#FRforCook - Mee Sua + Sup Ayam (Longevity Noodles)

Salam, Hai hampa semua!! 

Jadi entry kali ini untuk pertama kali dalam blog abam nak kongsikan resipi resipi yang mudah abam selalu masak di rumah. Abam dah berapa kali terfikir nak buat entry resipi masakan abam cuma belum ada kesempatan lagi. Okay abam akan mula kongsi resipi yang abam selalu masak di rumah. Jangan risau abam bagi cara yang mudah tapi inshaAllah lazat tau

Resipi abam nak share hari ini adalah Mee Sua dengan Sup ayam tapi di kalangan kaum Cina di kenali sebagai Longevity Noodles. Jadi untuk kaum Cina mereka akan masak untuk meraikan hari kelahiran mereka. Mee Sua ini abam suka sebab dia sangat pratikal & mudah untuk di sediakan tapi rasa dia memang sedap

Ayuhhh mari kita mulakan

Bahan Bahan: 
1 Pek Mee Suah
1 Pek klang Herbs & Spices (Boleh gantikan dengan perencah sup yang lain juga) 
Ayam (Ikut berapa orang kita sediakan)
Sawi Cina
Lobak Merah
Sos Tiram
Kicap Pekat
Bawang Putih


Cara Memasak:

1. Masukkan Pek klang Herbs & Spices ke dalam 500ML air, Air ini hampa boleh agak ikut selera nak banyak atau sikit tapi jangan terlalu banyak takut nanti terlalu cair & tawar pulak


2. Masukkan ayam & perlahankan api , biarkan ayam separuh masak dahulu


3. Setelah ayam separuh masak, hampa masukkan campuran sos tiram, kicap pekat & bawang putih tadi. Biarkan ayam masak sepenuhnya


4. Sementara tunggu ayam masak, untuk sayuran hampa panaskan air sehingga dia mendidih baru hampa masukkan sayur Sawi Cina & Lobak Merah tadi. Bagi yang tidak suka Lobak Merah itu keras sewaktu mula masukkan air tadi boleh masukkan lobak merah sekali, kemudian terus tapis sayur sayur.
Abam baru teringat ada cendawan putih so abam masukkan sekali menambah seri, ingat celur sayur sekejap saja dalam 30 saat atau kurang & boleh tapis sudah

5. Selepas hampa selesai rebus sayur, air tadi jangan di buang hampa boleh celur Mee Sua pulak. Ingat Mee Sua ini agak lembut tekstur dia jadi hampa celur sekejap saja, kemudian boleh tapiskan

Abam letak atas penapis siap siap sebab mudah & tak rosakkan Mee Sua itu

6. Kemudian hampa boleh masukkan bahan2 yang kita dah siap celur tadi ke dalam mangkuk. Ayam hampa keluarkan dulu dari sup tadi 


7. Akhir sekali baru kita masukkan sup yang dah masak tadi!



Sudah Siap!
Hampa jgn lupa cuba okay!




Post a Comment

0 Comments