FRforSharing - MAGGI® Membawa Impak Kepada Lebih 3,500 Peserta Menerusi Program Pemerkasaan Wanita

MAGGI® DENGAN USAHA SAMA KPWKM & SYARIKAT TEKNOLOGI MENYERU PENINGKATAN PENYERTAAN WANITA DALAM EKONOMI DIGITAL
MAGGI® Membawa Impak Kepada Lebih 3,500 Peserta
Menerusi Program Pemerkasaan Wanita



Hi Guys!
Social Media pastinya memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan kita sekarang!
Jadi MAGGI® yang mengukuhkan komitmen syarikat untuk 
memperkasakan wanita dan pemilik perniagaan kecil menerusi 
Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® (‘PMWCBM’)

Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2023, MAGGI® mengumumkan edisi ketiga PMWCBM 
dengan usaha sama tiga buah syarikat gergasi teknologi – Google, Meta dan TikTok 
untuk menawarkan bengkel peningkatan kemahiran dan Masterclass 
dengan tumpuan terhadap penghasilan kandungan untuk media sosial, 
perkembangan peribadi dan strategi untuk mengembangkan perniagaan makanan.
Sejak mula dilancarkan pada tahun 2020, program ini telah berjaya memberi impak 
kepada lebih 3,500 orang wanita di seluruh negara.


Ketika bercakap di majlis pelancaran, 
YB Dato’ Sri Nancy Shukri, 
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), berkata, 
"Tema Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini, #EmbraceEquity, adalah selaras dengan 
matlamat Kementerian untuk menggalakkan penyertaan wanita secara aktif sebagai tenaga kerja. 
Usaha untuk meningkatkan kemahiran wanita dan masyarakat terpinggir 
dengan kemahiran digital akan memberikan peluang pendapatan yang baharu, 
seterusnya merapatkan jurang kesaksamaan gender. Kesaksamaan gender memerlukan penglibatan, kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak yang berkepentingan. 
Kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada usaha samaantara sektor awam dan swasta ini.
MAGGI® akan berkolaborasi dengan Kementerian dalam usaha capaian komuniti 
di peringkat akar umbi dengan tumpuan terhadap kumpulan B40. 
Program ini akan menyediakan bengkel peningkatan kemahiran 
dan inisiatif untuk membantu mereka memanfaatkan ekonomi digital.”
Nestlé meraikan Hari Wanita Antarabangsa setiap tahun untuk menandakan 
pencapaian dan kejayaan wanita di seluruh dunia. 
Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad berkata 
“Kami menyedari akan kemajuan yang dicapai oleh wanita setakat ini 
disamping memperbaharui komitmen untuk terus membawa perubahan yang positif 
ke arah membina kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman untuk seluruh komuniti di Malaysia. Dengan ketibaan era pendigitalan, Nestlé menerusi MAGGI®, 
menggalakkan kesaksamaan gender dengan meningkatkan kemahiran dan
memperkasakan wanita dalam dunia digital. Kami berusaha untuk membantu wanita membina keyakinan diri dan menyumbang kepada kedudukan kewangan yang lebih baik untuk mereka.”
Berikutan peningkatan pengaruh media sosial dan pertumbuhan landskap digital, 
para pempengaruh media sosial dan pencipta kandungan 
memainkan peranan penting dalam capaian jenama. 
Terdapat peluang yang besar menanti wanita Malaysia untuk 
menjana pendapatan yang mampan daripada kandungan berasaskan makanan dan memajukan perniagaan makanan mereka dengan kemahiran dan keupayaan digital.
MAGGI® mengambil langkah yang seterusnya untuk menambahbaik 
Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® 
menerusi usaha sama dengan peneraju digital terkemuka dunia seperti Google, Meta dan TikTok.

Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® 
Tahun ini memperkenalkan sebuah modul dalam talian yang baharu 
untuk para peserta yang mahu memulakan perjalanan mereka sebagai 
pencipta kandungan berasaskan makanan, sama ada sebagai individu atau pemilik perniagaan. 


Peserta juga diberi peluang untuk menyertai 
Masterclass: Pempengaruh Makanan dan Pencipta Kandungan bersama MAGGI®
Para pakar dari Google, Meta and TikTok berkongsi panduan, nasihat dan 
amalan terbaik tentang penghasilan kandungan, manakala pempengaruh yang sudah berjaya 
pula berkongsi kisah mereka untuk memberi inspirasi kepada para peserta. 
Selepas proses pemilihan yang ketat, seramai 21 orang pemenang akan dipilih untuk 
menerima kontrak daripada MAGGI® untuk menyertai program bimbingan eksklusif 
bagi menjadi pencipta kandungan media sosial berasaskan makanan.

Geetha Balakrishna, 
Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® di Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, 
“Ketika kita semakin maju ke hadapan bagi menyokong wanita dalam usaha untuk 
meningkatkan kemahiran, kita perlu sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dan 
membuat perubahan, tidak kira sekecil mana usaha kita. 
Kita perlu sentiasa bertanya kepada diri sendiri, ‘Apa perubahan anda hari ini?’. 
Kami yakin bahawa menerusi Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®
kami akan dapat meneruskan usaha dalam menggalakkan wanita untuk melakukan perubahan positif, 
sejajar dengan semangat ‘Tak Kenal, Tak Cinta’ MAGGI® CukupRasa.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang 
Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® 2023, sila layari SINI!


Ernie Zakri menyanyikan lagu Tema PMWCBM

Tentang MAGGI®

MAGGI® adalah satu jenama global yang telah menjadi nama terkemuka di Malaysia. Misi terasnya adalah untuk mewujudkan detik-detik sajian enak yang merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Melalui rangkaian produk dan makanannya yang luas, MAGGI® membantu para ibu untuk menyediakan sajian yang enak dan seimbang bagi keluarga mereka setiap hari. Jenama ini juga komited dalam memenuhi segenap keperluan penyedia makanan, menyediakan produk dan idea baharu yang terus kekal menggembirakan dan memberi inspirasi kepada keluarga di Malaysia tentang kebaikan buatan sendiri di rumah. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati www.maggi.my atau laman Facebook kami di http://www.facebook.com/MaggiMalaysia


Tentang Nestlé Malaysia

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Dengan ibu pejabat yang terletak di Switzerland, Nestlé beroperasi di lebih 180 buah negara di seluruh dunia dan kesemua pekerja kami seramai lebih 270,000 orang komited dalam membantu mencapai tujuan Nestlé untuk merungkai kuasa makanan demi meningkatkan kualiti kehidupan bagi semua, pada hari ini dan untuk generasi akan datang. Matlamat kami didorong oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Sejak tahun 1912, Nestlé dipercayai oleh para pengguna kami menerusi jenama-jenama dan produk kami yang berkualiti.  Kami komited dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat di mana saja kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan integriti Halal. Ini selaras dengan janji kami dalam memberikan “GOOD FOOD, GOOD LIFE” kepada semua. 


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami telah membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan sihat selama lebih satu abad, sila layari www.nestle.com.my atau laman Facebook kami di http://www.facebook.com/Nestle.Malaysia.

Post a Comment

0 Comments