Beef wellington terbaik di Kay’s Steak & Lobster
Salam guys!
Bamziaf baru baru ini sempat visit Restoran Kay's Steak And Lobster yang terletak di Putrajaya!
Restoran yang berkonsepkan Semi Fine-Dining ini menghidangkan menu menu yang hebat terutamanya untuk Stik Daging & Udang Galah
Kay's Steak And Lobster ada 3 cawangan Restoran iaitu di Putra Heights, Ampang & Putrajaya ini!
Restoran mereka mula beroperasi pada tahun 2014
Bamziaf suka konsep Interior Design dia yang di buat oleh Syarawi Architect
pastinya buat korang rasa tenang & sgt cozy untuk menikmati hidangan tau!
Menu yang ada semuanya mengikut Citarasa Malaysia & selera Tempatan
tanpa melupakan rasa keenakan sajian asal tersebut.
Antara menu hidangan yang popular di Kay's Steak And Lobster
Lobster Thermidor, Tomahawk, Daging Wagyu & Beef Wellington yang kini menjadi menu kekal!
Bagi yang belum pernah menikmati atau belum tahu apa itu Beef Wellington.?
Beef Wellington merupakan hidangan stik (daging lembu) yang berasal dari Inggeris,
diperbuat daripada stik filet yang disaluti dengan beef bacon & juga mushroom ragout.
Kemudian dibalut dengan pastri lapis, dihidang juga bersama reduction sos.
Ia kemudiannya dibakar di dalam oven.
Reduction sos yang selalu digunakan redwine reduction tetapi di Kay's steak and lobster,
Chef Amirul mengolah reduction sos ini menggunakan Blackcurrant untuk memastikan para pelanggan Di Kay's steak and lobster boleh menikmati BW tanpa rasa ragu ragu
terutama pelanggan beragama Islam selaras dengan
konsep Kay's steak and lobster iaitu Halal steak House.
Berat sajian Beef Wellington Di Kay's steak and lobster adalah 300g.
Bamziaf sempat menikmati hidangan special, Beef wellington
Bamziaf sangat suka gabungan semua yang ada di dalam hidangan ini!
Paling penting daging dia mmg sgt fresh & lembut tau, boleh cair di mulut tau!
Antara sebahagian menu lain yang ada di Kay's Steak & Lobster |
If korang nak tahu menu atau hidangan hebat lain di Kay's Steak & Lobster
Korang boleh check sosial media & layari laman web mereka:
0 Comments