FRforSharing | Sidang Media Skin Dessert

FRforSharing | Sidang Media Skin Dessert
Perjelasan Isu Viral yang tular di Sosial Media

skin dessert isu viral sirim

Hi guys! Bamziaf berkesempatan utk hadir ke Sidang Media Skin Dessert yang berlangsung
di Ginger KL, Bamboo Hills! Pastinya ini untuk memperjelaskan mengenai isu viral yang telah berlaku baru baru ini mengenai produk & berkaitan dgn SIRIM

skin dessert isu viral sirim

Sidang media ini di hadiri oleh Nur Nazuha binti Zohor Ali dari Tetuan Raidah Nazuha Law Chambers, adalah peguam yang dilantik oleh Ailezee Rich Sdn Bhd, En Mohd Aliff Abd Kadir (Pengasas dan Pengarah Urusan Skin Dessert ) & Pn Zirra Abdullah (Pengasas Skin Dessert) ....

skin dessert isu viral sirim

Kronologi Mengenai Isu Viral

Ailezee Rich Sdn Bhd selaku pengeluar produk kosmetik Skin Dessert,
telah memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar Surat Tuntutan pada 7 Disember 2022 terhadap Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM)
berikutan isu yang tular menerusi platform media sosial baru-baru ini

Isu ini bermula pada 4 Oktober 2022 apabila Pengasas Skin Dessert Puan Zirra Abdullah dan
Pengarah Urusan Skin Dessert En Mohd Aliff Abd Kadir memuat naik gambar mereka
di hadapan bangunan SIRIM di media sosial dengan tujuan untuk memaklumkan bahawa
Skin Dessert sedang dalam proses menjalankan ujian produk bersama SIRIM.

Skin Dessert menerusi agen yang dilantik iaitu Abam Peah Holdings Sdn Bhd telah membuat
dua (2) kali bayaraan kepada SIRIM untuk menjalankan dua jenis ujian iaitu
Ujian Kerengsaan Kulit (Skin Irritation Test) dan Ujian Keberkesanan Produk
terhadap produk keluaran iaitu ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer’

skin dessert isu viral sirim
Sumber dari Google

Berikutan muat naik gambar di depan SIRIM itu, SIRIM menerusi akaun rasmi media sosialnya meninggalkan komen di gambar yang dimuat naik Puan Zirra seperti berikut:
“SIRIM Berhad ingin menegaskan bahawa SIRIM Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk Skin Dessert. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengujian produk kosmetik, sila hubungi kosmetik@sirim.my. "
Sumber dari mStar online



Komen yang dibuat SIRIM menyebabkan isu produk Skin Dessert semakin tular mengakibatkan
Puan Zirra dan En Aliff menerima pelbagai kecaman daripada netizen selama dua bulan
sehingga merosakkan reputasi perniagaan dan mereka mengalami tekanan emosi memandangkan
Puan Zirra dan En Aliff tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan.

Malah komen SIRIM itu jelas bertentangan memandangkan Skin Dessert sudah membuat permohonan pengujian produk dan menghantar sampel produk kepada SIRIM pada 8 September 2022.

skin dessert isu viral sirim

Pengujian Produk Oleh SIRIM

SIRIM kemudian menerusi surat bertarikh 26 Oktober 2022 memaklumkan terpaksa membatalkan permohonan pengujian ke atas produk sampel produk yang telah dihantar oleh Skin Dessert.
Bayaran yang telah dibuat untuk kedua-dua ujian tersebut akan dipulangkan kepada
syarikat Abam Peah Holdings Sdn Bhd selaku pengantara Skin Dessert dan SIRIM.

Susulan komen dan surat pembatalan yang dibuat SIRIM, syarikat Abam Peah Holdings Sdn Bhd memohon untuk mengadakan satu perjumpaan dengan SIRIM bagi membincangkan isu yang timbul.

Pertemuan telah berlangsung pada 2 November 2022 dan antara perkara yang dibincangkan
adalah permintaan Skin Dessert supaya SIRIM memohon maaf dan menjelaskan keadaan sebenar
yang terjadi di mana Skin Dessert telah mengemukakan permohonan serta membayar kepada SIRIM bagi menjalankan dua (2) ujian iaitu ujian kerengsaan kulit dan
ujian keberkesanan produk ‘Skin Dessert Repair Moisturizer’.

SIRIM bersetuju untuk meneruskan ujian untuk ‘Skin Dessert Repair Moisturizer’ seperti yang dirancang. Pada 16 November 2022 laporan ujian untuk produk tersebut telah dikeluarkan SIRIM.
Hasil laporan ujian daripada SIRIM menyatakan bahawa ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer sebagai: “Under the condition of this test, Skin Dessert Repairing Moisturizer is consider as
NONIRRITANT (NI) to in vitro skin LabCyte EPI-Model 24.

skin dessert isu viral sirim
Skin Dessert ketika ini masih memberi peluang kepada SIRIM untuk menjelaskan semua tuntutan yang dikemukakan memandangkan pihak peguam yang mewakili SIRIM masih dalam proses menunggu arahan lanjut dan jawapan SIRIM berhubung tuntutan Skin Dessert 
seperti dimaklumkan menerusi surat bertarikh 14 Disember 2022

Penjelasan semula SIRIM adalah penting memandangkan komen yang dibuat SIRIM di media sosial Puan Zirra adalah kenyataan berniat yang tidak menggambarkan situasi sebenar kepada umum.

Kenyataan dibuat SIRIM telah menimbulkan keraguan yang tidak menggambarkan
keadaan sebenar yang terjadi kepada umum. Tindakan itu berpotensi menimbulkan fitnah yang merosakkan reputasi, integriti dan kebolehpercayaan awam secara umum
oleh stokis, agen serta pengguna terhadap Skin Dessert.

Kenyataan agensi itu menyebabkan masyarakat mempunyai persepsi Skin Dessert ada agenda tersembunyi dan jenama Skin Dessert tidak boleh dipercayai.

Produk Telah Lama Dihentikan Pengeluaran

Untuk makluman juga, produk ‘Skin Dessert Moisturizer Treatment’ yang dibatalkan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Oktober 2022, sudah dihentikan pengeluaran
dan produksi akhir produk itu adalah pada Disember 2021.

Skin Dessert sudah menarik balik produk ‘Skin Dessert Moisturizer Treatment’ daripada pasaran
dan dihentikan pengeluaran pada Disember 2021 melalui satu MEMO yang
disiarkan menerusi platform sosial media rasmi Skin Dessert.

Produk ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer’ adalah produk baharu yang
menggantikan ‘Skin Dessert Moisturizer Treatment’ iaitu
produk yang dihantar kepada SIRIM untuk membuat ujian keselamatan.

skin dessert isu viral sirim
Korang boleh menyemak hasil ujian ini dengan menghubungi
Makmal Toksikologi PRN dengan menggunakan
nombor rujukan PRN2022/581-587 untuk pengesahan ujian.

skin dessert isu viral sirim

Jadi bamziaf berharap Skin Dessert dapat menyelesaikan permasalahan ini dengan baik 

Post a Comment

0 Comments