FRforSharing | Sajian Warisan Nusantara di The Pearl Kuala Lumpur

Sajian Warisan Nusantara 
Ramadan Bufet 2023 di The Pearl Kuala Lumpur


Hi Guys!
The Pearl Kuala Lumpur menjemput para tetamu untuk meraikan ketibaan bulan suci Ramadan dan melakar detik dan momen indah yang tidak dapat dilupakan bersama yang tersayang sambil menikmati sajian makanan dan penginapan terbaik. Hotel ikonik ini menawarkan pelbagai pengalaman yang unik dan konsep santapan Ramadan baharu bertemakan sajian warisan nusantara. 
Tahun ini, pihak hotel telah merancang pelbagai acara yang menyeronokkan serta promosi istimewa makanan dan minuman untuk memberikan tetamu pengertian sebenar Ramadan.


Dari 24 Mac hingga 20 April 2023, The Pearl Hotel dengan bangganya mempersembahkan 
"Sajian Warisan Nusantara", sebuah sajian hidangan unik berasaskan sajian warisan turun temurun 
dari generasi ke generasi. Bufet Ramadan kami menyajikan pelbagai aneka hidangan tempatan yang pastinya memukau selera anda. Dalam pada masa yang sama anda juga akan menyaksikan pasukan 
Cef professional kami menyediakan juadah menarik secara live. Dari juadah pembuka selera hingga hidangan pencuci mulut, setiap menu yang disajikan mempunyai keunikan rasanya yang tersendiri.


Pasukan Cef berbakat akan menghasilkan lebih dari 100 pilihan masakan tempatan yang istimewa 
dan pastinya memikat selera, sudah pastinya kemuncak bufet kami ialah 
Kambing Panggang yang lembut dan diperap dengan baik. Hidangan buffet Ramadan juga ada menampilkan juadah asli seperti Nasi Briyani Kambing, Nasi Briyani Ayam, Kambing Golek, 
Ayam Golek, Gerai Shell Out, Gerai BBQ, Gulai Kawah Daging, Gulai Daging Bunga Kantan, 
Lemang Buluh, Satay, Murtabak dan tidak lupa pencuci mulut yang menarik seperti Aneka Pemanis Mulut, Sago Gula Melaka, Aneka kuih-muih dan banyak lagi. 
Di The Pearl Kuala Lumpur, kebanyakan hidangan yang disediakan diinspirasikan daripada 
resipi klasik turuntemurun dari zaman berzaman. Setiap hidangan disajikan dengan penuh kasih sayang.

Nikmati masakan Ramadan yang terbaik dan biarkan selera anda menjadi saksi utama
sepanjang Bulan Suci ini. Dengan susun atur dalaman yang bergaya, suasana mesra dan hiasan moden Melo Café & Deli pastinya akan memberikan anda pengalaman yang tiada tandingannya.
Terletak di Aras 5, tetamu boleh memilih untuk menjamu selera di dalam atau di luar
sambil menikmati hidangan lazat. Melo Café & Deli mempunyai kapasiti tempat duduk
sehingga 200 orang dan pastinya ia merupakan tempat berbuka puasa yang tepat untuk
menghargai detik-detik bersama keluarga, rakan dan insan yang tersayang

Untuk Tempahan:-
MELO CAFÉ & DELI
SAJIAN WARISAN NUSANTARA HARGA ISTIMEWA
24 Mac 2023 – 31 Mac 2023
Dewasa: RM98.00+
Kanak-kanak (4 -12 tahun): RM58.00+
Warga Emas atau OKU: RM78.00+
Ms Afie (016-331 8795) https://wa.link/ns5agy
Ms Su (013-937 0588) https://wa.link/mw1xit
Ms Devi (016-927 4755) https://wa.link/tzudrv

MELO CAFÉ & DELI
SAJIAN WARISAN NUSANTARA HARGA BIASA
1 April 2023 – 20 April 2023
Dewasa: RM128.00+
Kanak-kanak (4-12 tahun): RM78.00+
Warga Emas atau OKU: RM98.00+
Ms Afie (016-331 8795) https://wa.link/ns5agy
Ms Su (013-937 0588) https://wa.link/mw1xit
Ms Devi (016-927 4755) https://wa.link/tzudrv

HADIAH CABUTAN BERTUAH 
HADIAH PERTAMA : RM5000 
HADIAH KEDUA : RM2500 
HADIAH KETIGA : RM1000 
10 HADIAH SAGUHATI : Penginapan 2 hari 1 malam di Bilik Deluxe


SAJIAN KLASIK BUFET RAMADAN
 @ DEWAN UTAMA (BALLROOM) TINGKAT 5

The Pearl Kuala Lumpur menghidangkan “Sajian Klasik Bufet Ramadan” 
di Dewan Utama, Tingkat 5, The Pearl Kuala Lumpur. 
Cef di The Pearl Kuala Lumpur telah merangka dan menghasilkan bufet dengan sentuhan istimewa daripada hidangan pembuka selera, warung lemang, gerai Shell Out, warung Western dan 
aneka pencuci mulut yang lazat, Tidak hanya terhenti di situ, anda juga bakal berpeluang 
untuk turut serta bagi acara cabutan bertuah kami.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan klasik dengan 
ruangan dewan utama yang luas yang mampu memuatkan lebih daripada 800 tetamu. 
Dapur Restoran di The Pearl Kuala Lumpur telah pun disahkan Halal mengikut konsep Shariah Islam oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Selain daripada juadah berbuka puasa yang indah, surau juga disediakan di tingkat 8 untuk para tetamu menunaikan solat Maghrib dan Tarawih.

DEWAN UTAMA (BALLROOM)
SAJIAN KLASIK BUFET RAMADAN
31 Mac 2023 – 20 April 2023
Dewasa: RM98.00 bersih
Kanak-kanak (4-12 tahun): RM68.00 bersih
Minimum 50 orang
Mr Yusri (016-331 8794) https://wa.link/0gfpq9
Ms Aliza (011-1162 4462) https://wa.link/dvve1o
Ms Fei Shan (016-331 8437)https://wa.link/rp3fsj

HADIAH CABUTAN BERTUAH 
HADIAH PERTAMA : RM5000 
HADIAH KEDUA : RM2500 
HADIAH KETIGA : RM1000 
10 HADIAH SAGUHATI : Penginapan 2 hari 1 malam di Bilik Deluxe

PENGINAPAN IFTAR RAMADAN

The Pearl Kuala Lumpur adalah pilihan yang ideal untuk percutian yang menyeronokkan. 
Nikmati sahur dan buka puasa anda bersama keluarga dan rakan-rakan anda, dan 
manfaatkan surau kami yang selesa yang pastinya membuatkan anda merasa tenang dan 
nyaman sepanjang hari. Anda juga berpeluang untuk turut serta bagi acara cabutan bertuah
 dengan hadiah utama sebanyak RM5000 tunai.

Hotel Ikonik bertaraf 4 bintang dengan kemudahan serta perkhimatan yang selesa. 
Dinobatkan sebagai salah satu Hotel Mesra Muslim di Malaysia, 
Hotel ini merupakan pilihan ideal seisi keluarga. Nikmati harga promosi terbaik kami bermula RM194 untuk penginapan 2 hari 1 malam, termasuk sahur, juadah berbuka puasa dan 
penyertaan cabutan bertuah. Pada anda yang menginginkan penginapan yang lebih luas 
untuk seisi keluarga, Korang bolehlah merasai pengalaman menarik dengan 
pakej bilik Deluxe untuk dua orang dengan harga menarik – RM388! 
The Pearl Kuala Lumpur pastinya akan membuatkan penginapan anda menjadi lebih teruja.


Bilik Deluxe (Seorang) 
24 Mac 2023 – 20 April 2023 
RM268+ 
Penginapan 2 hari 1 malam berserta sahur dan buka puasa untuk seorang 
Untuk tempahan (016- 331 8402) https://wa.link/je1vdv 

Bilik Deluxe (Dua orang) 
24 Mac 2023 – 20 April 2023 
RM388+ 
Penginapan 2 hari 1 malam berserta sahur dan buka puasa untuk seorang 
Untuk tempahan (016- 331 8402) https://wa.link/je1vdv




THE PEARL KUALA LUMPUR 
Terletak secara strategik di tengah-tengah antara Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, 
ianya terletak dengan strategik di lebuhraya Kesas yang mudah diakses serta 
Lebuhraya KL-Seremban, Pantai Baru, Lebuhraya (NPE), dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Hotel bertaraf 4 bintang ini mempunyai 555 bilik yang luas dan serba lengkap. 
Terdapat dua Restoran Iaitu Melo Café & Deli yang baru diubah suai, 
Executive Lounge on 23 dan Phoenix Ballroom yang direka Dengan elegan, 
dewan acara serta kemudahan rekreasi untuk memenuhi keperluan tetamu kami.

Post a Comment

0 Comments