Ordered List

3/random/post-list
FedEx menerangi Menara Ikonik Malaysia,
Menara Kuala Lumpur
Raikan Milestone Anniversary


FedEx Express, anak syarikat FedEx Corp. (NYSE: FDX) dan 
salah satu syarikat pengangkutan ekspres terbesar di dunia,
Meraikan ulang tahunnya dengan menerangi Menara Kuala Lumpur, 
salah satu struktur yang tertinggi di Asia Tenggara, dalam warna rasmi FedEx 
berwarna ungu dan oren pada 17 April.


Tahun ini merupakan Ulang Tahun ke-50 FedEx di seluruh dunia dan 
Ulang Tahun ke-30 FedEx di Malaysia. 
Untuk meraikan kejayaan penting ini, FedEx menyalakan
Menara Kuala Lumpur untuk menyatakan komitmennya kepada pelanggannya dan 
rasa Terima kasihnya kerana dialu-alukan sebagai ahli masyarakat selama beberapa dekad.

FedEx memulakan operasinya pada 17 April 1973, di Memphis, Tennessee, 
dengan 389 pasukan anggota dan 14 pesawat. 
Pada malam pertama itu, FedEx menghantar 186 pakej kepada 25 bandar di seluruh Amerika Syarikat. Kini, syarikat itu menggaji hampir 530,000 pekerja seluruh dunia dan 
menghantar 16.5 juta pakej setiap hari di seluruh dunia.

Dari masa ke masa, FedEx mengembangkan perkhidmatannya untuk
memasukkan destinasi antarabangsa, FedEx telah melancarkan destinasi
perkhidmatan antarabangsa pertamanya di Asia dan Eropah pada tahun 1984.
Pada tahun 1993, FedEx memperkenalkan perkhidmatan terus kepada pelanggan di Malaysia, 
Untuk meluaskan lagi capaian dan keupayaan globalnya.
FedEx di Malaysia melancarkan perkhidmatan transpacific hari berikutnya 
untuk Pulau Pinang pada tahun 1997 dan membuka kemudahan di Batu Kawan 
untuk mengukuhkan rangkaian dan memenuhi permintaan pelanggan tempatan pada tahun 2020.


Jadi untuk peristiwa penting ini, FedEx komited untuk terus mendahului "Supply Chain Curve"
dengan memberi tumpuan kepada inovasi terbaik dalam kelasnya 
yang akan membuka jalan untuk masa hadapan.

Ahli pasukan FedEx di seluruh Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika (AMEA) termasuk
Malaysia bersama-sama dengan mereka di seluruh dunia untuk meraikan ulang tahun ke-50 FedEx 

Ahli pasukan menyokong komuniti mereka dengan berkhidmat setiap hari dengan meluangkan masa mereka dan menderma barangan kepada agensi yang memerlukan,
sama ada ia adalah untuk membaik pulih sekolah dan hospital atau 
membersihkan taman dan pantai, 
Kerja kebajikan ini merupakan antara budaya diterapkan dalam syarikat FedEx.
FedEx juga baru-baru ini mengumumkan ia telah melebihi matlamat
 untuk membantu 50 juta orang menjelang hari lahirnya yang ke-50.

About FedEx Express
FedEx Express is one of the world's largest express transportation companies,
providing fast and reliable delivery to more than 220 countries and territories. 
FedEx Express uses a global air-and-ground network to speed 
the delivery of time-sensitive shipments by a definite time and date.


Kieslect Calling Watch Ks - 
Smart Watch terbaik pada masa kini
Gabungan jam tangan Pintar dengan Reka Bentuk yang bergaya


Salam guys!
Peredaran zaman yang serba canggih sekarang ini, membuatkan permakaian Jam Tangan Pintar menjadi Trend bagi melengkapi pengayaan & aksesori terutamanya Remaja kini..
Dahulunya mungkin Jam Tangan Pintar ini hanya digunakan bagi yang aktif bersukan saja namun kini hampir kesemua orang pasti memiliki Jam Tangan Pintar pelbagai versi..


Bamziaf selalu beli smart watch tapi semua tak memenuhi citarasa & kemahuan bamziaf.. 
Selalu dapat yang tak boleh sync la, display tak smooth, cepat 'hang' la... 
Kalau sudah okay tapi reka bentuk nampak tidak bergaya & 'old school' style

Bamziaf nak share Jam Tangan Pintar yang bamziaf tengah guna sekarang 
& memenuhi kesemua citarasa bamziaf dalam memiliki Jam Tangan Pintar..


Kieslect pastinya akan buat korang Jatuh Hati padangan pertama tau!
Kalau korang nak tahu Kieslect ini sudah ada hampir 5000 retail outlets di hampir 60 Negara tau,
sejak Ia mula beroperasi dari tahun 2017 & Kieslect sudah bekerjasama dengan 
penyedia teknologi wayarles terkemuka dan syarikat terpilih lain

Bamziaf suka sebab produk Kieslect ini mempunyai pekerja hampir 600 orang di seluruh dunia, & semua produknya diperakui dengan CE, RoHS, FCC dan UKCA!
Paling penting Kieslect telah memenangi beberapa siri anugerah reka bentuk antarabangsa
seperti Red Dot Design Award, iF Design Award, and German Design Award
Sebab itu produk Kieslect ini sangat boleh dipercayai & berkualiti Tinggi tau..

Kieslect ada 2 Series Jam Tangan Pintar tau iaitu 'Fashion Smartwatch' & 'Lady Smartwatch'
Bamziaf pastinya suka 'Fashion Smartwatch' series, ia ada 3 models iaitu 
Kieslect Calling Watch Ks, Kieslect Calling Watch Kr Pro, Kieslect Calling Watch Kr

Setiap model dalam series ini di datangkan dengan 
World's 3rd 2-in-1 Core Calling Chip
ia memastikan Bluetooth Calling akan lebih stabil berbanding telefon tau

Bamziaf decide nak beli Kieslect Calling Watch Ks
Model ini dia punya bentuk Petak tu buat bamziaf suka sgt!

Antara fungsi yang bamziaf suka ada untuk Kieslect Calling Watch Ks :


1. Menggunakan aplikasi Kie OS yang sgt mudah untuk digunakan & mesra pengguna
--->Bamziaf suka aplikasi dia sangat details, mudah difahami.. 
Sync dgn telefon pun sangat cepat & mudah juga



2. 1.78" Super AMOLED Display (368*448)
---> Skrin dia sangat smooth untuk swipe.. Nampak lebih jelas tanpa ada halangan


3. Bluetooth 5.2 Connection
---> Memang bagus sebab connection tak pernah disconnect 
plus Speaker & Mic sangat jelas bila buat phone call juga tanpa ada gangguan


4. Abnormal Heart Rate Warning
---> Korang boleh set tahap Heart Rate korang supaya device akan alert if degupan jantung korang dah melepasi Tahap Maksimun yang telah di tetapkan.. Ia akan dipantau 24/7


5. Multi-Function Second Button
---> Fungsi paling best sebab mudah untuk akses ke Sports Modes then if Double Press korang akan aktifkan Voice Assistan then if korang Press beberapa Saat akan aktifkan SOS 


6. 100 Sports Modes
--->Bamziaf paling impress dgn Ks ini ada dia punya Sport Modes ada hampir 100 jenis sukan tau...
Jadi bila korang bersukan, aktifkan Sport Modes yang berkenaan Ks boleh rekod aktiviti korang termasuk Heart Rate, Calorie, Fat Burning, Masa


7. SPO2, Heart Rate, Sleep Monitoring, Breathing Training, Pressure Test and Emotion Test
--->Semenjak musim Covid, fungsi ini paling bamziaf fokuskan antaranya SP02 & Heart Rate, 
supaya kita boleh pantau keadaan kesihatan kita & berjaga jaga...


Selalunya bila Jam Tangan Pintar jarang ada fungsi seperti Breathing Training, Pressure Test & Emotion Test, jadi bagi Bamziaf ini mmg patut ada sebab kita perlukan juga untuk lakukan test ini bagi melihat keadaan kita mentally & fizikal juga terjaga


Sleep Monitoring paling penting, sebab Bamziaf selalu kurang jaga Jadual Tidur, 
jadi dengan ada rekod mcm ni Bamziaf boleh alert & pantau Masa Tidur bamziaf cukup atau tak.. 
Jgn risau if korang guna strap magnetic mmg sangat Selesa bila tidur tau


8. 3rd 2-in-1 Core Calling Chip in the World
--->Bamziaf paling kagum bila mana KieSlect punya Smart Watch ada 2-in-1 chip,
mmg sistem akan lg smooth & Battery pun kurang digunakan berbanding Dual Chip tau.. 
Jadi penggunaan Jam Pintar akan lebih efficient & tahan lebih lama...


9. IP68 Waterproof
--> Bamziaf mmg sangat pentingkan benda ni jadi bila dah cuci tangan atau hari hujan tak risau sangat if terkena air seketika & if submersion sehingga 1.5m


10. Customize watch faces
-->Bamziaf belum jumpa lagi fungsi ini dekat Jam Tangan Pintar jenama lain, selalunya bamziaf hanya boleh tukar gambar sahaja tapi layout telah Fix tapi dengan Ks korang boleh susun layout & background picture sendiri tau! Memang ini paling best!!

Fungsi-fungsi lain yang ada untuk Kieslect Calling Watch Ks :


☞ Quick Menu Access, split screen in a split second.
☞ Customizable Multi-function Shortcut Button (adjust volume)
☞ Quick Release Magnetic Strap, four ways to wear, fashionable to meet your needs.
☞ Always on Display
☞ World Clock
☞ Handy Navigation Crown Button, switch watch faces effortlessly
☞ AI Voice Assistant
☞ Music Player, high-quality sound while playing songs on your phone.
☞ Built in Games
☞ Password Protection
☞ Find Phone
☞ Camera control
☞ Drinking reminder
☞ Calculator
☞ Weather Forecast
☞ Alarms
☞ Timer
☞ Stopwatch
☞ Flashlight


Kalau korang dapatkan Jam Tangan Pintar dari Kieslect jangan risau sebab dia ada offer
One-year replacement Warranty Insurance
Jadi if ada produk rosak(kecuali Aksesori) akan ditukar dengan unit yang baru..
Jika produk rosak disebabkan faktor manusia, Kieslect berhak untuk tidak menggantikannya.

  

Jadi if korang tengah mencari Jam Tangan Pintar yang sesuai dengan korang tapi masih mahu tampil bergaya, Jam Tangan Pintar Kieslect adalah Pilihan Terbaik tau~





Kieslect Official Selling Platform:

Kieslect Lady Calling Watch Lora 
Bonus Discount RM5 voucher: KIESLORA
Kieslect Calling Watch Ks 
Bonus Discount RM10 voucher: KIESKS
"First come first serve"

Kieslect Official Social Media Platform:
Masakan Ibunda  di Oakwood Hotel & Residences KL
Menawarkan lebih dari 100 Jenis Masakan citarasa Kampung

oakwood hotel residences iftar bufet buffet ramadan  jjcm kl foodie

Salam guys! 
Bamziaf nak share Ramadan Bufet dekat Oakwood Hotel & Residences Kuala Lumpur 
yang bertemakan Masakan Ibunda bertempat di TrEat Restaurant
Semua menu disediakan oleh Exec Chef, Muhamad Zulfikar Ali bin Mahdi atau 
dikenali sebagai Chef Zul bersama crew terbaik Beliau..



Kalau korang nak tahu Ramadan Bufet di Oakwood Hotel & Residences KL 
menyajikan hampir 100 jenis hidangan tau antara yang paling famous ialah 
Lebanese Lamb Shank Kabsa ! 
oakwood hotel residences iftar bufet buffet ramadan  jjcm kl foodie
Memang sedap sg, daging yang lembut & penuh dgn rasa rempah ratus...

  

Antara menu lain yang tersedia ialah itik Salai Masak Cili Api, Rendang Daging, 
Ayam Bakar Black Pepper, Sotong Kembang Masak Petai, Ikan Masak Asam Pedas, 
Petola Masak Lemak, Ulam-ulaman, & banyak lagi

oakwood hotel residences iftar bufet buffet ramadan  jjcm kl foodie.

Jadi if korang dah jemu berbuka di rumah boleh bawa kesayangan beriftar di sini tau.. 
Harga bufet Ramadan adalah 
RM118- Dewasa
RM88- Warga Emas
RM59- kanak-kanak berumur dari 5–11tahun

  

Korang juga boleh dapatkan Lamb Shank Khabsa pada harga RM55 melalui Drive Thru! 

If nak buat booking boleh melalui :
✅ Whatsapp: +6010 9015 783
✅ General Line: +603-2720 3888

Marilah“Raya Meriah Max” di MyTOWNKL
Sebarkan Keceriaan Hari Raya 




Salam Guys!

Sambutan Hari Raya bakal tiba tak lama lagi,
Pusat membeli belah MyTOWN (MyTOWNKL) telah melancarkan
“Raya Meriah Max” 
dan pastinya mengalu-alukan pembeli untuk menikmati pengalaman membeli-belah 
yang indah itu pasti akan membawa semua orang kembali ke zaman dahulu

Hangat dan nostalgia adalah sifat utama hiasan, reka bentuk ini diilhamkan oleh
rumah kampung tradisional Melayu yang mewakili intipati sebenar musim perayaan.
Lengkap dengan kawasan persembahan tradisional atau ‘panggung’, 
hiasannya mempunyai ciri yang rumit butiran seperti panel kayu tradisional, 
digabungkan dengan elemen moden garisan bersih, tebal, warna, dan bentuk kontemporari; 
dilengkapi dengan kain batik yang menarik perhatian, 
digantung dari atas bumbung di seluruh Central Town.

Menurut Mohd Azhan Che Mat, Pengurus Besar MyTOWN Shopping Centre, 
“Ia merupakan tahun yang sangat baik bagi kami kerana telah mendapat 
peningkatan sebanyak 175% dalam pertumbuhan jualan tahun ke tahun. "

Untuk memeriahkan lagi sambutan itu, MyTOWNKL dan IKANO Centers 
telah mengeluarkan "Raya Meriah Max", 
Video Promosi yang menyerlahkan mesej kegembiraan perayaan dimana dapat
menyatukan orang ramai dan sekaligus dapat mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Suasana yang dipenuhi dengan gelak tawa, muzik, dan aroma makanan yang lazat, 
serta pastinya mewujudkan suasana kegembiraan yang asli dan bahagia.


Bermula dari 31 Mac hingga 1 Mei 2023, 
pembeli dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam pelbagai Aktiviti raya &
Mereka pastinya terpukau dengan persembahan istimewa semasa 
membeli-belah atau menjamu selera di MyTOWNKL. 
Mereka juga akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan & bengkel
yang ditempatkan di pelbagai lokasi dalam Mall. 
Sila rujuk jadual di bawah untuk rujukan:


Bagi menyemarakkan lagi suasana perayaan, pembeli digalakkan untuk 
meneroka sudut foto jeti ‘kampung’ tiga dimensi untuk merakamkan momen bersama orang tersayang.
MyTOWNKL juga menghidupkan semula tradisi menghantar poskad buatan tempatan - secara kreatif
digambarkan oleh Artbysong, lengkapkan dengan mesej peribadi yang tulus oleh pengirim yang
membawa nilai sentimental untuk tahun-tahun akan datang. 
Oleh itu, Satu pejabat pos dengan peti mel retro
dicipta semula untuk kemudahan pembeli menyampaikan ucapan perayaan mereka – 
satu kebanggaan kerjasama dengan Pos Malaysia. 

Pelbagai jenis barangan Raya yang menarik & eksklusif  seperti koleksi tudung ‘batik’ dan 
fesyen yang cantik & moden boleh didapati di Bazar Aidilfitri 
seperti yang disenaraikan di bawah:


Pembeli juga akan mendapat ganjaran dengan item penebusan eksklusif apabila 
mereka membeli-belah semasa tempoh perayaan ini. 
Item premium termasuk beg bahu serba boleh berjenama MyTOWNKL, 
bersama-sama dengan poskad berseni, dan paket Raya edisi terhad boleh didapati sebagai penebusan. 

Untuk lebih maklumat, sila layari https://mytownkl.com.my.


Untuk meneruskan sambutan yang meriah, 
MyTOWNKL bekerjasama dengan komposer tempatan yang berbakat -
Zimi Sofaz dan Kamarul Arifin Baharun, dan artis Shiha Zikir 
dalam menghasilkan Lagu Raya yang sedang trending.Jadi korang yang aktif di Tiktok boleh sertai Cabaran Tiktok dance dengan menggunakan lagu Raya ini. 


Untuk maklumat lanjut korang boleh check out platform digital MyTOWNKL 
untuk kemas kini terkini melalui:


About MyTOWN Shopping Centre
 MyTOWN Shopping Centre is a super-regional shopping centre for friends and family on the fringes of the Central Business District of Kuala Lumpur. The shopping centre is a one-stop destination for shopping, dining, and entertainment. Anchored by IKEA, MyTOWN Shopping Centre is set to deliver a fantastic customer experience with a vibrant mix of retailers. It is one of five shopping centres under the portfolio of Ikano Centres, part of IKEA Southeast Asia. MyTOWN Shopping Centre is developed jointly by Boustead Holdings Berhad and Ikano Pte. Ltd. For more information, 
log on to mytownkl.com.my. 

About The Boustead Group
Since its inception as a modest trading entity more than 180 years ago, the Boustead Group has grown by leaps and bounds to comprise more than 90 subsidiaries, associate companies and joint ventures, and has substantial interests in various sectors of the Malaysian economy. The Boustead Group's operations are focused in six key areas: plantation, heavy industries, property, finance & investment, trading & industrial and pharmaceutical. URL: https://www.boustead.com.my.

About IKEA Southeast Asia 
Our portfolio of shopping centres are the hearts and hubs of our communities, creating a better everyday life for the 100 million visitors who visit us every year. Together with our IKEA stores, we create meeting places for friends and families to have a safe and fun day out. We also develop land and invest in residential, office and other types of real estate to create vibrant destinations where people can live, work and play. With strong ambitions to grow our portfolio, we currently operate five meeting places in Malaysia and Thailand including IPC and MyTOWNKL in Kuala Lumpur, Toppen in Johor Bahru, the first phase of a shopping centre in Batu Kawan, Penang, and Megabangna in Bangkok. We are part of Ikano Retail, the only IKEA franchisee in the world owned by the Kamprad family that founded IKEA. To learn more, visit our Ikano Centres WEBSITE or LINKEDIN page.

Desa Nelayan kini di Suria KLCC sempena sambutan Hari Raya
Kembalikan Nostalgia Aidilfitri selama Sebulan


Salam Guys!
Bayangkan keseluruhan Rumah Kampung di bawa ke Centre Court Suria KLCC 
sempena sambutan Hari Raya pada tahun ini! 
Pastinya mengamitkan kenangan mahu Pulang ke kampung halaman sendiri..


Rangkaian Kumpulan Suria KLCC melancarkan sambutan
kempen Hari Raya yang bakal membawa pengunjung mengimbau suasana perayaan
berinspirasikan suasana perkampungan nelayan di pantai timur untuk tahun ini.
Kempen Hari Raya Suria KLCC akan berlangsung mulai 24 Mac sehingga 1 Mei 2023 
berikutan dari sambutan Hari Raya yang jatuh pada 22 dan 23 April 2023.


Dekorasi tahun ini disesuaikan untuk memberikan para pengunjung cetusan detik kenangan silam
selain dari menghadirkan rasa syukur dengan keindahan bersederhana 
yang dapat dirasai melalui kehidupan di kampung nelayan.
Reka bentuk “Rumah Kampung” tradisional bakal menjadi titik tumpuan di laman “Centre Court”
yang mana merupakan pusat perayaan di Suria KLCC. 

Keunikan pelbagai dekorasi bakal mengundang memori indah di suasana kampung 
yang hadir dengan tata landskap jendela yang gah serta 
atmosfera kampung yang ditemani dengan kewujudan replika pokok kelapa.


Aktiviti interaktif “Wayang Kulit” bakal memberikan para pengunjung pengalaman langsung 
dalam mengendalikan wayang kulit disebalik tabir. 
Melalui pengalaman ini, pengunjung berpeluang untuk menyingkap pengalaman bercerita 
melalui seni penceritaan tradisional masyarakat Melayu.

 
Pengunjung juga berkesempatan untuk meluangkan masa melaui aktiviti interaktif lain 
seperti permainan tradisional kanak-kanak iaitu 
teng teng, permainan gasing dan juga congkak yang juga boleh didapati di laman “Centre Court”.





Alunan muzik lebaran yang akan dilayarkan di sekitar perkarangan pusat membeli belah 
bagi menaikkan suasana sambutan Hari Raya. Di samping itu, para pengunjung juga turut berpeluang
untuk menari bersama-sama melalui persembahan tarian tradisional yang akan di persembahkan
di laman “Centre Court” dan “Ramlee Mall” sepanjang tempoh kempen perayaan.

 

Sebuah kiosk foto akan disediakan untuk para pengunjung mengambil gambar bersama yang
tersayang. Pengunjung yang bergambar akan menerima cetakan gambar percuma berserta
salinan digital bagi mengabadikan detik bermakna semasa membeli-belah di Suria KLCC.

Replika pelita terbesar di Malaysia yang berukuran setinggi 50 kaki 
bakal membuat penampilan sekali lagi di laman “Esplanade KLCC”. 
Replika pelita yang gah ini berjaya menempa nama di dalam Malaysia Book of Records 
pada tahun 2022 sebagai replika pelita terbesar dan tertinggi di Malaysia.

“Sebagai destinasi utama dan terkemuka untuk membeli-belah di Kuala Lumpur, 
kempen ini merupakan pendekatan kami untuk membawa tradisi dan 
norma masyarakat Melayu untuk dipertontonkan buat pengunjung Suria KLCC 
yang majmuk dan berbilang bangsa yang bukan sahaja terdiri dalam Malaysia 
malahan dari serantau dunia pada setiap tahun setiba nya bulan Ramadhan dan Syawal."

“Melalui langkah yang menitikberatkan semangat perayaan buat para pengunjung ini, 
kami berharap agar musim sambutan Hari Raya kali ini dapat mencerminkan tanda kerukunan
terhadap warisan budaya Malaysia yang pelbagai,” 
kata Andrew Brien, 
Ketua Pegawai Esekutif dan Pengarah Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.


Pengalaman membeli-belah di Suria KLCC akan menjadi lebih istimewa dengan ganjaran dan
penjimatan yang ditawarkan pada musim Hari Raya kali ini. 
Bermula dari 30 Mac sehingga 22 April, 
para pengunjung yang berbelanja RM1,500 melalui dua resit 
daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima 
Suria KLCC e-baucar (SKLCC e-Vouchers) yang bernilai RM100 serta
satu set sampul raya eksklusif dari Suria KLCC. 
Tempoh tebusan e-Baucar tersebut akan berlangsung sepanjang tempoh kempen Hari Raya.

Bagi menyemarakkan lagi suasana perayaan, 
100 pembeli utama yang membat pembelian 
Suria KLCC e-Baucar yang bernilai RM1000 di website
semasa kempen perayaan kali ini akan 
menerima tambahan e-Baucar yang bernilai RM 100.

Sepanjang bulan Ramadhan, Pegawai Perkhidmatan Pelanggan yang 
bersedia di kaunter “Concierge” akan memberikan buah kurma 
kepada para pengunjung untuk persiapan berbuka puasa.

Melalui inisiatif Program Kesedaran Kesihatan Mental yang masih berterusan, 
Suria KLCC akan menyumbangkan hasil penjualan “Suria Ribbon Pin” 
kepada badan atau pusat pertubuhan bukan kerajaan 
yang mengendalikan gerak kerja kesihatan mental. 
Pin tersebut yang dijual di kaunter “Concierge” bernilai RM10 bagi setiap satu.



PUSAT BELI-BELAH ALAMANDA PUTRAJAYA


Bermula dari 31 Mac sehingga 21 April 2023, 
Pusat Beli-Belah Alamanda akan menganjurkan
kempen Hari Raya yang akan menampilkan tema Desa Nelayan.


Para pengunjung yang berbelanja RM700 melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih
berpeluang untuk menyertai program tebusan yang menawarkan 
set eksklusif mangkuk tingkat dan juga sampul raya Alamanda sebagai ganjaran. 
Tebusan ini terhad untuk setiap satu pembeli setiap hari, selagi stok masih ada.

Pelanggan yang berbelanja dengan nilai yang lebih besar bermula dari RM1,500 ke atas akan
menerima Baucar Beli-Belah Alamanda yang bernilai RM50 selain daripada 
set eksklusif mangkuk tingkat dan juga sampul raya Alamanda.

Para pengunjung juga akan dihiburkan melalui persembahan tarian tradisional seperti 
pencak silat, dikir barat, tarian gamelan, caklempong dan juga kompang berirama.

Dalam menyambut ketibaan Hari Raya, Pusat Beli- Belah Alamanda akan melancarkan inisiatif
menyumbang semula kepada masyarakat dengan menjemput kanak-kanak dari 
Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah untuk bersama-sama 
menyertai sesi berbuka puasa. Kanak- kanak ini akan menerima sumbangan duit raya 
selain daripada membeli-belah persalinan baju raya dan 
menonton pelbagai persembahan tradisional menarik.

Tidak ketinggalan, ahli VIKIds juga berpeluang untuk 
menyertai bengkel menghias biskut raya dan sampul hari raya di bengkel seni dan kraftangan.


MESRA MALL


Tema Desa Nelayan juga bakal membuka tirai 
di Pusat Beli-Belah Mesra Mall  yang berlokasi Kemaman, Terengganu. 
Sebuah reka bentuk perkampungan kecil yang menjadi pusat penempatan nelayan 
juga akan menjadi tema dekorasi dan  hiasan di Pusat Beli-Belah Mesra Mall. 


Suasana nostalgik ini dapat menyentuh memori dan kenangan kehidupan yang sederhana
yang lazim di sesebuah perkampung nelayan Melayu.


Para pembeli yang berbelanja RM500 melalui 3 resit melalui kedai-kedai terpilih 
berpeluang untuk menebus sebentuk ganjaran premium Hari Raya 
berserta set eksklusif mangkuk tingkat dan juga sampul raya Mesra Mall.
Pusat Beli-Belah Mesra Mall juga turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk ahli VIKIds
yang mana antaranya adalah 
pertandingan kraf yang akan diadakan pada 7 April jam 2:30 petang. 
Kanak-kanak yang berusia 7 sehingga 9 tahun berpeluang 
menyertai Pertandingan Reka Cipta Kad Ucapan, 
manakala mereka yang berusia 10 sehingga 12 tahun boleh menyertai
pertandingan Reka Bentuk Sampil Raya menggunakan kain “Felt”. 

Semua hasil kraftangan akan dipaparkan di perkarangan pusat beli-belah 
bermula dari 9 sehingga 27 April.

Kanak-kanak perempuan yang berumur 3 sehingga 10 tahun berpeluang menyertai 
pertandingan peragaan baju raya iaitu “Miss Little Raya” pada 14 April. 
Kesemua ahli yang bertanding berpeluang untuk di tata rias oleh jurusolek dari The Body Shop. 

Sementara itu, pemenang yang memperagakan baju raya terbaik akan 
membawa pulang ganjaran daripada TMC Supermarket.

Bagi kanak-kanak lelaki dari peringkat pendidikan rendah, 
mereka berpeluang untuk memperlihatkan bakat tarian mereka melalui 
pertandingan tarian pada 7 April. Pertandingan ini
terbuka untuk kumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada 5 orang ahli. 
Pemenang berpeluang memenangi hadiah menarik daripada TMC Supermarket.


Kesemua pertandingan adalah eksklusif untuk ahli VIKids.
Bagi mereka yang masih belum berkesempatan untuk menjadi ahli, 
boleh membuat pendaftaran hanya dengan beberlanja RM50 sebelum sesi pertandingan.

Pengunjung dewasa pula akan dihiburkan dengan barisan persembahan hari raya 
yang bakal berlangsung mulai 8 sehingga 15 April. 
Persembahan pencak silat akan diadakan 
pada jam 2 petang dan tarian tradisional Hari Raya pada jam 3 petang.

Tidak kurang dari itu, aktiviti tutorial memakai “shawl” dan persembahan peragaan busana akan
dipersembahkan oleh Rasa Sayang, FOS dan Siti Khadijah serta Kidz pada 7 April jam 4 petang.
Persembahan yang julung dan eksklusif ini adalah terbuka untuk kesemua pengunjung.

Bersempena dengan sambutan Nuzul Quran pada 8 April, 
Pusat Beli-Belah Mesra Mall akan mengedarkan 500 paket bubur lambuk 
yang ditaja bersama rakan niaga Pusat Beli-Belah Mesra Mall. 
Sesi edaran bubur lambuk tersebut akan di adakan bermula 
dari jam 11 pagi sehingga 5 petang.

Dalam meraikan kehadiran Ramdahan dan Hari Raya kali ini, 
pihak pengurusan Pusat Beli-Belah Mesra Mall 
dengan kerjasama badan penguatkuasa tempatan akan 
menaja program buka puasa bersama mereka yang kurang bernasib baik. 
Program buka puasa tersebut akan dihadiri oleh anak yatim dari 
Persatuan Kebajikan Al-Islam Huzai Kemaman. 
Program sumbangan semula kepada masyarakat ini membawa tema “Jalinan Mesra” 
yang akan diadakan pada 6 April bermula dari jam 5 petang sehingga 8:30 malam 
di perkarang Pusat Beli-Belah Mesra Mall.


Untuk info lanjut, sila layari:
Suria KLCC

Alamanda Putrajaya

Mesra Mall