On August 29, 2024 by ZiafMihar in agensi pelancongan, arab saudi, blog, ioi city mall, kuala lumpur, love, travel, travel fair, umrah dan ziarah, visit saudi No comments
Saudi Travel Fair di IOI City Mall
Salam Korang!
Bamziaf berkesempatan untuk hadir ke Saudi Travel Fair yang berlangsung di IOI City Mall Putrajaya dari 28 Ogos hingga 1 September, sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 67!
Korang jgn lepaskan peluang untuk dapatkan pelbagai tawaran ekslusif, hadiah menarik &
peluang menjelajahi Arab Saudi
Pameran ini menawarkan peluang untuk lebih mengenali sejarah, kepelbagaian budaya dan keindahan landskap bumi Arab Saudi melalui pertunjukan secara maya dan pameran berinteraktif.
Para pengunjung juga boleh terlibat dalam acara-acara kebudayaan seperti membuat Misbaha,
melawat stesen Zamzam serta menonton persembahan hebat artis kebudayaan Arab Saudi.
Terokai keindahan Arab Saudi
Jeddah
Jeddah merupakan Pusat kebudayaan Arab Saudi, gabungan lama dan baharu yang menakjubkan. Lawati Al-Balad salah sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO sambil melihat kemeriahan Corniche, dan singgahlah ke Al Alawi dan Souk Al Baghdadiyah yang sibuk dengan
pelbagai aktiviti menyeronokkan. Imbau kembali sejarah 1,400 tahun yang lalu dengan
melangkah masuk ke Masjid Al Shafei, masjid tertua di Jeddah. Untuk rasai keenakan
makanan tempatan, nikmati sajian lazat di AlSaedei Bakery, yang berusia 200 tahun dan
terkenal dengan roti gandum penuhnya yang menyelerakan.
Untuk melalui pengalaman kontemporari, kunjungi teamLab Borderless Museum, yang terulung di Timur Tengah. Selami dunia berinteraktif dan paparan seni digital yang canggih untuk rasai pengalaman hebat, sekali dalam seumur hidup anda.
AlUla
Dengan hanya memandu selama 3 jam setengah, anda akan tiba di AlUla daerah yang kaya
dengan sejarah dan keunikan dengan lebih 200,000 tahun tinggalan warisan.
Terokai Tapak Warisan Dunia UNESCO tersebut, dan jangan lupa singgah ke Maraya;
bangunan bercermin terbesar di dunia. Kunjungi keindahan alam semula jadi Elephant Rock,
dan alami pengalaman mendebarkan menyusuri gurun safari, dan nikmati kecantikan kem padang pasir bila tiba waktu malam. Menambah tarikan AlUla, di situ juga terletaknya dua Tempat Terhebat Dunia yang tersenarai dalam majalah TIME 2024: Dar Tantora The House Hotel dan Shaaran Nature Reserve, yang menawarkan tempat tinggal serta pengalaman menakjubkan untuk sesiapa sahaja yang mengunjunginya.
Riyadh
Riyadh, ibu negara Arab Saudi yang gemilang, pusat pelancongan untuk mereka yang mencari suasana kemewahan, hiburan dan sukan. Manjakan diri anda dengan pusat beli belah terkemuka di VIA Riyadh dan anda pasti terpegun melihat pelbagai keindahan sajian yang lazat dan eklektik. Sebagai sebuah hab permainan, Riyadh wajib dikunjungi oleh peminat tegar yang gemarkan pelbagai jenis permainan. Bagi yang teruja untuk tingkatkan adrenalin mereka, terapunglah di ketinggian 300 meter dalam Sky Bridge di Kingdom Centre dan saksikan pemandangan indah yang menakjubkan.
Taif
Taif, oasis pergunungan yang dingin dan menawan, adalah tempat terbaik untuk anda yang mahukan cabaran dan ketenangan. Terkenal dengan ladang bunga ros, di Taif anda boleh mendaki,
menunggang basikal dan bermain sukan air. Nikmati aktiviti bersama keluarga seperti berpiknik
di taman Alruddaf Park, memetik strawberi, dan menjelajah susur galur sejarah Taif di Al-Shareef Museum atau kunjungi Taif Rose Factory. Dengan pelbagai tempat menarik dan
cuaca yang mendamaikan, Taif menjanjikan percutian keluarga yang sempurna.
Khaybar
Hanya dua jam ke utara Madinah, Khaybar adalah tempat bersejarah yang sungguh menarik.
Terkenal dengan sejarah Peperangan Khaybar, daerah ini padat dengan warisan budaya dan sejarah dahulu kala. Terokai tapak arkeologi dan runtuhan purba untuk menggali kisah silam di rantau ini. Oasis yang subur, dikelilingi oleh landskap yang begitu dramatik sememangnya menjanjikan ketenangan sambil mempelajari warisan tradisional dan seni ketukangan tempatan.
15 Pakej Menarik dengan Tawaran Terbaik!
Terokai 15 pakej pengalaman destinasi baharu daripada 13 agensi pelancongan Umrah dan Ziarah terkemuka Malaysia, di mana setiap satu menawarkan tawaran eksklusif untuk pengalaman menakjubkan meneroka Arab Saudi. Promosi istimewa ini termasuklah:
Ikhlas Com Travel Sdn Bhd (Ikhlas.com)
sedang memperkenalkan platform terbaharu mereka, khusus untuk
Pelancong Bebas (Free Independent Travelers-FITs), di mana mereka menyusun sendiri perjalanan mereka yang melangkaui kembara pengisian rohani. Nikmati diskaun istimewa sebanyak
RM1,067 serta dapatkan mata ganjaran 1,067 AirAsia Big Points.
Saudia memberikan tawaran beli satu tiket, dapatkan potongan 50% untuk tiket kedua.
In Saff Travel
membuka peluang untuk anda memenangi kereta, motosikal atau emas melalui cabutan bertuah
bila anda membeli sebuah pakej.
Rayhar Travel
menawarkan potongan RM500 untuk pakej kembara rohani dan ziarah ke 5 bandar Arab Saudi - Jeddah, Mekah, Taif, Madinah and AlUla.
Apple Vacations
memberikan diskaun untuk pelanggan awal sebanyak RM1,000 dan tambahan RM500
untuk setiap pelanggan.
Tabung Haji Travel Services (THTS)
menawarkan pemberian diskaun sehingga RM1,000.
Iman World
memberikan diskaun RM200 untuk pakej ke AlUla, Riyadh, dan Jeddah, termasuk
pakej F1 Jeddah baharu serta cabutan bertuah.
Pelancongan Fleksibel dengan ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’
Mengimpikan pengembaraan merentasi Arab Saudi tapi risaukan kosnya?
Jangan bimbang! Banyak agensi pelancongan di Pameran Pelancongan Saudi menawarkan
pilihan Beli Sekarang, Bayar Kemudian, supaya anda boleh merancang percutian impian anda
tanpa rasa tertekan dengan kewangan. Nikmati pelan bayaran fleksibel kami dan
jadikan angan-angan anda satu kenyataan!
Jadikan Impian Anda ke Arab Saudi Suatu Realiti
Mengunjungi Arab Saudi kini lebih mudah, lancar dan selamat.
Dengan peningkatan 28% kekerapan penerbangan daripada tahun 2023 hingga 2024,
termasuk perjalanan baharu Air Asia dari Kuala Lumpur ke Madinah, dan perjalanan baharu
Syarikat Penerbangan Malaysia dari Johor Bahru ke Madinah – penerbangan terus ke Arab Saudi
yang pertama seumpamanya, selain dari melalui pintu utama yang berpusat di Terminal 1 KLIA (KUL), menjadikan perjalanan untuk ke Arab Saudi kini lebih mudah diakses.
Inisiatif Visa semakin berkembang baik dengan program eVIsa yang kini meliputi 66 buah negara. Rakyat Malaysia boleh menggunakan peluang menggunakan 96-jam Visa Persinggahan percuma
atau pilih untuk pengesahan eVisa, yang sah sehingga 90 hari.
Visa untuk perniagaan dan ibadah Umrah turut tersedia. Untuk meningkatkan akses dan
keterhubungan, kapasiti penerbangan juga telah meningkat di seluruh Air Asia X,
Syarikat Penerbangan Malaysia, Batik Air, dan SAUDIA, dengan penerbangan terus
ke Jeddah, Madinah, Taif, dan Dammam juga kini telah tersedia.
Untuk info lanjut mengenai Visit Saudi | WEBSITE
Untuk melihat imej Destinasi menarik Arab Saudi | Lihat Sini
On August 04, 2024 by ZiafMihar in #kasijadi, anniversary, Bazaar, blog, J&T Express, kuala lumpur, logistik global, love, malaysia, pavilion bukit jalil No comments
J&T Express sambut UlangTahun Ke 6 dengan Anjur Bazaar
Lebih 10,000 rakyat Malaysia berkumpul untuk meraikan dan menyokong usahawan tempatan melalui
Kempen #KasiJadi yang dirasmikan oleh Menteri Perhubungan Malaysia
Salam Korang!
Bamziaf berksempatan untuk hadir ke acara bazar besar anjuran penyedia perkhidmatan logistik global terkemuka negara, J&T Express Malaysia sempena menyambut ulang tahun ke-6 mereka
di Piazza, Pavilion Bukit Jalil. Acara ini, sebahagian daripada kempen #KasiJadi J&T Express yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Fahmi Fadzil, Menteri Perhubungan, merupakan satu kejayaan
yang memberangsangkan dengan menarik lebih 10,000 pengunjung yang datang bersama-sama
pada platform yang meriah untuk vendor, usahawan dan orang ramai.
Acara dua hari itu merupakan sambutan yang meriah, dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, persembahan secara langsung dan peluang rangkaian yang tidak ternilai - menandakan peristiwa penting dalam perjalanan J&T Express dalam industri e-dagang dan logistik.
En. Vincent Low, Naib Presiden J&T Express Malaysia,
menyatakan bahawa acara ini mempunyai tempat yang istimewa di hati mereka, berfungsi sebagai kesempatan yang sempurna untuk mempamerkan pertumbuhan, dedikasi dan komitmen yang
tidak berbelah bagi mereka kepada masyarakat sempena ulang tahun ke-6 mereka.
“#KasiJadi melambangkan peluang yang diwujudkan melalui J&T Express Malaysia,
menyediakan platform untuk vendor dan pemain logistik untuk mendapatkan pendedahan jenama dan memaksimumkan bahagian pasaran mereka,” kata Encik Vincent pada majlis itu.
“Di J&T Express, kami menghargai akar umbi kami dan kekal komited untuk menghubungkan dunia dengan lancar melalui pendekatan berpusatkan pelanggan kami dan dedikasi kepada kecekapan. Meraikan tahun ke-6 kami dengan kempen #KasiJadi, bermula dengan bazar ini,
mempunyai makna yang istimewa untuk kami. Pencapaian ini tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan tidak berbelah bahagi daripada rakan perniagaan kami, kepercayaan pelanggan kami,
dan kerja keras serta dedikasi pasukan J&T Express.”
Berpegang kepada falsafah perkhidmatan mereka iaitu "Pantas, Boleh Dipercayai, Inovatif,"
J&T Express Malaysia terus menyediakan penyelesaian logistik yang komprehensif kepada pelanggannya, mencapai kejayaan yang luar biasa di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Pada 2022, syarikat itu melabur RM 600 juta dalam pusat logistik baharu di Bandar Rimbayu, dan secara rasmi disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong pada Oktober 2023.
Baru-baru ini, J&T Express Malaysia bekerjasama dengan UOB Malaysia dan
Fass Payment Solutions ( Fasspay) untuk menawarkan penyelesaian pembayaran tanpa sentuh
untuk pelanggan - membawa kemudahan selanjutnya di seluruh negara.
“Komitmen kami terhadap ketepatan masa terbukti dengan mencapai kadar 97% dalam petunjuk ketepatan masa kami. Berkembang secara berterusan, kapasiti operasi harian kami pada tahun 2024 telah meningkat sebanyak 103.16% tahun ke tahun, mencerminkan dedikasi kami untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang berkembang dengan keupayaan dan kebolehpercayaan yang dipertingkatkan. Ketika kami memasuki suku kewangan ketiga tahun ini,
kami menyasarkan untuk melepasi rekod ini, membolehkan kami mengekalkan komitmen kami dan meningkatkan lagi perkhidmatan kami dengan memperkenalkan penyelesaian penyampaian baharu dan menambah baik infrastruktur digital kami.”
Encik Vincent menegaskan bahawa J&T Express Malaysia kekal komited terhadap pertumbuhan dan pengembangan, sentiasa menyesuaikan diri dengan industri yang sentiasa berkembang.
Melalui inisiatif seperti #KasiJadi, J&T Express akan terus menyokong masyarakat sebagai pemain terkemuka dalam industri dan penyokong tegar keusahawanan.
“J&T Express Malaysia beroperasi dengan kecekapan dan skala yang luar biasa.
Dengan rangkaian meluas yang terdiri daripada lebih 600 cawangan yang terletak di kedudukan strategik di seluruh Malaysia, disokong oleh lebih daripada 10 mesin pengisih automatik termaju dan lebih 3,000 kenderaan, kami memastikan perkhidmatan yang cepat dan boleh dipercayai untuk memenuhi permintaan pasaran.”
Untuk maklumat lanjut mengenai J&T Express Malaysia dan kempen #KasiJadi,
sila layari https://jtexpress.my/, Facebook dan Instagram (@jtexpressmy)
Mengenai J&T Express
J&T Express ialah penyedia perkhidmatan logistik global dengan perniagaan penghantaran ekspres terkemuka di Asia Tenggara dan China, pasaran terbesar dan paling pesat berkembang di dunia. Ditubuhkan pada 2015, rangkaian J&T Express merangkumi tiga belas negara, termasuk Indonesia, Vietnam, Malaysia, Filipina, Thailand, Kemboja, Singapura, China, Arab Saudi, UAE, Mexico, Brazil dan Mesir. Berpegang kepada misi "berorientasikan pelanggan dan berasaskan kecekapan",
J&T Express komited untuk menyediakan pelanggan dengan penyelesaian logistik bersepadu
melalui infrastruktur pintar dan rangkaian logistik digital, sebagai sebahagian daripada
strategi globalnya untuk menghubungkan dunia dengan kecekapan yang lebih tinggi dan
membawa faedah logistik. kepada semua.
On August 02, 2024 by ZiafMihar in beli & menang, blog, contest, electrical, kuala lumpur, Lexus ES250, love, sales & services, showroom, toshiba, TSS No comments
Toshiba Sales & Services Naik Taraf Bilik Pameran Terkini Beserta Pengumuman Kempen Beyond Details Beli & Menang Terbaru
Pemenang Kempen Hari Raya yang telah tamat baru-baru ini diberikan Jongkong Emas
Salam korang!
Toshiba Sales & Services Sdn. Bhd. (“TSS”) sangat teruja untuk mengumumkan pelancaran
Kempen Beyond Details Beli & Menang yang dinanti-nantikan, serentak dengan pelancaran
besar bilik pamerannya yang baru diubah suai. Dengan pelaburan RM500,000,
naik taraf bilik pameran itu mempamerkan dedikasi TSS untuk menyediakan pengalaman
pelanggan yang tinggi dengan kemudahan terkini.
Pada majlis itu, Toshiba mengumumkan kempen terbaharunya, Beyond Details Beli & Menang
dari 1 Ogos 2024 hingga 15 Januari 2025, dimana pemenang berpeluang untuk memenangi
Lexus ES250 Premium bernilai RM350,000 hanya dengan membeli produk Toshiba.
Pengurus Besar TSS, En. Desmond Chong berkata,
“Kempen Beyond Details Beli & Menang kami adalah peluang yang mendebarkan untuk kami memberi kembali kepada pelanggan yang luar biasa yang telah menyokong kami selama ini. TSS sangat teruja untuk menawarkan mereka peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat sebagai tanda penghargaan kami yang tulus di atas kesetiaan dan kempen ini adalah cara untuk menunjukkan rasa terima kasih kami”.
“Pelaburan RM500,000 dalam menaik taraf bilik pameran TSS adalah bukti dedikasi untuk meningkatkan pengalaman pelanggan di Malaysia. Kami mahu pelanggan kami merasai produk berkualiti tinggi Toshiba dari saat mereka memasuki bilik pameran kami”, tambah Chong.
Bilik pameran yang baru diubah suai kini menawarkan inovasi terkini Toshiba, yang kini mempamerkan peti sejuk slot-masuk inovatif Gaya JAPANDi; mesin basuh; mesin basuh pinggan mangkuk; pemanas air; dan peralatan rumah kecil termasuk ketuhar gelombang mikro,
ketuhar pembakar roti, periuk nasi dan cerek.
“TSS kekal teguh dalam komitmennya untuk menyediakan pengalaman terbaik untuk penggunanya. Kami akan terus bekerja tanpa jemu ke arah inovasi dan kecemerlangan, memastikan produk dan perkhidmatan kami melebihi jangkaan pelanggan dan menetapkan piawaian industri baharu,”
kata Chong.
Pada hari yang sama, TSS turut melancarkan Kempen Sama-Sama Gemilang yang berlangsung
dari 1 Ogos 2024 hingga 30 September 2024. Semasa kempen ini, pengguna yang membeli barangan terpilih yang terdiri daripada peti sejuk, mesin basuh, pengering atau mesin basuh pinggan mangkuk, layak membeli pembakar roti elektrik atau pengisar pada harga RM1 menerusi tawaran
Pembelian Menerusi Pembelian (PWP).
Selain itu, TSS baru-baru ini telah menamatkan Kempen Sama-Sama Raya, Sama-Sama Gembira
di mana jongkong emas halus 999.9 bernilai RM10,000 telah disampaikan kepada seorang pemenang hadiah utama dan bar emas halus 999.9 bernilai RM1,000 hingga 10 pemenang bertuah.
Mengenai Toshiba Sales and Services Sdn. Bhd. (TSS)
Toshiba Sales and Services Sdn. Bhd. (TSS) komitmen untuk menyediakan pelanggan dengan kualiti hidup yang sepatutnya. Dengan matlamat inovasi syarikat dan usaha gigihnya untuk
meningkatkan pengalaman pengguna, TSS sentiasa menjadi pilihan utama apabila pengguna
mencari peralatan rumah dan dapur.
Pilihan peralatan rumah elektriknya yang pelbagai menggabungkan teknologi terkini dengan
reka bentuk yang lancar, untuk menjamin prestasi tinggi dan kemudahan muktamad.
TSS memastikan untuk mengeluarkan produk dengan perhatian yang mendalam terhadap perincian
dan memperhalusinya untuk memenuhi semua keperluan harian.
Untuk maklumat lanjut, lawati www.toshiba-lifestyle.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
Search
MR Charming The Face Of Healthy Beauty Guardian 2023
Popular Posts
-
OVERSEA Lancar The Moonlight Collection 2026 3 Perisa Mooncake Baharu Sempena Festival Pertengahan Musim Luruh Salam Korang! Festival Perte...
-
Lirik Lagu rollerblade | no na Lirik Lagu rollerblade | no na Ring a ding ding like a gamelan And it ain’t a big thing I’m the number one ...
Recent Posts
Categories
Sample Text
Blog Archive
Text Widget
Labels
Total Pageviews
True To Skin Ambassador 2024
Search This Blog
Music
2/youtube/grid-big






.webp)





.jpg)











