FRforSharing | Jom Rawat Bumi bersama Alam Flora

Jom Rawat Bumi bersama Alam Flora
Alam Flora Sustainability Hunt 2023


Salam guys!
Tahun ini Bamziaf berkesempatan untuk join Alam Flora Sustainability Hunt 2023 buat pertama kalinya anjuran Alam Flora Sdn Bhd yang bertempat di Faksiliti Inovasi Kitar Semula, Putrajaya!
Tahun ini merupakan tahun kedua penganjuran program ini.

 

Program ini yang bertujuan memberi kesedaran utk orang ramai dalam menjaga alam sekitar, 
yang membawa mesej #JomRawatBumi ! Program ini dihadiri oleh Influencer, KOL, Blogger, Rakan Media & Orang Awam yang turut membantu dalam menyebarkan kesedaran ini kepada masyarakat!

Alam Flora Sustainability Hunt 2023

Program ini menyediakan beberapa task untuk peserta completekan bagi merebut hadiah menarik serta wang tunai mengikut kategori masing masing!
 Peserta di bahagikan kepada beberapa kumpulan namum markah diadili secara individu.


Tugasan 1 : TRASH OR TREASURE


Ia adalah untuk mendidik orang ramai dan mewujudkan kesedaran bahawa 
barang terpakai juga berhak mendapat peluang kedua bak kata pepatah lama 
‘YOUR TRASH IS ANOTHER MAN’S TREASURE’.

Untuk tugasan ini para peserta dikehendaki membawa "Treasure Items" dari Rumah atau Pejabat untuk dikitar semula. Para peserta perlu membawa barangan yang terdapat dalam 5 soalan diberi sebelum hari program berlangsung & jika barangan yang dibawa utk kitar semula itu betul peserta akan diberi markah... Hari program peserta perlu ke "Buy Back Center" untuk menjual barangan ! 
Peserta yang mendapat hasil jualan lebih daripada RM5 akan mendapat markah extra

Bamziaf berjaya mengumpulkan kesemua item & hasil jualan bamziaf lebih kurang RM3 tau...
Ini antara barangan korang boleh jual tau:
Surat Khabar, Kertas Hitam & Putih, Kotak, Majalah, Kertas Campur, Tetrapak, Barangan Besi, Tin Aluminuim, Plastik , Minyak Masak Terpakai, Bateri kereta & Lain-lain
  

Tugasan 2 : UPCYCLING

Objektif tugasan ini untuk mewujudkan kesedaran dan memberi idea mudah 
kepada orang ramai untuk memulakan 'upcycling' dari rumah dan bukannya terus

Untuk tugasan ini para peserta perlu melakukan Projek Upcycling! Peserta perlu memilih dua barangan yang tidak digunakan di rumah & mengabungkan barangan tersebut menjadi barang yang BARU! 
Peserta perlu merekodkan proses tersebut & upload di sosial media!
Bamziaf membuat Penutup Soket & Wayar menggunakan kotak & majalah
Korang boleh saksikan video SINI!

Tugasan 3 : GO GREEN


Aktiviti ini menggalakkan kitar semula dan menjimatkan kos kerana tidak perlu membeli 
tumbuhan herba setiap kali menggunakannya dan untuk menggalakkan gaya hidup sihat.

Untuk tugasan ini para peserta perlu mengunakan salah satu "Treasure Item" yang dibawa! 
Barang tersebut akan digunakan semula (Upcycling) sebagai bekas tanaman!
Bekas ini di gunakan bagi utk semaian benih sebelum dipindahkan ke pasu yang lebih besar selepas seminggu! Antaranya kita boleh tanam pokok herba yang dimana mudah dijaga & banyak digunakan utk masakan jadi tak perlu selalu ke pasar 

Tugasan 4 : Recycle Master

Untuk Tugasan ini ialah untuk memastikan peserta-peserta mempunyai pengetahuan tentang pengasingan sisa mengikut kategori dan mempraktikkan amalan ini dalam kehidupan seharian. Contohnya, botol plastik dan sampah makanan perlu diasingkan dan diletakkan 
di dalam plastik sampah yang berbeza

Tugasan 5 : SUSTAINABILITY CHAMPION
Pada penghujung kuiz ini nanti, peserta akan dapat mengetahui prestasi mereka 
sebagai JUARA KELESTARIAN atau BUKAN dan 
mereka harus menerapkan budaya kelestarian dalam kehidupan seharian!

Untuk tugasan ini peserta perlu scan QR code yang disediakan & menjawab soalan! Peserta yang mendapatkan jawapan paling banyak betul pastinya menambah peluang untuk menang! Bamziaf pun dapat belajar banyak mengenai Carbon Foot Print melalui tugasan ini


Kesimpulan yang bamziaf dapat melalui program pastinya lebih pengetahuan mengenai Proses Kitar Semula & Upcycling ! Bamziaf juga belajar bahawa sekecil langkah yang kita ambil utk Rawat Bumi besar impak dia masa hadapan nanti! Pastinya ini merupakan program yang sgt baik & bamziaf excited if dapat peluang untuk join lagi! Bamziaf harap korang pun boleh praktiskan program ini bersama keluarga juga & pastinya banyak manfaat yang boleh kita dapat!

Jadi korang jgn lupa untuk lakukan tugas kita sebagai masyarakat yang prihatin dalam memastikan Bumi kita untuk terus Sihat & terjaga demi kelangsungan hidup kita & masa hadapan

Untuk Maklumat lanjut korang boleh follow Media Sosial Alam Flora



KENALI ALAM FLORA

Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), adalah anak syarikat Malakoff Corporation Berhad (Malakoff), yang ditubuhkan bagi memodenkan pengurusan sisa pepejal di Malaysia serta 
meningkatkan kecekapan dan mutu pengurusan sisa pepejal daripada 
peringkat penjanaan sisa sehingga ke proses pelupusan sampah. 
Alam Flora merupakan salah sebuah syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan 
pembersihan awam di negara ini yang bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan 
di kawasan Tengah dan Pantai Timur Semenanjung, meliputi seluruh 
Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Post a Comment

0 Comments