Transformasi Suria KLCC menjadi Old Shanghai bagi sambutan Tahun Baru Cina

Transformasi Suria KLCC menjadi Old Shanghai 
bagi sambutan Tahun Baru Cina


Salam Korang!
Bamziaf pastinya paling teruja untuk menyaksikan dekorasi untuk perayaan oleh 
Destinasi Beli-Belah Ikonik di Malaysia, Suria KLCC.
Jadi bagi sambutan sambutan Tahun Baru Cina pada tahun 2024, 
Suria KLCC telah mengubah Ruang "Centre Court" kepada dekorasi ala "Old Shanghai" yang membawa reka bentuk budaya pada tahun 1920 hingga 1930 yang turut di kenali 
sebagai "Paris of the Orient" mulai 12 Januari hingga 18 Februari 2024.

  

Bamziaf excited bila Ruang ‘Centre Court’ Suria KLCC dihiasi dengan kedai-kedai dua tingkat tradisional dahulu kala. Pastinya memberi experience menarik untuk pengunjung mengimbau 
pelbagai replika binaan termasuk kedai pakaian yang dihiasi indah yang mempamerkan 
seni reka cheongsam selain daripada sebuah restoran agam yang menampilkan 
hidangan tradisional sempena sambutan makan malam tahunan. 


Dekorasi Tahun Baru Cina kali ini juga turut mempamerkan sebuah beca dan juga kereta retro & vintaj sebagai prop untuk ber-OOTD  serta projektor filem lama yang memainkan klip-klip filem klasik 
yang menggamit jiwa juga turut dipamerkan.

Ruang Esplanade KLCC memainkan peranan utama dalam sambutan kali ini melalui 
dekorasi majestik replika naga 3D setinggi 60 kaki. Simbolik dengan kehadiran Tahun Naga, 
replika yang dinamakan sebagai ‘Dragon of Prosperity’ ini menjanjikan pemandangan 
yang memukau dan mengagumkan.

  

Bagi menyemarakkan lagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina, pengunjung boleh menikmati persembahan tarian akrobatik singa yang akan berlangsung setiap hari Ahad pada jam 5 petang di Esplanade KLCC, dan tarian naga di ruang ‘Centre Court’ setiap hari Sabtu pada jam 2 petang sepanjang tempoh kempen.

 

Bagi korang yang suka shopping di Suria KLCC, sempena sambutan perayaan kali ini ada ganjaran menanti Para pengunjung yang berbelanja RM1,500 ke atas dalam dua resit akan menerima 
e-Baucar Suria KLCC yang berjumlah RM100 serta satu set sampul merah esklusif Suria KLCC.

Bagi para Pelanggan yang membeli e-Baucar yang berjumlah RM1,000 berpeluang untuk 
menerima e-Baucar tambahan yang bernilai RM100
Tawaran eksklusif ini terhad kepada 50 pelanggan pertama sahaja.

 

Korang jangan lupa untuk check out ‘Festive Photobooth’ yang boleh capture moment korang di sini bertemakan "Old China", paling best korang boleh memperagakan kostum tradisional Cina dan nikmati cetakan foto tanpa had, bersama dengan salinan elektronik. Turut juga disediakan di ruang masuk ‘Centre Court’, Esplanade KLCC, dan Aras 1 Ampang Mall dan Ramlee Mall yang dihiasi dengan dekorasi ‘Instagram-worthy’ yang membawa kegemilangan sambutan perayaan ini.


Para pelanggan yang membeli ‘Suria Ribbon Pin’ yang berharga RM10 sebagai tanda sokongan kepada inisiatif Kesedaran Kesihatan Mental akan menerima satu set kuplet kaligrafi Cina yang dilengkapi dengan ucapan membawa tuah. Pada hujung minggu, para pelanggan juga akan berpeluang menyaksikan seni kaligrafi Cina yang akan mencipta kuplet secara langsung
semasa pembelian ‘Suria Ribbon Pin’.


“Tahun Baru Cina bukanlah sekadar sebuah perayaan; ia adalah detik bermakna untuk 
memperkasa adat dan budaya. Di Suria KLCC, kami amat berbangga untuk membawakan
pengalaman yang imersif dan interaktif yang boleh membawa para pengunjung menikmati detik kegemilangan dan kehebatan era ‘Old Shanghai’. Perayaan ini lebih bermakna apabila ia menghubungkan semangat perpaduan yang kaya dengan warisan,” 
ujar Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.


“Disaat kita menginjak ke Tahun Naga, Suria KLCC dengan berbesar hati menjemput para pengunjung dan pelanggan untuk bersama-sama menyambut tahun yang penuh dengan tuah dan kejayaan ini.”


Pusat Beli-Belah Alamanda

Kemegahan dekorasi ‘Old Shanghai’ yang dibawakan khusus untuk sambutan Tahun Baru Cina bakal mewarnai Pusat Beli-Belah Alamanda bermula dari 19 Januari hingga 12 Februari 2024. 


Ruang ‘Centre Court’ menampilkan dekorasi yang dilengkapi dengan binaan panggung wayang vintaj, kedai pakaian yang memperlihatkan seni Cheongsam, dan sebuah restoran yang menyajikan replika hidangan makan malam tradisional, dimana ia dilihat sebagai ruangan ‘Instagram-worthy’.
Pada hujung minggu, pengunjung berpeluang menikmati persembahan tarian akrobatik singa, tarian naga, dan persembahan kebudayaan selain menerima edaran buah limau mandarin.

Ganjaran beli-belah di Alamanda Putrajaya akan membawa pengalaman yang lebih menarik buat para pelanggan yang berbelanja RM600 keatas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih. 
Para pelanggan yang berbelanja akan menerima baucar beli-belah Alamanda yang bernilai RM30. Sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan yang berbelanja dengan nilai yang tinggi juga, mereka yang berbelanja RM1,500 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima baucar beli-belah Alamanda bernilai lebih besar, iaitu RM80.

Keriangan berterusan buat para pengunjung apabila ahli VIKids berpeluang unutuk menyertai dalam aktiviti kraftangan patung naga yang diperbuat daripada kertas selain daripada aktiviti mewarna bersempena sambutan Tahun Baru Cina. Inisiatif ini dilihat menjadikan Alamanda Putrajaya sebagai sebuah destinasi beli-belah yang memeriahkan sambutan mesra untuk seisi keluarga.

Pusat Beli-Belah Mesra


Pusat Beli-Belah Mesra di Terengganu menjemput komuniti setempat untuk turut menyambut sambutan Tahun Baru Cina mulai 12 Januari sehingga 15 Februari 2024. Pusat Beli-Belah Mesra akan menampilkan dekorasi gah dan mempesonakan yang bertemakan ‘Old Shanghai’.


Antara tarikan utama kempen ini termasuklah persembahan tarian tradisional singa pada 3 Februari, dimana para penari akan mengedarkan limau mandarin kepada para pengunjung simbolik dengan kepercayaan membawa tuah. Ahli keluarga yang berkunjung ke Mesra Mall juga boleh menyertai bengkel membuat replika naga pada 9 dan 10 Februari.


‘The Shoppers Rewards Programme’ menawarkan sebuah ‘teapot’ yang direka khas dengan lakaran bunga yang menawan kepada 500 pembeli yang berbelanja RM350 ke atas dalam dua resit 
di mana-mana kedai terpilih.


Untuk info lanjut, sila layari:
Suria KLCC | WEBSITE | FACEBOOK 
Alamanda Putrajaya | WEBSITE | FACEBOOK
Mesra Mall | WEBSITE | FACEBOOK




Mengenai Suria KLCC Sdn Bhd

Suria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC Property Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Investors (40%).  Ia merupakan kumpulan pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan kepada pembangunan dan operasi pusat membeli belah di Malaysia. 
Portfolio terkininya merangkumi tiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur),
Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai dan lebih 2 juta kaki
persegi ruang runcit keseluruhannya, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit tempatan dan
antarabangsa untuk mendekati golongan pembeli berkemampuan tinggi di Malaysia

Post a Comment

0 Comments