FRforSharing | Anggun Cotton Collection Penaja Utama siri Jelajah Suria 2023

Anggun Cotton Collection 
Penaja Utama siri Jelajah Suria 2023

jelajah suria anggun cotton collection 2023


Hi Guys! 
Siri Jelajah Suria kini kembali lagi! Penaja Utama bagi siri Jelajah edisi 2023 kali ini 
adalah Anggun Cotton Collection,  Jelajah Suria kali ini yang 
bertemakan sentuhan ‘80an, 90an, dan terkini!

 

Jelajah Suria Anggun Cotton Collection akan membuka tirai 
pada hari Sabtu, 11 Februari di Paradigm Mall, Johor Bahru, 
diikuti Zon Utara di Aman Central, Kedah pada 19 Februari, 
Zon Pantai Timur di Kuantan City Mall pada 25 Februari 
& Zon Lembah Klang di Tropicana Gardens Mall, PJ pada 4 Mac! 


Pastinya kali ini membariskan lebih 40 artis Popular seperti Shidee, Raja Ema, Bunga, Insomniacks, Akim & The Majistret, Luqman Podolski, Zamani Slam, Nabila Razali, Siti Nordiana, Alyph, Sissy Imann, Ally Axl, Exists, Khai Bahar, Aishah, Ruffedge, Kristal X, Zulhadi, Syameer Azmi, Aris Ariwatan, Muss, Floor 88, Ernie Zakri, Syamel, Ramlah Ram, Newboyz, Xpose, Azan Scan, Misha Omar, Venus, Ella, Haqiem Rusli, Alif Satar & The Locos, Meer Nash, Da Unknown, Wani Annuar, Aiman Zaidi, Heedan Mohd dan ramai lagi!

suria fm tyzo cik piah shuib dj lin rara ajak anna j

Selain berhibur dgn barisan Artis korang juga boleh jumpa barisan penyampai Suria FM seperti
Ajak, Shuib, Suraya Borhan, Feeya Iskandar (Cik Piah),
Sharifah Shahirah (Rara), Tyzo Xander, DJ Lin dan Anna J

Korang yang mana datang ke Jelajah Suria Anggun Cotton Collection berpeluang memenangi
hadiah cabutan bertuah berupa 4 buah Motosikal Modenas MR 3 bernilai lebih RM4000 untuk pembelian barangan eksklusif Suria FM di booth ‘Kedai Suria’ seperti edisi terhad Jersey Suria, 
T-shirt Suria, lanyard, payung dan drawstring bag! Korang juga boleh menang Wang tunai lebih RM10,000 turut menanti pengunjung Jelajah Suria kali ini menerusi pelbagai aktiviti pentas yang akan bermula seawal jam 12 tengahari hingga 6 petang. 


Anggun Cotton Collection, Penaja Utama Siri Jelajah Suria 2023

Korang yang selalu dgr Suria FM pastinya dah biasa dengar Jingle 
"Anggun! Anggun! Cun Molocun!! Anggun Cotton!!"
Ya ini Jingle produk Anggun Cotton Collection yang merupakan Penaja Utama utk siri Jelajah Suria..

anggun cotton collection suria fm jelajah yana samsudin

Anggun Cotton Collection yang mengeluarkan baju kurung Wanita & kanak kanak Ready to Wear 
yang berasaskan Cotton dari Tahun 2014 ! Syarikat ini diterajui oleh Foundernya, Puan Noraini Binti Hanipah & Puan Norafizah, bergandingan pengasas bersama Tuan Mohd Shazrin & Tuan Adzim

 

Produk dari Anggun Cotton Collection yang berkonsepkan Ironless tanpa Gosok pastinya 
mempunyai kualiti yang sgt selesa & cantik bila di pakai! Sasaran pengeluaran Ready Stock utk pakaian sedondon lebih kurang 300,000 pasang yg bakal dijual mulai Feb 2023


Yana Samsudin yang merupakan Duta Anggun Cotton Collection turut akan turun padang ke semua Jelajah Suria Anggun Cotton Collection pada siri kali ini!
Korang juga jgn lepaskan peluang utk dapatkan Edisi Khas Jelajah Suria 
produk Anggun Cotton Collection ini, & hanya boleh dibeli di sana sahaja!


Jadi korang jgn lupa untuk sertai Jelajah Suria Anggun Cotton Collection tau!
Pastinya banyak aktiviti, persembahan & hadiah menarik menanti anda semua di sana!


#JelajahSuriaAnggunCottonCollection #SuriaMalaysia #SegalanyaHiburan #JelajahSuria2023


Post a Comment

0 Comments