FRforSharing | Guardian Fun Run kini kembali untuk Edisi Kedua 2023

Guardian Fun Run kini kembali untuk Edisi Kedua 2023
Lebih besar, lebih meriah daripada sebelumnya.
Pendaftaran untuk Fun Run September 2023 kini dibuka


Salam guys!
Korang pastinya excited macam bamziaf bila dapat tahu yang Guardian Fun Run Edisi Kedua kini kembali untuk Tahun 2023 yang pastinya akan lebih meriah & besar!

Acara menarik kegemaran ramai Guardian Malaysia yang berorientasikan keluarga, 
Guardian Fun Run kini kembali untuk edisi keduanya dan 
dijangka bakal menerima sambutan yang menggalakkan.


Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata:

"Fun Run tahun ini menjanjikan kemeriahan yang lebih besar dan 
lebih hebat berbanding Larian tahun lalu. Larian tahun lalu merupakan pembuka mata kepada kami apabila MAEPS bertukar menjadi LAUTAN JINGGA baju-T GUARDIAN 
dengan peserta dari pelbagai lapisan masyarakat.

Kami belajar bagaimana bersenam, dan berlari terutamanya sangat popular, 
bukan hanya di kalangan pelari tegar tetapi juga di kalangan golongan berkeluarga 
yang ingin kekal sihat dan populariti aktiviti ini merentasi semua generasi.

Guardian Fun Run tahun lalu istimewa kerana ia memberi semangat kepada keluarga 
untuk turut serta dan berlari, termasuk ramai kanak-kanak, ibu, bapa malah datuk dan nenek. Menyaksikan mereka berlari bersama-sama untuk kekal sihat, menjadikan kami lebih berbangga dan teruja untuk menganjurkan acara ini dan inilah sebabnya kami mengadakannya lagi tahun ini.

Pastinya, kempen Live Smart & Healthy kami pada bulan Mei dan Guardian Fun Run menunjukkan komitmen kami dalam membantu pelanggan untuk hidup bijak dan sihat.

Untuk kempen Live Smart & Healthy, kami telah memperkenalkan pelbagai produk kesihatan baharu di stor kami berdasarkan keperluan pelanggan kami, trend terkini disamping produk kesihatan terbaik dari seluruh dunia yang ada di pasaran,” tambah Teo. 

Guardian Fun Run terbuka kepada pelari dari segenap peringkat kecergasan, 
jadi sama ada anda seorang pelari tegar, atau baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini, 
ini adalah peluang yang baik untuk bersenam dalam persekitaran yang 
menyeronokkan dan bersemangat

Seperti namanya, Guardian Fun Run akan dimeriahkan dengan 
acara menyeronokkan untuk seisi keluarga, termasuk kanak-kanak kerana 
ia menjanjikan laluan yang indah, suasana seperti karnival, permainan, persembahan hiburan, pensampelan produk kesihatan dan kecantikan disamping pelbagai trak makanan.

“Selain itu, terdapat Hadiah Cabutan Bertuah bernilai RM10,000 untuk dimenangi oleh para peserta, berupa baucar membeli-belah bernilai RM2,500 untuk setahun sebagai Hadiah Utama dan 
hadiah untuk Peraduan Kostum Terbaik. Hadiri acara ini dengan pakaian paling kreatif anda 
berserta baju-T Fun Run bagi merebut peluang untuk memenangi baucar Guardian dan hamper.

“Untuk membantu pelari membuat persediaan untuk Fun Run kali ini, 
kami juga akan mengadakan bengkel Masterclass Fitness yang 
dikendalikan oleh Jurulatih Antarabangsa, Gillian Benjamin pada bulan August, 
yang mana butirannya akan diumumkan kemudian.


“Dan untuk menghangatkan lagi acara, para peserta akan dijemput untuk 
menyertai Rutin Senaman DanceON istimewa kami, 
sebagai acara memanaskan badan sebelum memulakan larian pada hari itu nanti. 
Senam tari ini merupakan sejenis senaman menggunakan teknik tarian untuk meningkatkan kecergasan, menjadikan senaman lebih menyeronokkan untuk semua,” jelas Teo.

Guardian Fun Run akan diadakan pada 23 September 2023 di MAEPS Serdang
Terdapat empat kategori Larian tahun ini:

Kategori 1 3KM Family Run - Kanak-Kanak (5 - 12 Tahun sahaja)
Kategori 2 3KM Family Run - Terbuka (13 Tahun & ke atas)
Kategori 3 5KM Fun Run - Terbuka (13 Tahun & ke atas)
Kategori 4 5KM Larian Maya

Larian Maya 5km akan membolehkan peserta yang berada di luar Lembah Klang untuk turut serta.
Pendaftaran kini dibuka dan diskaun awal diberikan kepada 
mereka yang mendaftar awal sebelum 11 Jun 2023.


Sebagai alternatif, anda juga boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR Guardian Fun Run 
di semua platform media sosial Guardian, lama web, dan stor dalam talian, atau 
muat turun aplikasi digital ‘HEYJOM’ pada Apple App atau Google Play untuk mendaftar.
Untuk butiran lanjut tentang Fun Run boleh didapati di sini


“Sebagai menepati misi Guardian untuk membantu pelanggan untuk hidup sihat dan indah, setiap hari, kami telah menetapkan yuran pendaftaran yang sangat berpatutan untuk para peserta, 
pada harga maksimum RM60 untuk pelari dewasa, 
yang akan turut menerima beg hadiah berisi produk bernilai RM150 pada hari Larian. 
Kami berharap ramai rakyat Malaysia dan keluarga mereka yang prihatin dengan kesihatan akan mengambil bahagian dalam Guardian Fun Run kami. Bawa seisi keluarga anda dan ciptalah pengalaman menggembirakan dan penuh bermakna di acara ini. Pendaftaran ditutup pada 31 Julai 2023 jadi jangan buang masa, daftar sekarang. Jumpa anda di sana September ini,” kata Teo mengakhiri.


Untuk maklumat lanjut korang boleh check out platform Social Media
Guardian Malaysia

Tentang Guardian Malaysia
Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 55 tahun lalu. 
Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih 600 buah stor di seluruh negara, 
menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. 
Setiap tahun, stor-stor kami menyediakan perkhidmatan 
untuk lebih 30 juta pelanggan di seluruh negara.

Post a Comment

0 Comments