FRforReview | Seribu Rasa Ramadhan di Meet & Dine

Seribu Rasa Ramadhan di Meet & Dine
bertemakan "East Meet West"



Salam guys!
Korang masih tercari-cari lokasi berbuka puasa yang menawarkan variasi hidangan enak 
pada harga yang sangat berbaloi, Bamziaf nak cadangkan korang berbuka di Meet & Dine 
yang terletak di Budiman Business Park, Sungai Long 
Mereka sudah beroperasi sejak 2018 lagi tau..


Bamziaf suka suasana Restoran dia yang sangat cantik & soo cosy tau! 
Pilihan yang terbaik untuk korang menikmati juadah berbuka Puasa bersama yang tersayang..
Meet & Dine menyediakan ruang makan yang luas, 
dimana boleh memuatkan hampir 200 orang pada satu masa..


Bertemakan East Meet West – Seribu Rasa Ramadhan, 
Meet & Dine menyajikan lebih 280 jenis juadah dari hasil laut segar yang dinamakan Seafood On Ice hingga kambing panggang diacu bersama nasi Bukhara.


Antara menu lain yang korang boleh nikmati, Oyster & Lobster... 
Terdapat juga sajian lain seperti Nasi Ayam, Nasi Itik Claypot

Korang yang mana suka lauk pauk kampung juga boleh nikmati masak lemak daging salai, 
sambal jawa, gulai kawah, udang mentega dan banyak lagi.

Kalau korang nak menggamit perasaan menunggu kehadiran Syawal korang juga boleh nikmati
hidangan seperti ketupat, lemang, rendangm sambal kacang & kuah lodeh

Pemilik Meet & Dine, Jozree Hamzah serta rakan kongsi merangkap Cef Eksekutif, Bo Ibrahim memastikan pelanggan menikmati momen berbuka puasa dan pulang bersama kenangan indah.
Sememangnya East Meet West – Seribu Rasa Ramadhan di Meet & Dine menjanjikan kepuasan maksima ditambah dekorasi istimewa yang membangkitkan lagi selera.

Korang jangan risau di sini juga terdapat surau yang luas serta 
kemudahan tandas untuk lelaki dan wanita & kemudahan pakir secara percuma


Bagi yang ingin berbuka puasa secara ala carte, Korang boleh booking untuk dine in di restoran bahagian bawah yang berkonsepkan deko semi-fine dining
Korang yang kaki selfie dan gemar berkongsi gambar , 
pastinya happy sebab banyak port  'instagramable'.

Lokasi Restoran Meet & Dine sgt strategik hanya 10 minit daripada exit Lebuhraya Cheras-Kajang!

Bagi mereka yang ingin mendapatkan harga 'early bird' iaitu RM99, 
anda boleh hubungi atau buat tempahan di 03-87339929 atau 0173559422 sebelum 26 Mac ini.

Buffet Dinner pada harga RM138 untuk dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak serta warga emas

Post a Comment

0 Comments