Ordered List

3/random/post-list
Choco Albab kini sudah 3 Tahun terus berkembang & memperkasa Ekonomi Tempatan


Salam Korang!
Bamziaf hadir ke majlis sambutan ulangtahun ke 3 Choco Albab iaitu jenama tempatan yang 
semakin mendapat perhatian kini mengorak langkah dalam menjadikannya muncul sebagai 
jenama produk berasaskan coklat nombor satu di Malaysia.
Majlis yang bertemakan Beyond the Star di Bangi Avenue Convention Centre

Choco Albab yang berpegang teguh pada prinsip 'Sokong, Beli Barangan Tempatan' mempunyai beberapa visi dan misi dalam membantu mempertingkatkan ekonomi rakyat dan juga negara 


Pengasas Choco Albab & Ketua Pegawai Eksekutif Saudagaar Asia Sdn Bh, 
Said Saiful Fazli Said Aluwi berkata, 
MISI: Choco Albab adalah untuk mengubah persepsi bahawa produk coklat premium hanya datang daripada luar negara, sekali gus membuktikan kehebatan produk tempatan. 

VISI: Choco Albab pula adalah dapat membawa limpahan ekonomi bukan saja kepada syarikat 
tetapi negara dan masyarakat.



Syarikat telah merancang untuk melaksanakan beberapa inisiatif baru yang dapat mengukuhkan lagi jenama Choco Albab iaitu dengan membuka kemudahan baharu yang mempunyai kapasiti pengeluaran berskala besar dan dilengkapi teknologi terkini. Langkah itu adalah bagi memastikan syarikat bersedia dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat. 

“Kemudahan pengeluaran baharu ini dirancang akan beroperasi pada 2025 dengan barisan pengeluaran yang lebih berskala besar. Ia dijangka akan dapat menampung permintaan produk Choco Albab 
yang kini mempunyai sekitar 21 SKU. 2025 juga akan menjadi tahun kebangkitan kepada syarikat dengan pelbagai perancangan produk baharu,” katanya

Said Saiful berkata, 
"Kemudahan baharu itu juga dapat menyokong langkah syarikat dalam memasarkan produk 
Choco Albab ke pasaran luar negara. Beliau berkata, langkah meningkatkan eksport produk 
Choco Albab dapat mengukuhkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Dengan strategi ini, Choco Albab yakin dapat membawa nama Malaysia
ke persada dunia melalui produk coklat berkualiti tinggi. Malah kesedaran pengguna yang semakin cenderung menyokong produk Halal telah memberi impak positif kepada Choco Albab.


Gelombang boikot terhadap produk import di beberapa negara bukan sahaja meningkatkan jualan tetapi juga menonjolkan potensi besar. Choco Albab bukan sahaja jenama coklat, 
tetapi juga simbol kebanggaan tempatan.

Dengan fokus kepada pembangunan komuniti, inovasi produk, dan pengembangan pasaran, 
Choco Albab berhasrat untuk menjadi peneraju dalam industri coklat Malaysia dan pesaing utama 
di peringkat global,” katanya.

Peluang perniagaan bersama Choco Albab


Selain menghasilkan produk berkualiti, Choco Albab juga memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi komuniti dengan membuka peluang pekerjaan menerusi sistem jualan berasaskan ejen. 
Sistem ini memberikan platform untuk menjana pendapatan tambahan, 
terutamanya bagi golongan muda, wanita, dan suri rumah.

Sistem ejen antara saluran penting untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia mendapatkan pendapatan tambahan, terutamanya dalam keadaan ekonomi semasa.

“Kami percaya pendekatan ini adalah pelengkap kepada ekonomi gig dan dapat memberikan peluang kepada golongan muda serta wanita untuk meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya.

Produk terbaru dari Choco Albab


Sebagai sebahagian daripada komitmen untuk terus memenuhi permintaan pengguna dan 
menyumbang kepada ekonomi negara, Choco Albab turut memperkenalkan produk baharu, 
Choco Albab Hazelnut Spread, yang disasarkan menjadi pilihan utama penggemar coklat tempatan. 


Choco Albab yang berpegang teguh pada prinsip 'Sokong, Beli Barangan Tempatan' 
dengan menyediakan produk coklat berkualiti tinggi yang setanding dengan jenama import. 

“Kami bertekad untuk terus mencipta produk berkualiti, memberi peluang kepada komuniti tempatan, dan membawa jenama Choco Albab menjadi jenama coklat nombor satu di Malaysia,” tambahnya. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Choco Albab atau program keagenan, 
boleh layari https://chocoalbab.asia/.


Miliki Kediaman Ideal melalui 
Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Concepts

Salam Korang!
Bamziaf excited nak share dengan korang yang Matrix Concepts sedang mengadakan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix yang membolehkan pembeli Bumiputera mendapatkan rumah Impian dengan penjimatan yang besar!

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Concepts

Kempen ini yang sudah bermula dari 11 November 2024 ini membolehkan 
Pembeli Bumiputera mendapatkan tawaran yang terbaik,


Antaranya;
1. Penjimatan yang ketara kerana pembeli boleh menjimatkan sehingga 
RM150,000 untuk hartanah terpilih.

2. Ansuran Bulanan Rendah bermula dari serendah RM 2,083* sebulan, menjadikan pemilikan rumah lebih mampu milik.

3. Pilihan pembiayaan penuh kerana pembiayaan menyediakan pembiayaan sehingga 100% - 110%, meminimumkan kos kemasukan untuk pembeli.

4. Kadar faedah rendah yang ditawarkan oleh bank tertentu untuk pinjaman rumah. 
Contohnya, beberapa bank, seperti Ambank, Bank Islam, Hong Leong Bank mungkin menawarkan kadar faedah serendah 3.8%, bergantung pada profil kewangan pelanggan. 
Bank lain juga boleh menyediakan kadar yang kompetitif.

5. Insentif eksklusif seperti perkhidmatan jalur lebar percuma, rumah yang dilengkapi 
sistem rumah pintar dan percuma keahlian kelab d’Tempat Country.

6. Memiliki rumah dengan kos yang lebih rendah kerana pembeli boleh mendapatkan rumah dengan kos kemasukan hanya RM300 (dengan siap dokumentasi)


Showroom Matrix Galleria di Eka Heights


Bamziaf memang sangat teruja untuk check out Showroom Matrix Galleria di Eka Heights. 
Korang kalua dating ke sini sangat best sebab staff akan beri layanan terbaik untuk terangkan 
projek yang ada & akan bantu korang dalam urusan pembelian rumah dari A sampai Z

 

Projek Lain di bawah Kempen Hartanah Matrix



Jadi korang jangan lupa untuk rebut peluang melalui Kempen Hartanah Bumiputera Matrix
untuk dapatkan rumah Ideal korang!
Layari laman web : https://hartanahbumimatrix.com/



Supplement terbaik untuk Lelaki dari GKB
GKB Antrodia & GKB Eurycozin untuk Kesihatan Lelaki & Hati

gkb supplement untuk lelaki kuat halal kkm antrodia eurycozin

Salam Korang!
Bamziaf excited nak share antara supplement terbaik yang Bamziaf selalu amalkan setiap hari untuk membantu menjaga Kesihatan Bamziaf agar lebih baik. Bila mana usia sudah menjangkau 
hampir 40 tahun pastinya Bamziaf amat menitik beratkan Kesihatan jadi pastinya pilihan 
terbaik Bamziaf untuk Supplement pastinya dari GKB

GKB ini bermula dari tahun 2018, Bamziaf mula mengenali GKB dari tahun 2023 lagi & Bamziaf mmg sgt suka produk mereka yang berkualiti & membantu dalam memperbaiki Kesihatan Bamziaf lebih baik dari hari ke hari serta family Bamziaf juga turut amalkan produk dari GKB

gkb supplement untuk lelaki kuat halal kkm antrodia eurycozin

GKB ada range produk yang sangat banyak untuk orang dewasa mahupun kanak kanak tapi 
untuk kali ini Bamziaf nak share supplement yang terbaik untuk Kaum Adam sebab ramai yang tanya bagaimana Bamziaf kekal aktif walaupun jadual kerja sangat padat



GKB Eurycozin



Produk pertama yang Bamziaf nak share ialah GKB Eurycozin yang bagus untuk stamina lelaki.

GKB Eurycozin ini mengandungi :
Eurycoma longifolia (Tongkat ali) extract 150mg
L-Arginine 200mg (amino acid)
L-Carnitine Fumarate 110mg (amino acid)
Zinc Yeast 7mg

Kelebihan GKB Eurycozin ini dapat membantu:
1. Keseimbangan Hormon Lelaki
2. Meningkatkan tahap tenaga & Prestasi
3. Meningkatkan metabolisme lemak

GKB Eurycozin sesuai di amalkan untuk Lelaki yang inginkan Kesihatan lebih baik, 
tenaga yang lebih kuat & prestasi senaman yang lebih bagus

Cara pemakanan GKB Eurycozin:
Ambil 2 kapsul sekali sehari selepas makan



GKB Antrodia


Produk kedua adalah GKB Antrodia yang bamziaf amalkan untuk Kesihatan Hati

GKB Antrodia ini mengandungi:
Antrodia Cinnamomea mycelium extract 450mg

Kelebihan GKB Antrodia ini dapat membantu:
1.Melindungi hati melalui sifat antioksidan, anti-radang, antifibrosis, dan anti-lipogensis
2. Mengurangkan Lemak Viceral, Jumlah paras Kolesterol, Trigliserida
3. Menyokong pembaikan dan penjanaan semula sel hati

GKB Antrodia ini sesuai untuk orang yang sentiasa tidur lewat malam, ada kolesterol tinggi & ada lemak visceral tinggi serta Hati berlemak

Cara pemakanan GKB Antrodia:
Ambil 2 kapsul 2 kali sehari selepas makan

Kalau korang nak tahu produk supplement dari GKB ini ada sijil HALAL dari Jakim dan 
pendaftaran dengan KKM


gkb supplement untuk lelaki kuat halal kkm antrodia eurycozin

Korang boleh dapatkan produk GKB di:
Seluruh Malaysia: Alpro Pharmacy, Watsons
Central: M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy
Melaka: Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak
Penang: MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy
Perak: HTM Pharmacy
East Coast: Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan
Southern: The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy
Sabah: LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy
Sarawak: Nutrisense Pharmacy, Sing Lee Pharmacy, Kingdom Pharmacy



Kalau korang perlu info lanjut check out platform digital MYGKB

Persembahan Ballet Nights dari London menampilkan 
Duta Kecil dari Malaysia
Persembahan Balet Sensasi London Menampilkan Penari Cilik Cemerlang, Sophia Ong


Ballet Nights World Trade Centre WTC KL


Salam Korang!
Bamziaf berkesempatan hadir ke Press Conference Ballet Nights Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur pada 22 Februari 2025. 
Ballet Nights juga telah mengumumkan bahawa Duta Muda Malaysia mereka, Sophia Ong,14 tahun, 
akan turut menyertai barisan penari dalam persembahan Ballet Nights Kuala Lumpur.


Sophia dipilih daripada sesi uji bakat yang diadakan baru-baru ini di Universiti Taylor’s. 
Lebih 40 penari berbakat daripada 19 sekolah tarian telah menyertai uji bakat 
Ballet Nights Young Ambassador Program bagi merebut penghormatan berprestij ini.


Penari muda dari Sri Wilayah Ballet Centre ini, yang juga pemenang pingat Emas Asian Grand Prix KualaLumpur 2022 & 2023, telah memukau dengan kebolehannya menggabungkan elemen tradisional dan moden, dan gaya tarian yang penuh ekspresi. 

Berbekalkan bakat dan minat mendalam terhadap seni tari, Sophia menyerlah sebagai pilihan terbaik untuk program ini, yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada penari generasi muda Malaysia.


“Kami percaya bimbingan dan pendedahan yang bakal diberikan mampu membuka peluang, memberi impak positif, dan membentuk generasi baharu bakat tarian, sambil mentakrifkan 
semula pengalaman balet di peringkat global.,” 
kata Maria Sascha, Pengarah Pembangunan Artistik Asia Tenggara Ballet Nights.

Maria Sascha turut memperkenalkan barisan bintang Ballet Nights Kuala Lumpur, termasuk 
Musa Motha, pemenang Golden Buzzer dari America’s Got Talent dan 
Britain’s Got Talent yang berasal dari Afrika Selatan. Musa juga memenangi Critics' Circle UK National Dance Award 2023 sebagai Artis Baru Terbaik menerusi persembahannya dalam 
Peaky Blinders oleh Rambert.

“Ballet Nights KL juga menampilkan Constance Devernay-Laurence, bintang siri Netflix 
yang bakal ditayangkan berjudul 'Etoile', dan pemenang Critics' Circle UK National Dance Award 2023 untuk Persembahan Klasik Wanita Terbaik menerusi peranannya sebagai Swanilda 
dalam 'Coppelia' (Scottish Ballet); serta Jordan James Bridge, calon Artis Baru Critics' Circle UK National Dance Award yang namanya semakin meningkat sebagai seorang koreografer yang telah berkarya untuk English National Ballet. Kami turut teruja dengan kehadiran Mara Galeazzi, 
ikon The Royal Ballet, yang akan menyertai barisan persembahan nanti.” tambahnya.


Ballet Nights juga akan mengumumkan sebuah kerjasama yang dengan sebuah Organisasi Pemuliharaan terkenal di peringkat global, dalam masa yang terdekat ini. Nantikan butiran lanjut.


Tiket boleh didapati di ticket2U.com.my, dengan harga bermula dari RM199.00. Pemegang kad CIMB Bank akan menikmati diskaun 20% untuk semua kategori tiket (*T&S tertakluk). 


Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan produksi balet antarabangsa yang pertama kalinya dihoskan secara unik. Ballet Nights adalah sebuah produksi bertaraf antarabangsa yang menggabungkan balet klasik, neo-klasik, dan kontemporari - membawakan pengalaman yang 
imersif yang tentunya sukar untuk dilupakan oleh para penonton.


Ballet Nights Kuala Lumpur dibawakan dengan kerjasama British Council, 
British Malaysian Chamber of Commerce, Malaysia British Society, Melbourne Capital Group,
World Trade Centre Kuala Lumpur, HOMME, dan CIMB Bank.


Untuk maklumat lanjut Ballet Nights KL, layari www.balletnights.com/malaysia 
atau ikuti mereka di Instagram @InternationalBalletPLT

#balletnightskl #balletnights #britishcouncil






Bucket Kita Menu terbaru di Marrybrown
Perjimatan sehingga 30% melalui aplikasi Marrybrown

menu promo marrybrown bucket kita penang hill

Salam Korang!
Bamziaf nak share dengan korang yang Marrybrown ada menu terbaru tau "Bucket Kita". Bamziaf berkesempatan bawa Abah Mama untuk cuba menu terbaru ini dekat outlet Marrybrown Penang Hill!


Kalau korang nak tahu Marrybrown ini ada aplikasi tau, dimana korang boleh order & 
tunggu nak pick up! Korang dah boleh skip Q untuk beratur ambil order.


Mudah saja, Korang hanya perlu download aplikasi Marrybrown


1. Klik Menu,
2. swipe Kiri untuk Mobile Ordering
3. Pilih Dine In
4. Pilih store mana korang visit
5. Klik Start Ordering
6. Pilih menu favorite korang
7. Add to Cart
8. Klik Place Order

Selesesai, korang just tunggu number & ambil Food!

Bucket Kita Menu


6-pc Bucket ● 6-pc Chicken (Original) ● 2x Nangka Pie ● Cheesy Wedges ● 2x Fanta Grape (R) 


9-pc Bucket ● 9-pc Chicken (Original) ● 2x Nangka Pie ● Cheesy Wedges ● 4x Fanta Grape (R)


12-pc Bucket ● 12-pc Chicken (Original) ● 2x Nangka Pie ● Cheesy Wedges ● 4x Fanta Grape (R) 


Jadi korang apa tunggu lagi, check out menu terbaru di Marrybrown, BUCKET KITA!
Bawa keluarga & orang tersayang untuk menikmati menu menu best di sini


RASA MALAYSIA, PILIHAN KITA hanya di MARRYBROWN
Magical Tiramisu di Kenangan Coffee, 
gabungan Dessert & Coffee
Kenangan Coffee memperkenalkan gabungan sempurna kopi dan pencuci mulut untuk Limited Time


Salam Korang!
Kenangan Coffee, rangkaian kopi grab-and-go yang paling pesat berkembang yang berasal dari Indonesia, sangat teruja untuk memperkenalkan siri minuman Magical Tiramisu di Malaysia—mengimaginasikan semula tiramisu klasik menjadi barisan minuman buatan tangan yang mewah. Tawaran masa terhad bertujuan untuk menggembirakan penggemar kopi dan coklat.

Sebagai F&B Unicorn runcit pertama di Asia Tenggara, Kenangan Coffee bertujuan untuk mentakrifkan semula pengalaman kopi dengan menggabungkan inovasi dengan tradisi. 
Dengan mengubah pencuci mulut abadi yang biasa digunakan oleh rakyat Malaysia, 
jenama ini meraikan kecintaan Malaysia terhadap hidangan manis sambil menawarkan cara unik 
untuk menikmati rasa tiramisu yang kaya dan berlapis.


“Budaya kopi Malaysia telah berkembang pesat sejak sedekad lalu, dengan kopi menjadi makanan ruji harian bagi ramai orang. Sebagai sebuah jenama, kami sentiasa berinovasi ciptaan baharu untuk mengujakan dan melibatkan diri dengan pelanggan kami dan kami berharap dengan 
siri Tiramisu Ajaib baharu ini, pelanggan kami akan menikmati musim cuti yang ajaib dan 
kenangan (kenangan) istimewa bersama kami. Dengan siri Magical Tiramisu, 
kami membawakan yang terbaik dari kedua-dua dunia untuk memaniskan hari anda." 
kata Quennie Tan, Head of Marketing, Kenangan Coffee

Siri minuman Magical Tiramisu termasuk empat minuman baharu dekaden berasaskan 
pencuci mulut Itali yang digemari ramai. Setiap daripada mereka direka dengan teliti untuk 
memenuhi pelbagai citarasa dan pilihan.


Tiramisu Latte: 
Bagi penggemar tiramisu klasik, minuman 'ajaib' menggabungkan espresso yang baru ditarik, 
sirap tiramisu, dan susu khas baldu Kenangan Coffee. Lapisan sos coklat yang kaya dan krim masin dekaden, dihiasi dengan serbuk koko Belgium, menambah sentuhan penamat.

Freezy Tiramisu Latte: 
Bagi mereka yang mendambakan tradisi yang lebih sejuk, hidangan campuran ais ini 
menampilkan espresso, sirap tiramisu dan cip coklat, diadun dengan susu istimewa Kenangan Coffee dan krim masin dekaden. Ia dinobatkan dengan sos coklat yang kaya, krim putar vanila, dan 
taburan serbuk koko Belgium.

Tiramisu Putih:
Pilihan yang menarik untuk mereka yang inginkan pengalaman kafein yang lebih ringan, minuman ini menggabungkan sirap tiramisu dengan susu khas Kenangan Coffee. Lapisan sos coklat dan krim masin ditaburkan dengan serbuk koko Belgium untuk kemasan yang seimbang sempurna.

Freezy White Tiramisu: 
Menawarkan sentuhan yang menyegarkan, ciptaan campuran ais ini menggabungkan sirap tiramisu, 
cip coklat dan krim masin dengan susu istimewa Kopi Kenangan—diatas dengan sos coklat yang kaya, krim putar vanila dan serbuk koko Belgium.


Gandingkan minuman "Magical Tiramisu" dengan hidangan lazat Kenangan Coffee untuk pengalaman terbaik. Brownie Walnut Coklat, dengan teksturnya yang kaya, fudgy dan topping walnut yang rangup, meningkatkan rasa tiramisu minuman, menghasilkan gabungan rasa manis dan tekstur yang harmoni. Pilihan lain ialah Aren Crème Croissant—pastri berlemak dan bertelur dengan isian krim aren seperti karamel khas Kenangan, menjadikan gandingan itu benar-benar memanjakan. Dapatkan diskaun RM2 untuk hidangan ini dengan pembelian mana-mana minuman buatan tangan.

Pelanggan juga menikmati hidangan dengan Aren Cream Puff yang baru dilancarkan, 
pastri choux yang ringan dan rangup, diisi dengan krim aren Kenangan yang dekaden. 
Pilihan 'Kotak 6' ialah hadiah yang sesuai untuk sebarang lawatan rumah, perhimpunan sosial atau malah memanjakan diri pada cuti akhir tahun ini!


“Dengan mengubah klasik yang digemari ini kepada siri minuman, kami bukan sekadar menghidangkan minuman! Kami menawarkan pengalaman susun atur unik yang melengkapkan kecintaan pelanggan kami terhadap kopi berkualiti dan pencuci mulut kegemaran. 
Kami menjemput semua orang untuk menjadikan Kopi Kenangan sebagai destinasi kegemaran mereka untuk mencipta kenangan yang berkekalan, sama ada berkumpul dengan rakan-rakan atau 
menikmati masa berkualiti bersama orang tersayang,” tambah Tan.


Sejak permulaan pengembangannya di Malaysia pada tahun 2022, Kenangan Coffee kini berdiri dengan lebih daripada 73 cawangan di seluruh negara dan telah bertapak kukuh di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari www.kenangancoffee.my.