FRforsharing | Majlis Menandatangani MOA antara MEATECH CREATIVE ACADEMY dan METROWEALTH INTERNATIONAL GROUP (MIG)

Majlis Menandatangani MOA antara 
MEATECH CREATIVE ACADEMY dan METROWEALTH INTERNATIONAL GROUP (MIG) 



Salam guys!
Bamziaf berkesempatan untuk menghadiri Majlis Menandatangani MOA antara 
MEATECH CREATIVE ACADEMY dan METROWEALTH INTERNATIONAL GROUP (MIG) 
yang telah diadakan di Wisma Metrowealth.. MOA ini terjadi kerana menyahut seruan 
pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (PK) untuk melaksanakan Latihan Industri (LI) 
kepada para pelajar yang dapat memberi pengalaman, peluang serta pembelajaran lebih luas.


Umum mengetahui, MIG merupakan antara syarikat produksi yang sentiasa mencipta serta 
melahirkan bintang terkenal selama 23 tahun MIG ditubuhkan. 
Ini selaras dengan visi MIG iaitu Bintang Dicipta Bukan Dilahir. Bagi Mr. David Teo
selaku CEO MIG, bukan hanya bintang malah Karyawan Serta Anak Seni juga boleh dicipta 
menjadi pakar yang hebat. Misi Pembangunan Modal Insan sentiasa diterapkan dalam MIG 
demi menggalas tanggungjawab dalam mencipta pelapis baharu dan konsistensi 
MIG membuka peluang di antara MIG dan Meatech untuk menjalinkan kerjasama.


Memorandum Perjanjian in telah ditandatangani oleh CEO Meatech Creative Academy, Puan Shahralin Bt Abdul Hamid dan CEO Metrowealth International Group (MIG) Mr. David Teo
diringi oleh COO Meatech Creative Academy, Mohd Zaharizan Bin Abdul Mubin dan turut disaksikan oleh Pengarah Bahagian Persijilan Kompetensi PK, Encik Mohd Sukri Bin Ismail.


Pelaksanaan LATIHAN INDUSTRI (LI) DAN INTERNSHIP DALAM SISTEM LATIHAN PROGRAM BERTAULIAH (SLaPB) ini dilihat dapat membolehkan para pelajar merasai sendiri bagaimana penggiat seni menghasilkan sebuah karya yang berkualiti bermula dari 
proses awal hingga ke proses yang terakhir.

Memorandum Perjanjian (MOA) ini tertakluk pada perisian perjanjian persetujuan perkongsian kemahiran dan peluang dari pihak MIG kepada pelaiar Meatech Creative Academy untuk diserap masuk ke bidang pekerjaan industri seni kreatif yang sebenar.

Kerjasama strategik bakal dilaksanakan bag mempromosikan memorandum perjanjian ini demi mencapai Matlamat Bersama untuk melahirkan lebih ramai Baka Muda dalam industri seni.

 

Majlis ini turut dihadiri oleh Seniwati Datuk Hajjah Fauziah Nawi dan Aziz M Osman yang menyaksikan Seniwati dan Sutradara hebat in menerima Diploma Kemahiran Malaysia Koordinasi Pengarahan Filem dari Meatech Creative Academy setelah berjava menamatkan pengajian serta menyumbang perkongsian pengalaman besar kepada para pelajar.

Bamziaf ingin mengucapkan sekalung Tahniah & Syabas kepada MEATECH CREATIVE ACADEMY dan METROWEALTH INTERNATIONAL GROUP (MIG) di atas usahasama ini dalam mengangkat industri Perfileman Negara ke peringkat lebih tinggi!

Post a Comment

0 Comments