FRforSharing - Konsert Percuma di Absolut Music Festival
dengan Kerjasama ELFBAR Malaysia

Hi guys! Tahu tak Absolut Food Festival yang sangat fenomena kini kembali dengan tarikan terbaru mereka, Absolut Music Festival yang bakal menyajikan konsert secara PERCUMA
dgn kerjasama jenama ELFBAR selaku Penaja Rasmi. Acara ini akan berlangsung selama 3 hari

Festival kali ini berkonsepkan sebuah konsert secara terbuka bersama dgn festival makanan & ia juga bertemakan "Outdoor Concept"... Syarikat Absolut Events & Management Sdn Bhd memilih Bandar Malaysia sebagai lokasi untuk penganjuran kali ini di atas faktor cuaca yang tidak menentu,
jadi di sini lebih banyak kawasan yang berbumbung
Absolut Music Festival akan menjadi antara yang pertama menganjurkan konsert yang berprestij ini di lokasi Bandar Malaysia ini! Konsert ini bakal membawa seramai 18 penyanyi terkenal tanah air & bakat baru antaranya kumpulan SEARCH , Alleycats, Joe Flizzow, Andi Bernadee,
Akim & The Majistret, Aman Ra, Floor 88, Faizal Tahir, Bunkface, Elizabeth Tan,
DOLLA , Janna Nick, Ayda Jebat, Kugiran Masdo , Kidd Santhe , Projector Band , ForceParkBois & Insomniacks serta juga bakal memperkenalkan dua kumpulan wanita terbaharu
iaitu The Gadys dan The Sara Sisters.
Absolut Music Festival bakal membawakan konsep yang berbeza antara Retro Night, Pop&Girl Group dan Pop Rock&HipHop.. Jadi korang kena make sure datang 3 malam berturut turut tau
Festival Makanan pulak membawakan seramai 110 peniaga kecil yang
terdiri daripada para peniaga makanan, minuman, pakaian,kosmetik dan sebagainya...
Terdapat juga kehadiran 50 penggiat media sosial & 50 para penggiat dari industri lakonan seperti
Aedy Ashraf, Meerqeen, Anna Jobling, Uqasha Senrose, Emma Maembong, Hannah Delisha dan ramai lagi yang bakal memeriahkan suasana acara ini kelak.
Absolut Music Festival ini bakal berlangsung di Bandar Malaysia, Sungai Besi, KL
selama 3 hari bermula dari 4 Nov hingga 6 Nov 2022!
Penganjuran ini turut mendapat sokongan Tourism Malaysia dan Cuti-Cuti Malaysia.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang & meriahkan festival ini!
0 Comments