Hikayat Ayam Zamrud menu terbaru
di The Chicken Rice Shop untuk Ramadan & Syawal
Hidangan baharu yang meraikan tradisi, cita rasa, dan semangat kebersamaan
Salam Korang!
The Chicken Rice Shop (TCRS) ada hidangan istimewa sempena menjelang Ramadan dan Syawal iaitu, Hikayat Ayam Zamrud, yang diinspirasikan oleh semangat kebersamaan dan tradisi. Tersedia untuk masa terhad, hidangan istimewa ini bakal menambahkan lagi keceriaan berbuka puasa dan musim perayaan dengan cita rasa yang menggamit selera dan gaya hidangan yang menarik.
Sambutan Hari Raya telah melalui banyak perubahan dari masa ke masa. Hikayat lama menceritakan bahawa suatu ketika dahulu, semangat perayaan terasa suram, dengan tradisi yang sederhana dan
warna-warna kelam menyelubungi suasana. Walaupun dinantikan dengan penuh keterujaan, kemeriahannya masih kurang dirasai. Namun, pada suatu hari, tersebutlah sebuah penemuan istimewa — sebuah beg cili hijau yang berkilauan bak zamrud telah ditemui. Kilauan warnanya mengilhamkan
menu sambal hijau pedas yang luar biasa.
Tahun ini, TCRS menjemput anda untuk merasakan sesuatu yang luar biasa dengan Hikayat Ayam Zamrud — hidangan yang mencerminkan semangat, kebahagiaan, dan cita rasa Hari Raya.
Diilhamkan dari tradisi, hidangan ini menggabungkan ayam yang empuk dengan sambal hijau yang memukau — gabungan sempurna cili hijau pedas, herba beraroma, dan rasa masam limau yang menyegarkan. Setiap suapan menceritakan kisah transformasi, hidangan yang penuh dengan rasa dan warna ini dicipta khas untuk menyampaikan rasa sebenar kulinari Malaysia.
Berkongsi makna di sebalik hidangan eksklusif ini,
Cik Jane Wong dari TCRS Restaurants Sdn Bhd berkata,
“Hikayat Ayam Zamrud melambangkan komitmen kami dalam mencipta pengalaman kulinari
yang bermakna yang menyatukan keluarga.
“Hidangan ini bukan sekadar menggamit selera, tetapi juga meraikan warisan budaya kita yang kaya dan hubungan yang terjalin apabila kita makan bersama. Sempena bulan Ramadan dan Syawal yang penuh keberkatan ini, kami ingin menawarkan sesuatu yang benar-benar istimewa untuk menghormati tradisi sambil mencipta kenangan baharu di meja makan.”
Dalam menyemai semangat Ramadan, TCRS turut meraikan semangat perayaan ini melangkaui
pintu restorannya dengan menganjurkan program sumbangan makanan khas. Dengan misi untuk menyebarkan kegembiraan, TCRS telah menyumbangkan hidangan Hikayat Ayam Zamrud kepada
tiga rumah anak yatim di Lembah Klang: Rumah Anak-Anak Yatim Shifa,
Rumah Penyayang Nur Iman, dan Rumah Titian Kaseh.
Melalui inisiatif ini, TCRS berhasrat untuk memastikan bahawa anak-anak dan penjaga di
rumah-rumah kebajikan ini dapat menikmati hidangan yang enak dan menyelerakan, sekali gus merasakan kemeriahan Ramadan. TCRS berharap untuk menginspirasikan orang lain untuk menghayati nilai belas kasihan dan perpaduan, terutamanya pada musim yang menekankan kebersamaan.
Hidangan istimewa Ramadan dan Syawal ini amat sesuai untuk keluarga yang mencari juadah lazat
dan mengenyangkan selepas seharian berpuasa, serta buat sesiapa sahaja yang ingin menikmati
sajian bermusim yang istimewa. Sama ada dinikmati untuk berbuka puasa, pertemuan jamuan perayaan, atau sebagai hidangan santai, Hikayat Ayam Zamrud menjanjikan pengalaman kulinari yang
tidak dapat dilupakan.
Untuk maklumat lanjut mengenai menu terkini, sila layari
1 Comments
Saya Nik Khazami, penulis di www.byutopia.com.
ReplyDeleteSaya ingin bertanya sama ada anda berminat untuk bertukar-tukar backlinks?
Website tuan turut mempunyai konten tentang skincare, dan itu adalah niche website saya.
Saya percaya pertukaran backlinks ini dapat memantapkan lagi SEO dan kedudukan website kita di laman Google.
Tuan boleh terus email saya - nikkhazami@gmail.com sekiranya berminat.
Terima kasih.