On July 27, 2023 by ZiafMihar in award, blog, contest, fotografi zoom into malaysia, huawei, huawei p60 pro, kuala lumpur, love, smartphone, telefon pintar, xmage No comments
Kehebatan teknologi XMAGE HUAWEI
di pamerkan dalam Peraduan Fotografi Zoom Into Malaysia
Salam Guys!
Bamziaf berkesempatan menghadiri majlis oleh Huawei Malaysia untuk meraikan kegemilangan
Peraduan Fotografi Zoom Into Malaysia dengan majlis anugerah yang meriah
di The Raw Studio oleh Metal Bees. Acara tersebut meraikan bakat-bakat luar biasa di sebalik lensa, mengiktiraf pemenang-pemenang dengan hadiah-hadiah yang dinantikan seperti
HUAWEI P60 Pro, HUAWEI WATCH FIT dan HUAWEI FreeBuds 5.
Sambutan yang menggalakkan terhadap peraduan ini mempamerkan komitmen Huawei
untuk memupuk kreativiti dalam komuniti fotografi di Malaysia.
Peraduan Fotografi Zoom Into Malaysia, yang berlangsung dari Mei hingga Jun, berjaya menarik seramai 4,100 peserta dari seluruh Malaysia, menyediakan platform yang menarik bagi para profesional dan penggemar fotografi dan videografi mobil untuk mempamerkan kemahiran fotografi dan videografi mereka yang unik. Para peserta dijemput untuk merakam keindahan Malaysia yang mengagumkan menggunakan telefon pintar Huawei, membolehkan mereka mengekspresikan kreativiti dan perspektif mereka dalam menggambarkan pemandangan alam yang unik dan detik budaya yang meriah.
Encik Victor Xu, Pengarah Negara Huawei Malaysia Consumer Business Group (CBG)
menyatakan, “Kami kagum dengan tahap kreativiti dan kepintaran yang ditunjukkan oleh semua peserta. Peraduan Fotografi Zoom Into Malaysia bukan sahaja merakamkan visual yang menakjubkan tetapi juga menyatukan para jurugambar dari pelbagai latar belakang, masing-masing menyumbangkan penceritaan unik mereka melalui lensa telefon pintar Huawei.”
Dilancarkan pada 2022, jenama XMAGE memberi tumpuan kepada sistem optikal,
struktur mekanikal, teknologi imbasan dan pemprosesan imej dalam bidang fotografi.
Keempat-empat asas XMAGE kini membentuk prinsip teknologi kamera telefon pintar baharu Huawei
yang tersedia dalam Siri HUAWEI Mate50 Kamera Apertur Ultra dan HUAWEI P60 Pro
Telefoto Ultra Lightning Kamera, menghasilkan imej yang mengagumkan siang dan malam dengan keupayaan menangkap cahaya penuh yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Dengan sokongan teknologi XMAGE, Huawei terus memperkasakan jurugambar dengan
alatan termaju untuk merakam keindahan landskap dan detik budaya Malaysia.
Dalam pandangan ke hadapan, Huawei tetap berkomitmen untuk memupuk kreativiti dan
memajukan fotografi melalui teknologi inovatif. Masa depan menjanjikan harapan besar bagi
komuniti fotografi, kerana Huawei terus menolak sempadan teknologi pengimejan dan
memberi inspirasi kepada juru gambar untuk menjelajahi alaf baru.
Untuk maklumat lanjut mengenai Huawei, jgn lupa check out Social Media mereka;
On July 24, 2023 by ZiafMihar in bbnu, blog, healing, iera milpan, kuala lumpur, lirik lagu, love, mvm production, retak hatiku, youtube No comments
Lirik Lagu
Retak Hatiku | Iera Milpan
Lirik Lagu | Retak Hatiku
oleh Iera Milpan
Verse 1
Waktu bahagia berkasih
Muncul sesuatu tak ku duga
Lilin selama ini bernyala
Terpadam gelap gelita
Verse 2
Sukarnya untuk melupakan
Ikatan janji setia
Di bawah pohon asmara
Kau lafazkan
Mentera cinta
Pre chorus:
Retak hatiku hancur semua
Diriku ini jiwa meronta
Cinta yang sudah pudar
Tenggelam di lautan kecewa
Walau hati akan kekosongan
Namun cintaku bukan mainan
Biarlah aku bersendirian
Untuk melupakan mu
Chorus:
Biarkanlah aku
Membawa diriku
Semoga bahagia
Walau ku berduka
Walau patah tumbuh
Hilangkan berganti
Namun luka ini
Sukar diubati
MVM MUSIC Presents :
Tajuk : Retak Hatiku
Penyanyi : Iera Milpan
Composer : Zai Hamzah & Oja
Lirik : Achoi Floor88
Bass: Achoi Floor88
Guitar: Oja
BV: Zai Hamzah, Emo, Shahrul Nizam
Executive Producer: Brattbob
Production: MVM Production
Director: Amirul Rizuan
D.O.P: Amirul Rizuan
Editor & Colourist: Amirul Rizuan
Talent: Aiman Ameer
Art Director : Sabrina Pua
Artiste & Production Manager: Luqman Hakim
A&R/Public Relations: Amirul Rizuan | Uzair Ismail | Farina Sayed Mohamed | Ira Tahar | Asyraf Nasir | Amy Rosza
Camera Assistant/Photographer: Danie Jailany
Technical Team/Crew : Danie Jailany | Jay E.Z | Luqman Hakim
Art Team: Jay E.Z | Danie Jailany
Stylist: Sabrina Pua
MUA: Eppy Tralala | Fyra Abu Samah
On July 14, 2023 by ZiafMihar in blog & kuala lumpur, bukit jelutong, dim sum, dodo, dodo dim sum & steamboat, foodie, jjcm, kl foodie, love, steamboat, thai, thailand No comments
Gabungan 2 Menu terbaik di Dodo Dim Sum & Steamboat
Salam guys!
Siapa sini suka makan Dim Sum ? Siapa suka makan Steamboat?
Kenapa susah kena memilih kalau korang boleh dapatkan kedua duanya sekali..
Yass hanya di Dodo Dim Sum & Steamboat
Bamziaf sempat visit outlet mereka yang terletak di Bukit Jelutong.. Restaurant mereka sangat cozy & cantik, memang sgt sesuai untuk bawa keluarga & rakan rakan
Kalau korang nak tahu hidangan di Dodo Dim Sum & Steamboat disediakan oleh, Master Chef Jun yang bertanggungjawab dalam menyediakan hidangan disini
Di Dodo Dim Sum & Steamboat menyediakan hidangan
Handcrafted Dim Sum, Masakan Asli Thailand & 'Sanook' iaitu Thai Steamboat
Handcrafted Dim Sum
Kalau korang nak tahu uniknya kesenian memasak Dim Sum
berasal dari orang Kantonis di selatan China
Jadi di sini terdapat Steamed & Fried Dim Sum, antaranya menu bamziaf sempat cuba:
Steamed Dim Sum: Siew Mai, Har Gow, Chicken Kerabu & Salted Egg Custard Bun
Fried Dim Sum: Five Spice Beancurd, Crispy Prawn Beancurd & Radish Cake – dodo style
Masakan Asli Thailand
Bamziaf memang suka sangat masakan dari Thailand sebab bagi bamziaf rasa dia sgt complete! Bamziaf suka dekat sini memang rasa keaslian makanan dia mcm makan dekat Thailand!
Antaranya menu bamziaf sempat cuba:
Tom Yum Salad, Som Tum Talay, Larb Tod Fried Rice, Dodo Khao Pad,
Salted Egg Prawn, Pad Med Mamuang (Beef), Kang Keow Waan, Deep fried whole sea bass served with spicy sweet Thai bean sauce & Pad Broccoli Kung
Thai Steamboat
Di Thailand ia dikenali sebagai 'Sanook' , Ini merupakan menu terbaru, Steamboat di sini menggunakan barangan segar dan buatan sendiri dengan pilihan sup Thai yang mempunyai herba yang terbaik, rempah ratus dan aromatik, menghasilkan kuah manis, masam dan pedas yang penuh dengan kelazatan. Dikemas dengan perisa, tambahan terdapat enam sos pencicah untuk dicuba tau
Untuk pilihan soup bamziaf pilih: Nam Tok & Khao Soi
Untuk bahan bahan ada:
Signature Items: Fresh Prawns, Sliced Beef, Chicken Fillet
Homemade Items: Classic Chicken Paste, Thai Basil Beef Paste, Coriander Beef Balls, Prawn Capsicum Dumplings, Onion Chicken Paste, Thai Curry Beef Paste
Vegetables: Hong Kong Sawi, Baby Kailan
Noodles: Thai Flat Noodle, Spring Noodle
Mushroom: Shitake Mushroom, Enoki Mushroom
Kalau korang nak tahu tidak lama lagi korang boleh menikmati pakej istimewa dan
pilihan pulangan tunai dengan Program Kesetiaan dodo kami.
Hidangan disini juga tersedia sebagai pilihan katering untuk acara atau parti korporat.
Korang juga boleh membuat pengambilan dan penghantaran melalui dodo.placeorder.my. tau..
Dodo Dim Sum & Steamboat turut menawarkan kerjasama bagi perkongsian runcit dan pelesenan.
Jadi korang yang mana craving untuk makan Dim Sum or masakan dari Thailand serta Thai Steamboat memang wajib visit Dodo Dim Sum & Steamboat . Bamziaf memang luluskan ia sgt sedap & berbaloi utk cuba tau!Jgn lupa if korang visit Dodo Dim Sum & Steamboat please tag mereka & hashtag #EnjoyLifeEnjoyDodo
Jangan lupa korang boleh follow Social Media mereka:
Kalau korang nak buat tempahan boleh ORDER SINI!
On July 07, 2023 by ZiafMihar in bath body work, berkelah, blog, burger & lobster, healing, klcc, kuala lumpur, love, mall, park, picnic in the park, piknik, remax, Suria klcc, whittard of chelsea No comments
Jom Berkelah di Suria KLCC | Picnic in the Park
Salam Guys! Bamziaf baru baru ini dapat merasai pengalaman berkelah taman berhadapan dengan KLCC yang bertemakan landskap taman yang indah & diiringi alunan muzik quartet secara langsung
Suria KLCC yang terkenal dengan gelaran Pusat Beli-Belah yang menawarkan pengalaman ikonik di Malaysia, membawakan suatu aktiviti unik yang bakal memberikan peluang untuk para pelanggan menikmati aktiviti berkelah di lanskap indah Taman KLCC.
Aktiviti berkelah yang dianjurkan secara eksklusif untuk para pelanggan Suria KLCC ini
diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula dari 7 sehingga 16 Julai 2023.
Para pelanggan yang berbelanja RM1,000 ke atas melalui dua resit
bermula dari 30 Jun sehingga 9 Julai 2023 berpeluang untuk menebus pengalaman aktiviti berkelah “Picnic in the Park” yang terhad untuk empat orang bagi setiap kumpulan untuk setiap tebusan.
Tata lanskap “Picnic in the Park” ini akan menampilkan latar belakang Menara Berkembar PETRONAS serta iringan alunan muzik memukau di kawasan air pancut muzikal KLCC yang menjanjikan pengalaman rekreasi yang tak mungkin dapat dilupakan.
Para tetamu akan diberikan persediaan perkelahan eksklusif untuk memberi peluang kepada para tetamu untuk mengambil gambar yang memaparkan atmosfera semula jadi yang memukau dan mempesonakan. Sesi “Picnic in the Park” yang eksklusif ini terhad untuk 50 kumpulan bagi setiap 4 pelanggan untuk setiap hari. Para tetamu “Picnic in the Park” akan dihiburkan oleh ahli okestra dari “Malaysian Philharmonic Orchestra”.
Pengalaman berkelah “Picnic in the Park” akan menyediakan persediaan perkelahan mewah yang dilengkapi dengan khemah, tikar dan dekorasi unik. Setiap kumpulan akan dihidangkan dengan juadah makan malam untuk empat orang yang dibawakan secara istimewa oleh “Burger & Lobster”.
Para tetamu juga berpeluang untuk menikmati air minuman “Whittard of Chelsea iced tea” yang menyegarkan selain dari hidangan “Cotton Candy” atau gula-gula kapas dan juga “popcorn” yang boleh didapati di kiosk yang yang akan disediakan.
Tidak kurang dari santapan rekreasi yang enak, para tetamu juga berpeluang untuk menikmati haruman yang mempesonakan di kiosk “Bath & Body Works”. Selain daripada itu, para tetamu berpeluang untuk merakam memori terindah melalui sesi fotografi di kiosk “Hot Air Balloon” yang juga bakal membuat penampilan istimewa sepanjang tempoh “Picnic in the Park”. Tambahan pula, peluang untuk beriadah disekitar “Motion-Sensor Dancing Flower” juga tersedia untuk para tetamu.
Para tetamu juga akan menerima pelbagai barangan perkelahan yang lain seperti
kipas mini, losyen penghalang nyamuk, losyen pelindung matari dan peniup buih,
Bagi memastikan kemeriahan yang berganda, para pembeli yang berdaftar berpeluang untuk
menyertai sesi cabutan bertuah. Hadiah istimewa seperti baucar tunai “Burger & Lobster” yang
bernilai RM600 untuk setiap set, set hadiah dari “Bath & Body Works”,
hamper barangan “Whittard of Chelsea” serta alat perkakas rumah daripada Remax.
Sesi perkelahan ini hanya dapat direalisasikan dengan kerjasama dari rakan kongsi Suria KLCC iaitu, Burger & Lobster, Bath & Body Works, Whittard of Chelsea, Remax, Guardian, dan juga Toys "R" Us. Ini menjadi suatu pengalaman yang sungguh bermakna buat para tetamu selain dari memastikan kehadiran mereka bakal dilengkapi dengan pelbagai tawaran menarik sepanjang keberlangsungan aktiviti. Pada penghujung sesi aktiviti pengalaman “Picnic in the park” akan diakhiri dengan persembahan kemuncak Simfoni Irama Tasik.
“Kami amat teruja untuk melancarkan aktiviti perkelahan
“Picnic in the Park” Suria KLCC yang julung kali diadakan, "
ujar Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.
“Aktiviti berkelah ini diusahakan dengan tujuan untuk menghargai keindahan semula jadi di sekitar Esplanade dan Taman KLCC. Seiring dengan slogan ‘Always Something New’ yang menjanjikan pembaharuan untuk setiap kunjungan para pelanggan kami, aktiviti riadah ini juga sejajar dengan tanda penghargaan ikhlas dari kami yang sentiasa bekerja untuk memberikan pengalaman yang terbaik buat para pelanggan. Oleh yang demikian, aktiviti berkelah “Picnic in the Park” kali ini yang sememangnya suatu pengalaman yang perlu dirasai oleh setiap pelanggan kami.”
Untuk maklumat lanjut boleh check out Social Media Platform Suria KLCC:
Mengenai Suria KLCC Sdn Bhd
Suria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki
oleh KLCC Property Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Investors (40%).
Ia merupakan kumpulan pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan
kepada pembangunan dan operasi pusat membeli belah di Malaysia.
Portfolio terkininya merangkumi tiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur),
Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai dan lebih 2 juta kaki
persegi ruang runcit keseluruhannya, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit tempatan dan
antarabangsa untuk mendekati golongan pembeli berkemampuan tinggi di Malaysia
On July 01, 2023 by ZiafMihar in blog, diamond, emas, Emas Chiang Heng, gold, harga emas terendah, jewellery, jual emas, kuala lumpur, love, pelaburan, shopee, shopping No comments
Emas Chiang Heng terkenal dengan
Pastinya gembira kan bila kita boleh beli emas pada harga yang terendah & terbaik! Ha bamziaf nak share dengan korang yang impian korang boleh tercapai di Emas Chian Heng.
Kedai mereka terkenal dengan tagline "Harga Emas Terendah di Seluruh Malaysia"
Emas Chiang Heng pastinya terbaik kerana selalu mengadakan promosi setiap bulan bagi memberi pelbagai ganjaran & tawaran istimewa kepada pelanggannya selain menawarkan barang kemas emas pada harga yang sgt sgt berpatutan di seluruh 19 cawagan di seluruh Malaysia.
Emas Chiang Heng masih dengan misi mereka "Semua orang mampu memiliki Emas"
Emas Chiang Heng pilihan terbaik, Kenapa?
Kenapa harga rendah? Emas disini betul ka? tak scam?
Pastinya banyak persoalan yang korang tertanyakan? bamziaf pun sama!
Emas Chiang Heng mampu menawarkan harga yang terendah kerana ianya tidak perlu mengambil kira kos pemasaran seperti kos sewa di pusat membeli-belah, kos iklan fizikal, dan sebagainya
Emas Chiang Heng juga mempunya rekaan sendiri, jadi kos pengedaran borong dapat dijimatkan sekaligus dapat mengawal kos pembuatan sepenuhnya termasuk caj harga upah hingga harga emas.
Emas Chiang Heng juga menawarkan harga jualan semula Emas pada kadar yang lebih tinggi.
Pastinya kadar yang ditawarkan antara yang tertinggi di Malaysia dengan proses pemulangan emas yang jelas & telus serta tanpa sebarang kos tersembunyi & syarat tertentu walaupun tidak mempunyai sijil emas.. Mereka juga menerima emas dalam kondisi yang karat, pecah, & kemek serta yang terbakar.
Tukar semula dalam masa7 Hari??
Emas Chiang Heng menawarkan after Sales yang terbaik dengan membolehkan pelanggan membuat pertukaran tanpa syarat dalam tempoh 7 hari! Mereka boleh memulangkan atau menukar saiz perhiasan emas yang di beli dalam tempoh 7 hari dengan syarat tidak ada kerosakan..
Emas Chiang Heng juga menawarkan perkhidmatan membaiki dengan PERCUMA
dalam tempoh 30 hari (kecuali jika memerlukan penambahan emas) ,
servis membersihkan emas PERCUMA Seumur Hidup! dan
Perkhidmatan rekaan emas menggunakan Laser!
Jenama yang kukuh dalam pasaran selama 37 tahun!
Emas Chiang Heng telah menerima pelbagai anugerah dan mendapat sokongan daripada pelanggan setia. Pada tahun 2020, Emas Chiang Heng mencatatkan rekod yang membanggakan dengan
117 siaran langsung dalam satu hari, memecahkan rekod The Malaysia Book of Records.
*Jom labur emas di Kedai Chiang Heng, Tips utk Pelabur : Lihat SINI!
*Nak jual emas di Kedai Chiang Heng?: Lihat SINI!
*Tertakluk pada Terma & Syarat
Korang boleh shopping Barang Kemas Chiang Heng :
Untuk maklumat lanjut mengenai Emas Chiang Heng korang boleh check social media:
Subscribe to:
Posts (Atom)
Search
MR Charming The Face Of Healthy Beauty Guardian 2023
Popular Posts
-
OVERSEA Lancar The Moonlight Collection 2026 3 Perisa Mooncake Baharu Sempena Festival Pertengahan Musim Luruh Salam Korang! Festival Perte...
-
Lirik Lagu rollerblade | no na Lirik Lagu rollerblade | no na Ring a ding ding like a gamelan And it ain’t a big thing I’m the number one ...
Recent Posts
Categories
Sample Text
Blog Archive
Text Widget
Labels
Total Pageviews
True To Skin Ambassador 2024
Search This Blog
Music
2/youtube/grid-big










































