FRforSharing | Edisi Terhad terbaru dari KitKat® , Salted Caramel Cookies

Edisi Terhad terbaru dari KitKat® , Salted Caramel Cookies
Dengan adunan cita rasa dan tekstur berkelainan



Salam guys!
Korang tahu antara favorite coklat bamziaf adalah KitKat® tau! Kali ini bamziaf lagi excited bila
Nestlé’ KitKat® telah melancarkan KitKat® Salted Caramel Cookies edisi terhad yang serba baharu. Dengan adunan cita rasa dan tekstur berkelainan, Korang boleh menikmati pengalaman coklat baharu yang merangsang deria. Pelancaran produk terbaharu KitKat® di Malaysia tahun ini amat dinanti-nantikan, menawarkan kombinasi lazat wafer rangup tersendiri yang disaluti dengan coklat susu dan cebisan biskut karamel masin yang rangup untuk menambat selera.


Trend makanan di seluruh dunia semakin berubah seiring perubahan cita rasa pengguna 
untuk terus mencari cara baharu dalam menikmati keseronokan hidup dengan sepenuhnya. 
Pengguna telah menunjukkan minat yang khusus terhadap penggunaan biskut dan 
juga perisa karamel di dalam pelbagai produk konfeksi – 
dengan kedua-duanya disenaraikan antara 10 perisa paling digemari di Asia Pasifik.


Di samping itu, menurut kajian yang dijalankan di Asia Pasifik, 
70% daripada pengguna ingin menikmati coklat serba baharu dan menarik manakala 
lebih daripada 60% mengimpikan coklat dengan aneka tekstur dan perisa. 
Selain rasa dan kenikmatan, tekstur yang rangup merupakan pengalaman yang paling diidamkan pengguna ketika menikmati coklat kegemaran mereka.


Menurut Carlota Casellas, Pegawai Eksekutif Perniagaan Konfeksi Nestlé
“Inspirasi daripada cerapan pasaran dan trend terkini, terutamanya di kalangan Generasi Z 
menjadi asas dalam rekaan produk KitKat® yang terbaharu kami. Pastinya Generasi Z adalah golongan yang senantiasa menyatakan aspirasi mereka untuk menikmati pengalaman makanan yang unik. Dengan itu, KitKat® telah mencipta semula jejari coklat kami dengan wafer rangup yang disaluti kombinasi biskut dengan karamel masin yang tersendiri. 
Edisi terhad KitKat® Salted Caramel Cookies baharu ini pastinya serba sensasi!”


Dua pakar pastri dan manisan daripada JUNANDUS telah memperlihatkan kelebihan dan keserbagunaan KitKat® Salted Caramel Cookies menerusi bengkel meghias manisan 
di majlis pelancaran yang diadakan di IOI City Mall di Putrajaya. 
Jun Chong daripada JUNANDUS berkata, 
“Sememangnya semua orang boleh menikmati KitKat® begitu sahaja atau 
mencipta resipi kreatif daripadanya; dan inilah cara terbaik untuk berehat sebentar sambil 
bersantai menikmati sajian coklat yang sungguh lazat!”


“Selari dengan aspirasi KitKat® iaitu “Have a Break, Have a KitKat® 
(Berehat sebentar, Bersama KitKat®), 
kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk berehat sebentar daripada kesibukan masing-masing. 
Cara terbaik adalah dengan menikmati KitKat® Salted Caramel Cookies serba baharu – 
teman paling sesuai untuk memanjakan diri anda. Keranggupan daripada cebisan biskut yang 
disaluti coklat susu lazat pasti menambat selera semua penggemar coklat,” kata Carlota.


Sempena pelancaran KitKat® Salted Caramel Cookies, pameran pengguna selama 5 hari diadakan 
di IOI City Mall di Putrajaya dari 9 hingga 13 Ogos 2023. KitKat® Salted Caramel Cookies 
boleh didapati dalam dua jenis pek iaitu pek tunggal 4 Jejari dan 2 Jejari 5 Multipack.


Untuk maklumat lanjut, sila layari:



Mengenai KITKAT Nestlé

Dicipta pada tahun 1935, KITKAT menjadi sebahagian daripada rangkaian produk konfeksi Nestlé pada tahun 1988, dan telah berkembang menjadi satu daripada jenama terbesar Nestlé. Snek ringan ini merupakan salah satu jenama coklat kegemaran Malaysia dan dieksport ke 14 negara di seluruh dunia. KITKAT Nestlé merupakan jenama konfeksi global pertama menggunakan 100% koko yang diperolehi secara lestari menerusi Pelan Koko Nestlé.


Ungkapan “Have a break, have a KITKAT” (Berehat sebentar, Bersama KITKAT) menggambarkan dengan tepat misi KITKAT – untuk membantu anda berehat sebentar apabila anda paling memerlukannya. Raikan saat-saat keseronokan, kespontanan, kelazatan, nikmat, dan ganjaran bersama KITKAT. Sama ada anda terbenam dalam timbunan kertas dan fail kerja atau anda bekerja seperti jentera, anda boleh menikmati kudapan manis ini, yang diperbuat daripada 100% koko lestari, pada bila-bla masa, di mana-mana sahaja dan dengan apa jua cara. KITKAT ialah produk buatan tempatan 100% Halal yang dikeluarkan di kilang Nestlé yang disahkan Halal di Chembong, Negeri Sembilan.


Mengenai Nestlé Malaysia

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. 
Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di lebih 180 negara di seluruh dunia, 
dan seramai lebih 270,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, 
yang berusaha memanfaatkan kelebihan makanan untuk meningkatkan kualiti kehidupan untuk semua insan, masa kini dan untuk generasi masa depan. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, 
Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan 
produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, 
sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami.


Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. 
Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, 
sila layari

Post a Comment

0 Comments