Ordered List

3/random/post-list
FRforSharing - Konsert Percuma di Absolut Music Festival
dengan Kerjasama ELFBAR Malaysia

Absolut Music Festival elfbar bandar malaysia

Hi guys! Tahu tak Absolut Food Festival yang sangat fenomena kini kembali dengan tarikan terbaru mereka, Absolut Music Festival yang bakal menyajikan konsert secara PERCUMA 
dgn kerjasama jenama ELFBAR selaku Penaja Rasmi. Acara ini akan berlangsung selama 3 hari

Festival kali ini berkonsepkan sebuah konsert secara terbuka bersama dgn festival makanan & ia juga bertemakan "Outdoor Concept"... Syarikat Absolut Events & Management Sdn Bhd memilih Bandar Malaysia sebagai lokasi untuk penganjuran kali ini di atas faktor cuaca yang tidak menentu, 
jadi di sini lebih banyak kawasan yang berbumbung

Absolut Music Festival akan menjadi antara yang pertama menganjurkan konsert yang berprestij ini di lokasi Bandar Malaysia ini! Konsert ini bakal membawa seramai 18 penyanyi terkenal tanah air & bakat baru antaranya kumpulan SEARCH , Alleycats, Joe Flizzow,  Andi Bernadee,  
Akim & The Majistret, Aman Ra, Floor 88, Faizal Tahir, Bunkface, Elizabeth Tan,
DOLLA , Janna Nick, Ayda Jebat, Kugiran Masdo , Kidd Santhe , Projector Band , ForceParkBois & Insomniacks serta juga bakal memperkenalkan dua kumpulan wanita terbaharu 
iaitu The Gadys dan The Sara Sisters.
Absolut Music Festival bakal membawakan konsep yang berbeza antara Retro Night, Pop&Girl Group dan Pop Rock&HipHop.. Jadi korang kena make sure datang 3 malam berturut turut tau


Festival Makanan pulak membawakan seramai 110 peniaga kecil yang 
terdiri daripada para peniaga makanan, minuman, pakaian,kosmetik dan sebagainya... 


Terdapat juga kehadiran 50 penggiat media sosial & 50 para penggiat dari industri lakonan seperti 
Aedy Ashraf, Meerqeen, Anna Jobling, Uqasha Senrose, Emma Maembong, Hannah Delisha dan ramai lagi yang bakal memeriahkan suasana acara ini kelak.

Absolut Music Festival elfbar bandar malaysia

Absolut Music Festival ini bakal berlangsung di Bandar Malaysia, Sungai Besi, KL 
selama 3 hari bermula dari 4 Nov hingga 6 Nov 2022! 
Penganjuran ini turut mendapat sokongan Tourism Malaysia dan Cuti-Cuti Malaysia.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang & meriahkan festival ini!




On October 21, 2022 by ZiafMihar in , , , , , , , , ,    No comments
FRforSharing | Resipi Mi MAGGI ® Paling Viral - SAH Malaysia!
In collaboration with PRESMA, PRIMAS, Celebrities & Food Influencers



Hi guys! Pastinya jika kita sebut Mi segera hanya satu nama kita akan ingat, iaitu MAGGI® !
Mi MAGGI® yang menjadi kegemaran kita rakyat Malaysia sejak dari dulu lagi tau...
Mi MAGGI ® meraikan ulangtahun yang ke 51 & juga kempen MAGGI® SAH Malaysia! yang meraikan penganjuran yg ke 3! Pada tahun ini tema "Duniaku Bersama MAGGI®" di angkat!

 

Bamziaf berkesempatan hadir di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) bagi meraikan Ulangtahun MAGGI® & juga Grand Finale utk cabaran Resipi Kreaktifku & Cabaran Resipiku Duniaku yang membariskan finalis bagi merebut gelaran Juara

Kempen MAGGI® SAH Malaysia! yang bertemakan Kembara DuniaKu Bersama MAGGI® adalah untuk meraikan keenakan dan warisan masakan MAGGI® yang dicipta di rumah serta di kedai-kedai makan. Kempen ini memberi pengiktirafan kepada kreativiti masakan di warung, gerai makan dan trak makanan di seluruh negara yang menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia.
kata Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad

   

Bamziaf suka di majlis ini, sebab MAGGI® membawakan restoran yang hebat untuk menyajikan resipi Mi MAGGI® mereka yang viral & terbaik! 
Bamziaf berkesempatan cuba masakan di Pok Li Mee Celup, Restoran Ali Maju, Restoran Buharry & banyak lagi Restoran yang pastinya SAH Malaysia!

Majlis ini juga turut memperkenalkan travelog SAH Malaysia!, Kembara DuniaKu MAGGI®, 
yang dihoskan oleh Duta MAGGI® Sheila Rusly, 
Duta MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman dan 
Duta MAGGI® Pedas Giler MK K-Clique, 
MAGGI® !Mereka telah menjejaki 12 buah warung dan kedai makan di seluruh negara untuk memperkenalkan resipi MAGGI® viral mereka. 
Majlis ini juga menghadiahkan Para pengusaha makanan ini dengan plak MAGGI® SAH Malaysia! sebagai pengiktirafan untuk hidangan MAGGI® istimewa mereka

Resipi-resipi viral ini kemudiannya memberi ilham kepada para pengusaha makanan yang lain 
untuk menghantar resipi kreatif MAGGI® masing-masing 
untuk cabaran Resipi KreaktifKu secara dalam talian. 
8 orang finalis yang bertanding hari ini untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

Pemenang ResipiKu KreatifKu:

 Ying Ying Café, MAGGI® Tomyam Seafood
Ganesh Curry House, MAGGI® Udang Ori
Chiffonade, Wattan MAGGI®


Pemenang ResipiKu DuniaKu:

Asmahani Mohamed, Botok Botok MAGGI®
Faradilla Eamy Jaar, Sotong Sumbat Bakar MAGGI® Kuah Percik Bersambal
Norsalina Jalaludin, Manok Pansoh MAGGI®


Pada majlis hari ini Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India, Malaysia (PRIMAS) telah mendapat plak penghargaan sebagai pengiktirafan sumbangan dan usaha kedua-dua persatuan ini dalam mengawal selia 
dan menggiatkan semula perniagaan pengusaha makanan di Malaysia. 
Penghargaan ini juga turut diberikan untuk mengiktiraf sokongan yang diberikan oleh 
ahli mereka yang terdiri daripada lebih 4,500 dan 1,500 vendor masing-masing 
di PRESMA dan PRIMAS terhadap MAGGI®.

Puan Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestle (Malaysia) Berhad mengakui bahawa pengusaha makanan di Malaysia telah setia bersama MAGGI® sejak sekian lama, begitu juga dengan para pengguna kami, merangkumi segenap lapisan masyarakat yang terus menikmati detik-detik memori manis MAGGI® mereka sambil mewujudkan hubungan mesra bersama planggan kami. MAGGI® SAH Malaysia! adalah satu perayaan untuk menghargai hubungan MAGGI® bersama rakyat Malaysia yang sudah lama terjalin.
“Selaras dengan semangat “Anda dan MAGGI®, Sajikan Kelainan”, kami berhasrat untuk memberi inspirasi dan menggalakkan rakyat Malaysia membuat perubahan melalui masakan - sama ada untuk diri mereka sendiri, untuk orang tersayang di rumah atau untuk mengekalkan perniagaan makanan mereka melalui penciptaan dan detik-detik penemuan hidangan MAGGI® yang dapat menarik perhatian pelanggan,” tambah Geetha.


Jadi pastinya MAGGI® telah meninggalkan impak yang positif & baik kepada seluruh Rakyat Malaysia & pastinya terlalu banyak memori indah kita bersama MAGGI®
Untuk info lanjut korang boleh check out kempen MAGGI® SAH Malaysia!,

MAGGI® SAH Malaysia!






FRforSharing | Diskaun 55% sempena UlangTahun ke 55 Guardian
Pratonton untuk Gaya Squad Guardian



Hi Guys! Bamziaf excited bila Guardian Malaysia invite untuk meraikan sambutan Ulangtahun mereka yang ke 55 sekaligus turut meraikan Ulangtahun Gaya Squad Guardian yang ke 5 pada Oktober 2022!

“Apa yang mulanya hanya sebuah ruang perniagaan sekecil 200 kaki persegi di dalam pasar raya Weld, telah berkembang dalam 5 dekad lalu menjadi peneraju rangkaian runcit farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka di negara ini, yang telah dipilih sebagai jenama peruncitan nombor satu di Anugerah Jenama Putra 2021 baru-baru ini. Hari ini, Guardian memiliki lebih daripada 520 stor di seluruh negara, e-stor yang berkembang pesat serta aplikasi yang boleh diakses bila-bila masa,”
kata Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd.
Majlis yang di adakan di Ampang GlassHouse ini turut mengumpulkan Influencer Media Social yang selalu bekerjasama bersama Guardian Malaysia! Guardian juga menampilkan 24 'Muka Baru' yang berada di stor mereka! Jenama-jenama baharu dan eksklusif ini merangkumi pelbagai segmen produk termasuk penjagaan kulit, penjagaan rambut, kesihatan dan kecantikan


Gaya Squad Guardian turut diberi tugasan untuk melakukan aktiviti yang melibatkan 5 deria seperti Rasa, Sentuh, Dengar, Lihat & Bau untuk produk produk yang diperkenalkan pada event tersebut...

Antara jenama yang diperkenalkan dari :
Guardian, Chriszen, Toujours Advanced, Swisse, Nature’s Way, 
CANMAKE, LaF Malaysia, Meishoku, Summerie, KUNDAL, She Moisture..


Jadi bamziaf ada berita gembira utk korang , sempena dgn Ulang Tahun ke 55 Guardian akan ada diskaun 55% utk 1000 Produk pada belian item kedua! Banyak lagi promosi korang boleh enjoy sehingga 30 Oct tau! Jadi jgn lupa visit stor Guardian Malaysia skrg!






FRforTravel - Beriadah di "ONSEN" ala ala di Jepun
Keunikan terbaru di Cholo Cholo Hotspring 


Hi Guys! Jika korang pergi Jepun pastinya korang selalu dengar yang mereka suka pergi ke "ONSEN" , yeahh Kolam Air Panas tapi korang jgn risau sebab bamziaf dah jumpa similiar ala ala Onsen 
di Malaysia  iaitu di Cholo Cholo Hotspring & Chalet

Tempat ini terletak di daerah Hulu Selangor! 
Korang tahu tak Kolam Air Panas ini sudah menjadi kegemaran penduduk tempatan yang tahu kebaikan dalam membantu memulihkan penyakit kulit & badan terutamanya..

Private Pool
Bamziaf suka dkt Cholo Cholo nih ada Private Pool tau, di mana korang boleh beriadah bersama family & friend lebih privacy sikit... Ada normal water juga jd if kids tak suka air panas pun boleh enjoy!

  

M Pool
Maximum 6 persons
Private Bathroom with Shower
1 hour: RM60 / 2 hours: RM120 /3 hours: RM150

D Pool 
Maximum 6 persons
Private Bathroom with Shower
1 hour: RM60 / 2 hours: RM120 / 3 hours: RM150

Pool Lama
Maximum 15 persons
Private Bathroom with Shower
Depth 2.5 feet
1 hour: RM80 / 2 hours: RM160 / 3 hours: RM200

Pool Baru
Maximum 10 persons
Private Bathroom with Shower
Depth 3 feet
1 hour: RM80 / 2 hours: RM160 / 3 hours: RM200

Pool Kolam Ikan
Maximum 20 persons
Private Bathroom with Shower
Depth 3 feet
1 hour: RM120 / 2 hours: RM240 / 3 hours: RM300

Pool BBQ
Maximum 20 persons
Private Bathroom with Shower
Depth 3 feet
1 hour: RM120 / 2 hours: RM240 / 3 hours: RM300
+ Upgradable Portable BBQ set (FREE Charcoal 1 pack) for 3 hours slot only at RM50


Public Pool
  

Korang yang mana datang boleh juga enjoy di Public Pool juga di mana korang tak perlu book boleh ja walk in... Boleh enjoy kolam air panas & normal water juga... 
Changing Room juga di sediakan utk korang!
Rate Price
Adult (13 years & above) – RM10
Children (12 years & below) – RM5

Normal Pool*
Weekdays (Mon – Fri) from 10am to 7pm
Weekend (Sat – Sun) from 10am to 10pm
Hotspring Pool*
All Day from 8am to 10pm

*Maximum soak hours: 4 hours

Korang juga boleh add on Gazebo
First come first serve basis. Reserve at counter for RM10, and deposit RM10 refundable upon exit.

Jgn risau ada restoran di sini so if lapar nnt boleh makan makan juga...

Thanks @tourismmalaysiacentral for this experienced!


Alamat: Hulu Tamu Hot Springs, Hulu Tamu, Selangor
Telefon: 019-8041324
Pegawai dihubungi: Puan Haflizawati
Waktu Operasi: 9:00am – 5:00pm (Jumaat – Rabu/Tutup: Khamis)