FRforSharing | Resipi Mi MAGGI ® Paling Viral - SAH Malaysia!

FRforSharing | Resipi Mi MAGGI ® Paling Viral - SAH Malaysia!
In collaboration with PRESMA, PRIMAS, Celebrities & Food Influencers



Hi guys! Pastinya jika kita sebut Mi segera hanya satu nama kita akan ingat, iaitu MAGGI® !
Mi MAGGI® yang menjadi kegemaran kita rakyat Malaysia sejak dari dulu lagi tau...
Mi MAGGI ® meraikan ulangtahun yang ke 51 & juga kempen MAGGI® SAH Malaysia! yang meraikan penganjuran yg ke 3! Pada tahun ini tema "Duniaku Bersama MAGGI®" di angkat!

 

Bamziaf berkesempatan hadir di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) bagi meraikan Ulangtahun MAGGI® & juga Grand Finale utk cabaran Resipi Kreaktifku & Cabaran Resipiku Duniaku yang membariskan finalis bagi merebut gelaran Juara

Kempen MAGGI® SAH Malaysia! yang bertemakan Kembara DuniaKu Bersama MAGGI® adalah untuk meraikan keenakan dan warisan masakan MAGGI® yang dicipta di rumah serta di kedai-kedai makan. Kempen ini memberi pengiktirafan kepada kreativiti masakan di warung, gerai makan dan trak makanan di seluruh negara yang menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia.
kata Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad

   

Bamziaf suka di majlis ini, sebab MAGGI® membawakan restoran yang hebat untuk menyajikan resipi Mi MAGGI® mereka yang viral & terbaik! 
Bamziaf berkesempatan cuba masakan di Pok Li Mee Celup, Restoran Ali Maju, Restoran Buharry & banyak lagi Restoran yang pastinya SAH Malaysia!

Majlis ini juga turut memperkenalkan travelog SAH Malaysia!, Kembara DuniaKu MAGGI®, 
yang dihoskan oleh Duta MAGGI® Sheila Rusly
Duta MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman dan 
Duta MAGGI® Pedas Giler MK K-Clique
MAGGI® !Mereka telah menjejaki 12 buah warung dan kedai makan di seluruh negara untuk memperkenalkan resipi MAGGI® viral mereka. 
Majlis ini juga menghadiahkan Para pengusaha makanan ini dengan plak MAGGI® SAH Malaysia! sebagai pengiktirafan untuk hidangan MAGGI® istimewa mereka

Resipi-resipi viral ini kemudiannya memberi ilham kepada para pengusaha makanan yang lain 
untuk menghantar resipi kreatif MAGGI® masing-masing 
untuk cabaran Resipi KreaktifKu secara dalam talian. 
8 orang finalis yang bertanding hari ini untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

Pemenang ResipiKu KreatifKu:

 Ying Ying Café, MAGGI® Tomyam Seafood
Ganesh Curry House, MAGGI® Udang Ori
Chiffonade, Wattan MAGGI®


Pemenang ResipiKu DuniaKu:

Asmahani Mohamed, Botok Botok MAGGI®
Faradilla Eamy Jaar, Sotong Sumbat Bakar MAGGI® Kuah Percik Bersambal
Norsalina Jalaludin, Manok Pansoh MAGGI®


Pada majlis hari ini Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India, Malaysia (PRIMAS) telah mendapat plak penghargaan sebagai pengiktirafan sumbangan dan usaha kedua-dua persatuan ini dalam mengawal selia 
dan menggiatkan semula perniagaan pengusaha makanan di Malaysia. 
Penghargaan ini juga turut diberikan untuk mengiktiraf sokongan yang diberikan oleh 
ahli mereka yang terdiri daripada lebih 4,500 dan 1,500 vendor masing-masing 
di PRESMA dan PRIMAS terhadap MAGGI®.

Puan Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestle (Malaysia) Berhad mengakui bahawa pengusaha makanan di Malaysia telah setia bersama MAGGI® sejak sekian lama, begitu juga dengan para pengguna kami, merangkumi segenap lapisan masyarakat yang terus menikmati detik-detik memori manis MAGGI® mereka sambil mewujudkan hubungan mesra bersama planggan kami. MAGGI® SAH Malaysia! adalah satu perayaan untuk menghargai hubungan MAGGI® bersama rakyat Malaysia yang sudah lama terjalin.
“Selaras dengan semangat “Anda dan MAGGI®, Sajikan Kelainan”, kami berhasrat untuk memberi inspirasi dan menggalakkan rakyat Malaysia membuat perubahan melalui masakan - sama ada untuk diri mereka sendiri, untuk orang tersayang di rumah atau untuk mengekalkan perniagaan makanan mereka melalui penciptaan dan detik-detik penemuan hidangan MAGGI® yang dapat menarik perhatian pelanggan,” tambah Geetha.


Jadi pastinya MAGGI® telah meninggalkan impak yang positif & baik kepada seluruh Rakyat Malaysia & pastinya terlalu banyak memori indah kita bersama MAGGI®
Untuk info lanjut korang boleh check out kempen MAGGI® SAH Malaysia!,

MAGGI® SAH Malaysia!






Post a Comment

0 Comments