#FRforSharing - Hanis Zalikha Duta Rasmi Innersejuk 2022

#FRforSharing - Hanis Zalikha Duta Rasmi Innersejuk 2022
Kontrak Bernilai USD1Juta sebagai Duta



Hai hampa! Bamziaf baru ini hadir untuk event Innersejuk yang secara rasminya mengumumkan 
Hanis Zalikha sebagai Duta Rasmi Innersejuk 2022 
dengan pontensi kontrak bernilai USD1Juta (RM4.2Juta)


Innersejuk menghasilkan pakaian berkualiti tinggi serta menarik untuk dipakai merangkumi 
modest sports, lifestyle ready-to-wear, pakaian untuk beribadah dan juga aksesori fesyen yang sesuai untuk gaya hidup wanita muslimah pada hari ini. 
Innersejuk telah berjaya mencipta DriChill Technology®- fabrikyang sejuk dan anti-mikrob, 
yang dapat menyerap peluh, selesa, serta sesuai dipakai
bukan sahaja untuk bersukan malah boleh digayakan sebagai lifestyle wear.

 
Menurut Azrul Izzam, Pengarah Urusan Innersejuk, Pemilihan Hanis Zalikha sebagai Duta Rasmi 
adalah kerana personaliti beliau yang sangat berani, mempunyai ciri-ciri istimewa yang tersendiri, serta dikenali sebagai Ikon Modest Fashion sangat sesuai untuk membawa 
jenama Innersejuk ke peringkat Antarabangsa.. 


Selaras dengan itu Hanis Zalikha turut serta dalam kempen Innersejuk yang menonjolkan koleksi Telekung Suqainah yang terbaru.. Terdapat 2 koleksi iaitu Telekung Suqainah Signature & Telekung Suqainah Luxe. Fabrik yang digunakan iaitu DriChill® Tuff, fabrik yang lebih lasak & lebih tebal daripada telekung biasa merupakan rekaan inovatif dari Innersejuk

Telekung Suqainah juga di reka khas untuk kekal sejuk, anti-mikrob & juga mempunyai kemasan yang mewah. Telekung ini tidak jarang & di bahagian muka nampak sangat kemas dan terletak dengan sempurna. Telekung Suqainah Signature merupakan potongan klasik 
Manakala Telekung Sugainah Luxe pula mempunyai ciri yang lebih mewah dengan fishtail
yang lebih panjang di bahagian belakang.

Jadi hampa jangan lupa dapatkan Telekung @suqainah.my & produk lain di platform @innersejuk sekarang! Support produk tempatan yang sgt hebat ini!
Tahniah kepada @haniszalikha di atas pelantikan sebagai Duta Rasmi Innersejuk

Post a Comment

0 Comments