FRforSharing | Keajaiban Bengkel Santa di Suria KLCC

FRforSharing | Keajaiban Bengkel Santa di Suria KLCC
Ganjaran bernilai hampir RM 1 Juta menanti Pengunjung

santa klaus christmas krismas suria klcc

Hi Guys! Sempena dengan musim Krismas yang bakal tiba, Suria KLCC pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk memeriahkan suasana dengan kehadiran Santa Klaus & buniannya.



Kempen Hari Krismas Suria KLCC yang mewujudkan "Bengkel Santa" di Centre Court 
sudah boleh dikunjungi para pengunjung sehingga 25 Disember 2022! 



Apa ertinya Hari Krismas tanpa hadiah kan, jadi Santa Klaus bersama buniannya 
akan mengedarkan hadiah di Karusel Alat Permainan untuk para pengunjung yang hadir... 

 
Setiap jam sebuah Menara Jam akan berbunyi bersama dengan melodi perayaan 
& akan ditemani bunian bergerak secara beriringan


Korang "Naughty or Nice" ? Jawapan boleh korang dapat apabila bermain di skrin interaktif yang tersedia, ada hadiah kejutan untuk para pembeli yang bertuah tau. Terhad untuk 100 pembeli setiap hari


Korang ada yang tersayang ? jangan lupa untuk check out sudut paparan kad ucapan yang tersedia, korang boleh menghantar ucapan perayaan kepada mereka melalui kad ucapan Krismas Suria KLCC


 

Bengkel "Santa Workshop Alive!" juga tersedia untuk kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka mewarna pelbagai watak Krismas, & hasil mereka akan tersiar di skrin layar. Kanak-kanak juga boleh dapat lolipop secara percuma & para pembeli boleh berjumpa dengan Santa Klaus

Korang juga berpeluang untuk ber-ootd dengan dekorasi Hari Krismas antaranya:
Karusel Bengkel Santa (Saiz Kecil) di Aras 1, Ramlee Mall
Kaunter Simpanan Hadiah & Alat Permainan di Pintu Masuk Ampang Mall & Ramlee Mall
Kereta Berkuda Santa & Ruangan Pemberian Hadiah di Pintu Masuk "Park Mall"


Kiosk Foto Perayaan di mana korang boleh cetak foto & e-foto percuma juga disediakan

Pokok Krismas ikonik setinggi 100 kaki tersergam indah di "The Esplanade" ! Ini merupakan hiasan pokok Krismas mewah yang tertinggi di Malaysia tau! Antara tempat paling wajib korang untuk 
ber-ootd tau sgt "insta-worthy" tau! Pelbagai aksesori unik & bergemerlapan yang tergantung di pokok..



Program Ganjaran Pembeli
dari 25 November sehingga 18 Disember 2022

If korang berbelanja RM1500 ke atas melalui dua resit pembelian
daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima e-baucar Suria KLCC (SKLCC)
If korang berbelanja RM3000 dan ke atas melalui dua resit
daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima rantai tangan Pandora yang bernilai RM600


“Dengan kepelbagaian ganjaran kami berharap untuk membantu jualan para peruncit 
dengan sambutan perayaan yang meriah sebagai tirai penutup untuk tahun ini,” 
ucap Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif, Suria KLCC
Suria KLCC akan memberi sokongan kepada Kumpulan Green Ribbon 
melalui hasil jualan Pin Reben Suria Selaras dengan inisiatif Program Kesederan Kesihatan Mental, 
Pin reben tersebut boleh didapati di kaunter pertanyaan Suria KLCC dengan harga RM10 setiap pin.


ALAMANDA PUTRAJAYA
Pelbagai hadiah & permainan menanti anda



Alamanda Putrajaya turut tidak ketinggalan untuk meraikan Hari Krismas ini dengan tersedianya Bengkel Santa di Anjung "Centre Court" yang sudah bermula sehingga 25 Disember 2022

  

Pelbagai permainan kanak-kanak akan dihiasi di atas mesin penghantar Automatik. Persembahan & Aktiviti Krismas juga diadakan antaranya pertunjukan silap mata, tarian & akrobatik Krismas
VIKids akan menganjurkan bengkel yang bertemakan Krismas untuk ahli VIKids namun penyertaan adalah terhad berdasarkan konsep "first-come-first-serve"
Antara bengkel menarik yang disediakan, "Gingerbread Man Decoration", "Waterless Snow Globes" & banyak lagi bengkel lain... Jadi korang jgn lupa untuk daftar sebagai ahli VIKids

If korang berbelanja RM500 dan ke atas melalui dua resit 
daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima satu baucar beli-belah Alamanda bernilai RM30 melalui Program “High Spender Rewards”
If korang berbelanja RM1,500 ke atas melalui dua resit 
daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima satu baucar beli-belah Alamanda bernilai RM80 
*Selagi Stok Masih Ada*

Santa Klaus akan membuat penampilan istimewa pada Ambang Krismas & Hari Krismas untuk menyambut ketibaan korang! Pastinya korang berpeluang untuk bergambar dengan Santa Klaus!
Kanak-kanak juga akan diberi gula-gula secara Percuma

MESRA MALL
White Christmas


Mesra Mall Terengganu juga turut bersama mengadakan Kempen Krismas yang 
bertemakan "White Christmas" pastinya sinonim dengan kehadiran Salji tatkala waktu Hari Krismas
Kempen ini berlangsung dari 1 Disember sehingga 25 Disember 2022

Tebusan Ganjaran Program Krismas
If korang berbelanja RM350 ke atas melalui dua resit 
daripada mana-mana kedai terpilih layak menebus sebuah balang simpanan kaca. 
If korang berbelanja RM500 ke atas melalui dua resit 
daripada manamana kedai terpilih akan menerima satu set kombo balang simpanan kaca yang mengandungi dua balang simpanan bersaiz 800ml & baucar beli-belah bernilai RM50.

Korang jgn lepaskan peluang untuk beramah mesra bersama Santa Klaus 
Tarikh: 25 Disember 2022
Masa: 3 Petang & 5 Petang
Kanak-kanak berpeluang dapat gula-gula secara Percuma


Jadi pastinya sambutan Krismas ini mampu memberi aura yang lebih baik untuk kita & yang tersayang!
Jangan lepaskan peluang untuk check out Sambutan Hari Krismas ini tau
Untuk info lanjut jgn lupa untuk follow social media Kumpulan Syarikat Suria KLCC

Suria KLCC : Website | Facebook
Alamanda Shopping Centre : Website | Facebook
Mesra Mall : Website | Facebook


Post a Comment

0 Comments