FRforSharing | Rumah Kampung kini di Suria KLCC sempena sambutan Hari Raya

Desa Nelayan kini di Suria KLCC sempena sambutan Hari Raya
Kembalikan Nostalgia Aidilfitri selama Sebulan


Salam Guys!
Bayangkan keseluruhan Rumah Kampung di bawa ke Centre Court Suria KLCC 
sempena sambutan Hari Raya pada tahun ini! 
Pastinya mengamitkan kenangan mahu Pulang ke kampung halaman sendiri..


Rangkaian Kumpulan Suria KLCC melancarkan sambutan
kempen Hari Raya yang bakal membawa pengunjung mengimbau suasana perayaan
berinspirasikan suasana perkampungan nelayan di pantai timur untuk tahun ini.
Kempen Hari Raya Suria KLCC akan berlangsung mulai 24 Mac sehingga 1 Mei 2023 
berikutan dari sambutan Hari Raya yang jatuh pada 22 dan 23 April 2023.


Dekorasi tahun ini disesuaikan untuk memberikan para pengunjung cetusan detik kenangan silam
selain dari menghadirkan rasa syukur dengan keindahan bersederhana 
yang dapat dirasai melalui kehidupan di kampung nelayan.
Reka bentuk “Rumah Kampung” tradisional bakal menjadi titik tumpuan di laman “Centre Court”
yang mana merupakan pusat perayaan di Suria KLCC. 

Keunikan pelbagai dekorasi bakal mengundang memori indah di suasana kampung 
yang hadir dengan tata landskap jendela yang gah serta 
atmosfera kampung yang ditemani dengan kewujudan replika pokok kelapa.


Aktiviti interaktif “Wayang Kulit” bakal memberikan para pengunjung pengalaman langsung 
dalam mengendalikan wayang kulit disebalik tabir. 
Melalui pengalaman ini, pengunjung berpeluang untuk menyingkap pengalaman bercerita 
melalui seni penceritaan tradisional masyarakat Melayu.

 
Pengunjung juga berkesempatan untuk meluangkan masa melaui aktiviti interaktif lain 
seperti permainan tradisional kanak-kanak iaitu 
teng teng, permainan gasing dan juga congkak yang juga boleh didapati di laman “Centre Court”.





Alunan muzik lebaran yang akan dilayarkan di sekitar perkarangan pusat membeli belah 
bagi menaikkan suasana sambutan Hari Raya. Di samping itu, para pengunjung juga turut berpeluang
untuk menari bersama-sama melalui persembahan tarian tradisional yang akan di persembahkan
di laman “Centre Court” dan “Ramlee Mall” sepanjang tempoh kempen perayaan.

 

Sebuah kiosk foto akan disediakan untuk para pengunjung mengambil gambar bersama yang
tersayang. Pengunjung yang bergambar akan menerima cetakan gambar percuma berserta
salinan digital bagi mengabadikan detik bermakna semasa membeli-belah di Suria KLCC.

Replika pelita terbesar di Malaysia yang berukuran setinggi 50 kaki 
bakal membuat penampilan sekali lagi di laman “Esplanade KLCC”. 
Replika pelita yang gah ini berjaya menempa nama di dalam Malaysia Book of Records 
pada tahun 2022 sebagai replika pelita terbesar dan tertinggi di Malaysia.

“Sebagai destinasi utama dan terkemuka untuk membeli-belah di Kuala Lumpur, 
kempen ini merupakan pendekatan kami untuk membawa tradisi dan 
norma masyarakat Melayu untuk dipertontonkan buat pengunjung Suria KLCC 
yang majmuk dan berbilang bangsa yang bukan sahaja terdiri dalam Malaysia 
malahan dari serantau dunia pada setiap tahun setiba nya bulan Ramadhan dan Syawal."

“Melalui langkah yang menitikberatkan semangat perayaan buat para pengunjung ini, 
kami berharap agar musim sambutan Hari Raya kali ini dapat mencerminkan tanda kerukunan
terhadap warisan budaya Malaysia yang pelbagai,” 
kata Andrew Brien, 
Ketua Pegawai Esekutif dan Pengarah Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.


Pengalaman membeli-belah di Suria KLCC akan menjadi lebih istimewa dengan ganjaran dan
penjimatan yang ditawarkan pada musim Hari Raya kali ini. 
Bermula dari 30 Mac sehingga 22 April, 
para pengunjung yang berbelanja RM1,500 melalui dua resit 
daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima 
Suria KLCC e-baucar (SKLCC e-Vouchers) yang bernilai RM100 serta
satu set sampul raya eksklusif dari Suria KLCC
Tempoh tebusan e-Baucar tersebut akan berlangsung sepanjang tempoh kempen Hari Raya.

Bagi menyemarakkan lagi suasana perayaan, 
100 pembeli utama yang membat pembelian 
Suria KLCC e-Baucar yang bernilai RM1000 di website
semasa kempen perayaan kali ini akan 
menerima tambahan e-Baucar yang bernilai RM 100.

Sepanjang bulan Ramadhan, Pegawai Perkhidmatan Pelanggan yang 
bersedia di kaunter “Concierge” akan memberikan buah kurma 
kepada para pengunjung untuk persiapan berbuka puasa.

Melalui inisiatif Program Kesedaran Kesihatan Mental yang masih berterusan, 
Suria KLCC akan menyumbangkan hasil penjualan “Suria Ribbon Pin” 
kepada badan atau pusat pertubuhan bukan kerajaan 
yang mengendalikan gerak kerja kesihatan mental. 
Pin tersebut yang dijual di kaunter “Concierge” bernilai RM10 bagi setiap satu.



PUSAT BELI-BELAH ALAMANDA PUTRAJAYA


Bermula dari 31 Mac sehingga 21 April 2023, 
Pusat Beli-Belah Alamanda akan menganjurkan
kempen Hari Raya yang akan menampilkan tema Desa Nelayan.


Para pengunjung yang berbelanja RM700 melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih
berpeluang untuk menyertai program tebusan yang menawarkan 
set eksklusif mangkuk tingkat dan juga sampul raya Alamanda sebagai ganjaran. 
Tebusan ini terhad untuk setiap satu pembeli setiap hari, selagi stok masih ada.

Pelanggan yang berbelanja dengan nilai yang lebih besar bermula dari RM1,500 ke atas akan
menerima Baucar Beli-Belah Alamanda yang bernilai RM50 selain daripada 
set eksklusif mangkuk tingkat dan juga sampul raya Alamanda.

Para pengunjung juga akan dihiburkan melalui persembahan tarian tradisional seperti 
pencak silat, dikir barat, tarian gamelan, caklempong dan juga kompang berirama.

Dalam menyambut ketibaan Hari Raya, Pusat Beli- Belah Alamanda akan melancarkan inisiatif
menyumbang semula kepada masyarakat dengan menjemput kanak-kanak dari 
Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah untuk bersama-sama 
menyertai sesi berbuka puasa. Kanak- kanak ini akan menerima sumbangan duit raya 
selain daripada membeli-belah persalinan baju raya dan 
menonton pelbagai persembahan tradisional menarik.

Tidak ketinggalan, ahli VIKIds juga berpeluang untuk 
menyertai bengkel menghias biskut raya dan sampul hari raya di bengkel seni dan kraftangan.


MESRA MALL


Tema Desa Nelayan juga bakal membuka tirai 
di Pusat Beli-Belah Mesra Mall  yang berlokasi Kemaman, Terengganu. 
Sebuah reka bentuk perkampungan kecil yang menjadi pusat penempatan nelayan 
juga akan menjadi tema dekorasi dan  hiasan di Pusat Beli-Belah Mesra Mall. 


Suasana nostalgik ini dapat menyentuh memori dan kenangan kehidupan yang sederhana
yang lazim di sesebuah perkampung nelayan Melayu.


Para pembeli yang berbelanja RM500 melalui 3 resit melalui kedai-kedai terpilih 
berpeluang untuk menebus sebentuk ganjaran premium Hari Raya 
berserta set eksklusif mangkuk tingkat dan juga sampul raya Mesra Mall.
Pusat Beli-Belah Mesra Mall juga turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk ahli VIKIds
yang mana antaranya adalah 
pertandingan kraf yang akan diadakan pada 7 April jam 2:30 petang. 
Kanak-kanak yang berusia 7 sehingga 9 tahun berpeluang 
menyertai Pertandingan Reka Cipta Kad Ucapan, 
manakala mereka yang berusia 10 sehingga 12 tahun boleh menyertai
pertandingan Reka Bentuk Sampil Raya menggunakan kain “Felt”. 

Semua hasil kraftangan akan dipaparkan di perkarangan pusat beli-belah 
bermula dari 9 sehingga 27 April.

Kanak-kanak perempuan yang berumur 3 sehingga 10 tahun berpeluang menyertai 
pertandingan peragaan baju raya iaitu “Miss Little Raya” pada 14 April. 
Kesemua ahli yang bertanding berpeluang untuk di tata rias oleh jurusolek dari The Body Shop. 

Sementara itu, pemenang yang memperagakan baju raya terbaik akan 
membawa pulang ganjaran daripada TMC Supermarket.

Bagi kanak-kanak lelaki dari peringkat pendidikan rendah, 
mereka berpeluang untuk memperlihatkan bakat tarian mereka melalui 
pertandingan tarian pada 7 April. Pertandingan ini
terbuka untuk kumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada 5 orang ahli. 
Pemenang berpeluang memenangi hadiah menarik daripada TMC Supermarket.


Kesemua pertandingan adalah eksklusif untuk ahli VIKids.
Bagi mereka yang masih belum berkesempatan untuk menjadi ahli, 
boleh membuat pendaftaran hanya dengan beberlanja RM50 sebelum sesi pertandingan.

Pengunjung dewasa pula akan dihiburkan dengan barisan persembahan hari raya 
yang bakal berlangsung mulai 8 sehingga 15 April. 
Persembahan pencak silat akan diadakan 
pada jam 2 petang dan tarian tradisional Hari Raya pada jam 3 petang.

Tidak kurang dari itu, aktiviti tutorial memakai “shawl” dan persembahan peragaan busana akan
dipersembahkan oleh Rasa Sayang, FOS dan Siti Khadijah serta Kidz pada 7 April jam 4 petang.
Persembahan yang julung dan eksklusif ini adalah terbuka untuk kesemua pengunjung.

Bersempena dengan sambutan Nuzul Quran pada 8 April, 
Pusat Beli-Belah Mesra Mall akan mengedarkan 500 paket bubur lambuk 
yang ditaja bersama rakan niaga Pusat Beli-Belah Mesra Mall. 
Sesi edaran bubur lambuk tersebut akan di adakan bermula 
dari jam 11 pagi sehingga 5 petang.

Dalam meraikan kehadiran Ramdahan dan Hari Raya kali ini, 
pihak pengurusan Pusat Beli-Belah Mesra Mall 
dengan kerjasama badan penguatkuasa tempatan akan 
menaja program buka puasa bersama mereka yang kurang bernasib baik. 
Program buka puasa tersebut akan dihadiri oleh anak yatim dari 
Persatuan Kebajikan Al-Islam Huzai Kemaman. 
Program sumbangan semula kepada masyarakat ini membawa tema “Jalinan Mesra” 
yang akan diadakan pada 6 April bermula dari jam 5 petang sehingga 8:30 malam 
di perkarang Pusat Beli-Belah Mesra Mall.


Untuk info lanjut, sila layari:
Suria KLCC

Alamanda Putrajaya

Mesra Mall

Post a Comment

0 Comments