FRforSharing | Shuib di lantik sebagai Duta Kopi SUPER™ & SUPER™ Klasik Baharu dilancarkan

Shuib di lantik sebagai Duta Kopi SUPER™
SUPER™ Klasik Baharu: Kopi Hitam Segera Khas untuk Cita Rasa Rakyat Malaysia diperkenalkan
Jenama kopi dan teh yang ikonik memperluaskan rangkaiannya dengan kopi hitam baharu yang padu, SUPER™ Klasik



Salam guys!
Bamziaf berkesempatan menghadiri Maljis Pelancaran Media SUPER™ Klasik yang berlangsung di Kota Damansara! Kalau korang nak tahu jenama SUPER™, yang berdedikasi untuk menyediakan kopi, teh, dan minuman bijirin berkualiti yang sepadan dengan cita rasa rakyat Malaysia, kini memperluaskan penawarannya dengan SUPER™ Klasik, kopi hitam segera yang diperbuat daripada 100% biji kopi Robusta untuk menghasilkan kelazatan kopi yang padu namun halus dan beraroma.


SUPER™ Klasik merupakan tambahan terkini kepada rangkaian SUPER™ 
di mana ia bertujuan untuk memenuhi permintaan dinamik yang sentiasa berubah daripada 
peminat tegar kopi serta peminum teh dan bijirin berkualiti.


Fiona Tan, Pengurus Besar Jacobs Douwe Egberts Malaysia, pemilik jenama Kopi SUPER™ berkata, “Di Malaysia, biasanya peminum kopi akan menambah krimer ke kopi, 
sama ada dalam bentuk susu pekat atau susu sejat. Oleh itu, rakyat Malaysia sentiasa mencari 
kopi segera yang pekat mengancam dan beraroma supaya kepaduan kopi 
masih dapat terasa walaupun dengan penambahan krimmer.”


Pelancaran SUPER™ Klasik menggambarkan komitmen SUPER™ untuk menaikkan 
semangat rakyat Malaysia dengan menyediakan minuman yang mudah dan menyegarkan.
 “Kopi segera di Malaysia bukan sahaja digemari sebab fungsi kemudahannya. Dengan jadual harian yang sibuk, kita perlukan kopi yang pekat mengancam dan berperisa untuk membangkitkan semangat untuk mengharungi cabaran harian. Secawan kopi yang sempurna adalah apa yang diperlukan untuk menyemarakkan perbualan sambil mengekalkan kesegaran sepanjang hari.”


SUPER™ telah melantik Shuib sebagai duta rasmi jenama - beliau merupakan seorang individu 
yang bekerja keras dan berkongsi cabaran yang sama seperti setiap rakyat Malaysia. 
Shuib menguruskan tanggungjawab sebagai bapa kepada empat anak kecil sambil 
bekerja sebagai pengacara radio dan usahawan.


“Sejak hari pertama, kami tahu Shuib adalah duta yang sempurna untuk kami kerana 
beliau mencerminkan pengalaman seorang rakyat Malaysia biasa. Dalam masa baik dan mencabar, 
kita rakyat Malaysia sentiasa gigih, bekerja dengan sangat tekun, memberikan yang terbaik 
untuk memperbaiki kehidupan orang di sekeliling kita. Kami sangat bersemangat untuk berkolaborasi dengan Shuib kerana kami berkongsi nilai-nilai ini dan memiliki semangat bersama untuk secawan 'kopi padu' yang hebat untuk membantu kita melepasi aktiviti harian,” tambah Fiona.


Sempena Hari Malaysia, SUPER™ sangat teruja untuk mengumumkan peraduan 
‘Semarakkan Hari Malaysia’ yang akan bermula pada 16 Ogos - 30 September 2023. 
Peraduan ini menawarkan peluang kepada peserta untuk memenangi hadiah menarik seperti 
Modenas Dominar D250, sesi makan-makan eksklusif bersama Shuib, dan 
baucar beli-belah bernilai RM21,000. Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu membeli 
mana-mana satu produk SUPER™ (tertakluk pada terma dan syarat).

 

SUPER™ Klasik yang terbaharu ini kini boleh didapati di peruncit utama di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang Kopi SUPER™ dan barisan produk, kemas kini dan promosi terkini, sila layari  : FACEBOOK




Tentang SUPER™

Ditubuhkan pada tahun 1987, SUPER™ merupakan perintis industri yang telah memperkenalkan konsep produk minuman 3-dalam-1 di seluruh Asia Tenggara. Mereka berpegang pada prinsip di mana cita rasa minuman yang enak sepatutnya mudah untuk didapatkan, pada harga yang berpatutan. SUPER™ telah diiktiraf dengan 'Status Perintis' oleh Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura untuk pembuatan bijirin segera pada tahun 1994, diikuti kopi segera boleh larut yang dikeringkan dengan pengering sembur pada tahun 1998, dan krimer bukan tenusu pada tahun 2003. Pada tahun 2017, SUPER™ Group Ltd telah diperoleh oleh pengeluar kopi dan teh dari Belanda, Jacobs Douwe Egberts (JDE) dan mereka telah memulakan kerjasama yang baharu untuk menyediakan produk berkualiti kepada pelanggan dan pengguna di seluruh Asia.

Tentang Jacobs Douwe Egberts (JDE)

JDE ialah anak syarikat JDE Peet's, syarikat kopi dan teh pure-play terbesar di dunia, yang beribu pejabat di Belanda. Selama lebih daripada 265 tahun, JDE telah meraih inspirasi daripada kepercayaan bahawa perkara yang menakjubkan boleh berlaku apabila kita meluangkan masa untuk menikmati secawan kopi atau teh. Hari ini, JDE menawarkan pelbagai pilihan kopi dan teh secara global di lebih 100 pasaran melalui portfolio lebih 50 jenama, yang secara kolektifnya merangkumi keseluruhan landskap kategori, termasuk di Malaysia dengan OLDTOWN White Coffee, SUPER™, MOCCONA dan L’OR ESSENSO. Ketahui lebih lanjut tentang perjalanan JDE di http://www.jacobsdouweegberts.com

Post a Comment

0 Comments