Kempen Glucerna® #StartsWithYou untuk penghidap Diabetes ambil langkah awal menjaga kesihatan



Kempen Glucerna® #StartsWithYou untuk penghidap Diabetes 
ambil langkah awal menjaga kesihatan
Kempen Glucerna® #StartsWithYou mengajak rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat dan 
berkongsi pengalaman mereka dalam pengurusan diabetes untuk menerima Pek Kesihatan daripada Abbott.



Salam korang!
Bamziaf berkesempatan hari ke event pelancaran kempen Glucerna® #StartsWithYou anjuran Abbott bersempena dengan Bulan Kesedaran Diabetes pada bulan November yang bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengurus diabetes & mengamalkan gaya hidup lebih sihat. 
Kempen ini akan tampilkan cerita dari kejayaan peserta di Malaysia yang menyertai program intervensi gaya hidup selama empat minggu anjuran Abbott, termasuk pemakanan seimbang dan senaman fizikal. Dengan memaparkan kisah ini dan mengundang orang ramai untuk berkongsi perjalanan pengurusan diabetes mereka, Abbott berharap dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada penghidap diabetes untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bermakna.

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), dianggarkan 3.6 juta rakyat Malaysia - atau 15.6% daripada populasi dewasa - menghidap diabetes. Angka ini tidak termasuk mereka 
yang berkemungkinan menghidap diabetes. Diabetes yang tidak dikawal boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan secara menyeluruh serta menyebabkan komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan saraf atau buah pinggang. Justeru, perubahan kecil dalam gaya hidup boleh membawa
 kesan besar dalam pengurusan diabetes dan kesihatan secara menyeluruh.

"Kadar penyakit diabetes yang tinggi di Malaysia menunjukkan betapa pentingnya untuk memupuk kesedaran individu tentang pengurusan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat," 


kata Dr. Nina Mazera Mohd Said, Pengarah Perubatan Pemakanan Abbott Malaysia. 
"Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna® ini telah membantu ramai penghidap diabetes menguruskan tahap glukosa mereka melalui perubahan gaya hidup termasuk pemakanan seimbang dan senaman. Hari ini, kami berbesar hati untuk memaparkan beberapa kisah kejayaan bagi memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk membina tabiat kesihatan yang baik."


Pengawalan Diabetes Bermula dengan Diri Anda dan Sokongan Orang Lain


Pada pelancaran kempen ini, Ainaa Munirah Pang, seorang Chef berusia 39 tahun, 
berkongsi pengalamannya mencapai tahap glukosa yang sihat dengan bantuan Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna® (GLCP). Ainaa menerima diagnosis diabetes jenis 2 pada usia 27 tahun dan menghadapi cabaran untuk mematuhi rejim yang sihat dan konsisten disebabkan pemakanan yang 
tidak sihat di tempat kerja. Program intervensi gaya hidup selama empat minggu ini membantunya 
ke arah kesihatan yang lebih baik, dengan sokongan daripada peserta lain yang sehaluan, 
serta perkongsian matlamat, cabaran dan sumber untuk membantu menguruskan diabetes mereka.

"Penyertaan saya dalam program ini adalah satu perubahan hidup kepada saya," kata Ainaa. 
''Bukan sekadar mengawal paras glukosa, tetapi saya juga menerima sokongan dalam komuniti 
serta mampu membuat perubahan kecil yang memberi impak besar.''

GLCP, yang dilancarkan pada 2021, merangkumi panduan tentang pengurusan diabetes, 
perkongsian maklumat mengenai diet seimbang, formula pemakanan khusus diabetes, senaman 
serta kepentingan pemantauan glukosa secara berkala. Peserta juga berpeluang mempelajari cara menangani keletihan akibat diabetes termasuk cabaran lain yang boleh mengganggu komitmen 
mereka dalam mencegah penyakit tersebut. Menerusi program ini, mereka diberi pendidikan 
mengenai pengurusan diabetes oleh para doktor dan pakar diet yang terlatih. Lebih 200 peserta 
telah menyertai program ini dan berjaya memperbaiki pengurusan diabetes mereka.


"Ramai rakyat Malaysia yang menghidap diabetes mempunyai masalah obesiti atau berat badan berlebihan[i]. Oleh itu, intervensi gaya hidup yang terancang, pengurusan pemakanan dan sistem sokongan yang kukuh boleh membantu mengawal berat badan dan status kesihatan mereka," 
kata Dr. Zanariah Hussein, Ketua Unit Endokrin di Hospital Putrajaya. 

"Pendekatan yang menyeluruh menerusi program GLCP juga membolehkan penghidap diabetes menguruskan kesihatan mereka dengan lebih baik dan secara tidak langsung memperbaiki 
kualiti hidup mereka."


Menurut Indra Balaratnam, seorang Pakar Perunding Diet, 
"Faktor pemakanan adalah sangat penting dalam pengurusan diabetes. Penghidap diabetes perlu 
lebih sedar akan tabiat pemakanan mereka dan membuat pilihan yang bijak. Sama ada melalui perancangan makanan, snek berkhasiat atau memasak di rumah menggunakan ramuan segar, 
mereka perlu mengamalkan pemakanan seimbang yang merangkumi sayur-sayuran, 
buah-buahan, bijirin, dan protein tanpa lemak."

[i] Ministry of Health Malaysia. (2023). National Diabetes Registry Report 2023.


Bagaimana Formula Pemakanan Khusus Diabetes Dapat Membantu


Formula pemakanan khusus diabetes yang dirumus secara saintifik adalah penting dalam pendekatan GLCP. Kajian yang diterbitkan dalam Diabetes Care mendapati bahawa penghidap diabetes yang mengambil Glucerna® mengekalkan tahap glukosa darah dengan pelepasan glukosa yang stabil
 dalam julat sasaran sehingga 90% hanya dalam tempoh empat minggu. [i] 
Formulasi Glucerna® mengandungi karbohidrat indeks glisemik rendah untuk mengurangkan 
lonjakan glukosa selepas makan dan menyokong kesihatan keseluruhan.

[i] Klein, S., et al. (2013). Effect of a new nutritional formula on glycemic control in patients with type 2 diabetes: A randomized controlled trial. Diabetes Care, 36(2), 271-277. doi:10.2337/dc12-0396.

Kempen Glucerna® #StartsWithYou menggalakkan masyarakat Malaysia berkongsi perjalanan pengalaman mereka dalam pengurusan diabetes. Peserta yang menghantar pengalaman mereka kepada Abbott Nutrition Careline (wecare@abbott.com) bakal menerima Pek Kesihatan Glucerna®.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Glucerna® #StartsWithYou, sila layari https://www.family.abbott/my-en/home.html atau ikuti kami di media sosial.










Post a Comment

0 Comments