#IYKYK Beauty di Guardian memperkenalkan Produk kecantikan yang Trending

#IYKYK Beauty di Guardian memperkenalkan 
Produk kecantikan yang Trending
Tekad untuk menjadi peneraju jenama kecantikan yang baru muncul dalam pasaran



Salam korang!
Bamziaf berkesempatan hadir di event Pelancaran kategori #IYKYK Beauty oleh Guardian di 
store MidVaelley, Kuala Lumpur yang menandakan satu langkah penting ke arah menjadi 
peneraju dalam jenama kecantikan terhangat yang baru muncul dalam pasaran. 
Kategori baharu yang dinamik ini bersedia untuk mencetuskan gelombang keseronokan yang 
baharu dalam pasaran dan di kalangan pelanggannya


Memperkenalkan #IYKYK Beauty – 
tanda pagar yang Guardian takrifkan semula dan menukarnya menjadi suatu yang luar biasa.


#IYKYK Beauty ialah kategori terbaharu Guardian, mempamerkan jenama Kecantikan yang 
telah menguasai dunia dalam talian dalam sekelip mata, meraih jualan yang tinggi sekaligus 
menjadi bualan ramai.

Ia adalah jenama yang hangat diperbualkan di IG dan TikTok, dan Guardian telah membawanya 
secara fizikal ke semua stor mereka di seluruh negara.


Anna Ng, Pengarah Pemasaran, Guardian Malaysia, 
menekankan komitmen syarikat itu untuk sentiasa mengikuti perkembangan trend kecantikan terkini global dan membawanya kepada pelanggan pada nilai terbaik.
“Kategori #IYKYK Beauty direka untuk menampilkan jenama-jenama yang telah memberi impak besar dalam talian, ‘menggegarkan’ media sosial dan kami percaya produk sensasi ini layak mendapat tempat yang lebih besar, menjadikannya lebih mudah untuk ANDA 
mendapatkannya di dalam talian dan di stor,” kata beliau.

Istilah #IYKYK bermaksud 'If You Know You Know’, yang biasa digunakan oleh pencipta kandungan media sosial untuk menandakan bahawa siaran mereka mungkin difahami oleh 
golongan tertentu atau mereka yang sedia tahu.

Acara pelancaran itu, yang diadakan di stor utama Guardian di Pusat Membeli-Belah Mid Valley Mega Mall, memperkenalkan sudut jualan khas #IYKYK Beauty yang menampilkan lebih daripada 
20 jenama kecantikan dalam talian yang sedang tular secara beransur-ansur.

Jenama yang ditampilkan dalam kategori #IYKYK Beauty termasuk jenama-jenama dari Korea, Indonesia, China, Japan, Perancis, Vietnam, Amerika Syarikat, Kanada dan Taiwan. Antaranya;

Skintific, Hanasui, True to Skin, Cocoon, The Raw, Nacific, Dododots , 
BnB Cosmetics and Skin, Perfect Diary, Round Lab

        

dan Jenama lain seperti 3W Clinic, Garnier, Aiken, Makeover, CeraVe, Glad to Glow, 
Skinmade & Be Minimalist

Pelanggan Guardian berpeluang meneroka bahagian #IYKYK Beauty dengan berkunjung ke stor fizikal dan secara dalam talian menerusi laman web atau aplikasi Guardian. 
Bahagian tersebut turut menawarkan pautan video Tip-Tip dan Trend Kecantikan, 
ciri-ciri jenama, butiran produk, tawaran istimewa, dan banyak lagi yang berkaitan dengan 
jenama #IYKYK Beauty yang dipamerkan.


Anna Ng menjelaskan bahawa,
kategori #IYKYK Beauty itu akan sentiasa dikemas kini dengan jenama-jenama baharu diperkenalkan apabila tiba masanya, memastikan pelanggan sentiasa mendapat maklumat tentang trend kecantikan dalam talian terkini. Untuk semua peminat trend kecantikan, Guardian kini merupakan destinasi pilihan anda untuk segalanya yang terhangat dalam ruangan penjagaan kecantikan. 

Bagi tujuan ini, Guardian telah memulakan Projek House of Creator yang bertujuan untuk 
melibatkan serta mendidik pencipta kandungan terkemuka di Malaysia tentang apa yang trending dan terbaharu disamping meningkatkan kemahiran mereka dalam mencipta kandungan yang lebih baik 
dan lebih berkesan.

“Menerusi usaha ini, kami juga akan mewujudkan ekosistem kandungan media sosial yang dinamik dan membina generasi pencipta kandungan Kesihatan dan Kecantikan yang akan datang,” jelas Anna.

Komitmen Guardian untuk meyampaikan produk kesihatan dan kecantikan terbaik pada nilai terbaik kepada pelanggan kekal menjadi keutamaan.


Follow Social Media Guardian Malaysia

Tentang Guardian Malaysia 
 Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 56 tahun lalu. 
Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih 600 buah stor di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. Setiap tahun, stor-stor kami menyediakan perkhidmatan kepada lebih 30 juta pelanggan di seluruh negara.

Post a Comment

0 Comments