Ordered List

3/random/post-list
Lirik Lagu
Sampai Menutup Mata | Mahalini


Lirik Lagu | Sampai Menutup Mata
oleh Mahalini

[Verse 1] Embun di pagi buta Menebarkan bau asa Detik demi detik ku hitung Inikah saat ku pergi Oh tuhan ku cinta dia Berikanlah aku hidup Takkan ku sakiti dia Hukum aku bila terjadi [Chorus] Aku tak mudah untuk mencintai Aku tak mudah mengaku ku cinta Aku tak mudah mengatakan Aku jatuh cinta Senandungku hanya untuk cinta Tirakatku hanya untuk engkau Tiada dusta sumpah ku cinta Sampai ku menutup mata [Verse 2] Oh tuhan ku cinta dia Berikanlah aku hidup Takkan ku sakiti dia Hukum aku bila terjadi Oooo.. [Chorus] Aku tak mudah untuk mencintai Aku tak mudah mengaku ku cinta Aku tak mudah mengatakan Aku jatuh cinta Senandungku hanya untuk cinta Tirakatku hanya untuk engkau Tiada dusta sumpah ku cinta Sampai ku menutup mata Tiada dusta sumpah ku cinta Sampai ku menutup mata [Coda] (Oh tuhan ku cinta dia) (Oh berikanlah aku hidup) Tiada dusta sumpah ku cinta Sampai ku menutup mata


[CREDITS] Executive Producer : Lina Priscilla for HITS Records A&R : Sevri Hadis A&R Assistant : Aristides J Suwono, Rafael Yefta, Kevin Pahlevi & Mohammad Fakhri AUDIO CREDITS Performed by : Mahalini Song Written by : Melly Goeslaw Music Produced by : Dede Kumala Music Co-produced by : Owie Norky, Awi Ahsan & Braja Seta Guitars by : Dede Kumala Piano by : Owie Norky Beats by : Braja Seta Vocals Produced by : Barsena Bestandhi Vocals Recorded at Bro's Studio, Jakarta by Yusup Albantani Mixed & Mastered by : Dimas Pradipta Published by. : PT. Aquarius Pustaka Musik
RTSM Excursion Train tarikan terbaru KTMB
KTMB Perkenalkan Excursion Train, Lanjutan Kempen Railway To See Malaysia
Edisi Perak sempena Tahun Melawat Perak 2024


ktmb excursion train perak


Salam korang!
Bamziaf berkesempatan untuk experience Railway To See Malaysia (RTSM) Excursion Train
(edisi Promising Perak) yang diperkenalkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bersempena dengan sambutan Tahun Melawat Perak 2024. Inisiatif ini adalah salah satu daripada kempen RTSM
yang telah dilancarkan pada Mei tahun ini bertujuan untuk mempromosikan KTMB sebagai
penggerak utama kepada industri Rail Tourism di Malaysia dan persediaan awal KTMB untuk merancakkan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026 akan datang.


Tren berkonsep persiaran (Excursion) ini diperkenalkan bagi mempromosikan KTMB sebagai pengangkutan utama berkonsepkan tren pelancongan di Malaysia yang menyasarkan lebih ramai pelancong domestik, asia dan juga antarabangsa menggunakan perkhidmatan tren KTMB. 


APA itu RTSM Excursion Train?

Tren ini merupakan tren konvensional menggunakan lokomotif diesel yang kini tidak lagi digunakan di laluan Utara. Jadi siapa yang menaiki RTSM Excursion Train sgt istimewa.
Tren ini turut dilengkapi dengan koc Chillax, koc Café selain dari koc tempat duduk yang ditawarkan.


Terdapat 2 Koc Kelas yang di tawarkan ;
Koc Kelas Pertama: RM74 Sehala (36 tempat duduk)
Koc Kelas Kedua: RM51 Sehala (240 tempat duduk)


Jadual Perjalanan Tren 


Pada 7 September, 5 Oktober, 26 Oktober dan 9 November 2024 
untuk perjalanan pada Hari Sabtu (KL Sentral ke Taiping)

Pada 8 September, 6 Oktober, 27 Oktober dan 10 November 2024 
untuk perjalanan pada hari Ahad (Taiping ke KL Sentral). 

Antara stesen perhentian adalah Batu Gajah, Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping. Tren ini akan berlepas pada jam 8.15 pagi dari Stesen KL Sentral dan akan tiba di Stesen Taiping pada jam 1.23 tengah hari.


Lokasi Menarik untuk dilawati di Perak
Antara tempat menarik korang boleh visit di Perak seperti ke 

Tasik Cermin

Hard Rock Ipoh

Concubine Lane


Lost World of Tambun Hot Spring

Escape Ipoh

Cara membeli Tiket
Korang boleh dapatkan tiket untuk RTSM Excursion Train melalui
1.Aplikasi KTMB Mobile (KITS)
2. Laman web Rasmi KTMB

Untuk info lanjut korang boleh check out Laman Web KTMB atau Hotline KTMB di 03-97791200

 

AirAsia bersama Singapore Tourism Board melancarkan 
rekaan Pesawat Love,Singapore
Turut berkolabrasi bersama Gardens by the Bay & Mandai Wildlife Group 
untuk memacu sektor Pelancongan Serantau


Salam Korang!
Bamziaf berkesempatan ke majlis pelancaran rekaan pesawat 'Love, Singapore' oleh AirAsia dengan kerjasama Singapore Tourism Board, Gardens by the Bay dan Mandai Wildlife Group. 
Pelancaran ini adalah sebahagian daripada usaha kerjasama kempen mempromosikan sektor pelancongan Singapura bagi pengembara dari Malaysia, Thailand dan Indonesia 
sempena tempoh perjalanan akhir tahun di rantau ini.

Rekaan pesawat Airbus A320 ini memaparkan tarikan ikonik Singapura, termasuk Gardens by the Bay dan taman hidupan liar daripada Kumpulan Hidupan Liar Mandai seperti Zoo Singapura dan Bird Paradise, bersama-sama Merli yang merupakan produk jenama Singapura terkemuka yang diilhamkan oleh tugu Merlion. Rekaan ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pelancong serantau bagi menerokai pengalaman menakjubkan yang ditawarkan di Singapura.





Terrence Voon, Pengarah Eksekutif, Asia Tenggara Lembaga Pelancongan Singapura berkata: 
“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan AirAsia dan pemain industri pelancongan untuk mempromosikan Singapura di ruang udara serantau. Pelbagai acara dan pengalaman yang menarik ditawarkan kepada para pelancong untuk melawat serta mengunjungi semula Singapura pada tahun ini. Kami menggalakkan mereka untuk mengambil peluang daripada tawaran hebat yang akan dilancarkan bersama-sama rekaan pesawat ‘Love, Singapore’ ini untuk menempah percutian seterusnya ke Singapura.”


Dato’ Kapten Fareh Mazputra, Pengarah Urusan AirAsia Malaysia berkata: 
“Kami berbesar hati apabila dapat bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Singapura sempena meraikan 20 tahun operasi kami di Singapura pada tahun ini. Kami kini mengendalikan 286 penerbangan mingguan antara Singapura dan Malaysia. Laluan udara Kuala Lumpur-Singapura yang merupakan laluan paling sibuk di dunia amat penting untuk meningkatkan pelancongan serantau dan kerjasama ini adalah peluang yang tepat untuk memanfaatkan rangkaian penerbangan kami yang luas bagi memperkukuh hubungan antara negara jiran.”

Addison Goh, Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan, Gardens by the Bay berkata: 
“Gardens by the Bay berbangga untuk bekerjasama dengan AirAsia dan Lembaga Pelancongan Singapura. Sebagai taman pameran hortikultur yang baru-baru ini telah dinobatkan sebagai tarikan terbaik di Asia dan tarikan kelapan terbaik di dunia dalam Anugerah Pilihan Pengembara TripAdvisor 2024, misi utama kami adalah untuk mempromosikan kecintaan terhadap dunia tumbuhan dengan cara baharu dan kreatif menerusi pelbagai golongan dan bukan sahaja pencinta alam semula jadi. Kami juga menawarkan pelbagai tarikan lain kepada pengunjung ke Singapura dan kami berbesar hati untuk berkongsi segala usaha kami dengan para pelancong di seluruh rantau ini.”

Jean Choi, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran, Kumpulan Hidupan Liar Mandai berkata: 
“Kami berbangga untuk mempamerkan keunikan taman hidupan liar kami di ruang udara serantau dengan cara tersendiri. Kami menawarkan pelbagai pengalaman kepada pengunjung seperti interaksi secara berdekatan dengan haiwan dan acara tahunan seperti ulang tahun ke-30 Night Safari. Sebagai sebahagian daripada kempen ‘Love, Singapore’, para tetamu AirAsia yang menempah penerbangan ke Singapura boleh menikmati promosi istimewa untuk mengunjungi taman ini atau menikmati pakej ParkHopper dengan nilai hebat di mana anda boleh melawati empat taman dengan harga yang lebih rendah. Ini adalah masa yang tepat untuk melawat Singapura dan menerokai pengalaman hidupan liar yang menakjubkan.”

airasia visit singapore merlion garden by the bay wildlife


Bagi meraikan pelancaran rekaan pesawat baharu ini, AirAsia menawarkan tambang rendah bermula daripada RM78 termasuk semua* sehala untuk pengembara yang ingin menerokai Singapura dengan penerbangan terus dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Langkawi, Kuching, Ipoh dan Kota Kinabalu. Tambang promosi ini boleh ditempah di aplikasi AirAsia MOVE (dahulu dikenali sebagai airasia Superapp) dan airasia.com mulai hari ini sehingga 30 Ogos 2024 
untuk tempoh perjalanan segera sehingga 30 Jun 2025.

AirAsia kini mengendalikan 10 penerbangan terus dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Langkawi, Kuching, Kota Kinabalu, Jakarta, Bali, Bangkok, dan Phuket ke Singapura.

*Tambang promosi termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja. 
Termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.