#FRforSharing - Saya bukan "Scammer" - Pn Amira Khan tampil beri Penjelasan

#FRforSharing - Saya bukan "Scammer" - 
Pn Amira Khan tampil beri Penjelasan
Sidang Media Tuduhan Fitnah terhadap Pn Amira Khan


Puan Amira Khan, seorang ahli perniagaan dalam bidang kosmetik, yang telah di fitnah sebagai "Scammer" dan tuduhan ini telah tular di media sosial dengan tontonan lebih 1.7 million viewers di tiktok dan juga di Instagram tampil pada sidang media hari ini untuk memberi penjelasan mengenai isu ini.

Puan Amira Khan yang merupakan Founder kepada jenama perniagaan, Modest ini di wakilkan oleh Peguam mereka iaitu Muhamad Akmal Arif dari Tetuan Akmal Shamsul Kahar & Co.. 
Hadir bersama di Sidang Media ini, Co-Founder Modest, Muhammad Daniel Aqiel 
serta suami Pn Amira Khan, Encik Fitri

Sidang media ini bertujuan untuk memberi maklum balas kepada cerita fitnah yang telah disebarkan secara meluas di media sosial dan menjejaskan nama baik serta perniagaan Puan Amira Khan. 
Terdapat 6 orang individu yang telah dikenal pasti 
menyebarkan fitnah secara meluas menggunakan platform media sosial

Tuduhan yang di sebarkan ini telah menyebabkan perniagaan Pn Amira Khan mengalami kerugian jutaan ringgit & tiada jualan yang berlaku akibat isu ini...
"Jualan kami dulu boleh mencecah ratusan ribu, tapi bila isu ini timbul, tiada langsung jualan yang kami perolehi"

Pn Amira juga turut memberitahu yang Beliau terpaksa menerima rawatan akibat "Despression" sejak 2019 lagi di mana tahap kesihatan Beliau amat teruk sehingga sanggup mencederakan dirinya sendiri.. Namun Pn Amira tetap bangun untuk memperjuangkan Hak & Maruah yang telah di rampas pihak lain bagi menampung kakitangan & family Beliau...

"Saya ada anak & keluarga yang perlu di jaga & staff yang ada bersama dgn saya, jadi Saya perlu bangun untuk meneruskan perniagaan ini"

Menurut wakil Peguam,  Sidang media ini amat penting bagi memulihkan kembali nama baik Puan Amira Khan dan perniagaanya. Ini juga penting dalam menyuarakan kelantangan bagi menentang “Cyber Bully” yang berleluasa pada akhir dekad ini

Katanya lagi;
Saya bagi Pihak Puan Amira Khan telah menjelaskan satu persatu apakah yang terjadi sebenarnya, diharapkan tidak timbul isu fitnah ini lagi selepas ini dan isu ini secara tegasnya 
PERLU diberhentikan daripada menular

Pengakhiran Sedang Media ini, Pn Amira Khan,
"Saya bertegas menafikan segala pertuduhan penipuan yang telah disebarkan. Saya juga bertegas untuk memperjuangkan maruah yang sudah tercalar serta perniagaanya mengalami kerugian jutaan ringgit disebabkan penyebaran fitnah tanpa henti yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini."

Pn Amira Khan masih belum memfailkan saman, tetapi jika ke Enam enam individu masih lagi tidak berhenti menyebarkan Fitnah terhadap beliau , mungkin Tindakan Saman akan di ambil..

Post a Comment

0 Comments