Tidak Perlu Tampal Roadtax lagi
Hi Guys!
Korang mesti selalu stress bila mana nak pasang sticker Roadtax dekat cermin kereta kan?
Bamziaf ingat dulu sebelum ada method yang skrg ini banyak cermin yang kotor bila mana sticker di cabut untuk tampal sticker baru kan? terpaksalah guna pelbagai kaedah utk cuci!
Kini dah okay sebab ada banyak cara antaranya tampal atas sticker khas yang tidak mudah kotor cermin ataupun mcm bamziaf ada beli dekat Shopee khas utk letak sticker lebih kemas & nampak Premium!
Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Menteri Pengangkutan kita mendengar keluh kesah rakyat Malaysia mengenai isu yang berbangkit mengenai sticker Roadtax kereta ini!
Jadi Pihak JPJ telah pun melancarkan aplikasi MyJPJ yang terbaru
Aplikasi MyJPJ ini untuk memudahkan semakan urusniaga yang berkaitan dengan JPJ
Antaranya:
1. Membuat Semakan Lesen Memandu pengguna
2. Membuat Semakan Nombor Terkini yang ditawarkan oleh JPJ
3. Membuat Semakan Lesen Kenderaan Motor pengguna
4. Membuat Semakan Keputusan Ujian pengguna
5. Membuat Semakan Saman yang dikenakan keatas pengguna
6. Membuat Semakan Mata Demerit
7. Membuat Semakan Senarai Hitam Kenderaan
8. Membuat aduan kesalahan jalanraya yang dilakukan oleh pengguna lain
Untuk mendaftar, ikuti Langkah-langkah berikut:
Langkah 1:
Tekan butang “Daftar Akaun Baharu” untuk mendaftar pengguna baharu.
Langkah 2:
Masukkan No. MyKad/MyPR/MyKAS di ruangan yang disediakan
untuk menyemak jika ID yang ingin didaftarkan telah wujud atau belum.
Langkah 3:
Jika ID yang dimasukkan masih belum didaftarkan, pengguna akan terus kepaparan
“Daftar Akaun Baharu”.
Langkah 4:
Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan yang dipaparkan di skrin
dan tandakan di ruangan “Perakuan”.
Langkah 5:
Tekan butang “Hantar” untuk mendaftar.
Langkah 6:
Setelah pendaftaran berjaya, skrin “Log Masuk Kali Pertama” akan dipaparkan.
Masukkan butiran seperti arahan yang dipaparkan dan tekan butang “Seterusnya”.
Langkah 7:
Anda akan mendapat mesej popup “Rekod Berjaya Disimpan. Sila tetapkan kata laluan anda
di halaman seterusnya”. Klik “OK” untuk kelaman Penetapan Kata Laluan.
Langkah 8:
Masukkan kata laluan anda mengikut tetapan yang diperlukan.
Dan tekan butang “Hantar”.
Langkah 9:
Anda akan menerima mesej “Rekod Berjaya Disimpan. Sila Log Masuk”.
Klik pada “OK” di bahagian bawah mesej untuk Kembali kelaman Log Masuk
Aplikasi MyJPJ ini boleh dimuat turun dari
Apple App Store, Google Play
Store & Huawei AppGallery.
0 Comments