FRforSharing - Saya sudah di vaksin!

 FRforSharing - Saya sudah di vaksin!



ALHAMDULILLAH!!

Hai korang! Hari ini bamziaf nak share Journey bamziaf utk mendapatkan 1st dose vaksin! Actually mcm orang lain bamziaf pun dah start register melalui sistem "PICK" untuk mendapat vaksin dari bulan Februari lagi tapi apakan daya belum ada rezeki

Then fasa kedua di buka sekali lagi tak silap bulan April hari tu menggunakan sistem yang sama iaitu "PICK"! Memang kali double excited siap prepare kan diri lebih awl untuk masuk sistem & booking tapi apakan daya, berjaya daftar tapi cuma tiada confirmation dari sistem sebab sistem 'Hang' .. Jadi apa nak buat kita pun lets PASRAH!!

Kemudian Fasa ke 3 di mulakan  tapi melalui aplikasi MySejahtera. Ini bamziaf tak pasti mcm mana sistem pick & assign orang utk pergi amik vaksin! Guess what??? yeahhh text yang di tunggu tunggu tiba! memang excited giler time dapat text tu terus check mysejahtera untuk confirm!! Alhamdulillah confirm utk 1st done pada 21 June 2021 & merupakan hari pertama PPV Stadium Nasional mula beroperasi!


Ramai yang cakap AZ & Pfizer away better utk di vaksin kan... tapi better than nothing kan! kerna percaya setiap perancangan Allah swt adalah yang sebaik baiknya tau! InshaAllah nanti kerajaan Arab Saudi akan bagi orang yang amik vaksin SINOVAC juga boleh mengerjakan HAJI!

Perjalanan mengambil vaksin amat amatlah smooth & di permudahkan-Nya.. Within rasa dalam half an hour dah settled sebab kena wait utk 15 minit permantauan kan.... If korang nak tengok how flow amik vaksin, bamziaf akan update di Instagram (@ziafmihar).. Paling bamziaf happy my 2nd dose appointment adalah on my BIRTHDAY! Alhamdulillah!!


So bamziaf doakan semoga kita semua akan cepat dapat VAKSIN & Malaysia akan kembali pulih seperti dulu kala.. Kita dapat travel balik! Ekonomi kembali normal! bamziaf dapat balik kampung jumpa family! Oh gosh rindu teruk dengan mereka semua!

Kepada yang belum berdaftar tu, korang boleh klik link ini utk panduan, https://www.vaksincovid.gov.my/panduan/



Post a Comment

0 Comments