#FRforSharing - Guardian Malaysia sumbang cecair pembasmi Kuman Ke Rumah Kebajikan

#FRforSharing - Guardian Malaysia sumbang
cecair pembasmi Kuman Ke Rumah Kebajikan

Rumah Anak Yatim Ar Raudhoh Tawau Sabah 


Kuala Lumpur, 10 Mac 2021:

Rakyat Malaysia sangat prihatin dan baik hati. Meskipun dibelenggu kekangan Pergerakan Kawalan Pergerakan dan pelbagai cabaran pandemik COVID-19, ribuan orang telah memberikan respon yang baik kepada kempen Guardian Malaysia untuk membantu golongan yang memerlukan untuk kekal selamat melalui sumbangan cecair pembasmi kuman ke rumah-rumah kebajikan.

Sejumlah 9,500 botol termasuk 4,477 botol cecair pembasmi kuman telah didermakan oleh para pelanggan menerusi sebuah kempen Guardian, ke 22 buah rumah-rumah dan organisasi amal. Kempen yang telah berlangsung beberapa bulan lalu, dimana pelanggan Guardian yang berbelanja sebanyak RM40 dan ke atas telah menerima sebotol cecair pembasmi kuman percuma, yang mereka boleh dermakan ke rumah-rumah atau organisasi kebajikan di beberapa negeri, yang telah dipilih oleh Guardian. Malah, ramai yang telah membeli lebih banyak cecair pembasmi kuman untuk didermakan ke rumah-rumah kebajikan tersebut.

Anna Ng, Pengarah Pemasaran Jenama, Kesihatan dan Kecantikan, Asia Tenggara berkata: “Kemurahan hati para pelanggan kami terhadap rakyat Malaysia lain jelas kelihatan dalam kempen ini. Walaupun ia berlangsung hanya satu minggu, namun respon yang diterima cukup luar biasa. Sokongan yang murni untuk golongan yang memerlukan ini benar-benar menyentuh hati, terutamanya pada masa-masa mencabar ini dimana gelombang ketiga pandemik telah menuntut keselamatan yang lebih tinggi.”

Rumah Warga Tua, Tawau

“Tidak perlu dijelaskan lagi bahawa kita harus menjadi LEBIH bersungguh-sungguh dan berdisiplin dalam mematuhi semua SOP termasuk memastikan kebersihan diri yang baik. Untuk ini, adalah penting untuk memastikan tangan kita kekal bersih setiap masa,” jelas Anna.


“Selain daripada para pelanggan setia kami, tiada yang lebih rentan daripada golongan yang kurang bernasib baik, seperti warga emas dan kanak-kanak di rumah kebajikan. Kempen ini adalah salah satu cara untuk membantu memastikan agar kedua-dua golongan ini mendapat cecair pembasmi kuman yang berkesan untuk membersihkan tangan mereka dan mengekalkan kebersihan.”


Rumah-rumah dan organisasi amal, dari seluruh Malaysia, 
yang telah menerima manfaat daripada kempen ini adalah:

1. Bukit Harapan, Kota Kinabalu, Sabah.
2. Calvary Victory Centre – Skudai, Johor
3. Green Pasture Senior Life, Kuala Lumpur
4. Hope Place, Kuching, Sarawak
5. House of Joy, Kuala Lumpur
6. Lighthouse Children Welfare Home Association, Kuala Lumpur
7. My Father’s Home, Kuala Lumpur
8. Persatuan Kebajikan Vinashini, Seremban, Negeri Sembilan.
9. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis, Arau, Perlis.
10. Pusat Jagaan Anak Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman, Ipoh, Perak.
11. Pusat Jagaan Kanak-kanak WP, Kepong, Kuala Lumpur
12. Pusat Jagaan Orang Tua dan OKU D’Zenith Homes - Sungai Petani Kedah.
13. Pusat Jagaan Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah, Kemaman, Terengganu.
14. Rumah Anak Yatim Ar-Raudhoh, Tawau, Sabah
15. Rumah Anak Yatim Miskin (PAYASUM), Sungai Udang, Melaka.
16. Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa (Lilbanat) Siti Aminah, Tumpat, Kelantan.
17. Rumah Puteri Anak Yatim & Fakir Miskin Baitul Husna, Kuantan Pahang.
18. Rumah Warga Tua, Tawau, Sabah
19. SHELTER Home for Children, Petaling Jaya, Selangor.
20. Silver Jubilee Home For The Aged, Pulau Pinang.
21. The Salvation Army Children's Home, Kuching, Sarawak.
22. Trinity Community Children Home Society, Kuala Lumpur

Alhamdulillah & Tahniah Guardian Malaysia atas usaha murni anda ini...

Post a Comment

0 Comments