Tidur Sedunia di seluruh dunia. 
Antara wakil negara sedunia ini, AmLife adalah satu-satunya yang mempromosikan 
Hari Tidur Sedunia di berbilang negara.
BAD LAB & BOON SIEW HONDA RACING TEAM 
Bakal beraksi di Petronas Malaysian Cub Prix (2023)


bad lab boon siew honda racing team

Hi Guys!
BAD LAB telah mengumumkan kerjasama dengan BOON SIEW HONDA RACING TEAM,
melibatkan sukan permotoran melalui kempen yang dinamakan ‘MAN-GINEERED FOR POWER’, ianya merupakan sebahagian dari misi BAD LAB untuk menyokong bakat-bakat baru terutamanya pelumba motosikal tempatan yang berkaliber agar satu hari nanti dapat beraksi di arena antarabangsa.

BAD LAB (Brave and Daring Laboratory), ialah sebuah jenama barangan penjagaan diri dari Malaysia yang juga terkenal di pasaran dunia. Ia direka khususnya 
untuk lelaki bukan konvensional yang berani dan tidak mudah menyerah kalah. 


BOON SIEW HONDA RACING TEAM, sebuah entiti di bawah BOON SIEW HONDA yang bertanggungjawab menguruskan divisyen sukan permotoran bagi syarikat gergasi yang mula ditubuhkan di Jepun. Pengumuman ini dibuat setelah perbincangan yang mengambil masa selama beberapa bulan di antara pihak-pihak 
untuk menentukan objektif kempen dan penajaan, serta mendalami peluang-peluang yang ada, 
samada dalam bentuk kreatif mahupun komersil.

Lum Chong Heng, Pengarah Komersil BAD LAB, menjelaskan, 
“Keputusan untuk menjalin kerjasama dengan BOON SIEW HONDA RACING TEAM bukan sahaja satu keputusan strategik, namun ia begitu sejajar dengan misi BAD LAB memperkasa generasi muda Malaysia agar berani dan tidak mudah menyerah kalah di dalam usaha merealisasikan impian. Ini adalah di antara peristiwa paling penting di dalam sejarah jenama BAD LAB sejak ia mula diperkenalkan kepada pasaran tempatan dan dunia pada tahun 2014. Sebagai sebuah kempen, MAN-GINEERED FOR POWER merupakan satu daripada strategi kami untuk menyokong serta membangunkan generasi baru pelumba Malaysia. Selari dengan itu, BAD LAB akan menyediakan satu platform khusus agar mereka bukan sahaja dapat menampilkan bakat yang ada, malah dapat juga menimba pengalaman dan belajar dari pelumba-pelumba lain yang hebat dan lebih senior”.
BAD LAB juga telah memperkenalkan para pelumba yang bakal mewakili 
BAD LAB KC HONDA RACING TEAM, 
iaitu pasukan pelumba motorsikal BAD LAB. Pemilihan pelumba-pelumba ini benar-benar menunjukkan betapa BAD LAB begitu komited dengan objektif mereka untuk memupuk pelumba muda Malaysia dari generasi baru yang pada satu hari nanti dapat beraksi di pentas dunia.

boon siew honda racing team

Pelumba-pelumba tersebut adalah:
(i) Muhammad Irfan Haykhal Bin Amidi, 16, Negeri Sembilan Darul Khusus
(ii) Muhamad Shahzul Naim Bin Razali, 25, Selangor Darul Ehsan
(iii) Adib Hareez Bin Hazwat, 17, Johor Darul Takzim; and
(iv) Muhammad Farish Iqmal Bin Khayrul Elyas, 17, Johor Darul Takzim

Menurut Zulhelmi Ahmad, Pengurus BOON SIEW HONDA RACING TEAM, 
“Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan BAD LAB untuk membentuk BAD LAB KC HONDA RACING TEAM. BAD LAB amat dikenali dengan inisiatif yang amat berkait rapat dengan trend serta genre budaya alternatif golongan muda, dan dalam proses ini, ia telah berjaya merealisasikan impian audiens jenama hebat ini. Secara tidak langsung, ianya bertepatan sekali dengan slogan kami iaitu SEMANGAT IMPIAN”
“Keempat-empat pelumba yang dipilih untuk mewakili BAD LAB KC HONDA RACING TEAM adalah dari generasi muda Malaysia di bawah umur 25 tahun, berbakat besar di dalam sukan permotoran dan begitu bersemangat. Pemilihan ini benar-benar menunjukkan kredibiliti serta potensi tinggi yang ada dalam diri setiap dari mereka kerana ianya merupakan pemilihan khas oleh pihak BOON SIEW HONDA RACING TEAM sendiri. Jika mereka berusaha bersungguh-sungguh, tidak mustahil satu hari nanti mereka dapat muncul sebagai juara di dalam kategori mereka masing-masing,”
 

Buat Pertama kali Sut Lumba Rasmi serta Motorsikal yang bakal digunakan para pelumba diperkenalkan, kesemuanya direka khas dengan warna-warna rasmi iaitu hitam dan keemasan.

petronas malaysia cub prix 2023

Para pelumba bagi BAD LAB KC HONDA RACING TEAM bakal beraksi buat kali pertama bermula pada 25 Februari 2023 di pusingan pertama edisi ke-30 Petronas Malaysian Cub Prix (2023), 
yang bakal berlangsung di Sepang International Circuit. 

“Kami punyai harapan yang tinggi buat pasukan ini serta keempat-empat pelumba yang diperkenalkan kepada semua pada hari ini. Namun begitu, apa yang lebih penting adalah mesej yang cuba kami sampaikan bahawa dengan kerja keras, kesabaran serta semangat yang tidak luntur, tiada apa yang mustahil. Dan dengan BAD LAB, sesiapa sahaja dapat tampil hebat dalam usaha mencapai impian mereka,” 
kata Lum Chong Heng

Jangan lupa untuk check out Media Sosial
BAD LAB

BOON SIEW HONDA RACING TEAM
FRforSONG | Lirik Lagu
Tertawan Hati | Awdella


Lirik Lagu | Tertawan Hati
oleh Awdella

sudah kucoba sepenuh hati untuk menjadi malaikat menepikan perasaan runtuhkan egoku namun sayapku remuk bila kutanya pada diriku mengapa aku bertahan menerima keadaan yang tak baik saja memaksakan segalanya Chorus: sakit tak sanggup sadarkah kita terlalu hancur hilang habis tak bersisa tapi tak mampu kumenyerah tertawan hati Bridge: tak mau kehilangan tapi lelah berjuang bukankah rumah tempatku bersandar? sendiri ku tak bisa bersama kutersiksa ini kenyataannya kita tak baik saja Chorus 2x


Song Credits: Song Composed : Audree Dewangga, David Elsandro, Yotari Kezia, Awdella Music Produced by : diproduksiLDR (eLsandro Dewangga Recky) Producer : David Elsandro Mixing : Rico Putra Mastering : Dimas Pradipta Vocal Produced by : Barsena Besthandi Vocal Recorded : Sum It! Studio Publishing : PT. Star Cipta Musikindo

FRforSharing | Starbucks Coffee melancarkan Winter Beverages
& Koleksi Merchandise Starbucks Year of the Rabbit
Explore new experiences and excitements as we dive into the new year with
new comforting beverages, food, whole bean flavors, and festive merchandise offerings

starbucks coffee lunar rabbit 2023 winter beverages

Hi Guys! Pastinya 2023 menjanjikan sesuatu yang baru & lebih segar! 
Starbucks Coffee tidak melepaskan peluang untuk mengajak anda bersama 
spent time dengan tersayang, minum coffee atau teh..
Starbucks menyajikan anda sesuatu yang baru, lebih inovatif & unexpected comforting 
"Winter Beverages"


Antara winter flavors yang akan berada di semua Starbucks store nationwide:


NEW! Starbucks® Hazelnut Dolce Latte
Get comforted by rich flavors from the Signature Starbucks Espresso, creamy steamed milk and silky-smooth hazelnut dolce sauce, topped with sprinkles of mocha powder. The nutty creamy note combined with aromatic coffee will surely offer you a comforting indulgence.

The Hazelnut Dolce Latte is available as a hot, iced or blended handcrafted beverage. 
Customers can customize their beverage with plant-based milk and whipped cream.

NEW! Starbucks® Jasmine Clementine Pure Matcha Latte
Reward yourself with a soothing jasmine citrus flavored milk body, topped with lightly sweetened pure matcha mixture. Blending citrus floral notes with matcha aroma and creamy milk, this innovative beverage is set to provide you layers of zen and relaxation.

The Jasmine Clementine Pure Matcha Latte is available as a hot or iced handcrafted beverage.

NEW! Starbucks® Jasmine Clementine Pearls Oolong
Kickback and unwind as you sip the refreshing mixture of jasmine clementine sauce and fruit pulp, shaken with Zen Clouds Oolong tea and classic syrup, and combined with blood orange pearls, adding extra layers and bursting texture. The citrus floral note and oolong aroma doesn't only soothe 
but also brings you to a state of zen.

The Jasmine Clementine Pearls Oolong is available as an iced handcrafted beverage.


  

Koleksi Merchandise Starbucks Year of the Rabbit
Starbucks® Zodiac Rabbit Mug (12oz) - RM118

Starbucks ® Rabbit Reusable Hot Cup with Sleeve (16oz) - RM68

Starbucks® Rabbit with Flower Crown Tumbler (16oz) - RM118
Starbucks® Turquoise Cold Cup (24oz) - RM138
Starbucks® Rabbit in Blanket Stainless Steel Slim Tumbler (16oz) - RM158

& Many more, Klik sini utk melihat koleksi lain

starbucks coffee lunar rabbit card 2023

WINTER 2023 STARBUCKS® CARD
2023 Lunar Rabbit

2023 Lunar Rabbit (MY)

STARBUCKS® WINTER FOOD

Starbucks Pineapple Cake

RM98.80
Starbucks Rewards Members
Individual: RM88
Bundle set of 2: RM160

Starbucks Yuzu Chia Seed Muffin - Starting form RM10.50

Starbucks Wholemeal Bagel - Starting from RM7.90

Starbucks Tropical Paradise Cake - Starting from RM18.50

Starbucks Peanut Butter Chocolate Cake - Starting from RM18.50

Starbucks Hazelnut Chocolate Cake - Starting from RM18.50

Starbucks Neapolitan Cake - Starting from RM18.50

Starbucks Vegan Mocha Coconut Cake - Starting from RM18.50


STARBUCKS® WHOLE BEAN COFFEE WINTER 2023
Starbucks El Salvador Ahuachapán (250g) - RM48
Starbucks Guatemala Casi Cielo (250g) - RM48
About Starbucks
Since 1971, Starbucks Coffee Company has been committed to ethically sourcing and 
roasting high-quality arabica coffee. Today, with stores around the globe, the company is 
the premier roaster and retailer of specialty coffee in the world. Through our unwavering commitment to excellence and our guiding principles, we bring the unique Starbucks Experience to life for every customer through every cup. To share in the experience please visit us in our stores, 
online at Starbucks.com and through the Starbucks Newsroom.