Saturday, 28 August 2021

#FRforReview - AFY Haniff - Teman Suri Rumah

#FRforReview - AFY Haniff - Teman Suri Rumah


Hi korang! 
Mesti kita nak rumah kita sentiasa berbau harum & segar kan.. Korang tahu tak kadang2 bau hapak atau kurang senang juga boleh datang dari pakaian kita, kain lap kita mahupun karpet sekalipun... Jadi untuk solusi bamziaf skrg guna D'menc® Fabric Freshener dari @afyhaniff ..
D'menc® Fabric Freshener ini mampu untuk menghilangkan hampir 99.9% bakteria yang menyebabkan bau busuk .. Produk ini dia menggunakan teknologi "malodour counteractant" untuk segarkan semula kain kita... Paling best aroma wangi dia tahan lama 
plus satu rumah korang akan bau wangi ja sepanjang masa...


D'menc® Fabric Freshener ini ada 4 jenis bau Lavender, Vanilla, Strawberry & bamziaf punya terpaling favorite bau Lemon Tree... Korang jgn risau harga dia sangat affordable tau... Korang boleh dapatkan di Shopee skrg, link https://shp.ee/6awqshz ...




Korang juga boleh visit https://afyhaniff.com/shop/ 
untuk dapatkan rangkaian produk mereka yang lain..


#afyhaniff #selamatdansemulajadi
#afyhanifffabricfreshener #d'mencafyhaniff #fabricspray # fabriccare

Thursday, 19 August 2021

#FRforSharing - Sharing bersama YEG Academy & Tun M

#FRforSharing - Sharing bersama YEG Academy & Tun M

90% GRADUAN KESAL DENGAN JURUSAN DIPILIH :
KUPASAN EKSKLUSIF BERSAMA TUN MAHATHIR
DI PLATFORM YEG ACADEMY





Kuala Lumpur, 19 Ogos 2021 - Platform pendidikan dan kerjaya atas talian , Your Education Guidance Academy (YEG) berbesar hati apabila mantan Perdana Menteri ke - 7, Tun Dr Mahathir Mohamad atau lebih mesra disapa sebagai Tun M sudi untuk meluangkan masa berkongsi pengalaman beliau bersama warganet khususnya pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Menerusi program kemuncak ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ yang bakal berlangsung pada 22 Ogos 2021, Tun M akan bersembang santai bersama hos, Tengku Izwan Fareed mengenai topik ‘Revolusi Pendidikan Tinggi Supaya Relevan Dengan Pasaran Kerja’ di semua platform media sosial YEG Academy dan negarawan itu bermula jam 10.30 pagi. Asbab hasil tinjauan mendapati 90% pelajar yang menyambung pengajian di IPT menyesal dengan jurusan yang mereka pilih, pihak YEG Academy turut berharap agar Tun M yang pernah diberi mandat sebagai Menteri Pendidikan suatu ketika dahulu dapat berkongsi pendapat beliau bersama warganet kelak.

Sebelum itu, usahawan dan penyanyi rap terkenal, Caprice akan terlebih dahulu membuka tirai pagi dengan turut berkongsi pengalamannya dalam mengejar cita-cita.

Menariknya mengenai ‘bootcamp’ anjuran YEG Academy, ia bukan sahaja berlangsung secara atas talian malah turut menampilkan ramai personaliti dan selebriti-selebriti terkenal tanah air yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti MK K-Clique, Caprice, Ernie Zakri, Wani Kayrie, Faiz Dickie, Pencetus Ummah (PU) Amin serta ramai lagi. Dalam masa yang sama , YEG Academy sekaligus menjadi platform pendidikan dan kerjaya atas talian pertama di Malaysia yang menjayakan program seumpama ini.

Mula berlangsung pada 2 Ogos lalu, mereka yang telah menonton siaran langsung ini rata-rata memberikan maklum balas yang sangat positif. Antaranya mereka dapat membuat pilihan jurusan yang lebih tepat, mengenali potensi diri, mengetahui kehendak industri serta banyak lagi.

Menurut pengarah YEG Academy, Encik Hasan bin Ithnin dan Encik Azizulhakim bin Suhaimi tujuan mereka adakan program ini adalah kerana ingin membantu pelajar sekolah dan universiti di luar sana memilih kerjaya yang tepat dengan keperluan industri kini dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kadar pengangguran negara.

“Tujuan kami menganjurkan ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ kerana ingin membantu golongan muda lepasan SPM berusia 17 hingga 19 tahun atau mereka yang berminat, membuat pilihan tepat dalam pemilihan institusi pendidikan tinggi. Untuk rekod, dalam tempoh tiga tahun bermula dari tahun 2018 sehingga 2020, seramai 4000 golongan muda telah dibantu oleh YEG Academy untuk menyambung pelajaran dan membina kerjaya” jelas Hasan

Mengambil faktor situasi kini, YEG Academy juga telah mengadakan sesi siaran langsung ‘virtual’ ini secara percuma di laman Instagram yang mana nilai sebenar bagi penyertaan ini adalah sebanyak RM1999 seorang. Ditambah pula program ini turut mendapat sokongan daripada Tabung Haji, Latihan Industri Bergaji Penuh (LIBP), Innovative School of Management (ISM) dan Aviation Career Malaysia.

“ Kami sedia maklum akan keadaan negara sekarang yang berhadapan dengan pandemik COVID-19 sejak setahun yang lalu menyebabkan ramai golongan muda mengeluh tiada rujukan tambahan mengenai hala tuju mereka selepas SPM

“Jadi, YEG Academy telah memutuskan untuk mengadakan sesi perkongsian idea dan pandangan buat julung kalinya bersama figura-figura terkenal tanah air secara percuma. Ini adalah peluang keemasan untuk mereka sertai sesi ini kerana pada dasarnya mereka perlu membayar sebanyak RM 1999 bagi sesi selama 21 hari namun kali ini ia adalah percuma” tambah Azizulhakim

Faktor penceramah jemputan yang terdiri daripada personaliti dan selebriti terkenal tanah air pula adalah kerana YEG Academy ingin mempelawa mereka berkongsi pengalaman terdahulu sebelum terkenal dan berjaya di dalam bidang masing-masing.

“Kami melihat mereka bukan sahaja kerana terkenal atau dikenali sebagai selebriti semata-mata. Namun, kerana pencapaian yang telah dikecapi sebelum ini membuatkan kami terpanggil untuk mempelawa mereka berkongsi pengalaman. Sebagai contoh, Wani Kayrie telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM dan Faiz Dickie pula pernah bergelar sebagai pensyarah”

“Dengan kredibilti mereka sebagai figura terkenal, kami percaya dapat memberi inspirasi kepada golongan muda yang menonton sesi bicara ini. Tidak dilupakan, Tun M yang sememangnya dikenali dunia sebagai salah seorang pemimpin yang disegani. Sudah pasti, banyak perkongsian yang akan dibuat oleh negarawan ini apatah lagi penonton boleh bertanyakan soalan ketika siaran langsung itu dibuat kelak” ujar Hasan lagiUntuk menyertai program YEG Academy, layari pautan http://yegmy.com/bootcamp/ hari ini. Ikuti perkembangan terkini menerusi laman media sosial Facebook @youreducationguidance, Instagram @yegacademy.official atau YouTube @YEGAcademy .

Saturday, 14 August 2021

#FRforSharing - Sambut Hari Merdeka bersama realme Malaysia

 #FRforSharing - Sambut Hari Merdeka bersama 

realme Malaysia


Hi korang! Pastinya bulan kemerdekaan ini merupakan bulan yang kita banggakan & raikan kerna Malaysia mencapai kebebasan pada bulan ini, selaras dengan itu juga pihak realme Malaysia juga turut sama memberi kita kebebasan untuk membeli dengan mengadakan "Merdeka Day Promotion'

Promosi ini juga sebagai tanda penghargaan kepada semua pengguna serta peminat realme Malaysia yang telah banyak memberi sokongan yang padu menjadikan brand realme antara yang terbaik di pasaran sekarang

Merdeka Day Promotion ini bermula dari 14 Ogos sehingga 19 September 2021 yang menjanjikan exclusive rebates serta korang boleh dapat complimentary free gifts bernilai hingga RM199 ..

Product Availability

Product

Promotion

realme 8 Pro

RRP: RM1,299

  • Available offline at all realme authorized stores

  • Free Gift: realme Black & Yellow Backpack

realme 8 5G

RRP: RM899

  • Available offline at all realme authorized stores

  • Free Gift: Mini Juice Blender

realme C21 

RRP: RM459




  • Available offline at all realme authorized stores

  • Free Gift: realme Canvas Bag

realme C21Y

RRP: RM549

realme C15

RRP: RM499

realme C11 2021

RRP: RM399


Hadiah terhad, selagi stok masih ada tau.. Jadikan jangan tunggu lama lama lagi.. 
Visit realme Authorized stores atau follow Facebook page & Instagram di @realmemalaysia.

Tuesday, 10 August 2021

#FRforSharing - Bayu Sutera, The Living Essence of A Premium Address

 #FRforSharing - Bayu Sutera, 

The Living Essence of A Premium Address

Hartanah terbaru bakal di lancarkan di Bandar Sri Sendayan


Hai korang... Bandar Sri Sendayan pastinya kini menjadikan tarikan mahupun tumpuan bagi yang menginginkan kehidupan lebih baik serta persekitaran yang lebih moden & ekslusif ... Bandar Sri Sendayan telah menempatkan banyak hartanah yang mampu memberi korang ini adalah tempat kita panggil "HOME"

Bakal di lancarkan di bulan Ogos, 2021, Bayu Sutera merupakan hartanah yang terbaru bakal di bangunkan di Bandar Sri Sendayan oleh Matrix Concepts.. Bayu Sutera di bangunkan di kawasan Pegangan Bebas seluas 216 ekar...





Bayu Sutera menampilkan konsep Urban & Natural Luxuries pastinya membuat persekitaran lebih selesa di diami tambahan dengan reka bentuk lebih hebat serta terdapat landmarks yang menarik seperti d’Tempat Country Club and X-Park Sendayan ... 
Membuatkan kita seperti kita bercuti di resort 




Bayu Sutera terbahagi kepada 4 Precinct, di tengahnya merupakan The Breezeway, Central Park seluas 9.5 ekar yang mempunyai pelbagai kemudahan 
untuk beriadah mahupun bersukan..




Namun setiap Precinct juga mempunyai Thematic Park tersendiri juga ... Perumahan ini juga di kelilingi dengan pelbagai kemudahan seperti Nusari Biz, Sendayan Metropark, Sendayan Merchant Square & banyak lagi... Antara kemudahan lain juga seperti institusi pendidikan, business hub & lain lain lagi



Bayu Sutera di perkenalkan dengan harga yang sangat rendah, harga SPA bermula dari RM529,999 saja ... Anggaran ansuran bulanan dari RM1.9k++, dengan Low Mortgage Interest Rates... Korang boleh dapatkan rumah di Bayu Sutera dengan hanya RM1000 booking fee... Paling best korang akan dapat Complimentary d’Tempat Country Club Membership tau....



Jadi if korang mahu perumahan yang lebih moden & mewah, Bayu Sutera pastinya pilihan yang sangat tepat untuk korang...  
Apa tunggu lagi layari https://bayusutera.com/blogspot/ 
untuk info lebih lanjut mengenai projek ini