FRforSharing | Program Terbaru di Suke TV pastinya buat Rakyat Malaysia gembira

Program Terbaru di Suke TV 
pastinya buat Rakyat Malaysia gembira


Hi Guys!

Suke TV, rangkaian penyiaran hiburan dan pembelian dari rumah yang terbaru di Malaysia, 
telah mengumumkan senarai program baru untuk tahun 2023. 
Berteraskan moto "Bringing Happy Back", Suke TV bertujuan untuk menghibur dan memberi maklumat kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai pilihan genre program yang berbeza.


Antara program-program terbaru adalah Suke Tune, VC (Video Clip), I PC U (I Penasihat Cinta U), 
Pin Pin Siapa Tu, Odah Billionaire, Suke Tanya Ustaz, Suke Celeb Raya, 
dan musim baru program popular seperti Berita Latah Musim ke-4, 
Tanya Jer Musim ke-2 dan Sejarah Dari Sejadah Musim ke-2. 
Bermatlamatkan untuk menghiburkan rakyat dan memperkasakan industri, 
Suke TV juga telah bekerjasama dengan juruanimasi tempatan, Wan Animation Studios
untuk memperkenalkan kandungan animasi kreatif mereka dan juga Suke U Movies, 
program yang akan diterajui oleh tenaga pelatih industri dengan sokongan dan 
bimbingan daripada kakitangan Suke TV.

suke tv dac dato ac

Suke U Movie 
Ini merupakan program platform untuk pelajar institusi pengajian tinggi berkonsepkan
pertandingan dimana pelajar dan alumni institusi boleh menayangkan hasil terbitan mereka 
dalam program tersebut secara siaran langsung.


Suke Tune 
Ini merupakan program muzikal mingguan siaran langsung yang dihoskan 
oleh Chacha Maembong dan Syrul Ezwan, di mana program ini menampilkan artis-artis Tempatan dan Antarabangsa yang bersaing untuk memenangi diprogram kemuncak Anugerah Suke Tune
Suke Tune ditayangkan setiap Isnin jam 9 malam hingga 10 malam dan 
menampilkan persembahan secara langsung.


VC (Video Clip) 
Ini merupakan program muzikal siaran langsung yang menampilkan muzik video daripada artis-artis tempatan dan antarabangsa, di mana peminat boleh mengundi untuk lagu dan artis kegemaran mereka. Kedua-dua platform ini mempromosikan artis-artis yang baru serta yang sudah lama berkecimpung dalam industri dari pelbagai genre dan kategori.

Program Keagamaan untuk bulan Ramadhan
Suke TV juga telah menyediakan program-program keagamaan seperti 
Sejarah Dari Sejadah Musim ke-2, yang mengisahkan sirah Nabi Muhammad SAW sepanjang hidupnya pada bulan ramadan ini dan juga program baru, 
Suke Tanya Ustaz yang mana program ini mengupas soal jawab agama yang ditanya oleh penonton-penonton di studio dan di rumah mengikut topik-topik yang bersesuaian sepanjang episod.


Suke Celeb Raya 
Ini merupakan program pembelian dari rumah secara langsung yang menampilkan 
barisan selebriti tempatan seperti Adam Corrie, Dato' Aliff Syukri, Dynas Mokhtar, 
Siti Shahreza (EJA), Ezlynn, Sasha Abdul Aziz, dan lain-lain dengan produk bertemakan 
Hari Raya di Sukeshop.com
Produk yang ditawarkan merangkumi fesyen, kosmetik, produk sedia dimakan dan lain-lain lagi. 

emylia rosnaida suke tv dac dato ac
"Kami sangat gembira dapat menampilkan selebriti dan pempengaruh serta berkongsi produk hebat mereka untuk melengkapkan sambutan Ramadan dan Hari Raya", 
kata Datin Emylia Rosnaida, selaku Pengarah dan Ketua Pegawai Pengurusan Bakat.


Tanya Jer Musim ke-2,  rancangan bual bicara komedi yang menampilkan pasangan selebriti, 
manakala program Berita Latah Musim ke-4 merupakan program parodi berita yang menampilkan pembaca berita yang mencuit hati. Odah Billionaire ialah rancangan bual bicara secara siaran langsung yang akan menampilkan Emelda Rosmila sebagai Odah, 
seorang jutawan dari sebuah kampung terpencil di Perak.


I PC U (I Penasihat Cinta U)
Ini merupakan rancangan bual-bicara yang dihoskan oleh dua pengacara wanita, 
menemuramah selebriti/artis lelaki dan membincangkan mengenai ciri ciri wanita pilihan hati mereka.

tecno malaysia phone dato ac dac
Pin Pin Siapa Tu?
Hos program yang membawa karakter penghantar makanan yang membawa anda ke 
rumah selebriti kegemaran anda sambil melakukan aktiviti menarik dan 
berkongsi pencapaian serta kejayaan terbaru dalam kerjaya selebriti tersebut. 
Program ini akan mengupas dunia selebriti kegemaran anda yang tidak pernah diselongkar sebelum ini. Program ini akan disokong oleh rakan mudah alih dan penaja kami, TECNO Mobile Malaysia.

"Kami bersemangat untuk memperkenalkan rangkaian program baru kami, dan kami berharap untuk terus membawa kegembiraan dan hiburan kepada rakyat Malaysia. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan penaja kami atas kepercayaan dan sokongan berterusan mereka terhadap Suke TV. Jadi, jangan lupa untuk tonton Suke TV!"
kata Dato' AC Mizal, Pengasas & Pengerusi, serta Ketua Pegawai Kandungan di Suke TV.

Reeve Damien dato ac anak

Selain itu, Suke TV juga ingin memperkenalkan Muhammad Reeve Damien (Reeve Damien) yang berbakat sebagai Pengarah Muzik Suke TV. Beliau telah mencipta dan menghasilkan muzik latar, lagu tema, dan jingle untuk program-program Suke TV sejak awal penubuhan stesen televisyen ini.

Untuk menonton saluran 116 Suke TV menerusi MYTV, 
Korang juga boleh memuat turun aplikasi MYTV Mana Mana 
di Apple Store dan juga Google Playstore.


Untuk maklumat lanjut, sila layari WEBSITE Suke TV

Alhamdulillah rezeki bamziaf menang smartphone dari Tecno Malaysia


Mengenai SUKE TV

SUKE TV, rangkaian penyiaran tempatan baharu yang diasaskan oleh Dato' AC Mizal dengan membawa harapan, kasih sayang, dan nilai kepada masyarakat, dan perusahaan melalui hiburan bertaraf dunia. Bersama infrastruktur, kepakaran, dan rakan kongsi industri inovatif, SUKE TV bertujuan untuk mengembangkan dan menyiarkankan kandungan asli dari pelbagai genre untuk televisyen dan juga medium digital Malaysia. SUKE TV bertujuan untuk menghubungkan lebih daripada 30 juta rakyat Malaysia melalui perspektif hiburan yang unik. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.suketv.com/.


Mengenai SUKE SHOP

SUKE SHOP adalah rangkaian membeli-belah e-dagang terbaru di Malaysia yang dimiliki oleh Dato AC Mizal di bawah rangkaian penyiaran, SUKE TV. Rangkaian SUKE SHOP membolehkan usahawan tempatan mempromosikan dan memasarkan produk mereka menggunakan siaran membeli-belah secara langsung dan platform e-dagang Suke Shop. Sejak kemunculannya, platform ini telah mengumpulkan ratusan selebriti, personaliti awam, pempengaruh, usahawan, serta penjual mikro untuk memperkenalkan perniagaan mereka dan memperluas jangkauan penonton. Untuk membuat pembelian, layari www.sukeshop.com.




Post a Comment

0 Comments